Momen pertunangan antara pelakon dan penyanyi Bella Astillah bersama ahli politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukan sahaja mencuri perhatian ramai, malah turut diserikan dengan kata-kata yang cukup menyentuh hati daripada abang kepada ahli politik itu sendiri.
Spacedollah atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, yang juga merupakan seorang content creator dan pendidik terkenal, berkongsi satu luahan yang jelas menunjukkan betapa istimewanya hubungan adiknya itu di matanya.
“The moment I knew you were truly in love with her… was the moment I heard you say, ‘I love you’ to Bella,” tulisnya.
Apa yang membuatkan kata-kata itu lebih bermakna adalah pengakuannya sendiri bahawa sepanjang 33 tahun mengenali Syed Saddiq, dia tidak pernah sekali pun mendengar adiknya melafazkan ungkapan tersebut kepada mana-mana individu.
“Fun fact, in 33 years of knowing him, I have never once heard him say those words,” tambahnya lagi, sebelum menutup dengan ucapan penuh doa dan restu buat pasangan itu.
Luahan tersebut secara tidak langsung memberi gambaran sisi peribadi Syed Saddiq yang jarang dikongsikan kepada umum, sekali gus membuatkan ramai netizen tersentuh melihat perubahan dan keikhlasan perasaan yang ditunjukkan.
Kisah Syed Saddiq dan Bella Astillah ini bukan sekadar berita hiburan biasa, tetapi turut membuka mata ramai tentang sisi lembut seorang pemimpin.
Ads
Majlis Pertunangan Yang Indah dan Eksklusif
Terdahulu, Bella Astillah sah menjadi tunangan kepada Syed Saddiq dalam sebuah majlis yang berlangsung dalam suasana cukup indah di ibu negara.
Bella tampil anggun mengenakan busana kurung berwarna biru cair yang sederhana namun tetap menyerlahkan kejelitaannya, manakala para tetamu pula diminta mengenakan pakaian bertema kuning.
Majlis tersebut dilihat cukup elegan dan penuh makna, mencerminkan keperibadian kedua-dua figura ini.
Majlis itu turut mencuri perhatian apabila kedua-dua pihak memilih tema hantaran yang cukup simbolik.
Ads
Syed Saddiq memilih konsep “Masa Hadapan” yang melambangkan perjalanan hidup bersama, manakala Bella mengangkat elemen Gunung Kinabalu sebagai inspirasi, yang membawa maksud kekuatan dan keindahan.
Simbolik ini menjadikan momen Syed Saddiq dan Bella Astillah lebih bermakna dan penuh emosi.
Dihadiri oleh keluarga serta kenalan rapat, momen bahagia itu turut dikongsi dengan tanda pagar #BellaSyedYes yang kini menjadi sebutan ramai di media sosial.
Ads
Rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dan gembira melihat pasangan ini melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan mereka.
Namun di sebalik kemeriahan majlis tersebut, kata-kata daripada Spacedollah ternyata menjadi antara momen paling ‘real’ dan menyentuh hati.
Ia bukan sekadar ucapan biasa, tetapi satu pengesahan jujur daripada seorang abang yang benar-benar mengenali siapa Syed Saddiq sebelum ini, dan bagaimana cinta kali ini benar-benar berbeza.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aisha Retno tampil memohon maaf kepada para peminat dan rakan-rakan industri selepas tidak dapat memberikan sebarang maklum balas terhadap mesej, e-mel dan DM yang diterimanya sejak beberapa hari lalu.
Menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya, Naib Juara Anugerah Juara Lagu ke-38 itu menjelaskan situasi sebenar yang dialaminya sepanjang berada di Jakarta bagi urusan kerja.
“Salam semua, Saya Aisha. Saya ingin memohon maaf dengan sepenuh hati kepada sesiapa yang telah cuba menghubungi, menghantar mesej, e-mel atau DM saya baru-baru ini.
“Saya masih berada di Jakarta atas urusan kerja dan telah dimasukkan ke hospital, jadi saya tidak berkesempatan untuk membalas atau mengikuti perkembangan di media sosial.
“Terima kasih atas kesabaran dan pemahaman anda semua. Saya kini dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan akan cuba sedaya upaya untuk membalas mesej sebaik sahaja saya tiba di rumah. Salam sayang, Aisha Retno,” coretnya ringkas.
Difahamkan, Aisha dikejarkan ke hospital pada Isnin lalu selepas mengalami kejang otot serta keletihan melampau semasa bekerja di ibu kota Indonesia itu.
Menurut laporan media tempatan, Pegawai Perhubungan Awam Aisha Retno Entertainment iaitu Asraf Aided memaklumkan hasil pemeriksaan doktor mendapati keadaan kesihatan Aisha merosot akibat kekurangan rehat dan beban kerja yang terlalu padat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Aisha Retno
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari pertama turunnya salji di Korea Selatan adalah di antara momen yang pastinya diraikan oleh rakyat di negara itu. Ini memandangkan suasana di sekitar Korea akan menjadi cukup indah untuk mereka nikmati.
Semalam merupakan hari pertama turunnya salji di sana dan beberapa artis K-Pop kegemaran korang tidak melepaskan peluang untuk memberikan mesej ucapan.
SEHUN EXO
Ahli kumpulan EXO ini merupakan di antara selebriti yang pertama meraikan suasana salji di Korea Selatan.
Setelah memuat naik video yang menyaksikannya bermain di luar, Sehun turut mengajak rakannya, Lee Jaeman untuk juga merasakan salji. Kelakarnya, dia hanya memakai sandal! Mesti kaki terasa beku jadinya.
201213 leejaeman_ (actor & friends of junmyeon and sehun) instagram update with sehun 🐣🎥❄️
cameraman sehun with his cute adorable voice 🥺😭❤️
🐣: wow, (it’s) amazing~ *cutely whines* hyung didn’t film (it) like this (for me), right? ( ー̀֊ー́)
🗣: (it) came out nice, right? pic.twitter.com/2pMyy8ENFE
Disebabkan oleh lockdown yang masih dilaksanakan di Korea, beberapa selebriti kerap berinteraksi dengan peminat mereka menerusi siaran live di akaun media sosial. Ini termasuklah anggota grup Stray Kids iaitu Chan.
Dalam live #StaysRoomForChan semalam, dia telah menggunakan filter salji untuk menyambut kehadiran hari pertama salji di sana.
Sambil itu, banyak perkara yang diperkatakan oleh Chan terutamanya pandangannya terhadap soalan yang diajukan oleh peminat.
.
.
JISOO BLACKPINK
Meskipun tidak memuat naik foto di luar bangunan bersama salji, Jisoo masih mengambil peluang untuk memberi ucapan kepada Blink.
“Landskap di luar sudah bertukar putih, adakah kamu menyaksikan hari salji pertama? Saya tidak. Ibu dan ayah menghantar video kepada saya, saya tertanya mengapa salji turun dengan lebat pada kali ini.
“Saya berharap salji tahun ini akan mengubati perasaan semua orang yang sedang berdepan dengan masa yang sukar dan memenatkan. Salji memang cantik, tetapi keadaan di luar adalah licin. Jadi hati-hati! Musim sejuk benar-benar telahh tiba, jadi berpakaianlah dengan selesa. Saya hanya ingin mengatakan ini pada hari latihan kumpulan (Blackpink).”
.
.
KAI EXO
Kai juga sempat memberikan ucapan ringkas kepada peminatnya dan EXO.
“Ini adalah kali pertama saya menyaksikan salji pada tahun ini! Saya ingin kamu semua untuk menikmati masa ini.”
*
Haihh, jealous pula bila melihat Korea Selatan dihujani dengan musim salji bermula semalam. Mungkin tahun hadapan baru kita berpeluang untuk merasakan pengalaman itu selepas musim pandemik beransur pulih.
Sementara itu, kita dengarkan sajalah lagu First Snow nyanyian EXO yang merupakan lagu wajib pada musim sejuk di Korea Selatan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isteri kepada penyanyi lagenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah, Datin Zai Izzati Khiruddin, selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat pada pukul 9.38 pagi tadi.
Bayi yang seberat 2.9 kilogram itu merupakan cahaya mata kelima bagi pasangan tersebut dan anak ketujuh bagi Jamal yang kini berusia 66 tahun.
Khabar gembira mengenai kelahiran anak perempuan mereka itu dikongsi oleh penyanyi lagi popular Penghujung Rindu itu melalui aplikasi WhatsApp kepada pihak media.
Menurut sumber, pasangan ini merancang untuk memberi nama Magdalena Yamani Jamal Ubaidilah kepada bayi mereka, yang dipercayai diambil sempena nama seorang gadis yang dipuja oleh Nabi Yusof.
“Alhamdulillah, pembedahan semua sempurna. Anak dan isteri, kedua-duanya okay. Sangat bersyukur kepada Allah kerana memberi kami rezeki ini.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menitipkan ucapan tahniah,” katanya.
Pasangan ini yang berkahwin pada 1 April 2017, sebelum ini telah dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani, Iskandar Rayyan Yamani, dan Rahil Laura Salsabila Yamani, yang kini berusia dua tahun.
Selain itu, Jamal juga mempunyai dua anak lelaki, Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamanihasil perkahwinan terdahulunya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!