“SAYA maafkan perbuatan isteri dan tidak menolak kemungkinan akan menarik semula laporan polis yang dibuat, namun undang-undang lebih ‘kuat’ daripada saya untuk menentukan nasib seseorang.”
Demikian luahan Muhammad Rizal Jusoh, 42, bapa kepada Muhammad Nur Rashdan berusia 19 bulan yang meninggal dunia akibat dikelar ibu kandung di FELDA Jengka 13, Maran, malam kelmarin.
Muhammad Rizal berkata, dia akan mendapatkan nasihat dan pandangan daripada sanak saudara termasuk keluarga belah isteri, sama ada mahu membiarkan undang-undang menjatuhkan hukuman atau menarik semula laporan.
Katanya, dia turut mengesahkan kejadian itu berlaku tanpa disedari isterinya dan menolak dakwaan sesetengah pihak membuat spekulasi mengatakan suspek sedar ketika menggelar anak bongsu daripada tiga beradik itu.
“Sedangkan Allah SWT memaafkan umatnya apatah lagi manusia biasa seperti saya. Hidup saya tidak lengkap tanpa dia (isteri) dan siapa yang hendak menjaga makan minum dua lagi anak Mohamad Nur Rusyaidi, 7, dan Mohamad Rafiuddin, 5.
“Dia memang tidak sedar kerana dia boleh tanya semula apa yang berlaku dan siapa yang bunuh Muhammad Nur Rashdan,” katanya ketika ditemui di rumah, hari ini.
Ads
Jenazah anak syurga ini sudah selamat dikebumikan petang semalam. Al-Fatihah untuk arwah Nur Rashdan
Ketika pengebumian jenazah Muhammad Nur Rashdan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Jengka 13 kelmarin, Mohamad Nur Rusyaidi dan Mohamad Rafiuddin kelihatan sugul, namun mengerti apa yang sebenar berlaku.
Ads
Dalam kejadian itu, mangsa anak bongsu daripada tiga beradik disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kehilangan banyak darah.
Suspek mengelar anaknya selepas membawa masuk ke dalam bilik sebaik sahaja selesai membaca al-Quran di dalam bilik lain.
Kejadian disedari Muhammad Rizal selepas terdengar suara mangsa merengek lemah dan berasa pelik sebelum masuk bilik untuk melakukan pemeriksaan.
Ads
Sementara itu, suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula semalam di Lokap Balai Polis Maran bagi membantu siasatan.
Bagi seorang wanita, sakit senggugut mungkin sudah biasa dialaminya setiap kali datang haid. Namun, setiap kesakitan yang dirasai mungkin berbeza-beza. Malah, teh halia juga dikatakan boleh membantu melegakan masalah senggugut khususnya sebelum haid.
Connie Chong mengiklankan teh yang diimportnya dari Malaysia di media sosial Sumber Gambar : Instagram
Namun, lain pula yang terjadi kepada dua beranak rakyat Malaysia di Australia ini apabila mereka ditahan dan dipenjara selama empat bulan di Australia selepas teh halia gula perang yang diimport mereka telah disangka sebagai dadah oleh polis.
Difahamkan, mereka kini sedang dalam proses tuntutan saman ganti rugi terhadap pihak berkuasa Australia.
Insiden bermula apabila Connie Chong Vun Pui dan anakya, Melanie Lim San Yan, membawa masuk teh itu sebagai rawatan bagi meredakan sakit senggugut ketika haid di Malaysia, untuk dijual dengan harga lebih tinggi di Sydney.
Bagaimanapun, tujuan mereka tidak dapat dilaksanakan apabila polis menyerbu rumah mereka di Sydney susulan daripada rampasan penghantaran teh terbabit di lapangan terbang oleh pihak kastam di sana yang silap mengenal pasti kandungannya sebagai amfetamin.
Sumber: 7News
Lebih memburukkan keadaan apabila pihak berkuasa telah dimaklumkan mengenai masalah melibatkan ujian bagi mengenal pasti bahan berkenaan selama beberapa minggu, namun tidak mendedahkan maklumat berkenaan kepada pihak tertuduh lebih awal sehingga menyebabkan anak beranak itu dipenjara tanpa jaminan.
Tuduhan yang dikenakan terhadap Connie dan Mellanie hanya digugurkan pada bulan Ogos selepas pihak polis menerima laporan lengkap daripada pihak forensik.
Pihak kastam menggunakan ujian presumptif hazmat untuk mengenal pasti produk yang diimport sebagai Phenmetrazine, bahan perangsang terlarang yang lazimnya digunakan untuk tujuan rekreasi.
Sejak ditahan polis pada Januari, anak beranak itu tidak dibenarkan ikat jamin sehingga Mei dan telah memfailkan saman menuntut kos yang enggan dibayar oleh pihak pendakwa.
Sebutan kes akan bersambung pada Mac 2022.
***
Hmm…tak pasal-pasal kena duduk penjara kan. Macam-macam hal kan? Kalau korang ada masalah sengugut selain teh halia cuba beberapa tip. Antaranya adalah seperti berikut:
Melakukan senaman ringan : Kajian kesihatan menunjukkan perempuan yang melakukan senaman ringan mendapat manfaat kelegaan bagi sakit senggugut.
Amal pemakanan seimbang : Mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat dengan mengambil makanan tambahan yang mempunyai nutrisi vitamin B dan magnesium.
Minum air hingga 2 liter : Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya satu setengah hingga dua liter sehari. Teh suam tanpa gula juga boleh membantu melegakan senggugut.
Tuam guna beg kulit : Boleh tuam menggunakan beg plastik atau beg kulit yang berisi air suam di bahagian bawah bagi mendapatkan kelegaan.
Selamat mencuba!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Di sebalik isu pandemic COVID-19 yang mengakibatkan dunia “mulai lumpuh” berkaitan masalah kesihatan, ketakutan terhadap masalah ekonomi yang dijangka berlarutan mulai nampak kesannya. Ini kerana mulai semalam, harga minyak mentah semalam dilaporkan berharga USD 5 atau bersamaan RM25 setong bagi West Texas Intermediate (WTI) keluaran US.
Namun update pada jam 2.30 malam tadi, diberitaka, harga pasaran minyak dunia untuk May 2020 ditutup pada harga -37.36 USD per barrel. Negatif tau, negatif! Dengan kata lain bagi minyak mentah US ini harga air mineral lagi mahal
Bacalah perkongsian dari Muhammad Mamzah mengenai kejatuhan harga minyak ini dan galakan menggunakan minyak Petronas yang mana selama ini syarikat petroleum ini banyak membantu menaikkan ekonomi negara. Ya kita perlu jaga kita kerana Petronas adalah kebanggan negara.
Ya kita perlu bersatu hati demi negara yang kita sayangi.
Kepada rakyat MALAYSIA, Sebarkanlah mesej ini.
Isilah minyak di Petronas. Gunakanlah apps Setel yang Petronas buat tu. Ini bukan kempen politik. Ini kempen selamatkan negara.
Jika anda tidak isi guna Petronas, maka tiada lah lagi BPN banyak-banyak di masa akan datang. Ini cerita serius, bukan main-main. Ketika status ini ditulis, harga minyak dunia sudah mencecah USD 5 / barrel.
Banyak bantuan kerajaan kepada kita dikeluarkan berdasarkan dana unjuran Petronas mengikut harga pasaran minyak dunia. Ketika Pakej Ransangan Ekonomi 1 dan 2 dibuat, ia dikira berdasarkan unjuran harga minyak dunia di atas 38 USD / barrel.
Tetapi, malam ini harga minyak dunia telah mencatatkan sejarah terburuknya sepanjang peradaban manusia. Satu tong hanya bernilai USD 5 atau RM25 sahaja! Satu tong barrel ini bersamaan 158 liter padu minyak mentah. Ini bermakna, sepinggan Nasi Arab lebih mahal daripada satu tong kecil minyak mentah dunia!
Penurunan harga ini dijangka akan berterusan sehingga melakukan ‘a new freefall’ tidak lama nanti sehingga mencecah new milestone: -4 USD / Barrel atau 0.04 USD / Barrel. Ini petanda buruk bagi warga oil n gas secara khususnya dan petanda buruk bagi Malaysia secara amnya.
[UPDATE 2.30am 21 April 2020] Harga pasaran minyak dunia untuk May 2020 ditutup pada harga -37.36 USD per barrel. Negatif tau… negatif!
Salam takziah buat sekalian pekerja-pekerja oil n gas seluruh dunia. Buat pekerja ong darat (jurukaunter, jurupam dll), bertabahlah menghadapi masa akan datang. Berdoalah agar jawatan anda kekal dan jika tidak kekal sekalipun, berdoalah agar anda dapat pekerjaan baharu yang lebih baik.
Jangan salahkan kerajaan kerana harga pasaran dunia bukan ditentukan kerajaan. Sebaliknya bertabahlah menghadapi ujian ini. Bersyukurlah kerana kita satu-satunya di dunia yang punya kerajaan yang telah banyak membantu rakyat. Semuanya tidak lain, sebahagian besarnya adalah hasil sumbangan Petronas.
Inilah masanya kita membantu semula kerajaan yang telah banyak bantu kita selama ini. Saya dah pun setia bersama Petronas sejak belasan tahun yang lalu. Kerana saya tahu, kemakmuran Malaysia ini disumbang sebahagian besarnya oleh Petronas.
Pada asalnya, sekeluarga saya mengisi minyak Mobil dan Petrojet. Tetapi setelah kesedaran sampai, arwah ayah saya pernah berpesan…
“Kita ini hidup sudah banyak dibantu kerajaan. Jadi inilah sumbangan kecil kita kepada kerajaan. Isilah Petronas ini sampai bila-bila. Ambil kad ayah ni dan gunalah bila-bila.”
Itulah pesan arwah ayah saya satu masa dahulu ketika memberikan saya menggunakan kad Mesra miliknya. Sehingga hari ini saya masih simpan lagi. Terima kasih ayah kerana memberikan kesedaran ini awal kepada saya.
Ayuh sebarkan kesedaran ini kepada masyarakat am diluar sana. Ini sebahagian bentuk jasa kita kepada negara. Jika bukan anda yang membantu negara, maka siapa lagi? Jangan tanya apa bantuan kerajaan kepada kita, tetapi tanyalah diri anda berapa banyak telah aku bantu negara ini??
Sebagai menghargai jasa saya mngeluarkan bacaan fundamental awal… Install lah SETEL apps yang dicipta oleh Petronas bagi membantu dan memudahkan rakyat Malaysia dalam isi mengisi minyak. Gunakan link dan code berikut:
InsyaALLAH, sedikit sebanyak jika kita bantu membantu, ketika tibanya waktu sukar nanti, ada jalan keluar ALLAH SWT berikan kepada kita.
Anda dibenarkan untuk copy paste artikel ini dan menukar link code SETEL tersebut kepada code anda. Ayuh sebarkan, asalkan mesej ini sampai kepada semua rakyat Malaysia….
Sekitar bulan Mei tahun ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah menahan beberapa individu yang menjalankan sindiet menjual dan mengedar dadah dalam bentuk perasa rokok elektronik ataupun ‘vape’ di Lembah Klang lalu bertukar tular setelah dilaporkan media Malaysia.
Begitupun, kegiatan tersebut hanya menggunakan botol perasa vape bersaiz 10 mililiter bagi mengaburi sindiket mengedah dadah yang dijual pada harga RM150 sebotol. Ia akhirnya tumpas dalam serbuah di sebuah rumah di Petaling Jaya yang dipercayai dijadikan pusat memproses dadah.
Tidak sangka pula selang beberapa bulan selepas itu, PDRM mengesahkan kewujudan aktiviti penjualan vape YANG mengandungi dadah secara terbuka. Rupa-rupanya, vape seperti ini wujud di Malaysia!
Menurut Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, PDRM pada bulan lalu telah menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dalam bentuk cecair vape – juga di Lembah Klang – dengan sitaan dadah dan harta bernilai RM3.47.
Apa yang membuatkan ramai terkejut adalah apabila ia dilaporkan dijual secara berleluasa dalam talian dan dipasarkan secara terang-terangan kepada pengguna. Seperti kes terdahulu, sekali lagi jenis Methylenedioxy – Methamphetamine (MDMA) yang dimasukkan ke dalam cecair perasa vape.
Tambahnya kepada media semalam, PDRM memandang serius dalam pembanterasan segala kegiatan melibatkan pengedaran DAN penyalahgunaan dadah. Tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pihak termasuklah remaja yang menggunakan vape yang mengandungi dadah ini memandangkan ia merupakan bahan larangan.
Jangan sampai sudah terlambat, baru korang menyesal dengan tindakan menghisap vape itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...