Penyanyi dan pengacara terkenal, Heechul Super Junior baru-baru ini membicarakan secara terbuka mengenai kesan akibat kemalangan lalu lintas yang pernah menimpa dirinya sebelum ini.
Menerusi sebuah rancangan ‘Mom’s Diary’, Heechul atau Kim Heechul (42) sempat mendedahkan bahawa dirinya dikategorikan sebagai orang kurang upaya selepas kemalangan tersebut.
“Sebenarnya, ketika saya buat medical check-up, saya termasuk dalam kategori OKU tetapi saya teragak-agak nak beritahu sebab takut peminat akan sedih,” kata Heechul.
Kredit: Mom’s Diary
Menurut Heechul, dia dan pengurusnya juga ada menerima pelekat khas OKU untuk kenderaan mereka , namun memilih untuk tidak menggunakannya.
“Apabila saya dapat pelekat itu, saya fikir macam ini ‘saya sangat aktif jadi saya tidak perlu sticker ini’. Saya juga memutuskan untuk tidak pernah menampal di kenderaan saya,” jelasnya.
Ads
Heechul yang merupakan pengacara rancangan ‘Knowing Bro’s’ itu juga meluahkan perasaan bagaimana pada awalnya dia sukar untuk menerima kenyataan tersebut.
“Pada mulanya saya tak nak mengaku ada yang salah dengan tubuh saya. Selepas 10 tahun baru saya boleh terima keadaan ini. Saya sengaja tidak menceritakan hal ini kerana takut peminat akan sedih kalau ada orang ejek mereka dengan berkata ‘itu, idol kamu cacat’,” ujarnya lagi.
Kredit: Mom’s Diary
Dalam pada itu, menurut ibu Heechul yang turut berada dalam rancangan tersebut, kemalangan itu terjadi ketika Heechul sedang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri pengebumian ayah Donghae Super Junior.
Ads
“Waktu itu, doktor dah cakap bahawa Heechul tak akan pernah boleh menari lagi dan dia sangat menderita waktu itu,” kata ibu Heechul.
Kredit: Mom’s DiaryHeechul yang mendedahkan bahawa dirinya pemegang status OKU
Menurut laporan, Heechul mengalami kecederaan serius sehingga menyebabkan dia terpaksa dibedah selama 10 jam untuk memasukkan logam besi ke kakinya akibat tulang yang hancur dan tulang peha yang terkehel. Heechul juga perlu berehat selama 12 minggu dan menghentikan semua aktiviti bersama Super Junior selama tiga bulan pada tahun 2006.
Tidak hanya itu, pada 2011, Heechul sekali lagi terlibat dalam satu kemalangan di Singapura ketika dirinya sedang cuba mengelak dari peminat yang mengejarnya selepas habis konsert.
Ads
Walaupun khabar mengenai kemalangan Heechul sudah tidak menjadi rahsia umum oleh kalangan peminat, namun pengakuan dan fakta bahawa penyanyi lagu ‘Sorry Sorry’ termasuk dalam golongan OKU baru sahaja diketahui kebelakangan ini.
Heechul yang merupakan golongan kurang upaya level 4
Dalam ujian kesihatan di Korea Selatan, keupayaan seseorang untuk bergerak dikategorikan kepada enam tahap, tahap 1 adalah kecacatan yang paling teruk dan tahap 6 adalah yang paling ringan.
Heechul diketahui berada pada level 4 yang menunjukkan kesulitan untuk bergerak dalam aktiviti seharian. Kategori ini termasuk mereka yang mengalami amputasi, gangguan sendi, atau kesukaran menggerakkan tangan dan kaki.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rancang nak keluar date atau outing bagai nak rak, tapi bile dah keluar kita selalu tak boleh tentukan hendak makan atau minum di mana.
Jadi REMAJA dan KLOOK nak tolong korang decide dengan melihat kepada promosi Eh, What To Eat oleh aplikasi ini.
Promosi yang sedang berlangsung dari sekarang sehingga 31 Mei ini perlu korang rebut kerana kebanyakannya menawarkan deal Beli 1 Percuma 1. Wow!
Antara promosi yang mencuri tumpuan REMAJA ialah #Thirstday. Korang boleh dapatkan minuman percuma dengan setiap pembelian minuman daripada kedai seperti Gongcha (19 Mac) dan Fire Tiger (26 Mac) dari jam 12pm hingga 2pm dengan menggunakan aplikasi KLOOK.
Bermula bulan April pula, mereka akan tawarkan promosi #TuesdayTreats pula di mana korang boleh dapatkan dessert percuma dengan setiap pembelian di Miru Dessert Cafe, Brownies Bar dan macam-macam lagi. Seperti nama promosi ini, ia sah pada setiap hari Selasa je pada bukan April.
Akhir sekali ialah promosi #Friyay khas sempena bulan Ramadan kelak. Buat masa ini, belum ada info lanjut mengenai lokasi deal ini dan KLOOK akan berkongsi mengenainya tak lama lagi. Apa yang pasti, ia akan bermula dari 1 Mei hingga 29 Mei.
*
So guys, itu dia 3 bulan promosi makan dan minum daripada KLOOK!
Iya KLOOK bukan hanya untuk tempahan tiket semasa ingin bercuti saja, korang juga boleh rebut promosi mengenyangkan seperti ini.
Ingat, ia bergantung kepada jumlah stok yang ada. Untuk info lanjut, KLIK di sini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi ala K-Drama yang menghiburkan.
Dibintangi oleh pelakon terkenal Go Kyung Pyo dan Kang Hyewon,iklan ini mengisahkan tentang seorang lelaki ulat buku yang berusaha dengan ikhlas meluahkan perasaannya kepada seorang wanita yang sukar untuk didekati.
Tanpa mengenal erti putus asa diselitkan dengan beberapa adegan ditolak secara ‘halus’, menambahkan lagi kelucuan dalam jalan cerita sehingga membuatkan anda tidak kering gusi.
Selain itu, jenama Wacky Willy juga membawa slogan “Generasi keempat yang kasual sesuai untuk semua orang!” turut memperlihatkan koleksi pakaian yang sesuai untuk mana-mana golongan.
Kyung Pyo tampil karakter lelaki kekok dengan gaya ‘nerdy’ namun kelihatan lucu, sementara Hyewon memancarkan aura ‘soft girl’ berkelas yang tegas dengan pendirian. Gandingan mereka berdua membuatkan iklan ini nampak seperti mini drama yang menyeronokkan.
Ditambah, visual mereka yang nampak sepadan menjadikan iklan ini berjaya meninggalkan kesan mendalam kepada para penonton. Bagi korang yang nak tengok versi penuh yang lebih kelakar, jom layan video di bawah ini…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, pelakon dan usahawan terkenal, Norman Hakim memaklumkan satu khabar gembira apabila dua puteri kesayangannya iaitu Marissa Dania dan Maria Danisha bakal melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tidak lama lagi.
Menerusi perkongsian di Instagram, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon (50) meluahkan rasa syukur apabila perancangan asal untuk sesi pendaftaran Maria Danisha berubah selepas pihak universiti mencadangkan laluan pendidikan khas yang melibatkan kedua-dua anaknya sekali.
“Kita hanya merancang, tapi Allah SWT lebih Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya,” katanya.
Menurut Norman, kedua-dua anak perempuannya itu bakal mengikuti jurusan Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan bermula dari peringkat Diploma sehingga Degree. Bagaimanapun, pengkhususan berbeza akan dipilih apabila melanjutkan pengajian ke peringkat Degree kelak, dengan Maria Danisha dijangka memfokuskan dalam bidang Perakaunan manakala Marissa Dania pula memilih Sumber Manusia.
Pada masa yang sama, Norman turut berterima kasih kepada pihak universiti khususnya pengetua institusi berkenaan yang memberikan penerangan terperinci mengenai perjalanan akademik anak-anaknya.
“Terima kasih Principal Puan Norlina yang tidak lelah menerangkan selama berejam perancangan jangka panjang sehingga ke peringkat Bachelor dengan penuh teliti dan berstruktur,” ujarnya lagi.
Di samping itu, pelakon drama bersiri ‘Gerak Khas’ berkenaan sempat berkongsi keterujaan Maria Danisha yang sudah tidak sabar untuk memulakan kehidupan kampus lebih-lebih lagi selepas melihat kemudahan penginapan yang disediakan universiti berkenaan. Malah, pihak universiti juga memberi fleksibiliti kepada Marissa Dania untuk berulang-alik memandangkan beliau masih mempunyai komitmen menguruskan perniagaannya sendiri.
“Papa kena kerja lebih smart & efficient lagi lepas ni sebab tengok kos pembelajaran hingga ke peringkat Bachelor ni pun bukan kaleng-kaleng,” jelasnya.
Di akhir perkongsian, Norman berharap segala urusan pendidikan kedua-dua anaknya itu dipermudahkan dan berjalan lancar seperti dirancang. Difahamkan, Marissa Dania dan Maria Danisha dijangka memulakan perjalanan sebagai pelajar universiti sekitar awal suku ketiga tahun 2026.
Sumber: Instagram Norman Hakim
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!