Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila Kyle Green, seorang ahli muzik Amerika Syarikat diserang calon SPM tahun ini dek kerana namanya dipetik dalam dalam ujian mendengar Bahasa Inggeris 2023.
Difahamkan ketika ujian mendengar bahasa Inggeris itu, rata-rata pelajar mengadu sukar untuk memahami rakaman perbualan dalam temu bual tersebut disebabkan oleh watak Kyle Green yang berbicara dengan kurang jelas.
Selepas terkejut dengan perkara yang berlaku, Kyle Green ‘yang sebenar’ tampil memuat naik video di Instagram Story miliknya.
Dalam video berkenaan, Kyle berkata ruangan komen beberapa hantaran di akaun Instagram miliknya telah dibanjiri dengan pelbagai komen dari sekumpulan pelajar sekolah menengah dipercayai calon SPM 2023.
Jelasnya, kebanyakan komen yang ditinggalkan lebih ke arah keluhan kerana mendakwa percakapan ‘Kyle’ terlalu pantas sehingga susah untuk didengari dengan jelas.
Ads
Bukan itu sahaja, ruangan DM di Instagram serta nombor telefonnya juga tidak berhenti menerima panggilan daripada WhatsApp serta e-mel.
Kyle berkata dia mengetahui bahawa ujian tersebut dilakukan secara tahunan untuk membolehkan pelajar sekolah menyambung pengajian di peringkat universiti.
Namun, Kyle mendakwa dia tidak pernah terlibat dalam sebarang temu bual seperti dalam rakaman ujian mendengar tersebut dan menganggap bahawa ia adalah rekaan semata-mata.
Kebetulan pula, ‘jalan cerita’ dalam temu bual berkenaan hampir sama dengan kerjayanya sebagai ahli muzik.
Ads
“Sebahagian daripada ujian itu adalah mereka perlu mendengar temu bual yang dikatakan melibatkan seorang ahli muzik jazz bernama Kyle Green.
“Seingat saya, saya tak pernah ingat saya ada temu bual tersebut. Jadi saya menganggap ia hanyalah fiksyen dan direka sahaja,” jelasnya.
Kyle menganggap perkara yang berlaku ini agak ‘gila’ selepas melihat bagaimana media sosialnya seolah-olah diserang oleh para pelajar dari Malaysia.
Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa bengang dan mengecam tindakan sesetengah calon SPM 2023 yang dipercayai ‘menyerang’ media sosial Kyle Green.
Ads
“Ganas betul batch 2006 sampai serang dia,” kata netizen.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: IG Kyle Green
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi sesiapa yang selalu travel atau bakal travel, satu pesanan pramugari ini mungkin boleh dijadikan pengajaran.
Selalunya kita tak terfikir atau malas memikirkan dari sumber mana makanan atau air datang. Yang kita tahu bila agak boring duduk dalam pesawat, mulalah kita memesan atau order macam-macam.
Menurut seorang pramugari dari American Airlines, Betty, dia berkata, sebaiknya penumpang jangan sesekali membuat pesanan air kopi atau teh bila berada dalam kapal terbang.
Sebabnya, air yang digunakan dalam pesawat itu adalah air yang sama digunakan untuk membersihkan tandas pesawat selepas penumpang melepaskan hajat mereka! Yurkk!!
Kata pramugari kepada VICE dalam satu temuramah, dia berpesan “jangan minum kopi atas pesawat”.
“Sumber airnya adalah sumber yang sama yang digunakan untuk membersihkan tandas. Kami baru-baru ini telah melakukan ujian mengesan bakteria E Coli ke atas air berkenaan dan ternyata tidak lulus. Selepas dilakukan perawatan air, barulah air itu diberikan kelulusan.
“Jadi tidak digalakkan penumpang untuk minum air panas atau teh. Sebaiknya mintalah air yang telah dibotolkan atau minuman berais, ia lebih selamat,” katanya.
Walaupun Betty telah menggambarkan betapa jijiknya air di dalam pesawat yang tetapi hal ini mendapat bantahan dari pesawat EasyJet.
Dalam satu temuramah, EasyJet kepada akhbat Daily Mail, mengakui bahawa air yang ada di dalam pesawat memang digunakan untuk membuat minuman panas dan masa yang sama digunakan untuk menyiram tandas.
Tetapi mereka menyakinkan penumpangnya bahawa air itu selamat digunakan kerana aliran air dilakukan dengan sempurna.
“Ini merupakan hal yang biasa di kebanyakan pesawat dan airlines. Air dimasukkan ke dalam pesawat secara berkala,’ kata jurucakap EasyJet tentang isu dibangkitkan.
Akan tetapi Betty bukanlah satu-satunya pramugari yang memberikan ingatan untuk tidak minum air panas di atas pesawat.
Agensi Perlindungan Lingkungan (EPA) telah melakukan ujian di kapal terbang komersial pada tahun 2012 dan berjaya menemui 12 peratus air yang dianalisis keluar didapati positif mengandungi kuman bakteria E Coli.
Bagi sesiapa yang terbang jauh-jauh tu, beringatlah ya. Jangan sampai jatuh sakit!
Alhamdulillah. Pastinya berita gembira buat ribuan penerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0. Inilah kerajaan yang prihatin kepada nasib rakyat yang sebahagiannya masih bergelut mencari rezeki akibat COVID-19.
Untuk maklumat korang, bayaran fasa kedua ini yang berjumlah RM2.38 bilion kepada 11.06 juta penerima termasuk pemohon baharu akan dipercepatkan mulai 21 Jan ini.
Terbaru, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, penerima baharu tersebut telah diluluskan semasa tempoh permohonan dan rayuan dibuka pada 15 Oktober hingga 15 November lalu.
Dalam pada itu, bayaran fasa kedua BPN tersebut disalurkan melalui beberapa pecahan mengikut taraf penerima.
“Bagi penerima B40 dan isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah, sebanyak RM1.21 bilion diperuntukkan kerajaan kepada 3.81 juta penerima.
“Bagi penerima B40 bujang dan berpendapatan RM2,000 ke bawah pula, sebanyak RM0.7 bilion pula diperuntukkan kepada 4.08 juta penerima,” tambah kenyataan tersebut.
Sumber Gambar : Kementerian Kewangan
Selain itu, bagi penerima M40 dan isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM8,000, sejumlah RM0.29 bilion diperuntukkan kepada 1.43 juta penerima.
Manakala bagi penerima M40 bujang dengan pendapatan RM2,001 hingga RM4,000, sejumlah RM0.18 bilion diperuntukkan kepada 1.74 juta penerima.
“Secara keseluruhannya, jumlah penerima BPN 2.0 merangkumi 11.06 juta penerima, iaitu 5.82 juta individu bujang dan 5.24 juta penerima isi rumah dengan jumlah bayaran atau peruntukan sebanyak RM7.18 bilion setakat ini,” jelasnya.
Pemberian ini adalah dana tambahan di bawah insentif BPN 2.0. Ini sebagai bantuan tambahan sebagai sokongan kerajaan kepada rakyat Malaysia dalam menghadapi cabaran covid 19 di Malaysia dan juga gelombang ekonomi Malaysia untuk bulan-bulan yang akan datang.
So korang boleh la bukan semakan di portal rasmi BPN melalui https://bsh.hasil.gov.my/ mulai 15 Jan ini. Kalau dapat BPN tu jangan pula joli sakan okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak lelaki kepada bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah menerima Anugerah Dekan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan kepujian.
Menerusi satu perkongsian di platform X, Noor Hisham berkata, anaknya, Muhammad Khalis menerima anugerah tersebut sempena Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia kali ke-67.
“Alhamdulilah dan Tahniah kepada Muhammad Khalis bin Noor Hisham atas kejayaan menerima Anugerah Dekan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan kepujian sempena Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia kali ke 67, tahun 2023.
Pada hantaran sama, Noor Hisham turut mendoakan agar dipermudahkan urusan anaknya itu dan diberkati dalam segala urusan di alam pekerjaan nanti.
“Semoga dipermudahkan dan diberkati dalam segala urusan di alam pekerjaan nanti. Insha-Allah,” ciapnya ringkas tanda bangga buat Khalis.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengucapkan tahniah atas kejayaan anak lelaki beliau dan mereka mendoakan agar Muhammad Khalis terus cemerlang.
Selain ada yang turut memuji ketampanan Muhammad Khalis yang disifatkan sama seperti bapanya itu.
“Congratulations to Khalis and proud parents. I was just right behind you yesterday. And, you are still wearing face mask…,” komen seorang pengguna.
“Congratulations. What a handsome young man you have there Dr.” komen pengguna lain.
Tahniah REMAJA ucapkan!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Twitter DG Noor Hisham Abdullah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang penganjuran konsert solo berskala mega tidak lama lagi, Ratu Rock Negara, Ella menegaskan dirinya tidak berasa tertekan walaupun konsert Majlis Tertinggi Rockqueen yang...