Sepanjang awal tahun ini, media antarabangsa dan para peminat tidak sudah-sudah bercerita mengenai persiapan perkahwinan pasangan muda, Brooklyn Beckham dan Nicola Peltz setelah Nicola, 27 menerima lamaran Brooklyn, 23 tahun lalu.
Kini setelah mereka akhirnya disatukan sebagai suami isteri Sabtu lalu, tumpuan khalayak nampaknya rakus memerhatikan anak teruna kedua David dan Victoria, Romeo Beckham pula!
Romeo berada di Miami, Amerika Syarikat sepanjang minggu lalu untuk bersama-sama keluarganya bermula dari proses persiapan, raptai hinggalah ke majlis perkahwinan yang dilangsungkan di estet kediaman milik keluarga Peltz.
Begitupun, remaja berusia 19 tahun itu masih sempat meluangkan masa bersama teman wanitanya di beberapa lokasi menarik sekitar Florida. Paling mencuri tumpuan adalah sewaktu mereka berehat di yatch, Khamis lalu.
Ia membuatkan ramai tertarik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai teman wanita sebayanya, Mia Regan. Tambahan pula apabila Mia ada berkongsi beberapa foto di sebalik tabir majlis tersebut.
Ads
Romeo (tengah) ditemani Mia Regan (kiri) di majlis perkahwinan Brooklyn Beckham & Nicola Peltz.
Siapakah Mia Regan?
Mia Rega, 19 ialah seorang model yang terikat dengan agensi Storm Models dan pernah bekerja untuk jenama fesyen antarabangsa seperti Balmain, Coach dan Gucci Beauty. Dia juga pernah dipaparkan sebagai model dalam majalah British Vogue.
Mia memperagakan koleksi Balmain Pra-Musim Luruh 2021.Mia menjadi model kempen Coach Ski Collection, akhir tahun lalu.
Pada ketinggian 5 kaki 10 inci, bakat Mia sebagai seorang model pada awalnya berjaya memikat hati agensi semasa dia menyertai pertunjukan fesyen Birmingham Clothes Show.
Di luar dunia peragaan pula, Mia aktif sebagai seorang artis seni yang gemar mencipta karya untuk mengekspresikan personalitinya yang selalu ceria. Jiwa seni Mia itu jugalah yang menyakinkannya untuk memilih jurusan sejarah, seni dan PE semasa pengajian peringkat A-level. Lihat sajalah pada hantaran di Instagram-nya, memang artsy-fartsy!
Ads
Bercakap mengenai akaun media sosial, kini Mia menjadi ikutan ramai dengan memiliki 500,000 pengikut di Instagram dan 200,000 lagi di platform TikTok.
Ada kata-kata nakal yang mengatakan Mia memilih Romeo sebagai teman lelaki untuk melonjakkan jumlah pengikutnya demi mengikat klien-klien komersil di luar sana. Bagaimanapun, Mia tidak tergugat dengan tuduhan seperti itu. Tidak banyak pun hantaran foto atau video bersama Romeo, sebaliknya Mia lebih gian memuat naik hantaran berkaitan ‘film photography’ di Instagram.
Cantik kan feed Mia!
Ads
Setelah Brooklyn bergelar ‘suami orang’ timbul ura-ura yang mengatakan giliran Romeo untuk berumah tangga akan menyusul tidak lama lagi. Ini memandangkan ayahnya, David dan abang, Brooklyn juga berkahwin pada usia muda.
Ikutkan gelagat Mia dan Romeo, soal kahwin mungkin masih jauh daripada perancangan mereka. But who knows?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Polemik rumah tangga antara pasangan selebriti, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof bakal berakhir apabila pengarah dan juga penerbit tersebut bakal melafazkan talak terhadap isterinya pada tanggal 18 April ini.
Menurut laporan Utusan Malaysia, perkahwinan yang telah terbina antara mereka selama ini akan menemui titik perakhiran apabila kata sepakat itu dicapai pada pertemuan kedua-dua pihak yang diadakan, malam tadi.
Selain itu, Hakim Syarie, Akmaluddin Ilyas juga akan merekodkan segala terma-terma penyelesaian dan persetujuan kedua-dua pihak.
Terma penyelesaian dan persetujuan tersebut akan merangkumi isu-isu berkaitan handanah (hak penjagaan anak), nafkah anak-anak, mutaah, edah dan harta sepencarian.
Sekadar informasi, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada tanggal 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Berakhirnya acara Anugerah Juara Lagu 34 semalam dengan kemenangan lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel telah menerima respon positif oleh ramai penonton.
Walaupun masing-masing mempunyai lagu kegemaran, namun sukar untuk kita menafikan kekuatan Sumpah yang dikategorikan sebagai ‘lagu berhantu’ pada tahun 2019.
Menariknya, bulan komposisi lagu itu saja yang diperkatakan tetapi juga solekan pada wajah, rambut, leher dan tapak tangan Naim Daniel.
Konsep utama yang ingin dipertaruhkan adalah untuk mengadaptasi semula video muzik Sumpah yang mempunyai elemen anime.
Lantas ramai yang tertanya-tanya siapakah jurusolek dan jurudandan yang diberikan tanggungjawab untuk merealisasikan konsep tersebut.
Menurut perkongsian oleh @DanielSyazwan di akaun Twitter-nya, beliau pada asalnya melakukan eksperimen terhadap muka sendiri sambil dinilai oleh rakannya yang juga merupakan guru pendidikan seni.
Dari situlah, Daniel memperbaiki lagi skil solekan ala anime ini ke atas rakannya sendiri sehingga dia berjaya menjadikan se-realistik mungkin.
Dari tempoh sejam 20 minit, mereka berjaya merealisasikan solekan pada Naim Daniel semalam agar siap dalam tempoh sejam 10 minit.
*
Untuk menjadikan keseluruhan look Naim Daniel semalam sempurna, pakaian yang disarungkan oleh penyanyi itu direka oleh Hatta Dolmat.
Menurut Hatta, “Macam selalu, saya akan melayan lagu penyanyi dulu. Saya terkejut juga dengan konsepnya kerana saya tak pernah buat hand painting di atas pakaian.
“Ini benda baru pada Hatta. Tahniah pada Naim kerana beri cabaran minda buat abang berkarya dan mahirkan tangan abang yang memang dah lama tak pegang berus,” tulisnya dalam perkongsian seperti di bawah semalam.
Negara Arab Saudi dan negara lain di Timur Tengah telahpun menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari ini setelah pengumuman Imam Besar Masjid Al-Haram semalam.
Sebenarnya, keputusan tersebut bukanlah keputusan yang pelik memandangkan Arab Saudi juga melakukan pemerhatian anak bulan seperti yang dilakukan di Malaysia.
Cuma barangkali kerana Ramadan di sana hanya berkesudahan 29 hari pada tahun ini berbanding 30 hari seperti di Malaysia, Indonesia, Jepun dan Australia yang masing-masing mengumumkan Aidilfitri jatuh pada 5 Mei, ia kedengaran seperti pelik sedikit.
Apapun, pada jam 4.11 pagi tadi, seramai 1.5 juta ke 2.5 juta umat Islam di Mekah telahpun menunaikan solat Subuh, diikuti dengan solat sunat Aidilfitri pada jam 6.00 pagi di bahagian dalam hingga melimpah ke luar masjid Al-Haram.
Menariknya, sambutan Aidilfitri di Mekah menurut rakan yang berada di sana disambut secara ringkas tanpa kunjungan dari rumah ke rumah, perhiasan, bunga api atau mercun.
Jika di Malaysia lagu-lagu raya sudah berkumandang sejak pertengahan bulan Ramadan lagi. Di Mekah orang ramai meneruskan ibadat selepas selesai menjamu sarapan Aidilfitri.
Bagi rakyat Malaysia yang menetap di sana atau sedang menunaikan ibadah umrah, mereka dijemput untuk ke rumah terbuka Malaysia anjuran restoran Felda D Saji di Jeddah kira-kira 80 kilometer ke barat Mekah.
Sekitar majlis berbuka puasa dan bertarawikh di Kedutaan Besar Malaysia di Jeddah, Arab Saudi pada Mei lalu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!