Tidak dinafikan industri hiburan Korea Selatan sering kali mendapat perhatian daripada masyarakat di Malaysia. Sehinggakan budaya, makanan, fesyen, K-drama dan muziknya buat kita terikut-ikut.
Industri hiburan Korea bukan lagi sebuah industri yang eksklusif buat warga Korea lagi. Namun begitu, rupa-rupanya ada diantara mereka yang sebenarnya bukan berasal dari Korea Selatan. Mari kita kenali mereka dengan lebih mendalam!
Isaac IN2IT
Foto Via Bebas News
Isaac daripada kumpulan IN2IT adalah rakyat Malaysia pertama yang berjaya menjadi artis K-Pop di Korea Selatan. Bintang kelahiran Sabah itu mula mengorak langkah dalam industri hiburan dengan menyertai pertandingan tarian K-Pop.
Selepas itu, Isaac kemudiannya mencuba bakat dalam sebuah program survival di Korea Selatan iaitu BOYS24 dan berjaya menjadi salah satu peserta yang memenangi undian terbanyak dalam rancangan tersebut. Isaac telah debut bersama ahli kumpulan IN2IT yang lain pada tahun 2017 di bawah syarikat MMO Entertainment yang kini telah menamatkan kontrak terakhir mereka pada tahun 2020.
2. Lisa BLACKPINK
SUMBER: ALLURE
Gadis Thai yang cukup berbakat ini berusia sekitar 14 tahun ketika beliau mencuba nasib di uji bakat yang dilangsungkan oleh YG Entertainment. Setelah lebih kurang 5 tahun menjalani latihan, Lisa kemudiannya membuat kemunculan sulung di mata awam dengan kumpulan Blackpink menerusi single hit mereka, Boombayah.
Gadis jelita yang pernah dinobatkan sebagai wanita tercantik Asia ini berasal dari Bangkok, Thailand. Dilahirkan pada tanggal 27 Mac 1997, beliau merupakan ahli termuda dalam Blackpink dan dikenali sebagai ‘maknae’ kumpulan. Nama asal beliau ialah Pranpriya Manoban. Lisa kemudiannya menukar nama beliau kepada Lalisa yang membawa maksud ‘yang dipuji’, dan sekarang, beliau dikenali sebagai Lisa.
3. Tzuyu TWICE
Foto Via Somag News
Chou Tzu-yu atau lebih dikenali sebagai Tzuyu merupakan ahli kumpulan TWICE yang berasal dari negara Taiwan. Beliau juga merupakan pencetus pertama buat warganegara Taiwan untuk menjadi idola K-Pop seterusnya. Malah, Tzuyu sering menjadi perhatian dek mempunyai wajah yang cantik secara semula jadi tanpa sebarang cacat cela.
Ads
4. Jackson GOT7
Foto Via musicmundial.com
Siapa je tak kenal kumpulan GOT7 kan yang famous dengan lagu ‘Girls Girls Girls’. Antara ahli yang popular dalam kumpulan itu ialah Jackson. Sebenarnya, Jackson berasal dari Hong Kong dan merupakan bekas atlet lawan pedang.
Meskipun masih aktif bersama GOT7, Jackson kini telah melebarkan sayap sebagai penyanyi solo di China dibawah nama ‘Jackson Wang’.
5. Dita Secret Number
Dita merupakan warganegara Indonesia juga telah berjaya debut menjadi idola K-Pop.
Dita merupakan ahli kumpulan Secret Number yang berasal dari Yogyakarta, Indonesia. Gadis itu telah menjadi pelatih di Korea selama 2 tahun sebelum berjaya debut sebagai ahli kumpulan Secret Number.
Ads
6. Didi Rumble-G
Jarang kan dengar idola yang berasal dari Myanmar?
Didi Rumble-G merupakan warganegara Myanmar. Bukan saja menjadi ketua kumpulan, gadis ini mempunyai bakat yang pelbagai kerana hebat dalam nyanyian dan juga rap. Hebat bukan?
7. Shuhua (G)-IDLE
Ads
Kalau korang nak tahu, Shuhua merupakan maknae dalam kumpulan (G)-IDLE yang berasal dari Taiwan juga. Dengan muka yang cantik dan comel mampu menarik peminat beliau untuk terus menyokong kumpulan tersebut.
Perasan tak, banyak gadis dan jejaka Taiwan yang mampu mencuri perhatian agensi Korea di luar sana. Mungkin faktor wajah mereka yang lebih kurang sama.
8. Fatou Black Swan
Fatou merupakan leader, main rapper, lead dancer dan sub-vokalis untuk kumpulan tersebut. Antara fakta tentang diri Fatou, beliau berasal dari Yoff, Senegal dan membesar dari Tienen, Belgium.
Sebenarnya, ramai je lagi ikon K-pop yang bukan asal Korea Selatan tapi kali ini penulis senaraikan ini sahaja. hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Usahawan kosmetik dan produk kecantikan Datuk Seri Aliff Syukri dilihat lebih gemar menghalakan fokus kepada bidang perniagaan. Terbaru, dek konsep video muzik lagu raya di luar kotak, Aliff Syukri kembali dikecam netizen.
Kongsi Sedutan Klip Video Muzik Lagu Raya
Menerusi klip video muzik lagu raya yang dimuatnaik di Instagram, Aliff dilihat sedang menyanyi dan diiringi beberapa orang penari yang mengenakan pakaian nipis seperti baju renang dan lengkap bersampin.
“Beri laluan lagu raya no 1 trending 4 tahun berturut. Cak Cun Cak Raya. Semoga dengan lagu raya ini memberi sinar kebahagiaan kepada anda semua..
Untuk menyambut hari lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi. Dari artis no.1 Malaysia”-tulis Aliff Syukri
Seperti Watak Superhero, Power Rangers
Perkongsian video tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dari orang ramai di mana rata-rata dilihat mengkritik dan mengecam beliau kerana menghasilkan video berkenaan.
Ada yang merasakan Aliff seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang apabila memakai baju Melayu ketat tersebut yang seakan menyerupai baju renang. Namun ada juga yang merasakan ia hanyalah satu taktik marketing dan menggangap ianya satu perkara yang melucukan.
Tidak kurang juga yang menyifatkan kombinasi penari bersama Aliff Syukri seperti watak superhero, Power Rangers.
Tahun lalu, usahawan ini telah dipanggil bagi memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di sini, bagi membantu siasatan berhubung klip video muzik lagu rayanya yang dikaitkan dengan unsur bertentangan dengan norma dan budaya tempatan.
Haih, macam-macam ya Datuk! ‘Terlebih kreatif’ betul dalam strategi pemasarannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Long weekends minggu ni ada plan nak kemana-mana tak? Kalau tak pergi mana-mana dan bosan duduk rumah, try main game ni. Mungkin boleh terus bersiap dan gerak kot!
Selamat bercuti Gais!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Konsert antarabangsa itu juga dianggap sebagai penutup tirai bagi penganjuran konsert mega pada 2023 di Malaysia.
Menerusi konsert jelajah Coldplay Music of the Spheres itu, Malaysia turut tersenarai antara negara yang mencatatkan peratusan pemulangan gelang Xylobands tertinggi ketika ini.
Menerusi satu hantaran di akaun Instagram Coldplay Malaysia, peratusan pemulangan gelang lampu yang juga dikenali sebagai ‘PixMob’ itu adalah sebanyak 90%.
“Malaysia kini berada antara negara tertinggi merekodkan pemulangan gelang tersebut dan secara tidak langsung menunjukkan peminat di Malaysia menyokong usaha kitar semula daripada Coldplay.
“Bagi yang tidak tahu, gelang tersebut dipakai oleh peminat ketika acara konsert sedang berlangsung. la akan menyala mengikut rentak lagu yang dipersembahkan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Rakyat Malaysia antara peminat tegar band ini!
Menurut akaun itu lagi, gelang tersebut perlu dipulangkan semula oleh para penonton kepada pihak penganjur untuk digunakan pada konsert jelajah seterusnya.
Sementara itu, senarai pemulangan gelang Xylobands oleh penonton di Tokyo, Jepun mencatat jumlah tertinggi iaitu 97% dan diikuti Copenhagen, Denmark sebanyak 96%.
Argentina pula berada di tangga ketiga dengan 94% seterusnya Kaohsiung, Taiwan meraih pemulangan gelang sebanyak 93%. Malaysia pula berada di tangga kelima.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!