Ramadan datang lagi! Umat muslim di seluruh dunia pasti teruja akan kehadiran Ramadan yang sentiasa ditemani dengan pelbagai juadah lazat. Namun, Ramadan juga hadir dengan penambahan baharu yang indah kepada rutin harian seorang Muslim iaitu solat tarawih. Sungguh menakjubkan apabila melihat para lelaki, wanita dan kanak-kanak tanpa mengira umur dan darjat bergegas ke masjid selepas berbuka puasa.
Namun selepas seharian berpuasa, sesetengah dari kita mungkin akan berasa penat dan lesu untuk menunaikan ibadah sunat tersebut. Berikut adalah beberapa langkah praktikal yang boleh membantu anda menikmati tarawih Ramadan kali ini:
Ingatkan diri anda peluang ini hanya muncul sekali dalam setahun
Antara alasan yang acap kali diberikan untuk menghalang kita daripada pergi ke masjid ialah kerja yang berlambak, homework dan assignment yang membukit. Maka, tanamkan dalam diri – “Ia hanya sekali setahun”. Diriwayatkan oleh Abu Huraira: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda mengenai Ramadan, “Sesiapa yang solat malam di dalamnya (bulan Ramadhan) kerana Iman yang ikhlas dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni segala dosanya yang telah lalu.” (Sahih Bukhari: Jilid 3, Buku 32, Nombor 226)
Ads
Tinggalkan hal duniawi di rumah
Pastikan semua kerja anda diuruskan sebelum anda berangkat ke masjid. Rancang hari anda supaya segala urusan seperti kerja rumah dan assignment diselesaikan terlebih dahulu agar ibadah tarawih dapat dilaksanakan dengan aman. Bak kata mat saleh; clean space equals to clean mind.
Pergi ke masjid dengan kawan atau keluarga
Dengan cara ini, semua orang dapat mengimarahkan lagi masjid dan saling memberi semangat sekiranya ada yang berasa lesu mahupun mengantuk. Anda juga boleh carpool (kongsi kereta) bersama rakan-rakan anda terutama bagi mereka yang menetap di kawasan kejiranan yang berdekatan. Balik dari masjid bolehlah singgah ke restoran mamak untuk pekena teh tarik dan roti canai.
Ads
Pastikan anda hadir ke masjid awal
Faktor masa amatlah penting bagi mengelakkan dari rasa tergopoh-gopoh. Sebaiknya, hadirlah ke masjid 5-10 minit sebelum solat bermula. Sebaik sahaja sampai, anda boleh menunaikan solat sunat tahiyatul masjid dan mengisi masa dengan membaca Al-Quran.
Jangan lupa bawa botol air
Ads
Suasana di masjid yang panas, bahang dan berhimpit-himpit akan menyebabkan anda rasa tidak selesa. Maka, bawalah botol air bersama anda untuk menyegarkan diri sepanjang waktu. Untuk meningkatkan kebaikan dan pahala, anda boleh bawa beberapa tambahan botol air untuk disedekahkan pada jemaah lain yang solat di masjid tersebut.
Perlulah diingati bahawa setiap perbuatan dan ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan akan berlipat ganda dan dirahmati. Maka rebutlah peluang yang ada dengan mengerjakan solat sunat tarawih dan amalan sunat yang lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Pexels
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah diucapkan kepada Universiti Teknologi Petronas (UTP) kerana telah disenaraikan antara universiti terkemuka dunia dalam 11 mata pelajaran menerusi Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings by Subject 2022.
Menurut Naib Canselor UTP Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib, mata pelajaran itu ialah Kejuruteraan dan Teknologi, Sains Semula Jadi serta Sains Sosial dan Pengurusan.
Sumber: Universiti Teknologi Petronas – Main Page
Bagi mata pelajaran Kejuruteraan dan Teknologi, UTP kini berada di kedudukan ke-159 di peringkat global, meningkat 71 anak tangga daripada kedudukan sebelum ini iaitu 230 dan sekali gus menjadikan UTP berada pada kedudukan keempat terbaik dalam kalangan universiti di Malaysia.
Mata pelajaran Kejuruteraan Petroleum ditempatkan di kedudukan ke-22 dan mengekalkan kedudukan 50 teratas, manakala subjek Kejuruteraan Mineral dan Perlombongan, UTP berada di tempat 60 teratas.
Pencapaian ini menunjukkan reputasi kukuh UTP di peringkat global dari segi kecemerlangan akademik menerusi kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kepakaran dan kekuatan mereka sebagai institusi pengajian tinggi yang berfokuskan industri dalam bidang penting berkaitan industri.
Tahniah sekali lagi Remaja ucapkan kepada UTP kerana telah membuktikan bahawa institusi pengajian di negara kita juga mampu menjadi yang terbaik dalam bidang akademik.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Berita baik buat si kaki travel, selepas dua tahun Jepun akhirnya bakal membuka sempadan negara dengan memberi kemasukan bersyarat kepada pelancong luar negara.
Apa yang lebih menariknya lagi, menurut Organisasi Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO), mulai 1 Jun pelawat dari negara dalam kategori biru termasuk Malaysia tidak perlu lagi menjalani ujian PCR COVID-19 dan kuarantin selepas tiba di negara itu. Rakyat Malaysia kini boleh mula melancong ke Jepun mulai 10 Jun ini.
Had jumlah ketibaan antarabangsa ke Jepun akan ditambah daripada 10,000 kepada 20,000 mulai 1 Jun ini. Bagi tujuan pelancongan pula, kemasukan bersyarat akan dibenarkan mulai 10 Jun dan seterusnya bagi pelawat asing dalam rombingan pelancongan terkawal yang dikendalikan oleh agensi pelancongan.
Terdapat beberapa acara yang akan diadakan di Jepun pada masa akan datang, termasuklah World Tourism Organisation (UNWTO) World Forum mengenai Pelancongan Gastronomi pada Disember ini, Adventure Travel World Summit (ATWS) dan Expo 2025 Osaka, Kansai.
Tidak dinafikan, Jepun antara negara yang sering menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk destinasi pelancongan. Selain bandar Tokyo, Jepun juga dikenali dengan lokasi-lokasi lain yang menarik seperti di Osaka, Hokaido, Pulau Okinawa dan banyak lagi.
So guys, apa lagi korang sudah boleh mula rancang untuk melancong ke Jepun. Selamat bercuti!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan calang-calang individu boleh diangkat sebagai penerima ijazah kehormat doktor falsafah sekaligus boleh meletakkan gelaran doktor di hadapan nama mereka. Setiap yang diangkat oleh pihak universiti haruslah memiliki sumbangan yang signifikan kepada masyarakat dan sesebuah industri secara umum.
Supermodel terkenal dunia, Naomi Campbell kini bergelar doktor falsafah apabila beliau telah dianugerahkan ijazah kehormat doktor falsafah University for the Creative Arts atas sumbangannya dalam bidang fesyen secara global dan juga seorang aktivis kemanusiaan yang menjadikan fesyen sebagai wadah untuk membantu golongan memerlukan.
Kredit foto: Instagram Naomi Campbell
Telah menerima Ijazah kehormat tersebut pada Julai tahun lalu, Dr. Naomi Campbell yang kini berusia 52 tahun terharu atas penghormatan yang diberikan kepadanya itu. Beliau menerima ijazah kedoktorannya di Royal Festival Hall London, bersama ratusan pelajar dalam bidang fesyen, grafik dan perniagaan kreatif.
Memetik beberapa mesej penting daripada apa yang disampaikan beliau saat berucap, wanita tinggi lampai ini berkata, “Industri fesyen adalah kerja saya, namun ia juga minat saya, dan adalah satu keistimewaan untuk diiktiraf terutamanya kerana saya bermula dalam industri ini ketika berusia 15 tahun, dan saya tidak pernah berhenti sejak empat dekad lalu.”
Kredit foto: Instagram Naomi Campbell
Hampir 40 tahun berada dalam industri, Dr. Naomi Campbell menjadi wajah yang banyak mengubah landskap fesyen terutama dalam perjuanganya untuk dunia fesyen menjadi lebih inklusif terutamanya melibatkan mereka yang bukan berkulit putih dalam industri tersebut.
“Saya telah mendedikasikan seluruh hidup saya untuk mengubah dunia fesyen menjadi lebih baik, dengan mencabar industri untuk menguatkuasakan iklusiviti di pentas peragaan dan seterusnya untuk menjadikannya tempat kepelbagaian, penuh penerimaan yang positif dan kecantikan,” tambahnya lagi.
Supermodel terkenal ini juga turut menitipkan nasihat kepada para pelajar yang turut bergraduasi pada hari yang sama, ujarnya, “Jangan biarkan sesiapa mengubah apa yang anda rasa, mengubah perjalanan visi anda dan apa yang anda mahukan untuk diri anda sendiri.”
Menghadiri majlis konvokesyen tersebut bersama ibu tercinta, Valerie Morris-Campbell, Dr. Naomi dilihat cukup chic dalam persalinan jumpsuit Burberry rona coklat cair dan stail rambutnya dilepas ringkas.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...