Antara perkara paling penting dalam hubungan romantik di antara dua insan adalah persefahaman dan keinginan untuk menerima satu sama lain seadanya.
Baik atau buruk perangai si dia akan diterima dengan hati terbuka. Tapi, korang tahukah bahawa kesabaran lelaki juga ada hadnya ? Kadangkala dia sudah lama muak dengan perangai korang tapi dipendamkan sahaja di dalam hati.
Tak mahu perkara seperti ini berlaku? Sebelum terlambat jom sama-sama lihat 5 petanda dia sudah muak dengan korang!
1. Semakin lama semakin tidak kisah
Di awal perhubungan, apa sahaja yang keluar dari mulut pasangan umpama pujian yang membuatkan kita senyum melebar. Namun, jika korang mula perasan semakin lama dia semakin tidak endah dengan apa yang korang perkatakan, itu tanda awal dia sudah muak.
Ads
2. Selalu lambat bila nak jumpa
Berbeza betul dengan masa dia nak ‘mengorat’ dulu. 2 jam menunggu di luar kelas korang pun dia sanggup lakukan demi berjumpa. Tapi sekarang, bila ajak jumpa je, mesti dia lambat. Datang pun dengan muka seperti terpaksa.
Ads
3. Sikap kelakarnya lesap begitu saja
Lelaki kelakar ini sebenarnya mudah untuk mendapat perhatian perempuan, termasuklah korang. Jika tiba-tiba dia dingin, itu petanda dia sebenarnya sudah naik bosan dengan kamu. Sudahlah tidak buat lawak, dia buat pula muka ‘sepuluh sen’!
4. Tidak call atau mesej
Hubungan semakin dingin bila dia seakan kekeringan idea semasa ingin berborak menerusi panggilan telefon atau mesej pesanan ringkas.
Ads
Jika dulu, mesej dialah yang pertama menyambut kamu bangun tidur. Tapi sejak kebelakangan ini, nak cakap ‘hai’ pun payah. Haaa, itu salah satu tanda dia muak!
5. Kamu tidak mampu membuat dia tersenyum
Dulu – tak perlu effort pun, senyuman korang boleh membuatnya cair. Tapi lama-kelamaan mukanya masam semacam je. Tambahan pula, lelaki sukar untuk menyembunyikan perasaannya.
*
Bagi REMAJA, jika seorang lelaki tidak lagi menghargai korang, sudah muak atau bosan dengan korang atas alasan yang tidak munasabah, tinggalkan sajalah dia.
Jangan letakkannya sebagai fokus utama hidup kamu. Buat apa terus stay dengan orang yang tak boleh hargai diri kamu, tak gitu?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Agak lama kita tak mendengar perkembangan nyanyian terbaru oleh Selena Gomez.
Jadi apabila dia melancarkan single ‘power ballad’ terbaru semalam, tak hairanlah klip videonya telah mencatatkan 25 juta tontonan di YouTube.
Single berjudul Lose You To Love Me membawa pendengar kepada sisi emotional Selena sepanjang tahun ini.
You promised the world
And I fell for it
I put you first and you adored it
Set fires to my forest
And you let it burn
Antaranya termasuklah bagaimana Selena cuba untuk menjadi dirinya semula selepas hubungan cinta putus di tengah jalan. Dan itulah punca mengapa peminat Selena mendakwa Lose You To Love Me berkait rapat dengan hubungannya dengan ex-boyfriend, Justin Bieber.
Menurut Selena di Vevo, “Lagu ini diilhamkan daripada pelbagai kejadian yang berlaku dalam hidup saya sejak melancarkan album terakhir.
“Saya ingin pendengar merasa ada harapan yang datang selepas tragedi berlaku kepada mereka. Kamu akan menjadi lebih kuat dan menjadi versi diri sendiri yang lebih baik,” jelasnya.
*
Untuk pengetahuan korang, Selena dan Justin berpisah untuk kali terakhir pada bulan Mac 2018. Tak lama kemudian, Justin menjalinkan hubungan bersama Hailey Baldwin pada bulan Jun dan akhirnya berkahwin pada bulan September.
Selena bagaimanapun tak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Justin-Hailey.
Menurut US Weekly, “Selena tahu dia lebih baik tanpa Justin di sisi. Ia keputusan yang sihat untuk dirinya. Namun kini Selena ingin fikus kepada diri sendiri dan enjoy kehidupannya semual sebagai – well – Selena Gomez yang dahulu. Selena yang digemari oleh orang yang rapat dengannya.”
*
You do you girl. Jika menulis single terbaru untuk melupakan seorang bekas kekasih adalah cara yang terbaik, then let it be.
Cer tonton video Lose You To Love Me di bawah. Adakah ia mengenai Justin? Atau kami terlalu obses dengan perkembangan hubungan mereka berdua sehingga terbawa-bawa dengan teori tersebut?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau sudah hati terpaut, apa jua halangan dan cabaran pasti boleh ditempuhi.
Itulah perumpamaan yang tepat berhubung keputusan seorang gadis kelahiran Malaysia bernama Illi Najwa Saddique yang berlepas dari Kuala Lumpur ke New Delhi demi mengahwini kapten pasukan hoki India, Manpreet Singh Pawar, semalam.
Mengikut perancangan awal pasangan itu, perkahwinan mereka sepatutnya dilangsungkan pada bulan April lalu di Ludhiana.
Ia bagaimanapun terpaksa ditangguhkan sehingga semalam berikutan merebaknya wabak Covid-19 baik di Malaysia dan juga di India.
Love surely conquers all things else.
Illi dan Manpreet tidak berputus asa dan tetap cuba untuk melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun ini juga di perkampungan Mihapur dekat Jalandhar, Punjab.
Illi berusaha mendapatkan perlepasan khas daripada pihak kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri India. Urusan ini dipermudahkan lagi setelah kerajaan mula melonggarkan sekatan perjalanan ke luar negara baru-baru ini.
Menurut laporan Olympic Channel, Illi yang juga pernah bergelar pemain hoki kebangsaan wanita Malaysia telah bertemu Manpreet untuk kali pertama semasa perlawanan hoki Piala Sultan Johor pada tahun 2012. Pada masa itu, Manpreet merupakan kapten kepada pasukan remaja India.
Hubunganmereka berdua bertambah serius setelah dipertemukan semula ketika perlawanan Piala Kejuaraan Sultan Azlan Shah di Ipoh, tak lama selepas itu.
Pada Februari 2014, mereka mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan.
Apabila ditanya mengenai perancangan mereka selepas ini memandangkan masing-masing berasal dari dua negara berbeza, Illi yang kini bertugas di sebuah universiti swasta di Malaysia akan terus menyokong suaminya yang dijangka mengambil tugas sebagai kapten pasukan hoki India di Sukan Olimpik Tokyo 2021.
Haihh, sweet-nyalah hai. Ibarat jalan cerita filem Dilwale Dulhania Le Jayenge pula.
Cumanya kali ini, pengantin perempuan yang terbang ke India, hiks!
Tidak semua pasangan bertuah untuk memiliki hubungan yang mampu bertahan dari zaman sekolah, universiti hinggalah ke fasa kahwin dan memiliki keluarga sendiri.
Hakikatnya, ramai yang kecundang di tengah jalan dan merasa frust apabila hubungan tidak ‘menjadi’. Percaya atau tidak, hampir separuh daripada mereka yang pernah melalui perpisahan akan mengharapkan peluang kedua dalam perhubungan.
Setelah mengambil roh single terbaru Nabila Razali ‘Peluang Kedua’, penulis senaraikan 5 situasi untuk menentukan sama ada korang layak atau tak untuk menerima peluang kedua daripada pasangan korang.
Sambil baca tu, dengarkan terus single terbaru ini:
01
LAYAK Bila Ia Lebih Dari Cinta
Pasti ada di kalangan korang yang bingung, bagaimana kita hendak mengukur tahap cinta kita kepada seseorang? How in love should we be – or rather feel – untuk memastikan kita betul-betul mencintainya?
Ketahuilah bahawa cinta itu lebih daripada sekadar mengungkapkan kata-kata keramat ‘I love you’. Ia seharusnya lebih daripada itu jika korang sedang menggunakan peluang kedua selepas perpisahan.
Jangan lupa, dalam setiap hubungan ada faktor-faktor lain yang penting seperti kepercayaan, kesetiaan dan hormat. Jika korang setakat ‘bercinta’ pada mulut (dan menerusi WhatsApp) tetapi tidak memiliki 3 faktor ini, peluang kedua tak akan mempunyai makna. Korang hanya membazir masa.
02
LAYAK Bila Korang ‘Sanggup’
Maaflah nak cakap, jika korang yang meranapkan hubungan kalian terdahulu, you have some BIG making-things-up to do.
Dari situ barulah pasangan betul-betul dapat melihat yang korang serius untuk menyelamatkan hubungan lama. Namun, jangan pernah terfikir bahawa kemewahan saja akan dapat menutup segala cacat cela hubungan lama sepantas itu.
Hadiah, duit dan kebendaan tidak akan bertahan lama. Malah jika korang terlalu try hard dengan membeli barangan mahal untuknya di awal hubungan PART 2, mungkin si dia akan jelik dengan korang dan merasa offended. Apa yang mereka inginkan adalah pasangan yang sanggup menghabiskan masa bersama dan sanggup mengambil mereka secara serius.
03
LAYAK Bila Kedua-Duanya ‘Sanggup’
Aik, tadi dah sanggup. Ini sanggup apa pula??
Apabila pasangan sudah terfikir untuk memberikan korang peluang kedua, itu bermakna mereka mulai membuka pintu kemaafan untuk melupakan segala yang buruk daripada masa lampau. Now, that does not come often.
Banyak pasangan yang mudah meluahkan perasaan maaf dan menerima maaf seseorang. Namun jauh di suduh hati mereka, masih tersemat kenangan buruk tersebut. Most people can forgive but it is hard to forget. Ini kerana perangai manusia sememangnya sukar untuk berubah sekelip mata.
Oleh itu, kalian berdua mempunyai ‘kerja’ untuk dilakukan dan ia dipanggil sebagai komitmen. Korang perlu komited untuk berubah manakala pasangan pula perlu komited untuk betul-betul memaafkan korang.
04
LAYAK Bila Masing-Masing Sudah Cuba Move On
Seringkali kita mendengar frasa, ‘Move on jelah..’ dikatakan kepada mereka yang telah putus hubungan.
Bukan kita enggan untuk move on. Percayalah, jika ada kemahuan yang paling besar sekarang, ia adalah untuk melupakan perpisahan yang pernah berlaku kerana rasa pedih itu terasa dalam. But of course, it is easier said than done.
Ada pasangan yang mencuba untuk move on selama bertahun-tahun lamanya, tetapi cinta kembali bertaut kepada yang lama. Sekiranya korang dan ex sudah cuba melupakan diri masing-masing tetapi gagal, mungkin cinta kalianlah merupakan cinta sejati. Pengalaman cuba move on itu pula menjadi pengajaran bahawa korang tidak boleh melupakan diri masing-masing. So do not mess this second chance!
05
LAYAK Bila Dia Setuju Korang Layak
Tak kisahlah apa yang orang lain nak kata. Tak kisahlah berapa banyak artikel relationship yang telah korang baca ( Hi readers! ). Dan tak kisahlah berapa kerap korang berdua mendapatkan nasihat heart-to-heart bersama BFF, kawan, ibu, ayah dan mereka yang rapat dengan korang.
Jika hati sudah mengatakan, ‘Ya, kami berdua inginkan peluang kedua ini’, siapalah mereka untuk menidakkannya. The heart will always want what it wants. Jika dia merasakan korang layak untuk diberikan peluang kedua, itu bermakna korang layak di mata si dia.
Kami tidak katakan bahawa keputusan untuk kembali bersama itu adalah keputusan yang tepat. Mungkin ia akan berakhir dengan kekecewaan, SEKALI LAGI. Namun apa yang kami tahu, korang kini lebih berani daripada dahulu.
Korang berani untuk mengakui ada kesilapan yang pernah berlaku. Korang berani untuk mengatakan hubungan korang tidak sempurna seperti yang selalu dipaparkan dalam movie. Dan tentunya korang berani untuk ‘memperjudikan’ hati, masa dan tenaga bagi peluang kedua ini. Korang tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang, tetapi korang tahu segala kesilapan yang tak boleh diulangi semula.
*
Ahem ini hanyalah pendapat peribadi penulis. Jangan judge love life penulis yang tidak wujud ya.