Pertandingan fesyen Precious Of Malaysia – International Cultural Fashion Week (ICFW) baru-baru ini menyaksikan pereka muda Afiq Syazani muncul sebagai juara, mengalahkan Rashid Moshi di tempat kedua dan UiTM di tempat ketiga.
Lebih mengujakan, pemenang bagi pertandingan itu akan berpeluang ke Paris pada tahun depan.
Precious Of Malaysia
Sebanyak 23 jenama bertanding, mempamerkan keunikan fesyen masing-masing. Penganjur, Jonathan dan Farel Mikhail dari FM Group, berhasrat memartabatkan budaya Malaysia ke peringkat antarabangsa dan memberi peluang kepada pereka muda.
Memartabatkan budaya Malaysia ke luar negara
Menurut penganjurnya, Jonathan dan Farel Mikhail dari FM Group, usaha ini adalah untuk terus memartabatkan budaya Malaysia ke luar negara sekaligus memberi peluang kepada pereka muda untuk terus berkarya menghasilkan yang terbaik.
Pertandingan fesyen Precious Of Malaysia
“Kami tidak mahu kemenangan mereka hanya berakhir dalam pertandingan ini, sebaliknya kami merancang membawa rekaan mereka ke Paris.
Ads
“Kalau ikut perancangan yang disusun dan telah mendapat persetujuan, mereka akan ke Paris pada Jun tahun depan.
“Dalam program itu, para pemenang ini akan bawa rekaan fesyen mereka yang bertemakan budaya Malaysia ini ke sana. Beberapa program telah diatur dan akan diumumkan kelak.
“Ini satu peluang keemasan buat mereka apabila bakal memperkenalkan budaya Malaysia ke Paris. Dalam masa yang sama, pereka fesyen muda dari Paris juga akan menyertai Precious Of Malaysia.
Ads
“Jadi, kita boleh nampak perkongsian budaya yang berbeza sekaligus menaikkan imej pereka fesyen muda dari Malaysia,” ujar Jonathan.
Mempersembahkan rekaan mereka di hadapan Sultanah Terengganu
Pemenang juga akan mempersembahkan rekaan mereka di hadapan Sultanah Terengganu pada Malam Gala Precious Of Malaysia.
Pertandingan fesyen Precious Of Malaysia
Empat IPT yang menyertai adalah UiTM Shah Alam, Taylor’s University, ESMOD Kuala Lumpur dan Kolej Komuniti Selayang. Wakil dari Indonesia dan Filipina turut serta. Hasil rekaan dinilai berdasarkan motif, kreativiti, koleksi dan rekaan.
Ads
Precious Of Malaysia disokong oleh Jabatan Warisan Negara dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Acara akan datang termasuk Hari Tanjak Malaysia pada 10 Ogos di Pavilion Damansara Heights.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Demam musim pertandiingan ratu cantik masih belum berakhir pada akhir tahun ini. Kali ini, wakil Bahrain di pertandingan Miss Universe 2021, Manar ‘Jess’ Deyani pula yang mencuri tumpuan dunia.
Ini kerana Manar mencipta sejarah sebagai wakil Bahrain pertama yang bertanding di Miss Universe biarpun dia berpegangan agama Islam.
Pelajar fesyen berusia 25 tahun ini menetap terus menjadi salah seorang peserta paling diperketakan pada edisi kali ini setelah dia memilih untuk tidak memakai bikini atau ‘one piece suit’ sewaktu pusingan pakaian mandi di peringkat pemilihan awal (preliminary).
Sebaliknya, Manar memilih pakaian mandi jenis jumpsuit yang menutup penuh tubuhnya kecuali bahagian kepala dan pemilihan itu telah diperkenankan oleh organisasi Miss Universe.
Kemunculan Manar pada waktu tersebut telah menerima sorakan gemuruh oleh para penonton di Universe Dome, Eilat Israel. Di media sosial pula, ramai menyokong keputusan Manar untuk kekal dengan pegangan agama dan budaya biarpun bertanding bersama 79 orang wakil negara lain yang memakain bikini atau pakaian mandi biasa.
Keputusan membolehkan pesertanya untuk tidak memakai pakaian mandi tipikal sekaligus membuatkan ramai peminat pertandingan ratu cantik tertanya-tanya mengapakah peserta beragama Islam dari Malaysia masih tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan Miss Universe.
Sewaktu pusingan busana gaun pula, Manar yang kini menuntut dalam jurusan rekaan fesyen di American University UAE masih kekal konservatif dengan pemilihan gaun yang tidaklah terlalu terdedah hasil ciptaan pereka fesyen Pakistan-Kanada bernama Safia Zulfiqar.
Dunia ratu cantik sebenarnya semakin membuka ruang agar wanita beragama Islam atau wanita yang datang dari negara berbudaya konservatif boleh mewakili negara mereka di pentas antarabangsa.
Sebagai contoh, wakil Bangladesh di Miss Universe 2019 iaitu Shirin Akter Shila memilih seluar legging dan bukannya bikini. Wakil Somalia pertama di Miss World 2021, Khadija Omar pula tampil berhijab dalam persalinan burkini!
(Dari kiri) : Shirin Akter Shila dari Bangladesh dan Khadija Omar dari Somalia.
Pada pandangan korang, sudahkah tiba masanya untuk Malaysia menerusi organisasi Miss Universe Malaysia dan platform lain membenarkan penyertaan gadis beragama Islam dalam pertandingan ratu cantik ‘Big Four’ yakni Miss Universe, Miss World, Miss International dan Miss Earth selagi mereka boleh berpakaian sopan seperti yang ditunjukkan oleh wakil Bahrain ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sememangnya ilmu perubatan alternatif yang diamalkan oleh orang-orang lama tidak boleh diabaikan. Terlalu banyak bahan-bahan herba yang tumbuh di hutan negara kita boleh menjadi penawar kepada pelbagai penyakit.
Ternyata perkongsian dari seorang wanita di fbnya atas nama Suzy Honey untuk mengubati masalah darah pekat yang menjadi penyumbang kepada pelbagai penyakit kronik berjaya mendapat perkongsian sebanyak 1.9 K dari orang ramai.
Baca kisahnya, moga ada manfaat buat kita semua.
Sebaik sahaja saya dan suami keluar dari kawasan kampung kami sempat singgah di Bukit Besi, Dungun. Kami lepak dan menikmati moreh di kawasan sekitar situ. Bertemu dengan seorang kenalan lama suami saya yang di panggil Pak Din. Kami duduk minum air semeja. Rupanya Pak Din merupakan Pengamal Perubatan Alternatif. Wah! Ini menarik lagi minat saya untuk bersembang lagi lama.
Pak Din ada 4 orang anak. 3 perempuan 1 orang lelaki. Kesemua anak-anaknya berjaya. Menjadi pengurus besar di Petronas dan menjadi Pilot juga doktor.
Saya bertanya kepada Pak Din,
“Pak Din , anak Pak SeDin yang menjadi doktor itu macamana ? Dia menyokong tak perubatan alternatif ini?”
Jawab Pak Din ” Ya mestilah. Anak saya yang itu banyak merujuk kepada saya ”
Wah…hebatnya! Saya kagum dengan Pak Din. Bila saya bercakap dengan Pak Din ini mengingatkan saya kepada Tok Guru saya dalam Perubatan Melayu iaitu Dr. Abd Ghani bin Husain. Bila Pak Din menyebut bilangan jenis pokok pokok herba dan prinsip perubatan ini yang sama seperti saya pelajari. Bila bercakap bab jantung bagaikan saya bercakap dengan doktor.
Pak Din seorang yang sangat merendah diri dan beliau sempat memberitahu saya antara penyakit yang beliau rawat ialah sakit jantung, kanser juga strok. Jangan terkejut Pak Din ini sudah keluar merawat ramai pesakit hingga keluar negara.
Sempat beliau memberi saya satu kaedah untuk merawat masalah darah pekat yang merupakan salah satu punca masalah kepada penyakit penyakit kronik.
Asam keping atau disebut asam gelugur adalah penawar kepada masalah darah pekat yang menjadi punca pelbagai penyakit kronik
Caranya : Ambil sekeping asam gelugor. Dibasuh bersih dan masukkan kedalam 1 gelas air panas. Kemudian ditutup dan dibiarkan selama 2 jam. Baru diminum.
Asam keping yang digunakan tadi ambik di simpan dalam peti dan esoknya boleh digunakan lagi. 1 keping boleh diguna pakai sebanyak 3 kali/3hari.
Minum setiap hari berturut turut sehingga selesai masalah yang di hadapi. Selepas itu pergilah check di klinik atau hospital samaada ada perubahan atau tidak!
Sambil Pak Din tersenyum….
Alhamdulillah
Terima kasih banyak Pak Din kerana berkongsi ilmu. Sebenarnya banyak lagi yang di kongsikan. Ada kelapangan masa saya akan kongsikan lagi ya.
SuzyHoney
Berkongsi yang memberi manfaat ramai
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dua penyokong fanatik sukan badminton tanah air baru-baru ini mendapat perhatian apabila sanggup menempuh perjalanan jauh dan hadir ke Porte De La Chapelle Arena untuk memberikan sokongan padu kepada kem badminton negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Bukan sekadar memberi sokongan, malah mereka juga hadir dengan gaya dan penampilan unik apabila tampil mengenakan pakaian kreatif yang direka khas menggunakan bulu tangkis.
Menerusi satu video temubual bersama wartawan Astro Arena, dua penyokong fanatik memberitahu bahawa proses menyiapkan pakaian istimewa yang direka sendiri itu mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan.
Kredit: Astro Arena
“Kalau dikira bermula dengan saya beli bulu tangkis, baju jaket dan seluar ini mengambil masa kira-kira dua bulan untuk disiapkan. Sebab kami mulakan dengan fikir tentang rekaan dahulu, nak potong bulu tangkis dan kemudian perlu dijahit”
“Semuanya saya buat sendiri bersama sahabat saya. Apa yang paling penting adalah tulisan Malaysia dibahagian belakang jaket!”
Dalam pada itu, mereka juga meletakkan harapan kehadiran mereka di Paris dapat menyaksikan detik sejarah atlet Malaysia merangkul pingat emas pertama negara dalam temasya berprestij itu.
Kredit: Astro Arena
“Kami berada di sini untuk beri sokongan pada Malaysia, Olimpik hanya empat tahun sekali dan saya sangat sukakan badminton. Saya harap Malaysia boleh merangkul pingat emas!”
Sekadar info, skuad badminton negara mencipta magis apabila mengekalkan momentum positif di temasya Sukan Olimpik 2024 Paris. Kemenangan dicipta apabila beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah berjaya melayakkan peluang mereka ke suku akhir Sukan Olimpik 2024 selepas menumpaskan pasangan keenam dunia Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun pada aksi Kumpulan A.
Sumber: Astro Arena
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi hubungan mereka mungkin sering menjadi perhatian, namun kali ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil dengan momen yang lebih santai dan mencuit hati...