Semua wanita suka wajah mereka kelihatan cantik dan sedaya upaya memastikan setiap kali berhadapan dengan orang lain, penampilan mereka sentiasa nampak kemas dan menarik.
Dan kerana itu juga, ada wanita yang sanggup berhabis duit untuk membeli barang mekap semata-mata ingin kelihatan cantik seperti personaliti di media sosial.
Malah, tak kurang juga mereka yang memang mempunyai minat dalam bidang solekan. Tidak perlu mengambil kelas mekap, hanya dengan menonton tutorial di YouTube sudah cukup untuk menjadikan individu tersebut seperti jurusolek professional.
Ads
Berikut kami senaraikan antara YouTuber di Malaysia yang kerap berkongsi tips dan tutorial mekap untuk dijadikan panduan buat mereka yang ingin belajar tentang kecantikan dan bersolek.
Penyanyi berbakat besar, Ernie Zakri, terus mencipta kejayaan apabila lagu hitnya, Masing-Masing, meraih anugerah berprestij di Indonesia pada Rabu.
Lagu yang popular ini terus mengukuhkan tempatnya di hati pendengar apabila berjaya memenangi anugerah Soundtrack Sinetron Paling Ngetop di SCTV Awards 2024 yang berlangsung di Jakarta.
Lagu ciptaan Ade Govinda dan Nabila V ini dinobatkan sebagai pemenang melalui sinetron Luka Cinta. Ernie Zakri, meluahkan rasa syukur sejurus diumumkan sebagai pemenang.
“Terima Kasih, Alhamdulillah ini pertama kali saya masuk di TV Indonesia. Rezeki yang luar biasa.
Terima kasih semua,” ucap Ernie usai diumum sebagai pemenang.
Kemenangan lagu Masing-Masing ini berjaya mengalahkan lagu-lagu soundtrack lain yang juga mempunyai kualiti yang hebat.
Dalam acara yang penuh gemilang tersebut, Ernie Zakri dan Ade Govinda turut mengambil peluang untuk menghiburkan penonton dengan persembahan di atas pentas.
Lebih membanggakan lagi, Ernie Zakri mencatat sejarah sebagai artis Malaysia pertama yang meraih anugerah di SCTV Awards 2024, sekali gus mewakili negara dalam acara berprestij ini.
Sebagai rekod, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, juga pernah meraih kemenangan dalam SCTV Music Awards pada 2004 apabila dinobatkan sebagai Artis Asing Paling Ngetop.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon Korea Selatan, Jang Dong-yoon baru-baru ini mencuri perhatian selepas akhirnya berjaya menamatkan pengajian di Hanyang University dan bergelar graduan selepas 15 tahun.
Menerusi sebuah perkongsian di media sosial milik beliau, Dong-yoon (34) meluahkan perasaan terharu selepas status akademiknya di portal rasmi universiti tersebut berubah kepada “lulus”. Pelakon berkenaan turut menyertakan emoji menangis sebagai gambaran emosinya selepas melalui perjalanan panjang untuk menamatkan pengajian.
Difahamkan, beliau mendaftar sebagai pelajar Jabatan Ekonomi dan Kewangan Hanyang University pada 2011. Walaupun pada awalnya mengikuti laluan akademik seperti mahasiswa lain, perjalanan pengajiannya kemudian berkait rapat dengan detik yang tidak disangka-sangka sehingga membuka jalan buatnya menceburi dunia lakonan.
Momen yang dimuat naik oleh Dong-yoong dengan ucapan ringkas “Lulus”.
Dari Insiden Tangkap Perompak Ke Dunia Lakonan
Mengimbas kembali tahun 2015, ketika berada di tahun ketiga pengajian, Dong-yoon mendapat perhatian selepas membantu pihak polis menahan seorang suspek rompakan bersenjata di sebuah kedai serbaneka di daerah Gwanak, Seoul. Beliau dilaporkan menghubungi talian kecemasan 112 secara senyap sebelum memberikan maklumat mengenai lokasi dan keadaan suspek kepada pihak berkuasa.
Kejadian tersebut bukan sahaja membuatkan namanya muncul dalam laporan berita, malah penampilannya ketika ditemu bual turut mencuri perhatian netizen sehingga digelar sebagai “pelajar Hanyang University tampan yang menangkap perompak”.
Susulan itu, Dong-yoon menerima tawaran daripada beberapa agensi hiburan sebelum memilih untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon.
Beliau kemudiannya membuat kemunculan dalam web drama Women of the Game Company pada 2016 dan secara beransur-ansur membina nama menerusi pelbagai projek lakonan termasuk School 2017, Mr. Sunshine, The Tale of Nokdu, Oasis, Daily Dose of Sunshine dan Like Flowers in Sand.
Momen Dong-yoon mula mendapat perhatian selepas ditemu bual berjaya menangkap perompak.
Pada masa yang sama, perkembangan kerjaya yang semakin rancak menyebabkan Dong-yoon mengambil tempoh lebih panjang untuk menyelesaikan pengajiannya.
Pelakon itu juga pernah berkongsi menerusi sebuah program ‘variety’ bahawa dirinya menghabiskan masa yang agak lama sebagai pelajar senior kerana perlu mengimbangi tuntutan sebagai pelakon dengan komitmen akademik.
Bergelar Graduan Selepas 15 Tahun
Kini, selepas 15 tahun, perjalanan tersebut akhirnya sampai ke penghujung apabila Dong-yoon menerima ijazah sarjana muda pada majlis penganugerahan ijazah semester kedua tahun akademik 2025 yang berlangsung di Olympic Gymnasium, Hanyang University Seoul Campus.
Kisah Dong-yoongi bukan sahaja memperlihatkan sisi berbeza seorang selebriti, malah menjadi inspirasi bahawa perjalanan setiap individu mempunyai tempoh dan cabarannya tersendiri, namun usaha untuk menyelesaikannya tetap berbaloi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Suasana rumah kosong yang diletakkan pita kuning polis menggambarkan keadaan rumah mangsa kanak-kanak yang maut atas dakwaan didera oleh penjaganya, pada hari ini. Sunyi tanpa kelibat penghuni.
Lain pula situasinya di media sosial dan portal berita mutakhir pada hujung minggu ini apabila kisah Allahyarham Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek mendapat perhatian warganet seluruh negara termasuklah golongan selebriti tempatan yang seperti Nur Fazura, Alif Satar dan Sherry Alhadad.
Masing-masing meluahkan kesedihan tatkala mengetahui kisah tersebut sejak semalam.
Sebagai ibu yang baru dikurniakan cahaya mata sulung Nur Fatima Aisya, Fazura cukup tersentuh dengan kisah tersebut dan mendoakan agar syurga menjadi balasan terbaik buat Allahyarham.
“Sayang Amir. Semoga Amir gembira, berehat di syurga ya sayang. Doa Kak Faz sekeluarga tidak putus untuk Amir sejak dengar berita. InsyaAllah, keadilan akan dituntut untuk Amir.
“Kepada keluarga angkat yang telah membesarkan Allahyarham Amir dengan penuh kasih-sayang, Faz ucapkan berbanyak terima kasih, semoga Allah SWT membalas budi baik tuan-puan sekeluarga. Mohon bersabar dalam keadaan yang sangat mendukacitakan ini. We are all with you. Al-Fatihah.”
Pengacara paling popular ABPBH tahun lalu, Sherry Alhadad turut menjadi salah seorang selebriti terawal yang terkesan dengan perkhabaran sedih itu.
“Sama sama kita sedekahkan Al Fatihah buat adik Amir. Syurga untukmu. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.”
Buat penyanyi dan rakan pengacara yang sinonim dengan Sherry iaitu Alif Satar pula, dia meminta pengikutnya di Instagram untuk sama-sama memberikan sedekah Al-Fatihah buat Allahyarham.
“Rehatlah di syurga selamanya, Amir. Semoga keluarga Amir diberi kekuatan dan kesabaran dalam mengharungi dugaan Allah SWT. semoga kalian bertemu lagi nanti di syurga, insyaAllah.”
Tidak terkecuali juga ialah Haziq Hussni. Penyampai radio Hot FM dan pengacara itu tidak dapat menidakkan rasa amarah apabila mendapat tahu kisah tragik yang melanda seorang kanak-kanak yang tidak berdosa ini.
“Dari pagi tadi aku geram, tangan menggeletar, sakit hati, menangis, sedih bila baca pasal berita ini dan lepas tu tengok pulak video ini.
“Nampak adik Amir happy n bahagia dengan keluarga angkat dia. Berat adik Amir nak tinggalkan family angkat dia dalam video ni. Kau berikanlah keluarga angkat adik amir ketabahan.”