Pastinya agak sukar melepaskan cahaya mata yang ingin berjauhan sebentar demi mengejar cita-cita mereka. Namun apa kan daya, harus merelakan juga untuk impian yang ingin digenggamnya…
Begitulah juga buat penyanyi lagenda rock tanah air, Datuk Amy Search yang menitipkan doa buat anak lelakinya, Alexander Zulkarnain agar berjaya mengejar impiannya.
Menerusi sebuah perkongsian di Facebook, Amy memberi gambaran bahawa anak kesayangannya, Alexander mencecah usia 18 tahun itu akan melanjutkan pelajaran.
“Tak lama lagi anak burung ini (Alexander) akan meninggalkan sarang (rumah), begitulah aku lihat anak ini semua. Dah hampir tiba seorang demi seorang akan keluar mencari impian kebahagiaan sendiri.
“Begitu lah daddy dulu. Impian besar datang bersama dugaan yang besar. Mengimpikan besar itu bermaksud awak sudah berani untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan di luar sana,” katanya.
Dalam masa sama, Amy berkata dirinya tidak pernah lekang untuk mendoakan kebahagian anak-anak serta cucunya.
Ads
“Believe in yourself dengan apa yang diimpikan. Sentiasa berdoa pada Allah S.W.T sebagaimana daddy doakan tanpa sehari pun terlupa untuk anak dan cucu.
“Harinya akan tiba Alexander dah tiada di depan mata, hanya doa dan akan berkorban apa saja. Semoga Allah sentiasa melindungi awak dan beri Alexander yang terbaik,” tulisnya lagi.
Ads
Untuk rekod, penyanyi lagu popular Fantasia Bulan Madu itu mendirikan rumah tangga kali ke empat bersama Norish atau nama sebenarnya Norhasniza Hassan.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 18, Sania Samara, 17, dan Qaqa At-Tameemi, 13 tahun.
Amy juga mempunyai cahaya mata perempuan yang juga merupakan pelakon berkaliber tanah air, Nabila huda, hasil pernikahan pertamanya bersama Faridah pada tahun 1983.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Nama pelakon muda ini kian meniti dibibir netizen berikutan spekulasi hubungannya dengan aktor duda terkenal, Sharnaaz Ahmad.
Semalam, majlis tayangan filem Polis Evo 3 pasangan ini turut mencuri perhatian ramai apabila Sharnaaz Ahmad dilihat bersama seorang wanita yang dilihat memaut tagan aktor berkenaan.
Tampil menjawab mengenai individu berkenaan, Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, berkata dia dan wanita yang juga pelakon dikenali sebagai Amelia Christie itu masih lagi dalam fasa perkenalan.
Sementara itu, REMAJA berkongsi serba sedikit mengenai gadis cantik yang semakin popular dan menarik perhatian ramai.
Nama komersial : Amelia Christie, Amelia Christie Lim
Umur 23 Tahun ( 2023)
Kerjaya : Pelakon
Instagram : @ameliachristie___
Latar Belakang
Akaun instagram beliau telah mempunyai lebih daripada 60500 pengikut sehingga kini
Antara drama TV yang pernah melibatkan beliau dalam lakonan ialah Histeria The Series, Bawah Blok, Cinta Hilang Kata, dan 7 Hari Mencintaiku ( musim kedua)
Penampilannya yang akan datang adalah dalam dua drama terbaru iaitu Alice Kampung Baru dan Budak Hostel Otaknya Sewel
Difahamkan, wanita tersebut adalah pelakon Amelia Christie yang sama-sama berada di bawah satu pengurusan dengan Sharnaaz.
Fakta Menarik
1. Mempunyai hobi memasak jika mempunyai masa terluang dan tidak dalam sesi pengambaran.
2. Pencinta kucing yang juga memiliki seekor haiwan kesayangan yang diberi nama Simba.
3. Amelia juga merupakan peminat penyanyi popular, Billie Eilish.
Sebelum ini, aktor kacak berstatus duda ni pernah menjadi tumpuan netizen terutamanya setelah menghadiri konsert Malam Bulan Bintang bersama seorang gadis yang amat jelita.
Pelakon Sharnaaz Ahmad turut meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat kemesraannya bersama teman baharu yang juga seorang pelakon, Amelia Christie Lim di TikTok.
Menerusi perkongsian di platform tersebut, Amelia telah memuat naik video mereka membuat trend ‘Love Me Transition’ ketika ingin menghadiri Malam Gala Polis Evo 3, semalam.
Dalam perkongsian tersebut, Sharnaaz dan Amelia kelihatan sangat serasi bersama sekali gus membuat peminat aktor itu cair.
Sekadar info, Sharnaaz Ahmad pernah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila pada tahun 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden tetapi perkahwinan tersebut hanya bertahan hingga 9 Julai 2020.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertama sekali, tahniah Remaja ucapkan kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) secara umumnya dan khasnya buat semua mahasiswa yang telah menyertai Ikrar Bebas Rasuah (IBR)yang berlangsung malam tadi.
Menurut laporan dari Sinar Harian, kumpulan mahasiswa UIAM ini menjadi pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang pertama melafazkan IBR di Malaysia.
Pada majlis yang dilangsungkan di majlis Konvensyen Mahasiswa Anti Rasuah (KOMAWAR) di UIAM semalam, lafaz IBR oleh mahasiswa diketuai oleh pemimpin pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM, saudara Amir Ridwan Idris.
Ia turut disaksikan oleh Ketua Pesusuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin.
Foto hiasan (Kredit: Jalurgemilang.my)
Jelas Rektor UIAM, dia berasa sangat bangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh mahasiswa UIAM untuk memerangai dan menjauhi segala bentuk amalan rasuah.
Kesedaran serta pendedahan tentang bahaya gejala rasuah kepada mahasiswa ini sangat penting sebelum mereka menjejaki dunia pekerjaan profesional yang pastinya terdedah dengan ancaman ini.
Bagi Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Duzlkifli pula beranggapan bahawa mahasiswa memainkan peranan penting dalam usaha negara memerangi rasuah. Beliau menyeru mahasiswa UIAM bersama-sama SPRM untuk menolak dan membanteras amalam rasuah.
Pada majlis ini juga berlangsung perasmian Gerakan Mahasiwa Anti Rasuah (GEMA) yang merupakan program yang menjalankan pelbagai kempen anti rasuah untuk menyuntik kesedaran tentang perlunya mahasiswa menghindari gejala rasuah.
Sekali lagi, tahniah Remaka ucapkan buat mahasiswa-mahasiswa UIAM! Semoga langkah ini akan disusuli oekh semua mahasiswa di IPTA serta IPTS di seluruh negara.
Mahasiwa merupakan generasi yang bakal mewarisi pucuk kepimpinan serta mewarisi masa depan Malaysia. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Dan pastinya menolak rasuah biarlah dari usia muda remaja!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tan Sri Michelle Yeoh berjaya memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk peranannya dalam filem Everything Everywhere All at Once pada majlis anugerah paling berprestij Hollywood yang diadakan di Teater Dolby di Los Angeles.
Beliau juga menjadi wanita Asia pertama yang memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Oscar.
Menampilkan lakonan cemerlang, Michelle berjaya mengalahkan empat calon lain untuk kategori itu yang terdiri daripada Cate Blanchett (Tár), Andrea Riseborough (To Leslie), Ana de Armas (Blonde) dan Michelle Williams (The Fabelmans).
Terdahulu, dua lagi pelakon yang berlakon bersama Michelle dalam filem tersebut, Jamie Lee Curtis dan Ke Huy Quan masing-masing menerima anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Wanita dan Pelakon Pembantu Terbaik Lelaki.
Dengan kemenangan tersebut, ia menjadi satu momen yang hebat untuk wanita berusia 61 tahun ini dengan kemenangan berterusan pada majlis anugerah yang paling diidamkan. Beliau sebelum ini memenangi Persembahan Terbaik oleh Pelakon dalam Filem, Muzikal atau Komedi di Anugerah Golden Globes baru-baru ini.
Bulan lalu, Michelle menjadi pelakon Asia pertama yang memenangi Anugerah Screen Actors Guild 2023 untuk Persembahan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Utama
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari Ibu tahun ini cukup bermakna buat aktor versatil, Aedy Ashraf apabila luahan penghargaan yang dititipkan buat ibunya yang juga pelakon, Liza Zain mengundang...