Pandemik COVID-19 nyata memberikan perubahan kehidupan kepada semua pihak. Jika suatu ketika dahulu kita bebas ke sana ke mari tanpa sekatan, namun bagi mengekang wabak ini dari merebak, undang-undang diperketatkan bagi memastikan tahap kesihatan dijaga.

Bagaimana pun di sebalik peraturan undang-undang yang kita semua patuhi, ia sedikit pun tidak membataskan kretiviti pengkarya untuk menghasilkan seni yang hebat.

Hasilnya, buat pertama kali di negara ini, peminat seni boleh menonton karya seni persembahan tradisional secara dalam talian.

Festival Seni Gerak Angin ini dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi meraikan persembahan tradisional dan seni kebudayaan menerusi platform moden iaitu secara virtual.

IKLAN

Tonton Gerak Angin, Festival Seni Virtual  Pertama Negara

Tonton Gerak Angin, Festival Seni Virtual  Pertama Negara

Menurut Menteri Pelancongan, Seni & Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, pihaknya teruja dan berbangga membawakan seni persembahan negara meraikan seni kebudayaan negara dengan cara baru ini.

IKLAN

“Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan hasil seni dan kebudayaan. Jadi persembahan Gerak Angin yang mewakili penggerak kebudayaan dan artistik negara akan membuka mata serta boleh menaikkan semangat rakyat Malaysia,” jelas beliau,” katanya pada majlis pelancaran Gerak Angin di Studio Ramli Hassan, Kuala Lumpur baru ini.

Dianjurkan oleh Syarikat Teater Masakini, Sutra Foundation dan Surprise Ventures, festival ini akan mengumpulkan lebih daripada 205 individu dari seluruh dunia seni persembahan Malaysia.

IKLAN

Antaranya termasuklah artis, jurukamera, kru pencahayaan, kontraktor peralatan dan banyak lagi. Para seniman akan berkumpul untuk mempamerkan pelbagai jenis muzik, tarian dan teater selama 17 hari.
Setiap persembahan meliputi muzik, tarian dan teater akan mengambil masa selama 10 hingga 15 minit.

Festival seni secara virtual ini akan bermula pada hari Malaysia, 16 September sehingga 2 Oktober 2020 di laman web, YouTube, serta Facebook Gerak Angin.

Bagi peminat persembahan seni, jangan lepaskan peluang untuk menontonnya pada setiap hari bermula dari tarikh dinyatakan.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI