Itu sebahagian lirik lagu nyanyian Abang Kosmetik yang bakal dikeluarkan tidak berapa lama lagi.
Lepas meletup dengan pelbagai bisnes, terbaru Dato Seri Aliff Shukri Kamarzaman selangkah bergelar artis rakaman. Minggu lepas jutawan popular ini sudah menandatangani surat perjanjian sebagai artis rakaman bersama KRU Muzik.
Beliau bakal mengeluarkan sebuah album. Ada lagu duetnya bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid selain duet bersama jutawan kosmetik, Nur Sajat.
Dalam satu sidang akhbar sempena majlis pelancaran Kobalorasi Tudung Aliff Shukri, Aliff By Sha bersama GoHalal, khabarnya niatnya menjadi artis rakaman dan berlakon tidak dipersetujui isterinya.
“Saya minta izin dengan isteri nak jadi penyanyi dan pelakon,” katanya di hadapan para wartawan.
Namun isterinya memaklumkan, dia tidak menyukai suami kesayangannya itu terlibat dalam dunia nyanyian mahupun lakonan dan tidak memberikan restu. Ehmm.
Yalah, kata orang kejayaan lelaki kerana ada isteri di sisinya dan mungkin Dato Seri Aliff ingin memperlbagaikan bakatnya dalam industri seni pula. Mana tahu, albumnya boom dan mampu menandingi Dato Seri Vida yang meletup dengan I Am Me. Rezeki orang kita tak tahukan!
Ads
Memperkenalkan 15 tudung rekaan eksklusif dari Dato Seri Aliff, koleksi Aliff By Sha
Bercerita bisnes tudung Bawal Satin Silk yang kurang setahun diceburinya, Aliff By Sha, dengan bermodalkan RM20,000 ternyata dengan kualiti, anti kedut, anti pekak dan target untuk golongan menengah dan atasan,patuh syariah dengan bidang 45×45, tidak panas, tidak tebal berinspirasikan wanita Turki jualannya berjaya terjual meningkat sebanyak RM700,000 kurang dari setahun beliau memulakan bisnes ini.
“Rekaan tudung saya eksklusif, tak jemu dipandang, elok terletak. Pakai 10 tahun pun ok lagi sebab material kainnya begitu saya pentingkan. Ia campuran satin sutera dan satin dengan kualiti yang sangat bernilai tinggi.
“Ada orang cakap harga tudung saya mahal, RM99 tetapi ia setanding dengan kualiti. Makin lama dipakai makin cantik, elok terletak. Saya rasa gembira kerana tudung ini mula mendapat permintaan tinggi,” katanya memaklumkan kesemua rekaan tudung adalah ciptaannya sendiri.
Ads
Bukan itu saja, tudung ini hanya boleh didapati di GoHalal, sebuah platform dagangan dalam talian produl halal di bawah naungan DNeX secara eksklusif di mana sebanyak 5000 helai telah diambil oleh GoHalal.
Termetrai perjanjian usahasama bersama Dato Samsul yang juga pengerusi Dagang Net Technologies Sdn Bhd
Jelas Dato Aliff Shukri lagi, buat masa ini stokis tudungnya sejumlah 1000 orang dan rekaannya sangat eksklusif di mana setiap design hanya terjual antara 300-500 helai saja.
Ads
Tambahnya, ada yang bertanya, mengapa dia memilih menjual tudung? Kata Dato Aliff Shukri, dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini dia harus memilih satu cabang perniagaan yang disukai wanita dan beliau melihat tudung adalah perniagaan yang baik untuk diceburi.
“Universiti saya adalah pengalaman kehidupan. Saya banyak belajar dan mencuba. Dalam industry tudung ini saya “player baru”. Tapi saya tak mahu diperbandingkan dengan jenama yang sudah popular. Saya mahu setiap koleksi Aliff By Sha diingati pemakainya kerana saya begitu mementingkan kualiti.
“Satu lagi, saya sangat bersyukur kerana untuk memasuki portal online GoHalal ini bukan mudah. Saya sendiri berusaha 6 bulan lamanya, turun naik buat kertas kerja sebelum mereka menerima tudung ini untuk dijual. Alhamdulillah, ini satu permulaan baik,” katanya mengakhiri temubual.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sering kalikan kita terlupa apa yang diajar guru. Lebih-lebih lagi bagi pelajar universiti yang perlu menghafal banyak nota-nota ketika berada di dewan kuliah. Bukan mudah sebenarnya untuk berjaya namun tidaklah juga susah untuk tidak mencapai kejayaan. Janji kita tahu apa rahsia belajar. Betul tak?
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin tertua di dunia. Seluruh dunia mengagumi kebijaksanaannya terutama berucap tanpa memegang teks ucapan yang biasanya disediakan oleh para pegawainya. Lihatlah bagaimana Tun M dikagumi ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73 baru -baru ini sehingga menimbulkan kekaguman tentang keupayaannya tidak melihat teks di sediakan.
Seperti semua orang ada rahsia dan teknik belajar, buat para pelajar khususnya di universiti, mungkin korang boleh meniru rahsia Tun M yang satu ini terutama mengelak dari menjadi pelupa.
Untuk makluman korang semua, teknik elak pelupa yang begitu berkesan diamalkan oleh Tun M ialah sentiasalah membawa buku catatan kecil walau ke mana jua korang pergi.
Ini jugalah yang dilakukan oleh Tun M yang akan sentiasa membawa buku catatan kecilnya mana-mana jua dan akan mencatatkan nota dengan segera tentang tindakan yang perlu dilakukan anggota Kabinet.
“Saya catat masa itu juga. Jangan tunggu lama-lama, nanti lupa. Tulis apa yang boleh kita ambil tindakan,” katanya kepada media Malaysia sebelum mengakhiri lawatan kerja siri kedua ke United Kingdom pada Isnin.
Tengok bagaimana orang ramai kagum dengan kebijaksanaannya berucap tanpa memandang teks ucapan
Dalam pertemuan dengan media Malaysia itu, beliau turut mengeluarkan buku nota kecil itu tetapi tidak membenarkan membaca apa yang tertulis di dalamnya.
“Depan pun bubuh (tulis), belakang pun bubuh,” katanya sambil menyelak buku kecil berkenaan.
Beliau turut mempunyai catatan dalam buku kecil berkenaan ketika berada di London.
Dr Mahathir berkata beliau akan membacakan catatan dalam buku berkenaan pada mesyuarat Kabinet, yang dipengerusikannya.
“Saya lihat apa yang perlu dilakukan, saya tulis nota di sini (buku). Bila mesyuarat Kabinet, saya sebutlah benda ini.
“Sebagai perdana menteri, saya bertanggungjawab secara keseluruhan, yang jalan tugas menteri-menteri. Saya kena beritahu menteri kalau ada sesuatu yang perlu diketahui menteri itu, supaya dia ambil tindakan,” katanya.
– Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah di belakang tabir penggambaran naskhah baharu di Netflix berjudul The Glory, kini menjadi fenomena dan perhatian umum terutama dalam kalangan peminat setia K-Drama.
Menerusi naskhah tersebut, karakter Park Yeon-ji lakonan Lim Ji-yeon yang gemar merokok menjadi tanda tanya ramai, adakah babak tersebut dilakukan tanpa sebarang bantuan teknik kamera atau sebaliknya.
Seorang bekas wartawan hiburan Korea Selatan, Lee Jin-ho menyoalkan kepada kenalan Ji-yeon, sama ada bintang yang membawa watak antagonis utama dalam siri itu benar-benar seorang perokok.
Menurut sumber, pelakon berbakat besar itu belajar untuk menggunakan rokok supaya kelihatan semula jadi apabila ditonton di layar skrin.
“Seperti yang anda lihat, semangat Ji-yeon. Dia memang menggunakan rokok sebenar. Dia mahu kelihatan natural semata-mata untuk menjayakan watak tersebut,” katanya ringkas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi rap dan bintang K-Pop sensasi, Mino dari kumpulan Winner baru-baru ini meraih perhatian selepas didakwa tidak hadir tanpa kebenaran selama 102 hari sepanjang tempoh khidmat tenteranya serta berdepan kemungkinan hukuman penjara jika disabit kesalahan.
Menurut kertas pertuduhan yang diperoleh JoongAng Ilbo, Pejabat Pendakwa Raya Daerah Barat Seoul mendakwa Mino atau nama sebenarnya Song Min-ho gagal hadir ketika bertugas sebagai pekerja khidmat sosial di Perbadanan Pengurusan Fasiliti Mapo-gu serta sebuah pusat kebajikan komuniti di Daerah Mapo.
Difahamkan, sebagai pekerja khidmat sosial, mereka tidak perlu bertugas pada hujung minggu atau cuti umum, dengan jumlah hari bekerja sekitar 430 hari sepanjang satu tahun sembilan bulan.
Jika dakwaan benar, Mino dilaporkan tidak hadir hampir satu perempat daripada jumlah hari yang diwajibkan.
Di bawah Artikel 89-2 Akta Perkhidmatan Tentera, individu yang tidak hadir selama lapan hari atau lebih tanpa alasan munasabah boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tiga tahun. Pendakwa turut menyatakan ketidakhadiran meningkat menjelang tamat perkhidmatannya.
Untuk rekod, tempoh perkhidmatan Mino berlangsung dari 24 Mac 2023 hingga 23 Disember 2024. Antara Mac hingga Mei 2023, beliau hanya tidak hadir satu hari, namun jumlah itu meningkat kepada 14 hari pada November 2024. Pada Julai 2024 pula, beliau dilaporkan tidak hadir 19 hari daripada 23 hari bekerja.
Di samping itu, pendakwa raya turut mendakwa seorang penyelia terlibat dalam kes ini. Penyelia yang bertanggungjawab menguruskan rekod kehadiran dipercayai membenarkan Mino tidak hadir atas alasan terlewat bangun atau keletihan, selain menyediakan dokumen seolah-olah beliau hadir seperti biasa.
Dalam satu kertas pertuduhan menyertakan mesej yang dihantar sekitar jam 6.09 petang pada 29 Mei 2023 oleh penyelia berkenaan yang memaklumkan dia tidak akan hadir bekerja keesokan harinya.
“Saya ada latihan esok dan tidak akan masuk kerja, jadi jumpa pada 31 Mei,” tulis mesej itu.
Menurut pendakwa, Mino tidak hadir pada 30 Mei dan rekod harian diisi seolah-olah dirinya hadir. Pada hari sama, gambar dimuat naik di media sosial adiknya menunjukkan beliau berada di San Francisco bagi menghadiri majlis perkahwinan.
Terdahulu, pihak pendakwa memaklumkan bukti diperoleh melalui siasatan tambahan termasuk forensik telefon bimbit dan semakan rekod GPS.
“Kami memperoleh bukti objektif melalui forensik telefon bimbit dan semakan rekod GPS,” kata Pejabat Pendakwa Raya Daerah Barat Seoul pada 30 Disember 2025.
Sementara itu, Mino dan penyelia tersebut telah didakwa atas kesalahan melanggar Akta Perkhidmatan Tentera, manakala perbicaraan pertama ditetapkan pada 21 April selepas penangguhan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mahkamah Rayuan benarkan penggantungan hukuman penjara Da’i Syed sementara rayuan diputuskan dengan jaminan RM40,000 dan syarat wajib lapor polis setiap bulan.