Nama domain dua huruf itu kelihatan ringkas AI.com. Namun nilainya mencipta sejarah apabila ia dijual pada harga AS$70 juta, bersamaan kira-kira RM276 juta, sekali gus menjadi transaksi domain termahal pernah didedahkan kepada umum setakat ini.

Lebih membanggakan, domain ikonik AI.com sebelum ini dimiliki oleh seorang usahawan Malaysia, Arsyan Ismail.

Penjualan ini bukan sahaja mengangkat nama beliau ke pentas global, malah membuktikan bahawa aset digital tempatan mampu mencapai nilai luar biasa dalam ekonomi digital antarabangsa.

Transaksi tersebut memecahkan rekod terdahulu sebagai domain paling mahal, mengatasi pembelian CarInsurance.com yang dijual pada harga AS$49.7 juta pada tahun 2010.

Urus niaga ini sekali gus mengukuhkan kedudukan AI.com sebagai “emas digital” paling bernilai dalam era kecerdasan buatan yang sedang berkembang pesat.

AI.com Dijual Dengan Harga RM276 Juta, Usahawan Malaysia Cipta Sejarah Digital Dunia

AI.com Dibeli CEO Crypto.com

Domain AI.com telah diperoleh oleh Ketua Pegawai Eksekutif Crypto.com, Kris Marszalek, pada April 2025 menerusi broker domain terkenal, Larry Fischer.

Marszalek merancang untuk melancarkan sebuah platform kecerdasan buatan pengguna di bawah jenama AI.com, yang dijangka diperkenalkan secara besar-besaran menerusi iklan Super Bowl LX pada hujung minggu ini.

Pelancaran tersebut dijangka menjadi antara kemunculan jenama teknologi AI paling dinanti pada tahun ini.

Ads

Laman AI.com akan menampilkan agen kecerdasan buatan peribadi yang direka untuk membantu pengguna melaksanakan pelbagai tugasan harian seperti menghantar mesej, mengurus aplikasi, mengendalikan aliran kerja digital, serta melakukan urus niaga seperti perdagangan saham.

Walaupun fungsinya hampir menyerupai agen AI viral sedia ada di pasaran, Marszalek menjelaskan bahawa platform ini akan memfokuskan kepada antara muka yang lebih ringkas dan mesra pengguna, khususnya untuk golongan bukan teknikal.

Pendekatan ini bertujuan menjadikan teknologi AI lebih mudah diakses oleh pengguna arus perdana.

AI.com Dijual Dengan Harga RM276 Juta, Usahawan Malaysia Cipta Sejarah Digital Dunia

Bukan Pengganti Crypto.com

Marszalek turut menegaskan bahawa AI.com tidak akan menggantikan Crypto.com. Sebaliknya, ia akan beroperasi sebagai entiti berasingan yang memfokuskan sepenuhnya kepada pembangunan ekosistem kecerdasan buatan pengguna.

Beliau menjelaskan bahawa pemilikan domain kategori utama seperti AI.com adalah penting untuk pengiktirafan jenama jangka panjang.

Ads

“Kami mahu memiliki titik sentuh utama ini. Tanpanya, jenama anda hanya akan menjadi satu komoditi biasa,” katanya.

Bagi menangani kebimbangan berkaitan privasi, perkhidmatan AI.com akan menggunakan sistem enkripsi di mana data pengguna dilindungi dengan kunci individu.

Pendekatan ini bertujuan membina kepercayaan pengguna dalam pasaran teknologi yang semakin kompetitif, khususnya apabila melibatkan penggunaan agen AI peribadi.

Menariknya, keseluruhan transaksi bernilai AS$70 juta ini dilaporkan dibayar sepenuhnya menggunakan mata wang kripto.

Ia menjadikannya antara urus niaga domain terbesar dalam sejarah yang dilakukan sepenuhnya menggunakan aset digital.

Walaupun dilaporkan menerima pelbagai tawaran lumayan untuk menjual semula AI.com, Marszalek menegaskan bahawa beliau memilih untuk mengekalkan pemilikan domain tersebut bagi membina kepercayaan dan kesedaran jenama dalam jangka panjang.

Ads

Siapa Arsyan Ismail?

Dalam kalangan peminat teknologi tempatan, nama Arsyan Ismail bukanlah asing.

Sebelum ini, beliau pernah mencuri perhatian sebagai individu pertama di Malaysia yang membeli komputer riba Acer Predator 21X bernilai hampir RM40,000 simbol minatnya terhadap aset unik dan bernilai tinggi.

Penjualan AI.com kini mengukuhkan reputasinya sebagai usahawan berpandangan jauh yang bijak mengenal pasti potensi pelaburan digital jangka panjang.

Daripada dimiliki oleh seorang usahawan Malaysia kepada menjadi asas strategi teknologi global, perjalanan AI.com mencerminkan peningkatan nilai domain pendek dan mudah dikenali dalam landskap teknologi moden.

Sumber : Amanz

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads