Pendedahan Abang Qu yang sebelum ini tular setelah diumumkan sebagai pembantu peribadi (PA) Dato Seri Vida mengenai status sebenar perjanjian pekerjaannya bersama usahawanita tersebut telah mengejutkan ramai pihak.
Ini memandangkan Qu atau nama sebenarnya Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar sebelum ini difahamkan bekerja di bawah majikannya itu seperti mana yang berlaku kepada PA.
Namun dedahnya sewaktu sesi Instagram Live malam tadi, ia hanyalah sekadar tawaran ‘berkolaborasi’ dan dirinya tidak diambil sebagai pekerja dengan cara sebenar.
Ini berikutan dirinya masih tidak menerima surat tawaran bekerja dengan Dato Seri Vida yang secara ringkasnya akan menyenaraikan perihal pekerja seperti jawatan yang ditawarkan, jumlah gaji bulanan, jumlah caruman EPF dan SOCSO oleh pekerja dan majikan, waktu serta lokasi bekerja dan lain-lain perkara seperti manfaat perubatan, tempoh percubaan bekerja dan sebagainya.
Justeru, demi menjelaskan perkara sebenar agar pengikutnya malah pengikut Vida tidak keliru, Qusyairi yang pada awalnya enggan memperbesarkan hal ini telah menceritakan serba ringkas mengenai situasi belum menerima surat tawaran kerja ini.
“Awak cuba ‘google’ apa beza surat perjanjian kerja dan surat tawaran kerja. Saya pun ada staf di bawah saya juga, saya tahu surat tawaran kerja ini bagaimana rupanya. Siapa yang pernah bekerja, mesti dia tahu. Kalau nak cerita itu, biar molek. Apa yang disampaikan itu jangan (tokok) tambah atau kurangkan,” tegas Qusyairi.
Ads
“Apa yang diserahkan oleh pihaknya adalah surat perjanjian. Saya sudah mengikutnya sejak 10 hari bulan (Februari). Siapa yang pernah terdengar suara saya dalam sesi-sesi Live itu, mereka tahulah.”
“Pengumuman rasmi pula adalah pada 24 hari bulan. Sekiranya pihaknya ingin menawarkan pekerjaan kepada seseorang, sekurang-kurangnya sewaktu pengumuman rasmi itu beliau sudah ada surat tawaran kerja saya. Tapi tiada. Kalau hendak diikutkan, saya telah bekerja melebihi sebulan pun (tanpa menerima surat tawaran kerja),” jelasnya.
Lantas, ramai mempersoalkan mengapa Qusyairi sanggup terlibat dalam sesi Instagram Live bersama Vida selama ini malah berlakon pula dalam video muzik (MV) lagu terbaru beliau; Ku Ikhlaskan jika statusnya sebagai pekerja masih samar?
Kata Qusyairi, penglibatannya di samping Vida selama ini adalah di atas terma ‘kolaborasi’ semata. Mudah cerita, ibarat kerja sebagai freelancer.
“Sebelum pengumuman rasmi itu, kami sudah bersetuju untuk sekadar berkolaborasi dalam projek lagu terbarunya (Ku Ikhlaskan). Tiada pertanyaan daripada pihaknya untuk memanggil saya bekerja dengannya. Jadi bayaran yang saya terima daripadanya adalah bayaran untuk MV sahaja, gaji orientasi dan bayaran komisyen untuk sesi live yang melibatkan saya, sedikit-sedikit.
“Gaji selama sebulan; daripada pengumuman sebagai PA sampai kini, tiada.”
Ads
“Bagi penglibatan saya dalam MV, bayarannya bergantung kepada per jam kerana saya tidak menerima surat tawaran kerja. Saya letak di situ, sejam RM350. Jadi kiralah untuk (penggambaran selama) empat hari berapa,” ulasnya lagi.
Di mata masyarakat umum, mungkin ada yang beranggapan semua ini sekadar satu lagi ‘content’ drama demi menagih perhatian. Namun buat Qusyairi yang ‘tersepit’ dalam kemelut seperti ini, dia menidakkan dirinya menyimpan rasa marah. Cuma, Qusyairi terpanggil untuk menjelaskan perkara sebenar agar tiada pihak yang salah faham.
Ditanya sekiranya Qusyairi kecewa dengan situasi ini, dia masih memandang Vida dari sudut yang positif. Jauh sekali ingin menarik muka jika terserempak. Qusyairi berpendapat tidak salah pun untuk bertegur sama seseorang secara baik lebih-lebih lagi seseorang seperti Vida yang lebih senior daripadanya dalam bidang perniagaan ini.
Cuma pesannya kepada remaja yang bakal memulakan alam pekerjaan selepas ini, “Kena faham perbezaan di antara surat perjanjian dan surat tawaran kerja.”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun saiz badan adalah perkara peribadi mengenai seseorang itu dan kita tak ada hak untuk mengecam badan sesiapa pun, masih ramai yang seakan tak fahamkan konsep itu dan terus menganak tirikan orang yang bersaiz lebih besar atau yang terlalu kurus.
Haih, dah 2021 pun timbul masalah macam ni.
Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @tomey8, dia telah berkongsi momen sedih diminta untuk pulang selepas diterima kerja setelah majikan melihat penampilannya.
Gadis tersebut telah berkongsi pengalaman disuruh balik oelh majikan setelah melihat bentuk fizikalnya. Alasannya kerana mempunyai bentuk badan yang besar dan takut tak boleh buat kerja. WHAT?!
Malah, gadis comel ini turut mendedahkan golongan berbdan besar ini sering dijadikan ‘bahan’ untuk dimainkan.
Pada awal perkongsian video tersebut, selain untuk memudahkan solat dia telah memberi nasihat kepada warganet supaya belajarlah menurunkan berat badan sebelum memohon sesuatu pekerjaan agar tidak mendapat nasib yang sama sepertinya.
Perkongsian gadis yang menggelar dirinya sebagai Tomey itu membuat netizen sebak kerana dia dinilai sebegitu sekali malah sering disindir oleh rakan-rakan, sementara ramai yang turut berkongsikan kisah dihina kerana gemuk.
Being obese with 41 BMI was my darkest days. My insecurity peaked. I was too insecure that I slightly bent my back when i walk. All that to hide my breast-looking chest. And the worst part was, I got 0 respect from people. People grabbed my chest like I had no feelings man https://t.co/24CYpXYlV0
Dek kerana teknologi menguasai zaman, perbuatan memalukan fizikal seseorang kini bukan hanya boleh dilakukan secara verbal malah di alam maya. tapi korang sedar tak?
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini telah mengklasifikasikannya sebagai jenayah. Sekiranya disabitkan bersalah, mereka boleh dihukum penjara dalam tempoh tidak melebihi satu tahun, denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali dan sekiranya mahu membuat laporan, mangsa boleh ke balai polis atau laporkan kepada SKMM.
Sumber: TikTok @tomey8, Twitter , Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, kumpulan K-Pop, The Boyz baru sahaja memeriahkan Megastar Arena pada 7 September dengan konsert jelajah The Boyz World Tour: Zeneration II di Kuala Lumpur.
Konsert yang dihadiri oleh ribuan peminat yang dikenali sebagai The B atau Deobi sememangnya menghangatkan suasana dan kumpulan penyanyi itu juga sempat mempersembahkan sebanyak 23 lagu hit mereka istimewa untuk Deobi.
Walau bagaimanapun, keadaan semasa konsert The Boyz World Tour: Zeneration II yang pada awalnya berjalan dengan lancar itu tiba-tiba menjadi riuh selepas bekalan elektrik terputus apabila The Boyz hampir menyanyikan lagu terakhir.
Meskipun begitu, The Boyz sempat menenangkan dan mengalihkan perhatian para peminat dengan menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ ketika keadaan bertukar menjadi kecoh.
Selepas pihak pengajur memohon maaf dan menyelesaikan beberapa isu teknikal (bekalan elektrik terputus) yang terjadi semasa konsert sedang berjalan langsung, The Boyz memberikan ucapan terakhir kepada peminat di Kuala Lumpur dan mereka juga turut meneruskan dengan lagu penutup berjudul ‘Fire Eyes’.
Dalam pada itu, The Boyz turut menyanyikan beberapa lagu popular mereka seperti Maverick, Reveal, The Stealer, Thrill Ride, Levitating, D.D.D dan Bite Back.
Konsert jelajah dunia The Boyz ini telah rasmi dimulakan dengan tiga malam persembahan berturut-turut di Seoul, Korea Selatan pada awal Julai lalu.
Seterusnya, pelantun lagu Nectar ini juga telah meneruskan perjalanan mereka di Eropah, Amerika Syarikat dan beberapa negara di Asia Tenggara termasuk melawat beberapa bandar seperti New York, Los Angeles, Bangkok, Jakarta, Kuala Lumpur, Manila, Macau, Osaka, Paris, London, dan beberapa lagi.
Sekadar info, The Boyz terdiri daripada 11 anggota iaitu Sangyeon, Jacob, Younghoon, Hyunjae, Juyeon, Kevin, New, Q, Ju Haknyeon, Sunwoo, dan Eric telah memulakan debut sejak tahun 2017.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemain bola sepak Piala Presiden Selangor, Muhammad Husni bin Idrus, telah meninggal dunia setelah rebah di sebuah restoran di Petaling Jaya malam tadi.
Berita pemergian remaja berusia 21 tahun itu telah disampaikan oleh pihak Selangor FC menerusi platform Facebook mereka.
Memetik kenyataan yang ditulis pada siaran tersebut, “Dengan penuh dukacita kami memaklumkan pemergian Muhammad Husni Bin Idrus, pemain Skuad Piala Presiden Selangor FC 2022 yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi (25 Mei 2022).
“Kami dari Selangor FC mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham dan bersama-sama kita mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
“Kami juga memohon agar semua pihak dapat bersama menjaga adab dan privasi keluarga Allahyarham dalam kita berkongsikan berita ini bagi menghormati keluarganya.”
Setakat jam ini, punca kematian allahyarham masih belum diketahui.
Menurut laporan, Allahyarham sebelum itu turun beraksi menentang pasukan JDT pada sebelah petang yang mana menyaksikan pasukan Selangor tewas 0-3.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.