Takziah diucapkan kepada keluarga kelima-lima pelajar USAS yang rentung akibat kemalangan maut dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora.
Foto: Berita Harian
Semua mangsa dilaporkan terperangkap selepas berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta dan dua buah treler.
Kemalangan sebegini bukan kali pertama didengari dan sering kali melihat kemalangan maut membabitkan lori dan kereta. Ada sesetengah kenderaan dilihat gagal memotong kenderaan lain sebelum bertembung dengan kenderaan besar ini.
Tahukah, untuk mengelak kemalangan maut dengan kenderaan besar ini kita harus mengetahui blind sport atau titik buta lori adalah sangat besar hingga mereka gagal melihat kenderaan yang datang dari belakang dan tepi sebelah kiri.
TITIK BUTA
Apa yang dimaksudkan dengan titik buta? Titik buta merupakan kawasan sekeliling kenderaan yang tidak dapat dilihat secara langsung oleh pemandu. Ia merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya.
Bukan hanya lori tetapi semua kenderaan mempunyai titik buta dan yang membezakan adalah jarak setiap satu darinya. Tidak semua pemandu dapat melihat kenderaan yang mengikutnya terlalu rapat atau pun sedang memotong. Ia disebabkan oleh reka bentuk sesebuah kenderaan dan juga penglihatan pemandu yang terbatas.
Namun yang paling bahaya dan perlu diambil tahu ialah berkongsi jalan raya dengan lori. Ini kerana lori mempunyai titik buta yang sangat besar.
Ads
Elakkan berada pada posisi ini kerana jika pemandu treler kehilangan kawalan ke atas kenderaan tersebut ataupun terpaksa menukar lorong dengan tergesa-gesa, korang akan dihimpit oleh kenderaan berat tersebut tanpa disedari pemandu. Kalau dah kena himpit tak kira kereta model apa yang korang pandu memang bawa-bawalah mengucap.
Memotong Treler
Jika korang terpaksa memotong, pastikan memotong dengan secepat mungkin. Jangan terhegeh-hegeh ataupun berada pada kedudukan selari untuk jangka masa yang lama. Lagi lama korang ada di posisi tersebut, lagi terdedahlah kepada risiko kemalangan.
Letupan Tayar Treler
Ads
Satu lagi ialah bahaya letupan tayar kenderaan berat. Tayar kenderaan berat bukan hanya bersaiz besar tetapi ia juga mempunyai tekanan yang tinggi berikutan berat bebanan yang dibawa serta suhu operasi yang tinggi.
Letupan tayar juga akan mengakibatkan pemandu hilang kawalan dan membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Jika korang mengesan kenderaan berat dengan masalah pada bahagian tayar beri ruang untuk mereka dan jarakkan kenderaan korang pada kedudukan yang selamat.
Serpihan Tayar Treler
Bukan itu sahaja, serpihan tayar yang tertanggal juga adalah cukup merbahaya. Biasanya serpihan ini berpunca dari penggunaan tayar celup yang sudah lama. Ia merupakan satu alternatif untuk menjimatkan kos pembelian tayar baharu tetapi sama seperti tayar baharu ia mempunyai had kegunaannya tersendiri. Sampai masanya ia perlu diganti baharu.
Perhatikan Kesan Gelincir Tayar
Jika korang kurang yakin dengan bahaya yang dibawa oleh kenderaan-kenderaan berat, cuba perhatikan kesan gelinciran tayar di atas jalan raya.
Kalau di Lebuhraya Karak, kesan tayar ini bukan hanya ada di permukaan jalan tetapi juga terdapat pada bahagian benteng pembahagi jalan. Maknanya pernah ada kenderaan berat lain yang telah memanjat dinding penahan mengalahkan Spiderman. Tanda-tanda ini juga berfungsi sebagai amaran yang ada nahas pernah berlaku di situ dan sewajarnya diambil perhatian oleh pemandu lain.
Apapun takziah kami ucapkan buat keluarga mangsa kemalangan ini dan Al-fatihah ( dengan bacaan ) untuk semua yang terkorban.
So hati-hati guys, moga korang boleh memandu dengan lebih cermat di masa hadapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Info grafik : JPJ
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mendapat tahu keputusan berjaya memasuki university mana adalah debaran paling hevoq. Ini kerana dengan penerimaan ke universiti yang dipohon, ia adalah satu tiket melangkah ke alam remaja yang menyeronokkan.
Bagi lepasan SPM, sekejap lagi akan keluar result ya permohonan yang dibuat melalui UPU.
Di fb Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan, result akan mula diketahui pada jam 12.00 tengahari ini.
Semakan keputusan untuk menyambung pengajian ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi (KM), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi lepasan SPM dan setaraf boleh disemak pada hari ini mulai jam 12.00 tengahari.
Semak keputusan adik-adik melalui aplikasi UPUPocket 2.0. Selamat maju jaya semua!!
Jika betul-betul rajin dan berusaha, kejayaan pasti akan menyebelahi korang. InsyaAllah!
Siapa sangka lelaki yang hanya menjual barang-barang rumah dengan harga bajet, seorang bekas pekerja kilang kini menjadi seorang yang sangat berjaya dan jutawan?
Menurut laporan Bloomberg Billionaires Index, Miniso Group Holding Ltd yang berpangkalan di China telah mengaut dana sebanyak USD608 juta daripada tawaran awam awal di New York Thursday menjadikan saham 65% Ketua Pegawai Eksekutif, Ye Guofu yang dipegang bersama isterinya bernilai lebih daripada USD4 bilion.
Di China, 95% daripada produk yang dijual di Miniso bernilai di bawah harga 50 yuan (RM30) menjadikan ianya sebagai lokasi tumpuan belian yang memberikan saingan kepada syarikat barangan bajet dengan seperti Primark UK, Don Quijote Jepun dan Dollar General.
Menguasai hampir 60% pasaran barangan dagang di China, Miniso yang ditubuhkan pada 2013 oleh Guofu sehingga berjaya menjadi jutawan kedai runcit bersama seorang pereka Jepun, Miyake Junya sudah mempunyai lebih kurang 4,200 cawangan di 80 benua negara di benua Asia, Eropah, Australia, Afrika dan Amerika selepas tujuh tahun bertapak.
Inspirasi Kedai Jalanan Jepun
Miniso ditubuhkan dengan mengambil inspirasi daripada kedai jalanan Jepun yang menetapkan harga 100 yen untuk setiap barangan.
Bagi Guofu, frasa ‘semakin tinggi harga, semakin berkualiti produk yang ditawarkan’ hanyalah alasan untuk sesebuah perniagaan menjual produk dengan harga tinggi.
Jadi, dengan matlamat memberi manfaat kepada berjuta-juta penduduk dunia termasuklah golongan bangsawan dan orang kaya, Miniso dikembangkan dengan fokus kepada kualiti berbanding harga.
Bagusnya idea pemilik Miniso ni kan.
Jadi kelebihan yang ada pada diri sendiri dan jangan pernah bandingkan kemampuan korang dengan orang lain. Paling penting, rajin dan selalu berusaha. Betul tak?
Dah jadi macam tradisi bila tiba bulan Ramadan, ramai di antara kita yang tidak melepaskan peluang untuk bermain mercun dan bunga api. Namun begitu, segelintir masyarakat mengundang bahaya apabila ada yang berani bermain meriam.
Tiga remaja yang berusia antara 19 dan 22 tahun telah diberkas ketika sedang bermain meriam karbaid ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kampung Gajah.
Kredit foto: PDRM
Menurut Astro Awani, hasil maklumat pasukan Task Force COVID-19 yang membuat rondaan, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak telah pergi ke lokasi tepi padang astaka Desa KPMP kira-kira jam 10.30 malam semalam dan mendapati tiga orang lelaki sedang bermain meriam karbaid di kawasan padang awam.
Difahamkan, suspek juga tidak dapat memberikan alasan yang kukuh dan munasabah apabila ditanya sebab serta tujuan mereka berada di padang tersebut.
Hasil siasatan awal mendapati mereka telah bermain meriam karbaid dari jam 9 malam dan telah melepaskan empat das tembakan sebelum ditahan.
Antara barangan yang dirampas ialah paip PVC yang telah diubah suai, paip simen yang telah diubah suai, kayu pencucuh, kayu yang telah diubah suai bersambung mangkuk keluli di hujungnya dan bekas plastik mengandungi serbuk warna putih disyaki karbaid.
Kredit foto: PDRM
Turut dirampas, bekas plastik berisi cecair berwarna kuning disyaki diesel dan guni plastik yang digunakan untuk menutup lubang meriam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 7 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.
Pihak polis memberi amaran keras dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang menjual atau pun bermain mercun dan meriam karbaid.
Korang juga boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya ada maklumat mengenai penjual mercun atau mereka yang bermain meriam.