Seminggu tempoh waktu yang getir untuk senarion politik Malaysia, barulah pada hari ini, Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan secara video pada sebelah pagi tadi.
Menerusi muat naik tersebut, beliau menyatakan pendirian untuk tidak bekerjasama dalam kerajaan yang dianggotai oleh ‘golongan perasuah’.
Pendirian tersebut bukan soal parti atau majoriti sebaliknya menyentuh soal identiti dan integriti.
“Saya menjadi ahli politik kerana pada masa itu negara saya dihina, dikeji dan dimalukan dengan salah laku serta rasuah di mata dunia.
“Saya percaya rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah negara yang lebih baik, bebas rasuah, dihormati dan bermaruah.
“Saya ingin tegaskan satu perkara, saya tidak akan sesekali bekerjasama dengan golongan perasuah, jauh sekali bersetuju untuk mendirikan kerajaan bersama dengan mereka,” kata beliau lagi.
Ads
Difahamkan, ‘golongan perasuah’ itu merujuk kepada parti yang dahulunya di blok pembangkang iaitu UMNO.
Namun setelah petang tadi, ternyata Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong telah berkenan untuk melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.
Sekaligus, ia menyaksikan kepimpinan kerajaan yang baru ditubuh bersama UMNO, PAS, MCA dan beberapa lagi parti lain. In other words, parti yang disertai Syed Saddiq kini secara rasmi bergabung dengan golongan yang ditentang oleh beliau.
Ads
Jadi apa yang akan berlaku selepas ini?
“Ahli politik datang dan pergi, rakyat Malaysia adalah tuan sebenar negara ini. Biar mati bermaruah jangan hidup dijajah,” katanya.
Setelah Syed Saddiq pernah menerajui Kementerian Belia & Sukan sejak 2018, mungkinkah kita akan melihat kelibat beliau sebagai seorang ahli politik dan menteri lagi?
Tonton video penuh kenyataan Syed Saddiq di bawah.
Ini bukan lagi soal parti atau majoriti.
Ini soal identiti & integriti.
Saya faham pendirian saya tidak akan disenangi oleh segelintir ahli politik. Tetapi ahli politik datang dan pergi. Rakyat Malaysia adalah tuan sebenar negara ini.
Adakah ini petanda bumi semakin tuadan nazak? Ia juga gara-gara perubahan iklim dunia yang semakin tidak menentu..
Amaran kawasan darat bumi bakal ditenggelami air pada masa akan datang bukanlah satu perkara yang baru. Jika sebelum ini, kita digemparkan dengan jangkaan Malaysia dan Indonesia bakal tenggelam satu per tiga menjelang 2050.
Agak menakutkan bagi penduduk di sekitar pulau, bersempena Hari Kesedaran Tsunami Sedunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan menjelang 2030, dianggarkan 50 peratus daripada penduduk dunia yang tinggal di kawasan pantai akan terdedah kepada ancaman banjir, ribut dan tsunami.
Foto Via CNNIndonesia (Istockphoto/Mizoula)
PBB dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyenaraikan bencana tsunami yang berlaku sepanjang 100 tahun lepas, punca serta kesannya kepada masyarakat, bahaya selepas itu dan kematian.
Menurut Agensi Anadolu, laporan itu menyatakan bahawa melaksanakan dasar dan langkah awal yang tepat serta sesuai dapat membantu mencegah potensi bencana.
PBB, yang menyenaraikan tsunami sebagai antara bencana alam paling berbahaya, memberi amaran bahawa urbanisasi dan pelancongan harus dicegah di kawasan yang mudah berlaku tsunami bagi mengelakkan risiko terhadap orang ramai.
Foto Via www.dosomething.org
Sri Lanka, India, Indonesia, Thailand dan Jepun adalah antara negara paling terjejas, menurut kenyataan itu.
Bencana Tsunami bukan gurauan, ratusan orang meninggal. Ribuan orang kehilangan rumah yang telah musnah. Malah ia mampu memusnahkan seluruh bandar.
Moga Allah melindungi Malaysia dari sebarang bencana. Amin ya rabbalalamin.
Sumber : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biarpun Malaysia kini masih ‘berperang’ menentang wabak COVID-19 dan varian wabak lain dengan sedaya upaya cuba mengelakkannya daripada terus melarat ke kawasan-kawasan lain, nampaknya sesetengah daripada masyarakat masih degil untuk merentas daerah mahupun negeri bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut Selasa hadapan.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, pada Jumaat lalu saja, sejumlah 4,839 kenderaan telah diarahkan berpatah balik di Sekatan Jalan Raya (SJR) kerana tidak mempunyai sebarang dokumen rasmi ataupun alasan munasabah untuk merentas negeri.
Sebilangan besar daripadanya dipercayai cuba untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidiladha. Ternyata, jumlah ini amatlah mengecewakan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sumber Foto : Sinar Harian.
Lebih-lebih lagi apabila ia dilaporkan merupakan angka tertinggi bagi kes kenderaan diarah patah balik sejak Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan di seluruh negara.
Sementara itu, semalam (Sabtu, 17 Julai 2021) mencatatkan rekod pemeriksaan kenderaan sehingga 381,952 di lokasi SJR seluruh negara.
Justeru, kerajaan mengharapkan kerjasama rakyat supaya tidak curi-curi pulang ke kampung dan terus duduk di rumah agar mereka tidak dijangkiti ataupun menjangkiti orang lain.
Walaupun beberapa buah negeri dan lokaliti kini tidak lagi berada di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), itu tidak bermakna kita sudah 100 peratus bebas berbuat apa sahaja.
AYUH ambil pengajaran daripada peningkatan kluster baharu akibat perbuatan pulang ke kampung halaman semasa Aidilfitri lalu. Usah pentingkan diri sendiri.
Jika selama ini korang mengadu domba mengenai tempoh panjang Malaysia melaksanakan sekatan pergerakan – well – lets do something about it and not break the rules.
*
Terdahulu, pihak polis daerah Gombak menafikan keadaan sesak di Plaza Tol Gombak dan mendakwa gambar serta video lama sengaja ditularkan semula bagi menimbulkan kegusaran rakyat.
Sementara itu, jumlah kenderaan banyak yang dikatakan cuba memasuki negeri Kelantan menerusi Jalan Gua Musang-Kuala Lipis dilaporkan semakin berkurangan.
Mungkin masih ada yang tidak tahu jika korang ke Starbucks, korang boleh memilih minuman mengikut tambahan perisa yang digemari. Namun begitu, bersedialah dengan bayarannya kerana ia boleh menjangkau sehingga puluhan ringgit bagi satu minuman. Hiks!
Walau bagaimanapun, jika korang ingin mencuba perisa yang lain daripada lain, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @ninaasayang telah berkongsi resipi minuman yang sedap untuk korang pesan di Starbucks. Gadis ini turut menyertakan sekali anggaran harga bagi resipi minuman tersebut. Jadi senanglah untuk korang memesan mengikut bajet.
Jom kita lihat antara resipi minuman Starbucks yang viral ini.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.