Penyanyi, Fairuz Selamat mengakui dia reda apabila tersingkir dari program Gegar Vaganza pada minggu ke-10, Ahad lalu.
Katanya kepada Remaja, Fairuz menjelaskan bahawa penyingkirannya tersebut telah menamatkan spekulasi mengenai statusnya sebagai ‘anak emas’ di stesen televisyen tersebut.
“Saya menamatkan kemarau soalan itu, di mana saya bukan anak emas Astro.
“Ini rezeki, saya selalu fikir macam ini sesiapa yang tersingkir bukan penanda yang kalian tidak hebat sebab program TV ini bermain dengan banyak perkara,” katanya.
Ads
Tambahnya lagi, Fairuz menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan gembira kerana ia merupakan penamat kepada pelbagai desas-desus mengenai kedudukannya dalam program tersebut.
“Mengambil itu sebagai keputusan yang mukhtamad, rezeki saya sampai di situ sahaja. Saya menerima keputusan ini dengan hati yang sangat gembira sebab dua kali berada di kedudukan dua terbawah, ramai yang mengharapkan saya keluar.
“Nah, ambil sekarang, saya sudah pun tersingkir,” ujarnya lagi.
Walaupun begitu, penyanyi lagu popular Lydia itu mengakui bahawa dia sedikit ralat kerana tidak dapat memenuhi harapan peminatnya yang ingin melihatnya melangkah ke pentas akhir.
“Saya rasa sedih sebab sepanjang 24 tahun bergelar anak seni, saya belum pernah menerima sokongan peminat seperti itu. Gegar Vaganza ini adalah pertandingan, akan ada yang tersingkir dan akan ada yang terlepas.
Ads
“Kalau bukan saya, mesti orang lain, dan kalau bukan orang lain, mungkin saya yang tersingkir. Mereka datang Sabtu dan Ahad, ada yang dah berkeluarga sanggup datang sokong saya, ada jadual shift nak undi saya, masakkan saya makanan.
“Itu yang buat saya ralat. Sebab saya kecewakan mereka, bila mereka sokong artis mesti mereka nak artis mereka masuk final,” jelasnya.
Meskipun tersingkir, Fairuz tetap berterima kasih kepada peminat yang tetap memberikan sokongan yang tidak ternilai.
“Macam saya masuk bertanding, kita dah tahu adat itu, tapi kalau mereka dah ready nak support saya sampai final, lepas ini mereka nak buat apa?” tuturnya dengan nada sebak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi orang kebanyakan, mereka tidak tahu pun mengenai khabar angin siapakah yang akan dipilih oleh BTS sebagai pereka fesyen utama mereka bagi siri jelajah konsert dunia yang akan datang.
Namun jika kamu merupakan seorang ARMY, korang pasti mengikuti perkembangan tersebut.
Banyak jenama terkemuka yang pernah ‘naik’ sebagai antara jenama fesyen yang dipilih oleh BTS. Antaranya termasuklah GUCCI, DIOR dan beberapa pereka dari Korea Selatan.
Hari ini, BTS akhirnya membuka mulut mengenai kolaborasi mereka bersama pereka fesyen daripada DIOR iaitu Kim Jones! Ia telah dipersetujui sejak pertempuan Kim bersama BTS awal tahun ini. Kim nyata tak membuang masa dan terus mencipta 7 rekaan baju pentas berbeza untuk ahli BTS.
Daripada lakaran yang dimuat naik oleh Kim sendiri menerusi akaun Instagram-nya, baju tersebut dilihat mendapat ilham daripada gaya sportswear yang pernah ditayangkan oleh Dior semasa koleksi Pre-Fall 2019.
Dior Pre Fall 2019Dior Pre Fall 2019Dior Pre Fall 2019
Antaranya termasuklah jaket bomber, seluar kargo, kemeja kolaborasi bersama pereka Jepun Hajime Sorayama, aksesori harness (seperti yang pernah dipakai oleh pelakon Timothee Chalamet di karpet merah Golden Globes 2019) dan saddle bag.
Timothee Chalamet memakai Dior dengan aksesori Harness.
Menurut Kim, beliau amat menyukai BTS kerana “mereka adalah lelaki yang baik dan menyukai fesyen. Semua orang yang saya kenal sekarang tergila-gilakan BTS.”
Pakaian tersebut akan mula dipakai oleh BTS bermula konsert pertama Love Yourself: Speak Yourself di Los Angelas pada 4 Mei ini, diikuti oleh lokasi seterusnya seperti London, Paris dan Sao Paolo.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat peminat pelakon lelaki popular Korea, Song Kang, korang bakal berpeluang untuk bertemu dengan aktor ini dalam sesi bertemu peminat secara virtual pada 4 Mac depan.
Dihoskan oleh Netflix, sesi meet and greet ini bakal berlangsung selama 1 jam di saluran YouTube kandungan Korea Netflix The Swoon dan akan distrim dalam bahasa Inggeris. Sari kata turut disediakan dalam bahasa cina tradisional, Indonesia, Jepun, Thai, Portugis (Brazil), Sepanyol (Amerika Latin) dan Vietnam selepas acara berlangsung.
Sumber: Netflix
Sesi ini dapat memberikan pengalaman luar biasa buat para peminat untuk berinteraksi bersama bintang kesayangan mereka. Peminat akan melihat sekilas kehidupan pelakon itu melalui sesi soal jawab, kuiz dan banyak lagi aktiviti interaksi menarik yang dijanjikan. Tiada tiket diperlukan untuk menyertai sesi ini, jadi semua peminat dialu-alukan untuk menyertai acara tersebut.
Sumber: Netflix
Peminat juga berpeluang menghantar soalan dan video 30 saat untuk bertanyakan soalan atau memberikan ucapan buat Song Kang menerusi Google Form.
So guys, jangan lupa 4 Mac depan pada pukul 7 malam untuk beramah mesra dengan pelakon Love Alarm, Sweet Home, Navillera, Nevertheless and Forecasting Love And Weather ini ya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
**
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada 19 Mei, Punithamalar Rajashekar berjaya meraih Rekod Dunia Guinness untuk masa terpantas menyusun kepingan di atas papan catur sambil ditutup matanya.
Menyusun 32 buah catur sambil menutup mata mungkin kelihatan mustahil, lebih-lebih lagi dengan rekod dunia 1.02 minit sebelum ini dipegang oleh seorang budak lelaki dari India.
Tetapi pemain berusia 10 tahun ini berjaya melakukannya dalam masa 45.72 saat sahaja! Wowzerz sangat…
Anda mungkin menganggap pencapaiannya adalah hasil latihan intensif selama berbulan-bulan, membiasakan dirinya dengan aturan buah catur dan mengaturnya melalui sentuhan.
Namun pencapaian hebat ini dicapai disebabkan anugerah luar biasa yang didakwa dimilikinya iaitu keupayaan untuk “melihat” apa yang ada di hadapannya, walaupun dengan mata tertutup!
“Ia tidak sukar kerana saya merasakan ia sama seperti menyelesaikan tugas tanpa penutup mata. Sama seperti bagaimana semua orang melihat dengan mata terbuka, saya dapat melihat perkara yang sama walaupun dengan mata tertutup,” jelas gadis muda ini.
Sekadar info, pencapaian gadis itu bukan perkara yang mengejutkan kerana sebelum ini dia juga telah mendapat gelaran naib juara dalam “Kids Got Talent” Malaysia tahun ini, melayakkannya untuk mengikuti uji bakat untuk musim terbaru “America’s Got Talent”.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: FMT
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akhirnya terjawab! Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac 2026bersamaan 1 Syawal 1447H.
Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Penyimpan...