
Kalau dulu kami kongsi kan cara buat gambar pasport dengan kos yang sangat rendah, kali ni ada yang lebih cool dan mudah dengan hanya menggunakan apps percuma.
Jom kita follow apa yang telah dikongsi kan oleh Mina di laman twitternya.


Background bebas


Guna photoshop



Tukar country


Edit kasi cantik


Background color ikut keperluan

Simple je kan? Jom try.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ebit Lew Sebak Lihat Kesungguhan Tengku Hassanal Beri Bantuan Mangsa Banjir Di Pahang

Untuk pengetahuan semua situasi banjir bertambah buruk di Pahang apabila mangsa banjir terus mencatatkan peningkatan.

Tambahan lagi sumber memaklumkan Sungai Pahang di daerah Bera, Kuantan, Lipis, Jerantut, Temerloh dan Maran sudah melepasi tahap bahaya setakat pagi tadi.
Jika semalam, Yang dipertuan Agong mencemar duli turun ke membantu mangsa banjir, hari ini pendakwah terkenal, Ebit Lew telah berkongsi dilaman sosialnya Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Shah juga turut mencemar duli melawat kawasan penempatan sementara kepada mangsa-mangsa banjir dan menghulurkan bantuan kepada mereka.
Ebit Lew telah memuat naik gambar-gambar ketika bertemu Pemangku Raja Pahang itu yang ternyata sangat khuatir dengan keadaan banjir yang melanda ketika ini.
Setiap hari melawat kawasan banjir. Memberi wang tunai. Sehari lebih kurang 500 ribu cash diberikan pada keluarga dan anak-anak disana.

Rata-rata warganet meninggalkan komen bangga dengan sikap Pemangku Raja Pahang dan keluarga diraja ini.

Penulis rasa, bukan Ebit Lew je kagum dengan KDYMM Tengku Hassanal malah seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan sikap mulia yang ditunjukkan oleh pemangku raja Pahang ni. Selain itu, pendakwah ini sempat memberitahu walaupun baginda dalam keadaan letih selepas melawat lebih 20 pusat bantuan dalam sehari, namun baginda masih memberikan layanan baik.
Ebit Lew melalui postingnya sempat berdoa supaya negeri Pahang dan seluruh Malaysia terhindar dari banjir besar seperti ini.
Sumber: Ebit Lew
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gelaran ‘Council Of Elders’ Jadi Tumpuan Netizen, Ini 10 Memes Pilihan REMAJA!

Memasuki hari ketiga selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-14, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir masih tidak gagal mengejutkan ramai pihak yang menantikan pembaharuan daripada beliau.
Terbaru, Tun M mengumumkan ‘Council of Elders’ atau senarai Majlis Penasihat kepada Kabinet Malaysia yang akan datang. Khasnya bagi memastikan 100 hari selepas pembentukan kerajaan baru Malaysia berjalan dengan lancar.
Untuk jangka masa panjang pula, pakar negara yang diakui mempunyai kredibiliti luar biasa dalam bidang masing-masing ini juga bertindak sebagai penyedia ‘idea dan solusi’ untuk diserahkan kepada kementerian yang diwakili di dalam Kabinet Malaysia agar senarai Menteri baru yang bakal (atau sudahpun dilantik) dapat berkhidmat pada jalan yang seiring dengan keperluan rakyat dan negara.
5 nama individu yang tersenarai ialah Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan 1984 – 1991 / 1999 – 2001), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (Gabenor Bank Negara 2000 – 2016), Tan Sri Hassan Marican (CEO & Presiden Petronas 1995 – 2010), Robert Kuok (Individu terkaya Malaysia dengan aset berjumlah RM61 B hasil perniagaan gula) dan Professor Dr Jomo Kwame Sundaram (Ahli Ekonomi terkemuka dengan sijil kedoktoran dari Universiti Harvard).

Haa, amik kau! Semuanya punya pengalaman yang cukup meluas untuk membantu negara, insyaAllah.
Rakyat dilihat teruja dengan ‘Council of Elders’ ini sehinggakan mereka sempat membuat memes menarik dan kreatif. Cer tengok mana satu favourite korang:
01
Malaysia has a Council of Elders. OMG. pic.twitter.com/5RYflBL3RF
— Sharmine Ishak (@sharmineishak) May 12, 2018
02
Gorosei. Five elder stars.
Council of elders.
Tun M watches One Piece. OMG! ? pic.twitter.com/CH9oBx0yzr
— Arina Ali (@mizreena) May 12, 2018
03
The Council of Elders@chedetofficial pic.twitter.com/QFISfNpdu1
— Barry (@Ooib) May 12, 2018
04
Msian so hype up about council of elders. The hulk omg ????? pic.twitter.com/zrrfhkGBJp
— ?Heart, Mind & Soul (@nasuha_ycj) May 12, 2018
05

06
Council of Elders pic.twitter.com/9B6S8m9che
— Mujahid Mansor (@mojasama) May 12, 2018
07
Council of Elders remind me with this ? pic.twitter.com/HKwDbWRK7K
— Unfathomable (@cukicukx) May 13, 2018
08
The Council of Elders. Now we must give Tun Daim, Tan Sri Zeti and the others a silk cloak and a staff. By virtue of the Valar, assisted by the Lady of Lorièn, Wan Azizah. pic.twitter.com/XznyzPxaP0
— A. Mu’iz (@MuizRazakMR) May 12, 2018
09
Our Council of Elders pic.twitter.com/BkVsEODvKP
— Khuzairie (@KhuzairieMhzn) May 12, 2018
10
First photo of Malaysia’s new Council of Elders. (Not Fake ?) circa 2018.
Jokes aside, the announcement is really.. excuse me for my lack of vocabulary.. invigorating. #MalaysiaBaru #CouncilOfElders pic.twitter.com/kz2zRuqiih
— ruki kenishiro (@kenishiro) May 12, 2018
So, mana satu favourite korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bandar Kedua Di China TUTUP Operasi Selepas Virus Mirip Zaman SARS Tular

Kes Virus Korana yang juga dikenali dengan nama nCoV2019 semakin menular setelah 17 mangsa disahkan meninggal dunia akibatnya.
Sementara itu, sebanyak 580 kes Virus Korona telah dikenal pasti dan kebanyakannya terjadi di dalam China.
*
Setelah beberapa kes disahkan berlaku di negara selain China seperti di Jepun, Macau, Korea Selatan, Thailand, Taiwan dan terbaru di Amerika Syarikat, China mengambil langkah berjaga-jaga.
Selepas Wuhan, bandar kedua di China akan ‘menutup’ operasi bermula hari ini. Pihak berkuasa di HUANGGANG telah mengumumkan bahawa mereka juga akan menggantung perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, subway dan feri.
Bukan itu saja, lokasi awam seperti pawagam dan kafe juga kebanyakannya menggantung operasi.


Perkembangan ini hadir selepas 11 juta orang penduduk di Wuhan tidak dibenarkan meninggalkan daerah itu buat sementara waktu bagi membendung virus semakin menular.
Tambahan pula dengan kadar trafik keluar masuk yang sesak menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina, pihak berkuasa khuatir sekiranya semakin banyak daerah di China yang akan mencatatkan kes.
Kesemua penerbangan keluar dari Wuhan juga telah dibatalkan serta-merta dan penduduk diminta memakai topeng muka di tempat awam.
Takut weh!


Situasi mencemaskan seperti ini dilihat mirip dengan zaman semasa wabak Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) tersebar.
Cuma apa yang membezakan kedua-dua virus ini adalah cara ia tersebar. Pada tahun 2002, SARS telah dikesan pada beberapa haiwan seperti musang, rakun dan spesis kelawar kuda di dalam gua China.
Virus Korona Wuhan pula didakwa terjadi akibat daging binatang eksotik yang tersebar daripada binatang ke manusia. Antara haiwan yang dijual termasuklah musang, buaya, ular, tikus dan bermacam-macam lagi.
Menurut professor di Universiti Hong Kong, kedua-dua virus ini mempunyai persamaan 80 peratus di mana ia ditemui pada spesis yang hampir sama. Namun perbezaannya adalah pada bahagian virus yang menentukan sama ada ia boleh memasuki sel haiwan atau tidak.
Wallahualam gaiss..
*
Di Malaysia, kita juga berhadapan dengan virus Influenza A Januari tahun ini sehingga memerlukan sekolah ditutup. Namun, pihak berkuasa sudah menidakkan yang ia mempunyai kaitan dengan Virus Korona Wuhan.
Virus Influenza A Makin Menular, Semua Masjid Di Johor Buat Solat Hajat Jumaat Ini
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

