
Seperti tahun lepas, banyak restoran makanan yang mengambil peluang untuk membuat promosi di hari kemerdekaan bagi meraikan detik bersejarah negara bersama masyarakat Malaysia.
Tidak terkecuali tahun ini, korang boleh mendapatkan diskaun menarik di beberapa restoran yang turut sama membuat promosi harga sempena hari kemerdekaan.
Berikut kami senaraikan antara restoran popular yang memberikan diskaun hebat bagi meraikan hari kemerdekaan yang ke-62 tahun.
1. Secret Recipe
2. Sushi King
3. Texas Chicken
4. Starbucks Malaysia
5. Kenny Rogers ROASTERS
6. Dunkin’ Donuts
7. Sakae Sushi
8. Auntie Anne
9. Boat Noodle
Terliur pula bila tengok promosi makanan macam ni. Kami pasti masyarakat Malaysia memang suka ‘jalan-jalan cari makan’, jadi inilah peluang terbaik untuk korang serbu time cuti merdeka nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jepun Isytihar Darurat Seluruh Negara Walaupun Kematian Hanya 146 Orang

Wabak pandemik COVID-19 terus mencatatkan jumlah pesakit meningkat dari hari ke hari. Setakat semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan seramai 1,209,636 kes sudah dicatatkan di seluruh dunia. Dari jumlah itu 60.88 peratus datang dari negara Amerika Syarikat, Sepanol, Itali, Jerman dan Perancis.
Jika dilihat Amerika Syarikat menduduki carta teratas sebanyak 609, 516 kes positif COVID-19 dengan jumlah kematian 26,057 pesakit, diikuti Sepanyol 170,060 kes dan bilangan kematian sebanyak 18,255 kes setakat semalam.


Dalam pada itu, Jepun mengambil langkah berani mengisytiharkan darurat di seluruh negara bagi mengekal penularan wabak COVID-19 sekali pun hanya mencatat 8,100 kes positif dan 146 kematian demi memastikan rakyatnya terselamat dari jangkitan.
Menurut laporan BERNAMA, Perdana Menteri Shinzo Abe memutuskan untuk mengisytiharkan darurat di seluruh Jepun dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.
Pada 7 April, Jepun mengisytiharkan darurat di tujuh daripada 47 wilayah di negara itu termasuk Tokyo, Osaka, Kanagawa, Saitama, Chiba, Hyogo dan Fukuoka.
Pengisytiharan itu membolehkan dan memberi kuasa kepada gabenor wilayah berkenaan untuk mengambil langkah pencegahan lebih berkesan untuk mengekang penularan virus. Bagaimanapun, gabenor di wilayah lain mahu darurat diperluaskan apabila virus itu sudah merebak ke kawasan lain.
Ada beberapa wilayah mengambil pendekatan sendiri dengan mengeluarkan perintah darurat lebih awal.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[TERKINI] Gerak Hati Saya Yakin Itu Mayat Adik Berdasarkan Tali Pinggang PLKN Dipakainya
![[TERKINI] Gerak Hati Saya Yakin Itu Mayat Adik Berdasarkan Tali Pinggang PLKN Dipakainya 7 [TERKINI] Gerak Hati Saya Yakin Itu Mayat Adik Berdasarkan Tali Pinggang PLKN Dipakainya](https://cdn.remaja.my/2018/10/Hanya-barangan-ini-ditemui-sementara-iPhone-dan-beg-duitnya-dicuri-orang-1.jpg)
Semalam REMAJA melaporkan berita kehilangan seorang pelajar universiti, Amir Hamzah bin Mohd Razali, 21 yang sepatutnya menghadiri majlis konvokesyennya pada 12 Oktober lalu. Rayuan dari ahli keluarganya yang meminta agar sesiapa terjumpa agar memaklumkan kepada mereka.
Berita terkini, abangnya, Khairul Anuar memaklumkan petang semalam satu penemuan mayat lelaki Melayu ditemui di oerangkap sampah Sungai Kandis, Shah Alam yang terletak di belakang rumahnya sahaja.
Ketika dihubungi REMAJA, Khairul memaklumkan, dia diberi kebenaran melihat mayat tersebut dan gerak hatinya berkata itulah mayat adiknya, Amir Hamzah.
![[TERKINI] Gerak Hati Saya Yakin Itu Mayat Adik Berdasarkan Tali Pinggang PLKN Dipakainya 8 [TERKINI] Gerak Hati Saya Yakin Itu Mayat Adik Berdasarkan Tali Pinggang PLKN Dipakainya](https://cdn.remaja.my/2018/10/43878493_1875766699204060_9000268109533151232_n.jpg)
“Pihak Bomba Shah Alam menemui satu mayat yang sudah kembang di Sungai Kandis sekitar jam 6 petang di perangkap sampah itu. Saya ketika itu berada di Sungai Kayu Ara tempat lokasi kemalangan kerana pihak bomba menjalankan operasi di situ.
“Ketika melihat mayat itu, gerak hati saya mengatakan itulah adik. Ini kerana mayat itu lelaki Melayu, beragama Islam dan tali pinggang dipakainya tertulis PLKN di mana adik pernah menjalani latihan PLKN selepas tamat sekolah dulu. Baju jaket yang saya sangka dipakainya (gambar atas dengan pelakon Nasir Bilal Khan itu ada di rumah di Pulau Pinang.
“Mayat itu masih lengkap berpakaian dengan seluar slack. Ini lebih menyakinkan saya kerana adik ada majlis konvokesyen pada pagi itu di Universiti Putra Malaysia kerana dia tamat belajar di Cybernetic International College Technology dan hari graduasinya berlangsung pada hari dia menolong mangsa kemalangan itu.
“Pihak hospital hanya memberi masa yang sekejap melihat mayat itu, hanya dari paras muka sampai pinggang sahaja. Bedah siasat akan dilakukan pada jam 2 petang ini di Hospital Shah Alam,” katanya yang bagaimana pun berkata gerak hatinya mengatakan mayat itu adalah adiknya.
![[TERKINI] Gerak Hati Saya Yakin Itu Mayat Adik Berdasarkan Tali Pinggang PLKN Dipakainya 9 [TERKINI] Gerak Hati Saya Yakin Itu Mayat Adik Berdasarkan Tali Pinggang PLKN Dipakainya](https://cdn.remaja.my/2018/10/44037126_2118601348404801_5408027123233325056_n.jpg)
![[TERKINI] Gerak Hati Saya Yakin Itu Mayat Adik Berdasarkan Tali Pinggang PLKN Dipakainya 10 [TERKINI] Gerak Hati Saya Yakin Itu Mayat Adik Berdasarkan Tali Pinggang PLKN Dipakainya](https://cdn.remaja.my/2018/10/44054720_299163804249835_953260337715478528_n.jpg)
Dalam pada itu Khairul turut menambah, seperti dimaklumkan oleh ibunya, adiknya itu akan menyimpan beg duit di dalam poket seluar dan hanya barang-barang lain di dalam porch yang ditemui di lokasi kejadian.
“Kalau benar beg duit ini ada dalam poket seluarnya, sahlah itu adik Amir. Sebelum ini kami ahli keluarga ingatkan beg duitnya hilang kerana telefon bimbitnya memang hilang. Cuma barang-barang lain ditemui di lokasi kejadian seperti kad pelajar, kad touch n go, beg pouch dan lain-lain,” katanya berkata ia baru menyedari hal itu selepas dimaklumkan oleh ibunya.
“Saya andaikan adik tidak cedera atau dilanggar, cuma mungkin dia tercampak akibat dihentam lori simen yang melanggar kereta itu sebelum tercampak ke dalma Sungai Kayu Ara itu,’ katanya memaklumkan semua ahli keluarganya sudah datang dari Pulau Pinang. Jika benar itu arwah Amir, adiknya itu akan dikebumikan di tanah perkuburan Shah Alam.
Menyifatkan adiknya sebagai seorang yang prihatin, suka menolong orang, baik hati dan periang, anak bongsu dari lima beradik itu sebenarnya cukup disayangi ahli keluarga dan rakan-rakannya.
“Ramai kawan-kawannya yang whatsapp saya bertanya dan saya terpaksa berterus terang. Sama-sama kita doakan. Saya redha dengan kemalangan ini dan niat baiknya membantu tapi kesal kerana bantuan lambat disalurkan di mana pihak berkuasa tidak menyangka ada mangsa lagi,’katanya ketika dihubungi.
![[TERKINI] Gerak Hati Saya Yakin Itu Mayat Adik Berdasarkan Tali Pinggang PLKN Dipakainya 11 [TERKINI] Gerak Hati Saya Yakin Itu Mayat Adik Berdasarkan Tali Pinggang PLKN Dipakainya](https://cdn.remaja.my/2018/10/44032277_299163734249842_6757150134150103040_n.jpg)
ARTIKEL BERKAITAN : Adik Sepatutnya Ada Majlis Konvo Tapi Hingga Kini Hilang, Abang Rayu Cari Adik
Semalam REMAJA memaparkan berita, Amir menaiki motosikal dari Perak menuju ke rumah abangnya, Khairul Anuar di Seksyen 17 Shah Alam.
Pemuda ini sempat menghantar satu pesanan ringkas di whatsapp pada jam 3.01 minit pagi memaklumkan dia sudah selamat sampai di Sungai Buloh dan berhenti rehat ketika kerana hari hujan.
Amir kemudiannya meneruskan perjalanan sebelum terserempak dengan satu kemalangan di KM 14.5 di Lebuhraya NKVE menghala Subang / Damansara dan memberhentikan motosikalnya dengan niat untuk membantu.
Malangnya, tanpa sedar di saat dia cuba membantu kereta yang terbabas melanggar pembahagi jalan itu, sebuah lori simen telah merempuh kereta terbabit dalam hujan lebat tanpa siapa menyedari Amir sudah tercampak ke dalam sungai terbabit.
Temubual REMAJA bersama abangnya, Khairul Anuar semalam, pemuda berusia 27 tahun ini merayu dan meminta orang ramai untuk mencari adiknya yang sudah 4 hari hilang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terkejut Dakwaan Produk Palsu, Yayasan Buah Pinggang Selar Poster Tular

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) menzahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu mengenai muat naik tular di media sosial yang mempromosi sejenis produk yang didakwa mampu memulihkan penyakit buah pinggang.
NKF berkata pihaknya telah mendapat tahu berkenaan scam ini apabila ada orang ramai yang menghubungi yayasan itu untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kesahihan produk yang kini dikenal pasti bernama Jisheng Kidney Qi Tablets. Dakwa pihak promosi, produk ini dikatakan boleh merawat penyakit buah pinggang tanpa memerlukan proses dialisis.
Menerusi poster yang ditularkan pada minggu lalu itu, tertera foto bangunan NKF di sebuah acara anjuran yayasan itu bersama SHELL Malaysia pada tahun 2019 dan foto itu telah disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Justeru, pihak NKF yang diwakili oleh pengerusinya, Dato’ Dr Zaki Morad Mohamad Zaher mengambil serius akan isu ini kerana enggan maklumat atau dakyah tidak betul diterima oleh masyarakat. Mereka sama sekali tidak pernah memberi sokongan kepada promosi meleset itu.
Satu laporan polis telahpun dibuat oleh NKF. Mereka juga telah mengfailkan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta Kementerian Kesihatan (MOH) untuk siasatan lanjut.
ARTIKEL BERKAITAN : Berhenti Guna Produk Kosmetik Ini, Boleh Menyebabkan Saraf & Buah Pinggang Rosak – REMAJA

“Kami sekali lagi ingin menegaskan bahawa kami tidak terlibat dalam promosi pihak luar yang tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan NKF.
“Di NKF, kami menyalurkan nasihat terhadap usaha pencegahan dan rawatan penyakit buah pinggang berdasarkan perundingan dengan panel pakar kami. Bertahun-tahun lamanya, telah ada pelbagai dakwaan oleh individu farmaseutikal atau mereka yang berada dalam barisan petugas perubatan mengenai produk yang boleh merawat penyakit ini.
“Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk terlebih dahulu memeriksa kesahihannya dengan doktor mereka atau NKF,” nasihat Dato’ Dr Zaki.
Dakwaan tidak bertanggungjawab seperti ini selalunya berjaya mempermainkan emosi pesakit yang sedang mencari jalan penyelesaian perubatan yang boleh membantu mereka.
Sehingga kini, masih belum ada cara perubatan yang boleh merawat penyakit buah pinggang kronik secara 100 peratus. Namun, ada rawatan yang boleh membantu di samping menjalani pembedahan transplan organ.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

