Bagi orang kebanyakan, mereka tidak tahu pun mengenai khabar angin siapakah yang akan dipilih oleh BTS sebagai pereka fesyen utama mereka bagi siri jelajah konsert dunia yang akan datang.
Namun jika kamu merupakan seorang ARMY, korang pasti mengikuti perkembangan tersebut.
Banyak jenama terkemuka yang pernah ‘naik’ sebagai antara jenama fesyen yang dipilih oleh BTS. Antaranya termasuklah GUCCI, DIOR dan beberapa pereka dari Korea Selatan.
Ads
Hari ini, BTS akhirnya membuka mulut mengenai kolaborasi mereka bersama pereka fesyen daripada DIOR iaitu Kim Jones! Ia telah dipersetujui sejak pertempuan Kim bersama BTS awal tahun ini. Kim nyata tak membuang masa dan terus mencipta 7 rekaan baju pentas berbeza untuk ahli BTS.
Ads
Daripada lakaran yang dimuat naik oleh Kim sendiri menerusi akaun Instagram-nya, baju tersebut dilihat mendapat ilham daripada gaya sportswear yang pernah ditayangkan oleh Dior semasa koleksi Pre-Fall 2019.
Dior Pre Fall 2019Dior Pre Fall 2019Dior Pre Fall 2019
Antaranya termasuklah jaket bomber, seluar kargo, kemeja kolaborasi bersama pereka Jepun Hajime Sorayama, aksesori harness (seperti yang pernah dipakai oleh pelakon Timothee Chalamet di karpet merah Golden Globes 2019) dan saddle bag.
Ads
Timothee Chalamet memakai Dior dengan aksesori Harness.
Menurut Kim, beliau amat menyukai BTS kerana “mereka adalah lelaki yang baik dan menyukai fesyen. Semua orang yang saya kenal sekarang tergila-gilakan BTS.”
Pakaian tersebut akan mula dipakai oleh BTS bermula konsert pertama Love Yourself: Speak Yourself di Los Angelas pada 4 Mei ini, diikuti oleh lokasi seterusnya seperti London, Paris dan Sao Paolo.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehebatan anak Malaysia sudah tidak perlu dipertikai kerana pengacara televisyen Baki Zainal telah pun membuktikan apabila dia berjaya melakar sejarah di peringkat dunia kerana memenangi cabaran video GoPro Million Dollar Challenge.
Daripada 42,000 video penyertaan dari 104 negara, video milik Baki Zainal menjadi antara 56 video yang berjaya menawan hati juri.
Seramai 45 peserta yang juga pemilik kepada 56 video tersebut mendapat wang tunai melibatkan sebanyak AS$1 juta (RM4,085,361.02) atau AS$22,222 (RM90,800.94) setiap seorang.
Video yang diambil semasa bermain gelongsor air di Escape, Pulau Pinang dimuat naik pada laman instagramnya dan menerima lebih daripada 2 ribu tanda suka serta beratus komen.
Ramai yang mengucapkan tahniah dan berbangga dengan kejayaan Baki dalam membawa nama Malaysia.
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Baki Zainal. Inilah namanya rezeki kan. Masuk theme park bayar berapa ratus sahaja, tapi hasilnya dapat berjuta-juta. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas hampir 24 tahun mengabdikan diri dalam dunia gusti profesional, bintang terkenal, John Cena akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada gelanggang WWE sekaligus menutup tirai kerjaya luar biasanya dalam suasana penuh emosi yang berlangsung di Capital One Arena, Washington D.C baru-baru ini.
Sebelum ini, seperti yang telah dijangka sejak pengumuman rasmi pada Julai tahun lalu, John Cena atau pemilik nama sebenar John Felix Anthony Cena itu tampil buat kali terakhir di hadapan ribuan peminat setia yang membanjiri arena, menyaksikan detik bersejarah yang menandakan berakhirnya satu era dalam WWE.
Dalam perlawanan terakhir Cena berlangsung dalam acara khas Saturday Night’s Main Event, menyaksikan beliau berdepan Gunther dalam pertembungan berintensiti tinggi yang berlanjutan hampir 25 minit.
Pertarungan tersebut berakhir secara dramatik apabila beliau terpaksa melakukan ‘tap out’ buat pertama kali dalam sejarah kerjayanya selepas dikunci dengan ‘sleeper hold’ oleh Gunther, sekaligus memberikan penamat simbolik kepada perjalanan panjangnya sebagai seorang pejuang gelanggang.
Saat keputusan diumumkan, sorakan gemuruh bercampur sebak menyelubungi arena apabila Cena menanggalkan wristband dan kasutnya, meninggalkannya di tengah gelanggang sebagai isyarat ikonik persaraan yang cukup bermakna dalam dunia gusti profesional.
Meskipun Gunther, juara heavyweight WWE dua kali, dinobatkan sebagai pemenang, tumpuan sepenuhnya kekal kepada Cena yang berdiri lama di tengah gelanggang sambil menundukkan kepala, meluahkan rasa terima kasih kepada jutaan peminat yang setia menyokong beliau sepanjang lebih dua dekad.
Menariknya, detik menyentuh hati itu diteruskan dengan kemunculan beberapa bintang utama WWE termasuk Juara Dunia Heavyweight CM Punk dan Juara Undisputed WWE Cody Rhodes, yang menyerahkan tali pinggang kejuaraan masing-masing kepada Cena sebagai tanda penghormatan tertinggi sebelum beliau memulangkannya semula sebagai simbol penyerahan legasi.
Dalam acara yang sama, Cena memilih untuk tidak menyampaikan ucapan panjang, sebaliknya menggunakan bahasa simbolik gusti profesional apabila beliau berpaling ke arah kamera dan memberikan tabik hormat terakhir sebelum berjalan keluar gelanggang buat kali terakhir.
Sekadar info, persaraan Cena yang kini berusia 48 tahun, telah diumumkan secara rasmi pada 7 Julai tahun lalu semasa acara WWE Money in the Bank 2024 di Toronto, dengan tahun 2025 dijadikan sebagai jelajah perpisahan rasmi yang sarat dengan momen istimewa buat peminat.
Sepanjang tahun terakhirnya, Cena melalui beberapa perubahan watak termasuk ‘heel turn’ mengejutkan di Elimination Chamber sebelum kembali sebagai ‘babyface’, selain memahat sejarah sebagai juara dunia WWE sebanyak 17 kali sejak debutnya bersama organisasi itu pada tahun 2001.
Selain menerima penghormatan di gelanggang, legasi John Cena turut diraikan oleh barisan bintang dan legenda WWE. The Undertaker dalam satu kenyataan di aplikasi X menyifatkan Cena sebagai individu yang sudah kelihatan seperti bintang besar sejak kali pertama mereka berkongsi gelanggang, sambil memuji etika kerja dan kesetiaannya kepada industri gusti profesional.
“Nice job”
Those were the words I said to you 23 years ago when you debuted. Now, on the day of your final match, I say again…nice job.
Hustle, loyalty, and respect is more than just a catch phrase. For 23 years you have lived by those words. Your passion for our business and… pic.twitter.com/WE1SNV9h7W
Triple H dan Shawn Michaels pula mengakui bahawa Cena memainkan peranan besar dalam memastikan WWE kekal relevan ketika era persaingan paling sengit, manakala pengulas veteran Michael Cole menyifatkan Cena sebagai antara penghibur terhebat yang pernah disaksikan, dan suara kepada satu generasi peminat WWE.
Di luar gelanggang, John Cena turut mencipta kejayaan besar dalam dunia lakonan menerusi filem seperti The Suicide Squad, Bumblebee dan Fast & Furious 9, selain memegang Guinness World Record sebagai selebriti paling banyak memenuhi permintaan Make-A-Wish Foundation, mengukuhkan statusnya bukan sekadar legenda gusti, tetapi ikon global berjiwa besar.
Sementara itu, WWE bukan satu-satunya pihak yang memberi penghormatan. Ucapan tahniah datang daripada nama besar seperti legenda NFL Tom Brady, yang sendiri memahami erti ketahanan dan konsistensi dalam jangka panjang, serta Jelly Roll yang menyampaikan penghargaan dengan penuh makna.
Ramai atlet profesional menyebut Cena sebagai figura yang berjaya mengimbangi kerjaya gusti, filem dan kerja kebajikan, sekaligus menjadi contoh teladan positif buat masyarakat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, pepatah ini sesuai penulis ibaratkan terhadap kejayaan Dr Kartini Kamalul Ariffin yang suatu ketika dahulu cukup popular sebagai pengacara rancangan 3R dan penyampai radio Hot.fm.
Dalam satu hantaran terbaru di Instagramnya, Dr Kartini berkongsi mengenai kejayaannya menyiapkan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran (PhD) di Infrastructure University Kuala Lumpur yang mengambil masa selama enam tahun.
“Terima kasih Allah kerana membimbing saya melalui usaha ini. Semoga saya terus dibimbing untuk menggunakan ilmu ini untuk visi saya, agama saya, masyarakat saya dan untuk kebaikan yang lebih besar,” ujarnya.
Dengan tajuk tesis, Women Leadership in Creative Industry in Malaysia, pencapaiannya menggenggam ijazah kedoktoran cukup memberi inspirasi, lebih-lebih lagi pada awal tahun ini dia diuji dengan kanser payudara.
Dalam gambar yang dikongsikan, dapat dilihat Dr Kartini di kelilingi oleh keluarga tercinta dan sahabat baiknya, Fara Fauzana turut hadir bersama memberi sokongan.
Imbas kembali, sebelum menyambung pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran, Dr Kartini sebelum ini terlebih dahulu telah menamatkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang Kewartawanan Penyiaran di Goldsmiths, University of London pada tahun 2007.
“Masa my master back in 2007, saya tak hadiri pun majlis konvokesyen. Lama nak tunggu dan masa tu graduation di Goldsmiths, University of London. Jadi nak tinggal di London kena sewa rumah, perbelanjaan pun bertambah.
“Balik KL terus mula berkerja balik dengan Hot.fm, kemudian nak pergi balik untuk majlis graduasi, dah mula sibuk dan tiket kapal terbang pun tak murah. Jasi saya skip convocation utuk MA Broadcast Journalism. Sijil universiti poskan ke Malaysia. Sampai sekarang menyesal,” ujarnya panjang mengimbau kenangan lalu.
Selain itu ibu kepada dua cahaya mata ini turut berpesan agar jangan bertangguh dalam melakukan apa-apa. Kongsinya, “Untuk ijazah kedoktoran ini memang saya bertungkus lumus buat pembetulan tesis sejak Ogos untuk mengejar majlis graduasi sesi November 2023. Kalau tak kena tunggu tahun 2024. We don’t know what the future holds, jadi jangan bertangguh.”
Tahniah REMAJA ucapkan!
Sumber foto: Instagram Dr Kartini Kamalul Ariffin
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Norizati Khairuddin, pelajar UiTM yang bercita-cita menjadi penyampai berita UiTM profesional melalui usaha, disiplin dan pengalaman dalam bidang kewartawanan.