Pemergian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan pagi ini yang meninggal ketika tidur pada jam 8.30 pagi hari ini nyata mengejutkan ramai pihak. Seakan ramai tidak percaya akan pemergiannya, industri seni kehilangan seorang insan yang begitu besar bakat lakonannya.
Sumber dari Gempak seperti dimaklumkan oleh Ali Puteh yang juga adik kepada Abam benar-benar mengejutkan ramai pihak.
“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri. Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.
Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.
Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.
Ads
“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.
“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi… pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.
Dalam pada itu, banyak portal media melaporkan pada 30 Januari lalu ketika menemuinya di sidang media teater Korupsi Dewan Semandung di Istana Budaya, Kuala Lumpur Abam Bocey mengakui dia ada meminta isterinya yang juga seorang akauntan untuk berhenti kerja demi untuk menjaga anak mereka iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.
Ads
Kata Abam, dia tidak mahu anaknya dijaga oleh pengasuh dan kerana itulah berapa gaji yang diperoleh isterinya dia membayarnya kembali.
Allah, Abam macam tahu-tahu je kan yang dirinya akan pergi. May be Abam mahu lebih dekat dan meluangkan masa dengan ahli keluarganya sebelum dijemput Illahi buat selama-lamanya.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.
Ads
Ini pencapaian Abam dalam industri
Dalam pada itu, REMAJA pasti mesti ramai nak tahukan pengiktirafan-pengiktirafan yang diterima Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Omar Mokhtar bin Syed Mohd Ridzuan.
Berusia 32 tahun dan kehadirannya dalam industri memberikan impak besar termasuk meraih anugerah Pelakon Komedi Bintang Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 dan Pelakon Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015.
Banyak juga membintangi filem dan drama popular Satu Malam Kubur Berasap 2, Hantu Bungkus Ikat Tepi, Kecoh Primadona Kena Hantu dan banyak lagi. Malah dalam industri seni lawak yang paling diingati oleh peminat-peminatnya tentunya adalah seperti berikut :
Naib Juara – Bintang Mencari Bintang Musim Pertama (2013)
Sejak pengumaman perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bermula dari warga negeri Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehinggalah ia sekarang diperluaskan ke tujuh lagi buah negeri, pihak kerajaan menerusi Menteri Kanan Keselamatannya sering mengingatkan warga kota untuk tidak sesekali pulang ke kampung halaman.
Larangan tersebut sebenarnya telah mula diberikan sejak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac lagi. Ia demi mengelakkan merebaknya wabak Covid-19 ke negeri-negeri lain terutamanya kepada warga emas di kawasan luar bandar (kampung halaman).
Namun, tidak semua orang betul-betul ‘menghadam’ arahan itu. Mereka tidak memahami atau enggan menerima relevan di sebalik arahan itu.
Justeru, setelah pengumuman PKPB dilaksanakan oleh Datuk Seri Ismail Sabri semalam, laporan hari ini mendapati kebanyakan kaunter tiket bas telahpun diserbu oleh warga kota yang ingin ‘lari’ daripada kemelut PKPB.
Gambar Hiasan: RailTravel Station.
Kebanyakan tiket bas yang menuju ke Kelantan telahpun terjual ibarat pisang panas pada hari ini memandangkan Kelantan merupakan salah satu negeri yang terkecuali daripada arahan PKPB selain Pahang dan Perlis.
Permintaan drastik ini hadir sehari sebelum PKPB secara menyeluruh di 7 lagi buah negeri dilaksanakan bermula hari esok. Menurut laporan rakan media di Malaysia Kini, di antara destinasi popular yang ingin pulang ke Kelantan adalah dari Perak, Johor dan Pulau Pinang.
Bagi warga Lembah Klang pula, mereka tidak lagi dibenarkan untuk menerntas negeri tanpa surat perlepasan penguatkuasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hampir 200,000 penduduk di negara seberang, Thailand telah dimasukkan ke hospital ekoran daripada pencemaran udara atau lebih dikenali jerebu.
Ibu kota ‘The Land Of Smiles’, yang mempunyai kira-kira 11 juta orang dan salah satu destinasi pelancongan paling popular di dunia, telah dilanda jerebu beberapa hari yang lalu susulan daripada campuran asap kenderaan, pelepasan asap industri serta asap daripada pembakaran sektor pertanian.
Menurut Kementerian Kesihatan Awam, lebih 1.3 juta orang telah jatuh sakit di bandar itu sejak awal tahun ini akibat pencemaran udara, dengan hampir 200,000 dimasukkan ke hospital minggu ini sahaja.
Selain itu, sebanyak 50 daerah di Bangkok semalam merekodkan paras tidak selamat zarah halus paling berbahaya dinamakan PM2.5, manakala kandungan pencemaran itu hari ini turut jauh melebihi garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Paras PM2.5 telah melebihi had selamat untuk kebanyakan kawasan di Bangkok sejak tiga hari lalu, demikian menurut jabatan kawalan pencemaran kerajaan.
Keadaan lebih buruk di bandar utara Chiang Mai, di wilayah pertanian di mana petani membakar tunggul tanaman pada masa ini.
Wakil doktor daripada kementerian tersebut, Kriangkrai Namthaisong, semalam menggesa kanak-kanak dan wanita hamil untuk tinggal di dalam rumah selain memaklumkan sesiapa yang berada di luar perlu memakai topeng pelitup muka N95.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sepanjang PKP berlangsung tempoh hari, pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga dibenarkan melakukan akad nikah secara online.
Walau bagaimanapun, hal ini mungkin terhad kepada pasangan yang sudah menyediakan segala persiapan dan hanya menunggu tarikh nikah sahaja. Bagi mereka yang belum berkursus kahwin, bakal pengantin tidak boleh untuk melangsungkan pernikahan.
Namun begitu, baru-baru ini, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini telah memperkenalkan sebuah platform digital dinamakan MyBahagia, dimana ia berfungsi sebagai sebuah platform kursus pra-perkahwinan secara atas-talian.
Melalui MyBahagia, ia menyertakan sebanyak 11 modul pra-perkahwinan mengikut garis panduan Jakim, dan memperlihatkan contoh alternatif kursus praperkahwinan yang biasanya dikendalikan secara bersemuka.
Dengan era norma baharu yang lebih memfokuskan gaya hidup digital dan pengalaman jarak sosial, langkah pengenalan MyBahagia ini dijangka akan membantu mereka yang akan berkahwin untuk mengikuti kursus pra-perkahwinan secara atas-talian.
Seperti pembelajaran atas-talian yang lain, MyBahagia turut membolehkan pengguna log masuk dan mengikuti kursus pra-perkahwinan mengikut keselesaan masa mereka.
MyBahagia ini aka ditawarkan kepada semua bermula 13 Jun ini, dimana ia boleh didaftar pada bayaran RM30 untuk seorang. Pengguna akan memerlukan data sekitar 1GB untuk mengikuti kursus selama 11 jam melalui laman berkenaan
Moga info ini berguna dan bermanfaat buat bakal pengantin semua!