Satu perkongsian menyentuh hati tular di media sosial Threads apabila seorang pengguna, @fakhoro, memuji langkah AEON Shah Alam yang mengambil individu OKU pendengaran dan pertuturan sebagai pekerja.
Menurutnya, pengalaman berurusan di premis itu langsung tidak menimbulkan sebarang masalah, malah berjalan dengan lancar seperti biasa.
“Tak ada problem langsung pun masa nak pilih atau bagitahu nak yang mana. AEON pun ada promo beli 6 RM12, beli 12 RM20, jadi pilih-pilih ikut tu saja,” tulisnya.
Lebih menarik, situasi itu secara tidak langsung memberi peluang kepada pelanggan untuk mempraktikkan bahasa isyarat asas.
“Boleh la praktis bahasa isyarat basic-basic, ‘terima kasih’ tu paling senang,” selorohnya.
Ads
Perkongsian ini menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang terharu dengan inisiatif pihak AEON dalam memberi peluang pekerjaan kepada golongan OKU.
Menjawab dakwaan wujud suara sumbang ketika beratur, pemilik akaun Threads itu menjelaskan mereka tidak mengambil pusing perkara tersebut.
Ads
“Masa kami beratur tu ada suara-suara sumbang. Kami okay je. Benda boleh manage,” jelasnya.
Ada juga netizen yang berkongsi info berguna bahawa majikan yang mengambil pekerja OKU turut menerima insentif penolakan cukai berganda, dan menyifatkan langkah AEON sebagai keputusan bijak.
Ads
Selain itu, netizen lain berharap kerajaan dapat menyediakan lebih banyak manfaat kepada syarikat yang menggaji OKU, namun tetap memastikan kebajikan mereka dipantau agar tidak dianiaya atau dimanipulasi.
Pemilik akaun Threads itu turut menyatakan sokongan penuh terhadap usaha ini, sambil memuji kualiti makanan di AEON Shah Alam.
Langkah kecil tapi bermakna seperti ini bukan sahaja memberi peluang pekerjaan kepada golongan OKU, malah menyuntik semangat positif dalam kalangan pelanggan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Threads Fakhoro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan calang-calang orang boleh menjadi pelajar di Universiti Harvard, hanya mereka yang memiliki latar akademik yang cemerlang sahaja diterima masuk ke university bertaraf ivy-league ini.
Terbaharu khabar dari Hollywood, anak kedua Kimora Lee Simmons, Aoki Lee telah berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Harvard pada usia 20 tahun. Aoki yang merupakan anak hasil perkahwinan Kimora dengan Russell Simmons sebelum ini mencipta sejarah apabila memasuki universiti tersebut pada usia 16 tahun.
Mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni, Aiko tampil cantik berada di samping ibunya yang hadir ke majlis konvokesyen tersebut. Menyentuh hati, Kimora menitiskan air mata saat memeluk anaknya itu.
Dalam satu hantaran di laman Instagramnya, Kimora meluah rasa bangga terhadap kejayaan anaknya itu. “Anak saya adalah Lususan Harvard dengan dengan jurusan berganda! Dia merupakan salah satu graduanyang termuda dalam sejarah baru-baru ini untuk berbuat demikian pada usia 20 tahun sahaja!
“Saya sangat bangga dan walaupun bergelar peragawati sepenuh masa dia berjaya menamatkan pengajian. Mama sangat penyanyangimu anakku yang cantik dan pandai. Bagi mereka yang mengenali kami, air mat aini merupakan air mata yang penuh makna dalam perjuangan yang mencabar,” tulisnya.
Aoki Lee yang tinggi lampai mengikut jejak ibunya sebagai peragawati. Dia menjadi pilihan pelbagai jenama terkenal untuk memperagakan busana mereka. Walaupun begitu dia tetap menjadikan pelajaran sebagai satu keutamaan.
Dalam satu temubual eksklusif kepada media sejurus majlis konvokesyennya, gadis ini berkata, “Saya berasa bersyukur, bangga dan lega! Ia adalah perasaan yang nyata untuk berjaya manamatkan sesuatu yang merupakan sebahagian besar perkara dalam hidup saya. Sekarang, seperti setiap graduan lain, saya menuju ke bab seterusnya di dalam hidup,” ujarya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan hanya cantik menawan, anak kepada pelakon Aleza Shadan ini juga membuktikan bahawa kecantikan boleh seiring dengan kebijaksanaan.
Siapa sangka, Ellisa Haziqah kini dalam perjalanan mengejar cita-cita sebagai seorang juruterbang!
Meskipun bergelar anak selebriti, Ellisa yang berusia 25 tahun memilih untuk tidak menumpang populariti ibunya. Malah, dia cukup menjaga privasi diri dan lebih selesa dikenali atas pencapaiannya sendiri.
Terbaharu, pelakon drama Di Sebalik Reda itu berkongsi momen istimewa bersama anak sulungnya di laman Instagram.
Dalam foto yang diambil di Malaysia Flying Academy itu, kelihatan Aleza berdiri bangga di sisi Ellisa sambil ditemani seorang lelaki dipercayai tenaga pengajar di akademi berkenaan.
Aleza turut menitipkan ucapan penuh bangga buat puteri kesayangannya itu.
“Alhamdulillah… Congrats My Ellisa,” coretnya ringkas.
Perkongsian itu turut menarik perhatian rakan-rakan artis yang meluahkan rasa bangga dan terharu dengan pencapaian Ellisa.
Rata-rata memuji kejelitaan anak gadis itu yang dikatakan mewarisi kecantikan ibunya sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Aleza Shadan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiga beradik dari Tumpat, Kelantan, berjaya mencatatkan sejarah manis apabila menerima skrol Diploma Pasca Siswazah Pendidikan serentak dalam Majlis Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke-16, yang berlangsung hari ini.
Husna Mohd. Yusoff, 33, bersama dua adiknya, Sarah, 32, dan Asma’, 30, mengikuti pengajian pasca siswazah tersebut dengan cita-cita untuk menjadi guru.
Sebelum ini, mereka berkhidmat sebagai guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) di kampung asal mereka, dengan pendapatan bulanan sekitar RM1,000 setiap seorang.
Menurut Asma’, keputusan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma adalah langkah penting untuk merealisasikan impian menjadi guru sepenuh masa. Dia juga memberitahu keputusan tersebut turut mendapat sokongan penuh daripada ibu bapa mereka.
“Ia juga harapan ibu bapa iaitu Jaharah Hamzah, 62 dan ayah, Mohd. Yusoff Mamat, 61, yang teringun melihat kami menjadi guru.
“Alhamdulillah, pengajian kami tiga beradik di UniSZA selama setahun ini berjalan lancar,” katanya kepada pemberita.
Majlis Konvokesyen UniSZA ke-16 menyaksikan seramai 2,818 graduan menerima ijazah dalam pelbagai peringkat, termasuk ijazah doktor falsafah (PhD), ijazah sarjana, ijazah sarjana muda, serta diploma. Acara ini berlangsung selama empat hari bermula kelmarin, menyaksikan pencapaian cemerlang oleh graduan dalam bidang masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...