Setiap kali tiba bulan September je, mesti ramai yang tercari-cari satu makanan di stor besar dan pasaraya. Mooncake!
Bukan senang nak cari sepanjang tahun, jadi jangan lepaskan peluang korang untuk mencuba. Jika pensijilan Halal menjadi persoalan, jangan was-was lagi. REMAJA senaraikan 5 tempat untuk korang mencari mooncake dengan hati tenang, gitu!
01
STARBUCKS MALAYSIA
Setiap kali tiba musim perayaan di Malaysia, penulis guarantee Starbucks akan menjadi antara stor pertama yang menawarkan makanan tradisional di kaunter mereka.
Untuk festival Mid-Autumn ini, mereka sediakan mooncake dalam sebuah kotak yang berisi 4 biji. Antaranya adalah tiramisu, kacang bercampur kopi, espresso chestnut dan favourite kami, teh hijau.
Harga RM88 satu kotak
Ads
02
PURPLE CANE-TEA
Bukan je korang boleh dapatkan mooncake sekarang, korang pun boleh makan tea mooncake! Apa benda pula ni? Ia adalah mooncake khas oleh Purple Cane-tea yang diperbuat dalam stail Cantonese.
Setiap biji dimasukkan dengan beberapa jenis teh seperti teh hijau, black tea, oolong dan Pu’er tea.
Harga RM59.90 satu kotak / RM9.90 sebiji
03
KLT FOOD INDUSTRIES
Ads
Peminat mooncake di Malaysia mesti kenal dengan KLT Food. Mana tidaknya, mereka telahpun berada di pasaran sejak tahun 1971 lagi dan merekalah pengusaha mooncake pertama yang menerima sijil Halal di Malaysia.
Penulis cadangkan agar korang mencuba beberapa jenis mooncake istimewa yang sukar didapati di stor lain seperti Durian Pearl mooncake, Sweet Purple Potato mooncake dan Omochi sedap!
Yaaa, mereka popular di kalangan penggemar mooncake. Victory Yaya diusahakan oleh syarikat Muslim dari Terengganu dan korang boleh menempah mooncake dengan mudah menerusi laman web mereka.
Terdapat 20 perisa yang ada termasuklah Red Velvet dan Durian Cashew. Dengar je pun dah terliur!
Okay kalau dah susah untuk menjumpai stor yang menjual mooncake atau tiada stor Starbucks terdekat, korang boleh saja pergi ke pasaraya AEON dan masuki kawasan bakeri La Boheme.
Tahun ini, mereka menawarkan mooncake halal berperisa Taro Sweet Potato, Pandan dan macam-macam lagi.
Harga Bermula dari RM9.20 sebiji
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di mana-mana platform digital mahupun di kedai mamak, rata-rata masyarakat Malaysia sedang hangat berbual mengenai soal isteri kedua dan poligami apabila selebriti tempatan baru-baru ini dilihat terpalit dengan isu tersebut.
Apa yang menariknya, garis masa kisah-kisah rumah tangga selebriti ini seakan selari dengan garis masa drama Nikah Cerai Rujuk yang sedang ditayangkan di saluran Astro Ria (104). Merujuk kepada tajuknya sahaja, pasti korang sudah boleh mengagak topik rumah tangga yang dikupas menerusi drama arahan bersama Azman Haji Yahya (Jinggo) dan Uzair Haqimy ini.
REMAJA mendekati salah seorang pelakon Nikah Cerai Rujuk, Shaza Baebagi mendapatkan pandangannya mengenai respon balas penonton yang rata-rata berkata mereka dapat menghayati jalan cerita drama tersebut.
Pelakon, pengacara dan Dewi Remaja 2019, Shaza Bae.
“Saya rasa mana-mana drama yang berkisahkan rumah tangga adalah naskah yang patut ditonton oleh mana-mana individu kerana semua orang melaluinya. Dalam rumah tangga, ada pasang surut kisahnya tidak kira sama ada sudah lama berkahwin atau tidak.
“Drama Nikah Cerai Rujuk ini tidak hanya terletak pada satu karakter tetapi pelbagai kisah pasangan serta konflik masing-masing. Karakter saya sebagai contoh mempunyai konflik bersama mertua.
“Dr. Alia Maisarah (Dynas Mohktar) pula dimadukan, Sumaiyyah (Noorkhiriah) berdepan suami curang manakala Fatin (Mimi Ernida) bergelut dengan perasaan sebagai isteri kedua.
“Kalau orang sebut isteri kedua, mesti dia dilabel sebagai individu jahat tetapi dia juga mempunyai cerita untuk disampaikan. Turut ada dalam drama ini juga adalah watak gadis muda yang bercinta dengan lelaki berusia. It is a full coverage of what it feels like to be married,” kupas juara Dewi Remaja 2019 ini.
Tambah Shaza lagi, biarpun dirinya masih belum berkahwin dalam kehidupan sebenar dan belum merasai fasa alam rumah tangga tetapi dia mampu merealisasikan wataknya sebagai Hanna kerana dia juga mempunyai perasaan sebagai seorang perempuan.
“Peluang memegang watak isteri yang berdepan emosi dan konflik rumah tangga sejak akhir-akhir ini merupakan cabaran lakonan baharu memandangkan saya pun belum pernah berkahwin.
“Tidaklah terlalu sukar sebenarnya kerana saya juga seorang wanita yang ada perasaan. I put on a woman’s shoes dan ia terus menjadi.”
“Apa yang membuatkan Nikah Cerai Rujuk ini menarik untuk ditonton adalah kerana kepelbagaian mesej yang boleh dikutip. Setiap situasi yang dilalui karakter-karakter tadi boleh mengajar penonton mengenai the do’s and don’ts of married life.
Penonton akan terfikir akibat yang perlu ditanggung apabila pasangan curang atau suami berkahwin lebih daripada satu. Hakikatnya, pilihan terletak pada tangan pasangan. Qada’ dan qadar tentulah termaktub but people have choices and ‘self control‘. (Ketawa) Drama ini mengajar bagaimana seseorang boleh mengelak daripada berdepan nasib rumah tangga karakternya,” kata gadis tinggi lampai ini.
Peluang melakonkan watak isteri yang terseksa emosi seperti dalam drama ini dan beberapa drama terdahulu bagi Shaza telahpun mengajarnya sedikit-sebanyak tentang selok-belok memilih pasangan. Malah, peluang ini juga membuka mindanya tentang pentingnya bertoleransi terutamanya apabila dihantui masalah rumah tangga.
“Pertamanya, kenalinya pasangan anda dan keluarganya betul-betul sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Tetapi as you move forward, anda perlu ingat diri setiap manusia akan berubah termasuklah kita sendiri. Istilah ‘mengenali pasangan’ itu tidak pernah ada titik noktah sebenarnya.”
“Saya juga merasakan drama Nikah Cerai Rujuk ini mengajar saya untuk selalu berbincang tentang expectation pasangan kita dalam sesebuah perhubungan. Belajarlah love & fight language pasangan. Bukan hanya love language perlu diketahui, fight language juga sama pentingnya.
“Dan akhir sekali, belajarlah cara ‘communicate & comprehend’. Komunikasi sahaja tidak akan datangkan kesan jika pasangan tidak cuba memahami,” simpul Shaza Bae.
Drama Nikah Cerai Rujuk sedang ditayangkan di saluran Astro Ria (104) untuk 24 episod pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 11 malam. Ia juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Selain Shaza Bae, Nikah Cerai Rujuk juga dibintangi oleh Dynas Mohktar, Datuk Eizlan Yusof, Noorkhiriah, Zarul Umbrella, Halim Radzi, Nasz Sallu, Zarina Zainuddin dan ramai lagi pelakon hebat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam kita teruja untuk mengetahui informasi terbaru mengenai wabak virus Corona yang semakin menular, jangan pula kita sesuka hati dan sesedap kata menyampaikan sebarang maklumat yang salah mengenainya.
Seorang suspek berusia 34 tahun telah ditahan semalam di kediamannya di Bangi, Selangor setelah disyaki menyebarkan kandungan berita palsu mengenai virus Corona.
Penahanan tersebut telah dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurut MCMC,
“Penahanan ini bagi membantu siasatan terhadap satu kandungan yang dimuat naik di Facebook pada 26 Januari 2020. Kandungan mengenai wabak virus Corona itu didapati palsu.”
Suspek yang dirampas telefon bimbit dan kad sim bagaimanapun tidak bertindak sendirian. MCMC sedang giat untuk mengesan 3 lagi suspek untuk membantu siasatan.
Kesemua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tak melebihi setahun atau kedua-duanya.
Ini jelas menunjukkan ketegasan pihak berkuasa untuk memastikan sebarang aktiviti memulakan, menyampaikan dan menyebarkan berita palsu di platform media sosial dapat dibendung.
Jangan main-main tau!
*
Biarlah pihak yang lebih pakar untuk menyelesaikan perkembangan terbaru mengenai virus ini.
Seperti di China, hospital khas untuk merawat pesakit virus Corona telahpun siap tak sampai seminggu!
Bermula dengan sebuah rancangan kanak-kanak di TV2, pemilik nama Bella Dowanna kini sudah dikenali ramai hasil daripada bakat lakonan yang ditonjolkan menerusi naskhah dan karya tempatan.
Bercerita mengenai bidang pengacaraan, bekas pengacara rancangan popular kanak-kanak Chiki Boom ini menzahirkan perasaan rindunya untuk tampil sebagai hos menerusi rancangan televisyen yang ada.
Dia bagaimanapun percaya kepada rezeki yang telah ditetapkan buatnya jika sudah tertulis dirinya bakal dipilih sebagai salah seorang pengacara menerusi program televisyen pada masa akan datang.
“Sudah semestinya saya nak, tetapi orang bak kata orang perlu tunggu rezeki yang datang sebagai hos semula selain kita juga perlu gilapkan semula kemahiran tersebut. Ya, saya tunggu rezeki itu datang dan kenapa tidak…
“Semestinya juga saya rindu, tetapi saya pada ketika itu (semasa kendali Chiki Boom) saya lakukan pengambaran ketika saya kanak-kanak, jadi saya punya rasa nak mengacara itu seperti tidak berapa rasa sangat.
“Tetapi apabila kini saya rasa setiap kerja yang kita lakukan itu memberi impak juga kepada kehidupan,” katanya kepada Remaja.
Bercakap pula mengenai cara gadis jelita ini untuk kekal relevan dalam industri seni tanah air, Bella memaklumkan yang dirinya sentiasa kekal merendah diri dan jauhkan daripada sifat sombong dengan orang sekeliling.
“Cara kekal relevan saya dalam industri ini adalah, saya kekal merendah diri, tidak sombong, tetapi yang paling penting sebagai seorang anak seni ini adalah kekal rendah diri sahaja dengan orang sekeliling,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.