Berita baik buat korang yang sedang mencari pelan prabayar pada harga rendah, Digi baru sahaja memperkenalkan Digi Prepaid NEXT20 pada harga RM20 sebulan.
Pelan ini memberikan akses data berkelajuan tinggi sebanyak 20GB, selain akses sosial tanpa had ke laman media sosial termasuklah Facebook, Instagram, TikTok dan Twitter. Ia juga hadir dengan akses hotspot sebanyak 1GB.
Untuk para pelajar pula, Pakej Data Khas Belia telah ditambah baik dan menawarkan semua ciri-ciri yang sama seperti Digi Prepaid NEXT20, termasuklah tambahan 5GB data dan panggilan tanpa had selama 12 bulan. Pakej ini hanya tertakluk kepada individu yang berumur 12 ke 24 tahun sahaja.
Memilih rangkaian telco yang tepat adalah sangat penting, lebih-lebih lagi di dalam situasi sekarang yang rata-ratanya terkesan dengan kenaikan harga barang. Jadi, untuk meringankan beban dan mengurangkan sedikit kos bulanan, korang haruslah bijak memilih rangkaian telco yang menawarkan pakej berbaloi.
Sebelum ini, Digi dan Celcom menerusi Telenor dan Axiata dikatakan bakal bergabung secara rasmi setelah satu persetujuan termeterai. Syarikat baharu tersebut akan dinamakan sebagai Celcom Digi Berhad.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malaysia sekali lagi mencatat sejarah apabila menjadi antara negara terawal di dunia yang menerima keluarga iPhone 17, yang mula dijual secara rasmi hari ini (19 September) di Apple Store The Exchange TRX, Kuala Lumpur.
Untuk info, ini merupakan pelancaran iPhone kedua di Apple Store rasmi pertama Malaysia yang dibuka pada Jun 2024 lalu.
Menariknya, pelanggan pertama yang berjaya mendapatkan iPhone 17 ialah Danial Arif bin Abdul Halim, pelajar berusia 19 tahun dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Menurut laporan sebuah media tempatan, Danial sudah pun bersedia sejak tengah malam, sebelum kembali semula ke lokasi pada jam 3 pagi untuk mula beratur secara rasmi.
“Saya naik taraf daripada iPhone 13 Pro Max ke iPhone 17 Pro Max. Warna Cosmic Orange memang sangat cantik.
“Masa buat pra-tempahan saya agak gementar tapi pada masa yang sama teruja. Sekarang saya rasa sangat lega.
“Saya peminat Apple sejak kecil dan memang nak rasai pengalaman ini. Selalu tengok YouTuber macam iJustine beratur awal untuk dapatkan iPhone terbaru, sebab itulah saya pun nak cuba,” katanya panjang lebar.
Bukan itu saja, Danial bukan sekadar membeli iPhone 17 Pro Max dalam warna Cosmic Orange, malah turut mengenakan baju berwarna oren sempena hari bersejarahnya itu.
Sementara itu, pelanggan kedua pula ialah Mugilan A/L Vijaya Rajah, juga berusia 19 tahun dan merupakan pelajar UNITAR, yang memilih iPhone 17 Pro berwarna Silver.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Weirdkaya
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru saja dilancarkan petang tadi, ternyata pengeluar Xiaomi membawakan berita gembira apabila menawarkan “harga runtuh” kepada pengguna apabila menawarkan Mi 9T pada harga RM1099 hanya untuk selama empat hari saja bermula hari ini sehingga 24 hb nanti.
Lebih menarik, pembelian ini hanya ditawarkan di Lazada.com dengan siapa cepat dia dapat sebelum kembali ke harga asal iaitu RM1199.
Korang boleh buat pilihan dengan harga berbaloikan, siapa nak bagi RM1099 bagi 6GB/64GBDidatangkan dalam 3 warna iaitu Carbon Black, Flame Red dan Glacier Blue
Datang dengan spesifikasi berbaloi untuk dibeli oleh golongan pertengahan khususnya student dengan harga yang amat menyenangkan sekitar RM1099 (harga asal RM1199) bagi memori 6Gb RAM dan pilihan storan dalam 64GB, pastinya ia amat berbaloi. Tidak hanya 64GB, ada juga pilihan iaitu 128GB dengan harga RM1399.
Xiaomi Mi 9T didatangkan dengan skrin 6.39 inci, panel AMOLED dengan resolusi FHD+, ditambah sokongan HDR serta dilindungi dengan Gorilla Glass 5 bagi tahan lasak, telefon bimbit terbaru ini pastinya akan menjadi pilihan pembeli yang mahukan sesuatu barangan tetapi berbaloi dengan harga.
Tawaran empat hari saja, siapa cepat dia dapat untuk harga RM1099 bagi 6Gb/64GB sehingga 24 Jun ini
Lebih menambah “kelajuan”, cip pemprosesannya dijana dengan Qualcomm Snapdragon 730. Jika kualiti gambar antara yang sering menjadi pilihan bagi pengguna ketika membeli telefon bimbit, hal ni korang tak perlu risau kerana Mi 9T ini, kameranya didatangkan untuk mereka yang suka berswafoto.
Kalau selama ini kita tercari-cari angle ketika swafoto, telefon ini agak unik kerana ia menggunakan sistem kamera pop naik. Lebih menambah kesan berbaloi, kamera pop naik ini mempunyai kesan bunyi yang unik bersama-sama dengan lampu LED. Lenda kamera swafotonya adalah 20 MP f/2.2 manakala di belakang lebih cantik kerana menggunakan tiga lensa iaitu 48MP + 8 MP lensa telefoto + 13 MP lensa ultra lebar.
So bayangkan gambar korang yang cantik tu nanti. Didatangkan dalam tiga warna menarik terdiri dari Carbon Black, Flame Red dan Glacier Blue selain finger print, pastinya kalau korang nak pembelian berbaloi dengan wang, inilah masanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Buat pengikut Liga Pro PUBG Mobile di Malaysia, tentunya korang mengakui kelebihan yang dimiliki oleh pasukan tempatan 4Rivals.
Sejak penampilan 4Rivals pada Ogos 2021, pasukan yang berpangkalan di Selangor ini berjaya meningkat naik hanya dalam masa yang singkat. Bukan saja mengharumkan nama dengan layak ke PMGC, malahan mereka turut merangkul tempat ketiga dalam Liga Pro PUBG Mobile – Kejuaran SEA Musim 4: Liga, serta Liga Pro PUBG Mobile – MYSG Musim 4: Akhir.
4Rivals terus membuktikan bahawa mereka bukan calang-calang pasukan setelah melakukan kemunculan sulung di Kejohanan Global PUBG Mobole (PMGC) sebagai salah satu daripada dua pasukan yang mewakili Malaysia.
Maka, tidak hairanlah apabila baru-baru ini 4Rival telah diumumkan menerima sokongan daripada dua jenama besar iaitu daripada Yoodo, jenama perkhidmatan 100 peratus mudah alih digital pertama yang boleh diubahsuai di Malaysia dan organisasi antarabangsa e-sukan yang berpangkalan di Sweden, Alliance.
Bersama, mereka telah memperkenalkan pasukan baharu PUBG Mobile iaitu Yoodo Alliance-4Rivals!
Kata Ketua Yoodo iaitu Chow Tuck Mun, Yoodosebagai sebuah syarikat telekomunikasi yang sentiasa memperjuangkan bakat e-sukan Malaysia menyokong pemain generasi baharu seperti pasukan 4Rivals ini demi meningkatkan peluang e-sukan tempatan ke tahap yang lebih tinggi. Di samping itu, kerjasama ini juga mengukuhkan lagi kedudukan Yoodo sebagai syarikat telekomunikasi pilihan untuk pemain e-sukan.
Komitmen Yoodo untuk melahirkan lebih ramai pemenang dan memupuk bakat juga dikongsi oleh Alliance. Bak kata pengasas dan CEO Alliance, Jonathan ‘Lodo’ Berg, mereka yakin kerjasam dengan 4Rivals ini mampu berjaya di peringkat tempatan dan antarabangsa.
*
Bercakap dengan CEO pasukan 4Rivals iaitu Mohd Hafizuddin Yusoff, dengan pengenalan pasukan Yoodo Alliance-4Rivals ini, misi mereka sekarang hanya satu iaitu untuk menjadi ‘performance team’ dalam dunia kejohanan PUBG.
Ahli pasukan Yoodo Alliance-4Rivals bersama-sama Chow Tuck Mun dan Jonathan Berg dalam sidang media atas talian, baru-baru ini.
“Alhamdulillah, Yoodo & Alliance menyokong hasrat kami untuk menjadi pasukan terbaik dengan memberikan fasiliti penting sempena kemunculan kami di kejohanan antarabangsa.”
“Dengen penambahan pemain baru-baru ini iaitu Vokey bagi posisi Fragger untuk musim seterusnya, sasaran kita sekarang adalah untuk pasukan nombor satu dalam Liga Pro PUBG Mobile (PMPL) – Kejuaraan SEA Musim 4 : Liga. Misi kami adalah untuk menjadi pasukan pertama dari Malaysia untuk mendapatkan sekurang-kurangnya tiga kedudukan teratas di Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC),” kongsi Hafizuddin.
Buat masa ini, senarai pemain pasukan Yoodo Alliance-4Rivals terdiri oleh :
Appy– Muhammad Haziq Hanafi bin Mad Zain, 22 (In Game Leader)
Eypul – Mohamad Saiful Annuar Bin Shahrom, 25 (Support)
Rith– Harith Aimar bin Stanley Michael, 18 (Fragger)
Pemburu– Sahrul Daulay Bin Jailani, 25 (Support)
Vokey– Muhammad Imran b Rosli, 22 (Fragger)
Kehadiran Pasukan Filipina
Untuk pengetahuan korang, Liga Pro PUBG Mobile (PMPL) – Kejuaraan SEA Musim 5 akan datang bakal disertai oleh sebuah lagi negara Asia Tenggara baharu iaitu Filipina. Ia telahpun diumumkan menerusi akaun Facebook PUBG Mobile E-Sports Malaysia dan kini, saingan akan terbahagi kepada tiga buah negara termasuk Malaysia dan Singapura.
Komen Hafizuddin, pasukan Yoodo Alliance-4Rivals tidak mudah melatah dengan saingan baharu ini sebaliknya meraikan liga yang lebih meriah selepas ini.
“Setiap negara mempunyai meta tersendiri. Kita tidak nafikan pasukan dari Filipina ada kekuatannya tetapi untuk saya, apabila mereka menyertai PMPL di Malaysia; sudah tentu serta-merta mereka akan menjadi antara pencabar terdekat kita untuk merebut kejuaraan.
“Saya percaya dengan pengalaman yang 4Rivals ada hingga sampai ke PMGC, kita masih mampu menjadi yang terbaik di peringkat PMPL. Lagi pula, liga di Malaysia ini seperti yang kita tahu amat kompetitif dan komuniti PUBG kita juga sangat bagus. Kita telah buktikan kita antara liga terbaik di dunia setelah dua pasukan PMPL berjaya ke PMGC dari Malaysia,” katanya.
Tambah Hafiz lagi, tekanan sebaliknya akan dirasai oleh pasukan Filipina yang baru menyertai kerana mereka akan berdepan cabaran sengit dari pasukan lain yang lebih berpengalaman dalam liga PMPL.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!