
Semua orang mesti nak tahu bagaimana sebenarnya cara penjagaan bateri telefon, lebih-lebih lagi untuk kegunaan waktu kecemasan.
Kalau dulu, bateri telefon boleh tahan sampai dua hari tapi sekarang ni tak sampai satu hari pun dah boleh kong.
REMAJA nak share sikit perkongsian daripada Facebook Mie Gadget tentang 9 tip penjagaan bateri telefon yang boleh anda praktikkan.
Selamat mencuba!
1. Set kan kepada ‘Airplane Mode’ ketika mengecas.

2. Elakkan penggunaan telefon ketika sedang mengecas.

3. Kawal mod kecerahan skrin ke tahap yang rendah.

4. ‘On’ kan mod penjimatan bateri dibahagian setting.

5. Jangan mengecas terlalu lama atau overcharge.
Tetapkan waktu untuk mengecas.

6. Jauhkan telefon anda daripada haba.
Antaranya seperti berhampiran dengan peti ais, periuk nasi atau apa-apa barangan elektrik yang menyebabkan pengeluaran haba.

7. Gunakan charger yang original.
8. Kurangkan penggunaan mobile data.
Kalau tak ada kepentingan atau waktu emergency yang betul-betul nak jimat bateri, bolehlah off mobile data.

9. Kurangkan penggunaan aplikasi kamera.
Lastly, kalau banyak guna kamera memang punca bateri cepat habis.

Sumber: Facebook Mie Gadget
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nak Tahu Gajet Ori Atau Tiruan, Ini 6 Tip Yang Korang Boleh Ikut

Barangan daripada jenama-jenama terkemuka memang sering di cetak rompak dan lebih mengelirukan lagi, barangan yang diciplak itu mempunyai persamaan yang sukar untuk dibezakan oleh pengguna.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tip yang boleh anda jadikan rujukan sebelum membuat keputusan untuk membeli, khasnya khusus bagi barangan gajet.
1. Semak packaging produk

Pengilang produk tiruan tidak begitu peka kepada bentuk rekaan packaging produk. Namun, ia sangat dititikberatkan oleh pengeluar rasmi yang akan sentiasa menjaga setiap perincian reka bentuk dan packaging produk mereka.
Semak font pada info yang tertera di kotak barangan yang dijual. Pastikan tulisannya jelas dan kualiti cetakan dalam keadaan yang baik. Pengeluar rasmi akan memastikan produk-produk mereka dihantar dalam keadaan yang baik supaya tiada kerosakan yang berlaku sepanjang tempoh penghantaran.
2. Lihat manual pengguna

Semua maklumat penting tentang peranti ini mestilah menggunakan dalam bahasa asal negara pembelian. Jika tertera beberapa bahasa lain yang anda tidak faham, maka ia mungkin adalah peranti yang di seludup atau pun dicetak rompak.
3. Lihat material yang digunakan

Bahan-bahan seperti plastik, getah atau pun aluminium yang digunakan boleh dilihat sama ada daripada jenis material berkualiti tinggi atau tidak.
Pengeluar berjenama terkenal tidak menggunakan bahan yang murah. Plastik bungkusan produk original mestilah kemas, tanpa mengandungi sebarang kecacatan atau ketidaksempurnaan pada packaging.
Produk tiruan dapat dikesan dengan mudah. Lihat sahaja pada jenis plastik murah dengan penggunaan warna mate yang digunakan, serta reka bentuk produk yang tidak sempurna.
4. Lihat font ini

Logo merupakan perkara utama bagi mana-mana jenama dan anda perlu menelitinya dengan baik. Walaupun sudah bertahun-tahun, logo bagi produk asli tidak akan nampak kusam.
Setiap font dan simbol pada peranti mestilah tertera dengan jelas, mudah dibaca dan tahan lama. Bagi kes cetak rompak pula, produknya tidak mempunyai nama pengeluar atau mempunyai perbezaan daripada segi reka bentuk produk.
5. Semak alat pengecas

Pengecas yang original akan disesuaikan mengikut kemudahan sesebuah negara itu. Misalnya, jika kita di Malaysia, perlu ada satu tetapan soket yang sesuai untuk negara Malaysia. Begitu juga dengan negara-negara lain seperti Eropah.
Jika anda perlu membeli adopter atau pengecas secara berasingan, ini adalah salah satu tanda bahawa produk yang dibeli itu tidak asli.
Setiap pengeluar bertanggungjawab untuk menjamin keselamatan pengguna dan kerana itu, produk yang asli menggunakan penebat kualiti dengan kemasan yang sempurna.
6. Lihat pada wayar dan plug

Kualiti wayar adalah salah satu tanda yang jelas boleh anda lihat sama ada produk tersebut adalah barangan tiruan. Jika produk yang asli, kabel wayar akan kelihatan lebih kukuh berbanding produk tiruan yang mempunyai bahagian-bahagian yang longgar.
Kadangkala, saiz ukuran plug juga tidak bertepatan dengan kedalaman soket dan mempunyai wayar yang lebih panjang.
Selain itu, lihat pada kualiti penebat dan simbol di atasnya. Barangan asli dan tiruan dapat dikesan melalui cara-cara ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biar Betul? Korang Boleh Jimat RM2,500 Jika Dapatkan iPhone XS Di Sini

Peminat gajet terutamanya daripada jenama Apple sedang ternanti-nanti kehadiran model iPhone yang lebih murah dari semasa ke semasa.
Kini harga jualan promosi beberapa model iPhone telahpun diumumkan oleh stor Machines
Percaya atau tidak, korang boleh memiliki iPhone XS dengan storan 256 GB bermula harga RM3,099 saja!
Walaupun ia bukanlah model iPhone terbaru, iPhone XS masih berbaloi untuk jangka masa yang masih panjang. Malah, ia jauh lebih murah berbanding harga asal RM5,699 ketika ia mula-mula dilancarkan.

Promosi terhad ini hanya khas di stor Machines Malaysia dan secara online.
Selain iPhone XS, Machines juga menawarkan promosi untuk telefon pintar model iPhone XS 512 GB (RM5699), iPhone 7 Plus 128GB (RM1888) dan iPhone 7 128GB (RM1449)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lamar Kekasih Dengan Hardware PC Gaming High End, Dah Taraf “Set Bangsawan” Nie

Ada berbagai cara untuk menunjukkan kasih sayang kepada pasangan. Kata-kata yang indah, memberikan hadiah, lakukan kejutan dan pelbagai cara lagi kita lakukan untuk menunjukkan kasih sayang. Tapi momen paling indah biasanya di akhiri dengan lamaran, satu tindakan menunjukkan betapa kita ingin hidup bersamanya sehingga ke akhir hayat.
Di zaman mak ayah kita dahulu, sebentuk cincin, sejadah, beg tangan, sepatu antara barangan dibawa ketika bertunang kerana barangan tersebut di anggap akan digunakan oleh bakal isteri.
Tapi di zaman millennial ini segalanya sudah berubah dan tentu korang tak boleh brain, hadiah apa yang patut diberi kepada pasangan. Hahaha.
Di negara jiran Indonesia, satu pasangan kekasih Ervan Pratama dari Surabaya, Jawa Timur telah menghadiahkan satu set hardware pc gaming high end untuk kekasih hatinya, Tiara. Lebih unik lagi, kedua-dua pasangan ini memang kaki gaming dan hadiah hantaran itu dianggap berbaloi dengan minat keduanya.

Pergh, rasa boleh brain ke korang tentang hantaran sebegini? Tapi bagus jugakan, kalau boring-boring korang boleh main games sama-sama bila dah bernikah nanti. Dengan motherboard gigabyte yang agak besar, tak adalah masalah sangkut-sangkut.
Menurut Ervan, dia dan pasangannya sama-sama menyukai game Battlefield.
“Saya hadiahkan dirinya barang hantaran seperti Motherboard Gigabyte Aorus Elite B450M, prosesor AMD Ryzen 5 3600, VGA Gigabyte AMD Radeon RX 5700 XT dan power supply Corsair HX750,” katanya memaklumkan ada sejumlah kompenan pc lain diserahkan seperti casing, CPU, RAM dan SSD,” katanya mengakui hadiah-hadiah ini bernilai 10 juta rupiah atau lebih kurang RM3000.
Kata Ervan lagi, tujuan dia menghadiahkan kompenan pc gaming itu adalah untuk membahagiakan hati kekasihnya.
“Kami sepakat untuk memberi hantaran begini. Ia keinginan Tiara dan keinginan peribadi dari diri saya sendiri,” katanya yang bertunang Ahad, 18 hb lalu.

Masa yang sama, Ervan mengakui tujuan dia memberikan kompenen-kompenen itu adalah melepaskan Lelah bila balik dari kerja. Boleh main game atau tonton filem kalau suka,” katanya mengakui orang tuanya tiada bantahan malah menyokong niat murninya itu.
Ervan pun mengaku memiliki tujuan tersendiri mengapa ia memberikan komponen-komponen PC gaming tersebut ke Tiara.
“Boleh main game atau tengok filem nanti. Saya tak peduli apa orang kata tentang hantaran berbeza ini asalkan kami menyukainya dan ia membuat kami berdua senang,” katanya yang selalu bermain permainan Battlefield bersama kekasihnya itu.
So, korang, dah terfikir ke nak hadiahkan apa pada kekasih time korang tuning atau menikah nanti. Nampaknya hadiah-hadiah seperti sepatu, beg tangan, jam atau sebagainya mungkin sudah kurang sesuai untuk anak-anak muda yang begitu bergaya pada hari ini.
Sumber : Tribun News
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


