Bila sebut tentang fobia REMAJA pasti semua orang akan ada. Cuma yang membezakan ialah tahap fobia korang atau subjek yang menjadi mimpi ngeri ketakutan tersebut agak berbeza-beza.
Jika didefinisikan secara ringkas, fobia membawa maksud katakutan yang tak rasional terhadap sesuatu perkara, objek atau situasi. Antara fobia yang sering kita dapati berlaku di kalangan rakan-rakan atau orang yang kita kenali ialah fobia terhadap ketinggian, tempat gelap, kawasan sempit atau binatang berbisa.
Namun terdapat beberapa jenis fobia yang kalau difikirkan agak tak masuk akal dan pelik wujud di dunia. Nak tahu apakah jenis fobia tersebut? Jom check out senarai 8 jenis fobia paling pelik di bawah.
PENTHERAPHOBIA
Ini merupakan sejenis ketakutan yang banyak berlaku dalam masyarakat cuma tahapnya mungkin tidak sekronik fobia seperti ini. Pantherphobia merupakan fobia terhadap ibu mertua. Bunyinya agak merepek tapi itulah yang berlaku kepada sesetengah orang. Hiks.
PELADOPHOBIA
Peladophobia pula merupakan sejenis fobia terhadap orang yang botak. Apa yang mereka takutkan sangat terhadap orang botak pun REMAJA tak pasti. Mungkin ada sejarah silam mereka dengan orang botak kot. Ehemmm… Harris Anuar sila ambil perhatian ya.
Ads
ARACHIBUTYROPHOBIA
Bukan sahaja susah nak eja tetapi ketakutan tak rasional seperti ini agak pelik bunyinya. Kalau korang pernah makan peanut butter mesti pernah berdepan situasi ia melekat di lelangit bukan. Well, itulah jenis fobia dalam kategori ini. Pengidapnya mempunyai fobia melampau dan takut jika peanut butter melekat di lelangit mereka. Malah mereka juga akan berpura-pura ada alahan terhadapnya.
ANATIDAEPHOBIA
Mempunyai fobia terhadap binatang itu satu perkara yang selalu kita dengar. Tapi dalam kes ini ia sangat pelik kerana bukan sahaja mempunyai ketakutan terhadap perbuatan sejenis binatang yang sangat spesifik. Anatidaephobia ialah ketakutan diperhatikan oleh itik dari belakang. Ia boleh membuat mereka tidak tentu arah bila itik berjalan di belakang mereka.
Ads
CALIGYNEPHOBIA
Ramai lelaki terutamanya golongan remaja yang mempunyai fobia jenis ini. Ia merupakan fobia terhadap perempuan cantik. Biasanya jenis fobia seperti ini dikaitkan dengan seseorang yang nerd tetapi hakikatnya ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Bila berdepan orang cantik mereka tidak senang duduk, berpeluh dan menggeletar.
ABLUTOPHOBIA
Ads
Fobia jenis ini bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri tetapi boleh memberi kesan secara langsung kepada orang lain. Ablutophobia ialah fobia kepada mandi. Bayangkan berdepan dengan mereka yang tak mandi. Mesti kurang enak, bukan.
CHOROPHOBIA
Ketakutan jenis ini sebenarnya tidaklah terlalu pelik kerana ramai orang pernah alaminya. Cuma bagi seseorang yang ada chorophobia mereka akan mengalami kegelisahan luar biasa bila disuruh menari. Mungkin disebabkan rasa malu atau sesuatu yang pernah berlaku sebelu itu menyebabkan meraka cukup takut untuk menari.
CATHISOPHOBIA
Cathisophobia pula merupakan sejenis fobia untuk duduk. Biasanya terjadi kepada mereka yang pernah berdepan dengan trauma yang menyebabkan mereka menghidap ketakutan seperti ini. Menurut teori mungkin mereka ada sejarah pernah dibuli untuk duduk di atas objek tajam atau didera secara mentak ketika duduk.
Jadi korang tergolong dalam fobia yang mana satu…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali Familymart membuat promosi, sudah pasti ramai yang excited dan tidak melepaskan peluang untuk turut sama ‘beratur’ di kedai serbaneka dari Jepun ni.
Satu lagi berita baik yang korang kena tahu, Familymart sekali lagi melakukan promosi ‘gila’ dengan menawarkan promosi ais krim perisa Strawberi secara percuma buat korang yang lahir pada bulan Januari atau januari baby!
Bukan itu sahaja, perisa strawberi ini juga ditawarkan dalam bentuk minuman dan juga aiskrim sundae.
Jadi macam mana nak dapatkan aiskrim percuma ni?
Muat turun aplikasi FamilyMart di smartphone anda dan pastikan daftar sebagai ahli.
Pergi ke bahagian “rewards”, dan pastikan anda pilih birthday voucher. Dah habis tu, anda boleh tebus di mana-mana kaunter FamilyMart.
Kalau tak lahir bulan Januari boleh tebus ke?
Jika anda bukan seorang January baby, jangan risau, anda masih boleh mendapatkan aiskrim dengan harga RM2.90 sahaja. Masih berbaloi jika dibandingkan dengan aiskrim jenama lain.
Ayuh, apa lagi guys. Jom serbu cawangan Familymartyang terdekat esok. Hm, tapi KLIA dan Genting Highland tak ada promotion ni k..
Selamat Mencuba…Hiks!
Sumber : Facebook Familymart Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi asal Jepun yang baru meningkat naik, Imase baru-baru berjaya menambat hati para peminat dalam konsert Imase 1st Asia Tour ‘Shiki’ Khamis lalu yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur.
Imase bukan sahaja memberikan penampilan yang bersemangat dan terbaik pada 20 Jun lalu. Malah, penyanyi berusia 24 tahun itu turut berinteraksi dengan para peminat dalam Bahasa Melayu dengan perbualan kasual seperti bertanya apakah makanan terkenal tempatan, tempat yang patut dikunjungi di Kuala Lumpur dan sebagainya.
Selain itu, Imase juga menyediakan skrip pendek dalam Bahasa Melayu lantas dan bersemangat menyapa peminat agar mereka rasa dialu-alukan dengan bertanya khabar dan sebagainya.
“Apa khabar semua! Nama saya Imase! Adakah anda semua tidak sabar untuk hari ini?” – Imase
“Saya sangat teruja untuk berjumpa dengan anda semua. Hari ini, jom! enjoy sama-sama ya! dan mari kita have fun sampai habis!” – Imase
Dalam pada itu, Imase turut memuji kecekapan para peminatnya yang turut mahir berbahasa Jepun semasa berinteraksi bersamanya. Imase juga sering menggunakan Bahasa Melayu untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan mereka.
Konsert ini bertemakan ‘Empat Musim Jepun’ dan penyanyi yang popular melalui lagu Night Dancer ini ingin peminat merasai pengalaman musim bunga, musim panas, musim gugur dan musim sejuk persis negara asalnya, Jepun dengan bertukar-tukar pakaian yang mencerminkan tema setiap musim.
Sementara itu, Imase juga mengambil peluang untuk mempromosikan album terbarunya Bonsai yang akan dilancarkan pada Mei lalu. Beliau mengakhiri konsert dengan tiga lagu dari album tersebut Bonsai, Lit dan Heroine meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi peminat-peminatnya di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru sahaja melancarkan muzik video terbaru Lovesick Girls baru-baru ini, timbul pula isu yang dibangkitkan oleh persatuan jururawat Korea Selatan mengkritik penampilan uniform jururawat yang dikatakan tidak betul dan terlalu singkat.
Salah seorang anggota Blackpink, Jennie telah memakai uniform jururawat yang agak seksi bersama kasut tinggi di dalam video tersebut mengundang rasa tidak puas hati oleh persatuan jururawat di Korea.
Mereka mendakwa topi, skirt yang pendek bersama kasut tinggi adalah imej yang sangat bertentangan dengan uniform sebenar jururawat dan menjurus ke arah imaginasi seksual yang tidak sepatutnya.
Ekoran daripada situasi itu, pihak YG Entertainment telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengeluarkan babak yang melibatkan pakaian jururawat kontroversi itu daripada muzik video Lovesick Girls.
“Kami memutuskan untuk memadam semua adegan yang melibatkan pakaian jururawat dalam muzik video Lovesick Girls dan akan menggantikan muzik video dengan versi yang diedit secepat mungkin,”
“Kami juga ingin meminta maaf kepada jururawat yang merasa tidak selesa dengan isu ini dan sekali lagi, kami ingin menyampaikan rasa hormat dan tulus kepada semua petugas kesihatan yang mengabdikan diri untuk kesejahteraan negara. Terima kasih,” jelas YG Entertainment.
Pihak pengurusan Blackpink juga menjelaskan bahawa mereka tidak menyangka adegan itu menjadi isu kerana tiada niat untuk mengguris hati sesiapa pun.
Sama-samalah kita nantikan muzik video Lovesick Girls yang bakal diedit nanti.