Sebelum ini timbul ura-ura yang mengatakan TikTok bakal melancarkan TikTok Shop yang akan memberi saingan kepada beberapa platform atas talian seperti Shopee, Lazada, Zalora dan Carousell.
Kini, TikTok secara rasmi telah memperkenalkan ciri baharu TikTok Shop di Malaysia yang membolehkan proses jual-beli terus dilakukan pada platform tersebut tanpa perlu meninggalkannya. TikTok kini sudah menjadi aplikasi ‘Shopertainment’, dimana pengguna boleh mengikuti kandungan dan membeli-belah terus di platform berkenaan.
Menurut TikTok, pada tahun 2021 sahaja Malaysia mencatatkan transaksi berjumlah RM279 bilion dalam arena e-dagang dan dijangka akan terus berkembang pesat, sekali gus memperlihatkan TikTok di dalam arena yang tepat untuk membantu peniaga dan juga memudahkan pengguna.
Video promosi termasuk pautan terus untuk membeli tanpa meninggalkan aplikasi akan dipaparkan kepada pengguna. Khabarnya juga, untuk pengenalan TikTok bakal menawarkan baucar penghantaran percuma, baucar diskaun dan sebagainya.
Fuh, rasanya ciri yang diperkenalkan ini memang terbaik kerana rata-rata pengguna kini menggunakan TikTok dan kami pasti ramai yang lebih selesa sekiranya urusan membeli-belah dapat dibuat terus daripada platform ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik untuk korang yang malas sangat nak menaip text di handphone, ada cara lain yang boleh digunakan untuk memberi pesanan kepada rakan melalui aplikasi whatsapp.
Memang senang gila. Khas untuk pengguna iPhone, boleh ikut saja step yang kami nak kongsi kan ini.
1. Pilih general
2. Kemudian, pilih keyboard
3. Seterusnya, enable dictation
On kan bahagian ini
4. Aplikasi whatsapp
Pilih simbol microphone di bahagian bawah
Mudah saja kan? Oh ya, pastikan handphone korang kepada bahasa yang ingin digunakan. Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang perasan, bila pergi ke kedai aksesori telefon bimbit, mesti dorang claims produk yang dijual tu original kan?
Confirm korang pun tertanya-tanya sama ada produk tersebut benar-benar orginal atau tidak. Menurut seorang pengguna twitter, myjoe_ berkongsi pengalamannya semasa berada di China, sebenarnya ada atleast 7 types of iPhone cable, daripada 100 peratus original sampai la yang paling murah.
Macam mana nak tahu iPhone cable korang tu ori atau tak, baca thread yang dikongsi olehnya ini.
Ada cetakan
Hujung connector
Bahagian USB
‘Sticker biru’
Company yang diiktiraf Apple
Harga bermula RM89
Tak semua individual seller jual fake products
Sumber
Okay lepas ni sebelum membeli tu boleh la belek-belek dulu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apple telah mengumumkan akan menamatkan peranti iPod Touch yang pernah menjadi kegilaan dalam revolusi mendengar muzik satu ketika dahulu. iPod pertama dilancarkan sekitar tahun 2002 dan ia boleh menyimpan sehingga 1,000 trek lagu. Kini, lebih daripada 90 juta lagu yang terdapat pada perkhidmatan penstriman Apple.
IPod Touch telah direka oleh pasukan sama yang kemudiannya mencipta iPhone, sekali gus membayangi fungsi yang ada pada iPod. Kali terakhir, Apple mengemas kini iPod adalah pada tahun 2019.
Apple tidak akan lagi mengeluarkan produk baharu iPod dan hanya sekadar menawarkan iPod Touch sehingga stok sedia ada habis dijual. Terdapat pelbagai model iPod termasuklah Nano dan Shuffle, tetapi iPod Touch yang dilancarkan pada 2007 adalah model terakhir yang akan dihentikan.
Ramai pengguna iPod berkongsi pendapat di media sosial tentang khabar berita ini dan masing-masing meluahkan rasa serta pengalaman mereka menggunakan peranti muzik tersebut.
To me, the IPOD is the most innovative product of our lifetimes. It led to the changes in the way we communicate, function, and collaborate. It was not 1st in class but it was the most efficient.
— Bhrett McCabe, PhD (@DrBhrettMcCabe) May 10, 2022
Farewell, #iPod. This was my first Apple device. So many good memories connected with it. Bought it while I was in the UK for the first time in my life as a kid. Had some pocket money saved and on the first city trip got it from the first shop I saw. pic.twitter.com/wvm0x22B1D
— Dmytro Kryvenko (he/him) (@kryvenko) May 10, 2022
Hari demi hari membuatkan ramai pengguna Apple yang beralih kepada iPhone dan ini secara tidak langsung menjadi sebab mengapa jenama ini menghentikan pengeluaran iPod. Pastinya ia memberi nilai sentimental buat pengguna iPod dan jika korang ingin menyimpan gajet ini sebagai kenangan, bolehlah beli iPod Touch selagi stok masih ada.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada usia kebanyakan anak muda masih tercari-cari hala tuju kerjaya, seorang mahasiswa berusia 24 tahun ini pula sudah mengumpul pengalaman dalam lebih 20 jenis...