Sebelum ini sudah beberapa cawangan kedai buku legend MPH yang kita dengar sudah pun menamatkan operasi mereka. Antaranya, MPH Bookstores di 1Utama juga menutup cawangan tersebut selepas beroperasi selama 15 tahun.
Terbaru, melalui sebuah posting yang dikongsi oleh seorang penulis yang dikenali sebagai Sri Diah Shaharuddin, beliau mengatakan telah menerima maklumat bahawa sembilan cawangan kedai buku MPH sudah dan akan ditutup lagi.
Berikut antara senarai MPH yang dikhabarkan sudah atau bakal menamatkan operasi:
Ads
• MPH Amanjaya
• MPH Sunway GEO
• MPH SACC Mall
• MPH MYTOWN
• MPH JB City Square
• MPH Kinta City
• MPH MYDIN MITC
• MPH Taman Universiti
• MPH Subang Parade
Walau bagaimanapun, Sri Diah turut bertanyakan kepada pengikutnya di Facebook untuk mengesahkan sama ada adalah kedai buku yang tersenarai itu benar-benar sudah tidak beroperasi.
Ads
Beliau juga beranggapan bahawa faktor penutupan cawangan-cawangan tersebut adalah disebabkan syarikat tersebut tidak mampu untuk menggaji pekerja dan menangung kos mengurus kedai fizikal. Ini juga mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
1. Orang tidak mampu membeli buku
2. Ramai tidak minat membaca buku
3. Buku tidak menarik
4. Suka membeli dalam talian
5. Angkara Covid-19
Ads
Situasi ini yang perlu diterima oleh masyarakat Malaysia, khusunya mereka yang gemar membaca buku. Sudah tentu membeli di atas talian tidak sama seperti kita mencarinya di kedai buku.
Namun, ini yang terpaksa kita akur.
Semoga indvidu yang terkesan, seperti para pekerja mereka mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik di luar sana.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya orang ramai masih mengingati dengan watak meme popular “lelaki ketawa” yang sering digunakan di seluruh dunia.
Mempunyai gaya ketawanya yang tersendiri, lelaki ‘meme’ ini dikenali sebagai Juan Joya Borja atau El Risitas, menjadi terkenal diseluruh dunia hanya dengan dengan gaya ketawanya.
Namun, malangnya beliau dilaporkan meninggal dunia pada hari rabu lepas diusia 65 tahun. Menurut laporan media tempatan, sejak tahun lalu, dia sering dikejarkan ke hospital kerana kesihatannya yang semakin merosot.
Pada bulan Mac lalu, dia difahamkan sempat mengucapkan terima kasih kepada para peminat kerana menghadiahkan skuter elektrik kepadanya setelah salah satu kakinya terpaksa dipotong.
Mula dikenali pada tahun 2014, ketika mana dia muncul dan menghasilkan ketawa yang lain daripada yang lain dalam sebuah rancangan televisyen di Sepanyol.
Acara televisyen yang disiarkan lewat malam di Sepanyol tersebut telah mengubah hidup beliau. Pada masa itu, Borja ditemu ramah mengenai pengalamannya ketika bekerja sebagai pembantu rumah.
Borja mendedahkan dia telah meninggalkan sejumlah makanan di tepi pantai pada waktu malam dan apabila dia kembali keesokan harinya, makanannya telah dihanyutkan oleh air laut.
Video itu dimuat naik ke YouTube pada tahun 2007, dan tujuh tahun kemudian, ia masih ditonton berjuta-juta kali di seluruh dunia, menjadikan pelawak itu lebih terkenal.
Rest in peace El Risitas, terima kasih kerana menghiburkan kami semua dengan gelak awak.
Takziah diucapkan kepada keluarga kelima-lima pelajar USAS yang rentung akibat kemalangan maut dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora.
Foto: Berita Harian
Semua mangsa dilaporkan terperangkap selepas berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta dan dua buah treler.
Kemalangan sebegini bukan kali pertama didengari dan sering kali melihat kemalangan maut membabitkan lori dan kereta. Ada sesetengah kenderaan dilihat gagal memotong kenderaan lain sebelum bertembung dengan kenderaan besar ini.
Tahukah, untuk mengelak kemalangan maut dengan kenderaan besar ini kita harus mengetahui blind sport atau titik buta lori adalah sangat besar hingga mereka gagal melihat kenderaan yang datang dari belakang dan tepi sebelah kiri.
TITIK BUTA
Apa yang dimaksudkan dengan titik buta? Titik buta merupakan kawasan sekeliling kenderaan yang tidak dapat dilihat secara langsung oleh pemandu. Ia merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya.
Bukan hanya lori tetapi semua kenderaan mempunyai titik buta dan yang membezakan adalah jarak setiap satu darinya. Tidak semua pemandu dapat melihat kenderaan yang mengikutnya terlalu rapat atau pun sedang memotong. Ia disebabkan oleh reka bentuk sesebuah kenderaan dan juga penglihatan pemandu yang terbatas.
Namun yang paling bahaya dan perlu diambil tahu ialah berkongsi jalan raya dengan lori. Ini kerana lori mempunyai titik buta yang sangat besar.
Elakkan berada pada posisi ini kerana jika pemandu treler kehilangan kawalan ke atas kenderaan tersebut ataupun terpaksa menukar lorong dengan tergesa-gesa, korang akan dihimpit oleh kenderaan berat tersebut tanpa disedari pemandu. Kalau dah kena himpit tak kira kereta model apa yang korang pandu memang bawa-bawalah mengucap.
Memotong Treler
Jika korang terpaksa memotong, pastikan memotong dengan secepat mungkin. Jangan terhegeh-hegeh ataupun berada pada kedudukan selari untuk jangka masa yang lama. Lagi lama korang ada di posisi tersebut, lagi terdedahlah kepada risiko kemalangan.
Letupan Tayar Treler
Satu lagi ialah bahaya letupan tayar kenderaan berat. Tayar kenderaan berat bukan hanya bersaiz besar tetapi ia juga mempunyai tekanan yang tinggi berikutan berat bebanan yang dibawa serta suhu operasi yang tinggi.
Letupan tayar juga akan mengakibatkan pemandu hilang kawalan dan membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Jika korang mengesan kenderaan berat dengan masalah pada bahagian tayar beri ruang untuk mereka dan jarakkan kenderaan korang pada kedudukan yang selamat.
Serpihan Tayar Treler
Bukan itu sahaja, serpihan tayar yang tertanggal juga adalah cukup merbahaya. Biasanya serpihan ini berpunca dari penggunaan tayar celup yang sudah lama. Ia merupakan satu alternatif untuk menjimatkan kos pembelian tayar baharu tetapi sama seperti tayar baharu ia mempunyai had kegunaannya tersendiri. Sampai masanya ia perlu diganti baharu.
Perhatikan Kesan Gelincir Tayar
Jika korang kurang yakin dengan bahaya yang dibawa oleh kenderaan-kenderaan berat, cuba perhatikan kesan gelinciran tayar di atas jalan raya.
Kalau di Lebuhraya Karak, kesan tayar ini bukan hanya ada di permukaan jalan tetapi juga terdapat pada bahagian benteng pembahagi jalan. Maknanya pernah ada kenderaan berat lain yang telah memanjat dinding penahan mengalahkan Spiderman. Tanda-tanda ini juga berfungsi sebagai amaran yang ada nahas pernah berlaku di situ dan sewajarnya diambil perhatian oleh pemandu lain.
Apapun takziah kami ucapkan buat keluarga mangsa kemalangan ini dan Al-fatihah ( dengan bacaan ) untuk semua yang terkorban.
So hati-hati guys, moga korang boleh memandu dengan lebih cermat di masa hadapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Info grafik : JPJ
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pandemik COVID-19 nyata memberikan perubahan kehidupan kepada semua pihak. Jika suatu ketika dahulu kita bebas ke sana ke mari tanpa sekatan, namun bagi mengekang wabak ini dari merebak, undang-undang diperketatkan bagi memastikan tahap kesihatan dijaga.
Bagaimana pun di sebalik peraturan undang-undang yang kita semua patuhi, ia sedikit pun tidak membataskan kretiviti pengkarya untuk menghasilkan seni yang hebat.
Hasilnya, buat pertama kali di negara ini, peminat seni boleh menonton karya seni persembahan tradisional secara dalam talian.
Festival Seni Gerak Angin ini dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi meraikan persembahan tradisional dan seni kebudayaan menerusi platform moden iaitu secara virtual.
Menurut Menteri Pelancongan, Seni & Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, pihaknya teruja dan berbangga membawakan seni persembahan negara meraikan seni kebudayaan negara dengan cara baru ini.
“Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan hasil seni dan kebudayaan. Jadi persembahan Gerak Angin yang mewakili penggerak kebudayaan dan artistik negara akan membuka mata serta boleh menaikkan semangat rakyat Malaysia,” jelas beliau,” katanya pada majlis pelancaran Gerak Angin di Studio Ramli Hassan, Kuala Lumpur baru ini.
Dianjurkan oleh Syarikat Teater Masakini, Sutra Foundation dan Surprise Ventures, festival ini akan mengumpulkan lebih daripada 205 individu dari seluruh dunia seni persembahan Malaysia.
Antaranya termasuklah artis, jurukamera, kru pencahayaan, kontraktor peralatan dan banyak lagi. Para seniman akan berkumpul untuk mempamerkan pelbagai jenis muzik, tarian dan teater selama 17 hari. Setiap persembahan meliputi muzik, tarian dan teater akan mengambil masa selama 10 hingga 15 minit.
Festival seni secara virtual ini akan bermula pada hari Malaysia, 16 September sehingga 2 Oktober 2020 di laman web, YouTube, serta Facebook Gerak Angin.
Bagi peminat persembahan seni, jangan lepaskan peluang untuk menontonnya pada setiap hari bermula dari tarikh dinyatakan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.