Suratan rezeki, jodoh dan ajal maut itu adalah rahsia yang hanya diketahui oleh Allah SWT. Laman sosial media terutamanya menjadi antara platform utama untuk mencari jodoh pada zaman ini.
Ada di antara kita yang selalu terfikirkan soal jodoh yang tidak jua berkunjung tiba. Lagi fikir, lagilah pening! Seharusnya, kita perbanyakkan doa kepada Allah dan yakin bahawa jodoh yang bakal tiba nanti adalah individu yang terbaik untuk kita.
Bagi lima orang personaliti popular ini, rezeki mereka untuk mengikat pertalian cinta dengan jodoh masing-masing telahpun tertulis rapi bermula di media sosial.
Priyanka Chopra Dan Nick Jonas
Bila ditanya bagaimana titik pertemuan royal couple Priyanka Chopra dan Nick Jonas, Priyanka kata Nick yang mulakan langkah. Nick membuat langkah pertama dengan DM twitter Priyanka. Dia sent mesej pertama pada bulan September 2016, dan Priyanka membalas mesej dan memintanya untuk menghantar SMS kepadanya. Dan begitulah dia mendapat nombornya.
Baim Wong Dan Paula Verhoeven
Ads
Pasangan Baim Wong dan Paula Verhoeven yang juga bertemu di media sosial. Keduanya-dua mereka mengakui kenal melalui akaun Instagram. Bermula dari Baim Wong mengirimkan direct message (DM) ke Paula. Dari DM tersebut bertaut pada pertemuan dan akhirnya, mereka yakin meneruskan hungan yang serius ke jinjang perkahwinan.
Kini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan bahagia menyelami alam perkahwinan.
Mira Filzah Dan Wan Emir
Ads
Mira Filzah dan pasangannya Wan Emir diijabkabul pada 3 September 2020. Menurut laporan media hiburan tempatan, Mira Filzah pernah mengakui mereka mula berkenalan dan berhubungan melalui mesej di Twitter.
Malah suaminya, Wan Emir turut mengakui beliau tidak berputus asa cuba memikat pelakon drama ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ itu di media sosial hingga berjaya ke jinjang pelamin. Mengetahui perkara itu, warga maya tidak membuang masa ‘menyelidik’ akaun Twitter Wan Emir dan mencari setiap balasan ciapan pemuda itu terhadap Mira Filzah.
Hasil carian, warga maya mendapati Wan Emir mula ‘mencuba nasib’ sejak 2016 apabila membalas soalan Mira tentang Greece.
Ads
Mandy Moore Dan Taylor Goldsmith
Mandy Moore bertemu dengan suaminya pemuzik Taylor Goldsmith melalui Instagram. Ceritanya Mandy Moore merupakan peminat kumpulan Goldsmith, mengambil gambar album dan post di Instagram. Siapa sangka Taylor melihatnya dan mengirim nota kepada Mandy.
Sarah Hyland Dan Wells Adams
Bintang Modern Family bertemu dengan pasangannya Wells Adams di Twitter pada tahun 2017. Kata Sarah, Well sendiri yang DM-nya. Mereka DM, pesanan teks, voice memo dan FaceTime sebelum kedua-duanya bertemu secara realiti dan keluar date.
Tahniah kami ucapkan kepada semua pasangan dan semoga hubungan berkekalan hingga ke akhir nyawa..!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bercuti ke pulau merupakan antara aktiviti percutian yang paling popular di kalangan remaja. Apatah lagi di negara kita sendiri terdapat banyak pulau-pulau cantik yang turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Dan bila bercakap tentang percutian ke pulau pastinya kita akan terus terbayang dengan pelbagai aktiviti sukan air seperti aktiviti selaman snorkeling, main jet ski dan pelbagai water sport lain.
Itulah merupakan antara aktiviti wajib dilakukan bila kita bercuti ke pulau. Tak sah rasanya kalau pergi ke pulau tanpa melakukan apa-apa aktiviti berkaitan dengan air. Paling tidak pun bermandi-manda di pantai berdekatan dengan hotel.
Untuk menyenangkan dan memberikan keselesaan pastinya pelbagai kelengkapan seperti hajet dan barang keperluan yang lain memmpunyai elemen atau sifat kalis air.
Jadi apakah barang kalis air yang perlu kamu ada? Jom ikuti perkongsian istimewa daripada Remaja kali ini.
Telefon Pintar
Flagship iPhone terkini, iPhone X tururt dilengkapi ketahanan air yang baik
Pada masa sekarang sudah banyak jenama pengeluar telefon pintar memperkenalkan produk yang kali air. Sebagai contoh iPhone X yang terbaru mempunyai tahap waterresistant yang baik. Begitu juga dengan beberapa telefon pintar yang lain seperti Samsung S9, Google Pixel 2, LG G6 dan Huawei Mate 10 Pro.
Jam GPS
Jam tangan Garmin ini antara pilihan popular
Selain telefon pintar, jam GPS juga merupakan antara peranti yang sangat penting untuk kamu bawa. Ini terutamanya bagi penggemar aktiviti larian. Dalam keadaan cuaca tropika di mana bila-bila masa sahaja boleh hujan, kamu memerlukan jam GPS yang mempunyai ketahanan air yang baik. Malah, untuk aktiviti sukan air juga kamu tidak perlu membukanya dari tangan.
Beg kering kalis air
Keperluan paling penting, beg kalis air!
Ini yang paling penting sekali. Beg ini memang betul-betul kalis air. Terdapat pelbagai jenis saiz yang boleh kamu dapatkan di pasaran. Bila melakukan aktiviti snorkeling contohnya kamu pasti mahu beg yang boleh menyimpan pelbagai barang peribadi dengan baik dan mengelaknya terkena air.
Kasut kalis air
Kasut kalis air
Ia adalah antara keperluan yang bersifat optional. Jika tidak mahu kaki sentiasa basah, kamu bolehlah dapatkan kasut kalis air. Aktiviti dalam air yang kadangkala mengambil masa yang lama boleh membuatkan jari kaki menjadi kecut. Ia juga boleh elakkan kaki kamu cedera bila melakukan aktiviti di kawasan mempunyai terumbu karang.
Speaker mudah alih
Ultimate Ears Wonderboom
Sambil bergembira mandi-manda boleh layan lagu-lagu favorite menerusi pembesar suara mudah alih ini! Antara produk terbaru yang kini mendapat tempat di hati penggemar aktiviti suka air ialah pembesar suara yang mempunyai connectionblutooth atau Wi-Fi. Terbaru, produk dari Ultimate Ears iaitu Waterboom telah diperkenalkan di Malaysia oleh Hot Gadgets Distribution. Mereka bertindak sebagai wakil jualan tunggal jenama Ultimate Ears di Malaysia.
Pada majlis pengenalan Hot Gadgets Distribution bersama media hari ini di Sunway Lagoon, mereka mengumumkan tiga jenama iaitu Ultimate Ears, Geneva dan A&S dibawakan eksklusif hanya menerusi pihaknya. Sebelum ini, Hot Gadkets turut menjadi pengedar tunggal bagi jenama audio multimedia antarabangsa seperti AKG, JBL dan Harman Kardon.
Cinematic Bar with Dolby Atmos 800 merupakan antara produk audio terbaru A&S yang diperkenalkan hari ini
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon berkaliber, Umie Aida mengakui amat teliti dalam memilih pasangan pelakon yang digandingkan bersamanya menerusi sebuah naskhah atau filem.
Menurut aktres berusia 51 tahun itu, perkara berkenaan kerana dia enggan membuang masa dan tenaga berlakon di samping pelakon yang tidak berbakat atau serius.
“Saya sangat teliti dan mesti tahu dengan siapa saya berlakon. Saya akan pastikan pasangan lakonan saya juga boleh berlakon, barulah seronok dan rasa berbaloi.
“Saya tak mahu membuang masa, pikul emosi sendirian sekiranya pasangan lakonan saya tak pandai berlakon.
“Sebab itu saya teliti dan sangat memilih. Sebelum menerima satu-satu tawaran, saya akan pastikan saya tahu siapa pelakon yang akan berlakon dengan saya,” katanya kepada Remaja.
Bercakap mengenai drama terbaharu lakonannya, Umie menyifatkan barisan pelakon yang membintangi drama Terlanjur Cinta dan cara kerja yang diamalkan produksi berkenaan menarik minatnya untuk kembali berlakon naskhah berat selepas 10 tahun berehat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Umie Aida
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi rap terkenal, A$AP Rocky akhirnya dapat menarik nafas lega selepas beliau didapati tidak bersalah atas dua tuduhan serangan jenayah pada akhir perbicaraan di Los Angeles, pada Selasa.
Pasangan yang mempunyai dua anak dengan penyanyi Rihanna itu, berdepan hukuman penjara sehingga 24 tahun jika disabitkan dengan serangan yang didakwa ke atas bekas rakannya di Hollywood pada 2021.
Ketika keputusan dibacakan, bintang hiphop yang dicalonkan untuk Grammy, Rocky atau nama sebenarnya Rakim Mayers (37) memeluk orang di sekelilingnya meluahkan rasa lega apabila didapati tidak bersalah.
Ketika perbicaraan yang berlangsung selama beberapa minggu, pendakwa raya berkata Mayers didakwa menyerang bekas rakannya, Terell Ephron (A$AP Relli) pada tahun 2021, di Hollywood, yang mana A$AP Rocky didakwa melepaskan tembakan dengan senjata separa automatik, mencederakan tangan Ephron.
Bagaimanapun, A$AP Rocky menegaskan senjata yang dibawa adalah pistol prop. Namun, Ephron mendakwa Mayers menarik pistol ke perutnya dan mengancam nyawanya, tetapi tiada bukti yang menunjukkan tembakan benar-benar berlaku, dan tiada senjata ditemui oleh pihak polis.
Ephron memberitahu juri dia diajak ke sebuah tempat letak kereta untuk pertemuan yang sebahagiannya dirakam dalam video pengawasan yang kabur dan mendakwa A$AP Rocky menarik pistol dari pinggangnya, menghala ke perut Relli dan berkata, “Saya akan bunuh kamu sekarang”.
Ephron berkata dua peluru dilepaskan, dengan salah satu daripadanya mencederakan buku jarinya.
Demikian begitu, peguam pembela, Joe Tacopina, mendakwa kes ini adalah pemerasan untuk mendapatkan wang daripada anak guamnya. Selain itu, Tacopina juga menyarankan supaya Ephron didakwa kerana pembohongan.
Terdahulu, A$AP Rocky yang terkenal menerusi album LONG.LIVE.A$AP pernah ditahan di Sweden selepas terbabit dalam dalam kes pergaduhan dengan dua lelaki pada 2019. Kes itu telah menimbulkan kekecohan sehingga Rocky terpaksa meringkuk di penjara Sweden dalam keadaan tidak selesa sebelum akhirnya didapati bersalah namun tidak dijatuhkan hukuman penjara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muhammad Mikail Ghazali mencuri tumpuan di Sukan SEA Thailand 2025 apabila meraih pingat emas Muay Thai dan memikat hati peminat tuan rumah dengan aksi berkelas dunia.