Penggunaan topeng muka menjadi satu kewajipan oleh masyarakat dunia kala ini. Namun kini, ia bukan sahaja sebagai item wajib pelindung diri dari jangkitan pandemik Covid-19 dan kuman yang terdapat di udara namun juga dijadikan sebagai aksesori pelengkap fesyen.
Tidak dinafikan pelbagai jenis pelitup muka ataupun face mask yang telah diperkenalkan di pasaran. Ada yang dijual pada harga mampu milik, ada juga yang mendapat sentuhan pereka fesyen. Haa, bila dah ada sentuhan designer yang membuatnya sudah tentulah harganya buat kita rasa tak masuk akal.
Bayangkan apa yang korang boleh buat dengan wang sebanyak AS$1.5 juta (RM$6.2 juta)? Boleh beli beberapa buah rumah ini di tengah bandar di Malaysia siap kereta mewah kan.
Tetapi bagi orang kaya, wang sejumlah itu hanya dibelanjakan untuk sehelai pelitup muka yang disaluti berlian dan emas sebagai perhiasan, sekali gus melindunginya daripada pendemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
Majalah Bazaar dan Forbes baru-baru ini menyenaraikan lima gedung mewah menghasilkan pelitup dan perisai muka yang kini diketengahkan dalam kategori fesyen terbaru.
1. Pelitup muka rekaan Yvel.
Kredit foto: The Australian
Memang tak tercapai dek akal untuk orang biasa memilikinya.
Pelitup muka berharga AS$1.5 juta (RM6.2 juta) yang ditempah oleh pembeli dari Shanghai China ini direka oleh Yvel dan diperbuat menggunakan 250 gram emas 18k karat dan dihiasi dengan 3,000 batu berlian yang menjadikan aksesori itu beratnya 210 karat. Pelitup muka ini juga mempunyai tahap penapisan udara (N99) dan dikatakan mampu memberi kepuasan tidak terhingga kepada pemakainya. Hebat bukan, sehebat harganya.
2. Pelitup muka belian oleh Jacob & C0.
Ads
Kredit foto: The Australian
Penulis terus rasa nak nyanyi lirik lagu Diamond, nyanyian Rihanna “shine bright like a diamond” bila tengok facemask ni.
Pelitup muka rekaan Jacob & Co. ini diperbuat daripada tempaan emas 18k dan dihiasi dengan 3,040 butiran belian potongan bulat yang berkilaun. Ia sangat sesuai untuk dipakai sebagai lapisan kedua yang sudah tentulah memberi jaminan perlindungan sepenuhnya.
Harganya dianggarkan AS$250,000 (RM1 juta) dan boleh dimiliki di Butik Jacob & Co, Dubai Mall.
3. Perisai atau visor LV
Kredit foto: Louis Vuitton
Gedung fesyen terkemuka yang popular dengan beg mewah Louis Vuitton (LV) tidak mahu kalah dengan penghasilan pelitup muka ini juga nampaknya. Kini muncul perisai muka yang dihasilkan oleh , Louis Vuitton (LV).
Perisai muka ini ditambah dalam koleksi pemakaian pelitup muka kerana ia memberi pelindungan menyeluruh. Lebih-lebih lagi pandemik Covid-19 dalam bentuk baru dikatakan lebih `ganas` dan meragut nyawa dalam tempoh yang singkat saja.
Ads
Louis Vuitton tetap tidak lupakan `imejnya` bila menghasilkan produk terbarunya, LV dikrafkan dengan begitu berseni ukiran keemasan berwarna cokelat dan ditampikan dalam bentuk yang sangat ringan, sensitif dan perisai atau visor perlindungan terbaik mutu dan nilai.
Ia akan dilancarkan pada Oktober 2021 dan boleh diperolehi di semua buktik terpilih di seluruh dunia.
Harganya belum diumumkan dan dijangka tidak kurang daripada kadar yang dikenakan pada koleksi produk LV sebelum ini. Setaraf barangan perlindungan kesihatan termahal di dunia.
4. Black Crystal Mask oleh Christian Siriano.
Kredit foto: Christian Siriano
Manakala bagi pereka fesyen yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat, Christian Siriano pula, dia mahukan rekaannya sesuai untuk dikenakan dengan semua koleksi pakaian, mampu milik dan menjadikan wanita akan `tergila-gila` mahu memiliki pelitup muka hitam yang menawan ini.
Sebab barangan itu sudah tersenarai dalam Pelitup Muka Paling Mahal, Siriano menghasilkan pelitup dikenali Black Crystal Mask (Pelitup Kristal hitam), berkilauan dengan batu permata sebagai hiasan yang menjadikan pelengkap kepada koleksi pakaian mewah.
Ads
Pelitup muka itu dilaporkan dijual dengan harga AS$595 (RM2,456) yang boleh ditempah dalam talian di Christiansiriano.com. Kena cepat kerana koleksinya terhad.
Bagaimanapun disebabkan ia lebih kepada hiasan, pelanggannya digalakkan memakai pelitup muka pada lapisan pertama dan ada yang dijual bersekali dengan pelitup ini. Agak comel juga buatannya.
5. Pelitup muka daripada sutera asli.
Kredit foto: Bijan
Tengok warnanya pun kita dah tahu ini memang didesign untuk golongan bangsawan.
Pelitup muka pilihan gedung fesyen Bijan bukan dihiasi intan berlian atau emas permata. Sebaliknya butik yang berlokasi di Beverly Hills itu memilih untuk mengeluarkan pelitup muka yang dibuat daripada kain sutera asli yang dihasilkan di Itali.
Didatangkan dalam warna elegan hitam, putih mutiara dan sempena warna label jenamanya kuning, sentuhan Bijan dinamakan sebagai Pelitup Muka Sutera Asli, paling mewah di dunia kerana diperbuat daripada kain sutera asli dan disertakan dengan kotak penutupnya bersalut sutera jacquard. Kalau diri rasa bangsawan cepatlah tempah sebab pelitup ini pun dikeluarkan terhad.
Ia dalam harga lingkungan AS$480 (RM1,974.)
Hmm….memang tak masuk akal ye harga pelitup wajah buatan designer popular ni, tapi kalau diberi pilihan kan, penulis suka idea face shield dari LV tu. Apa-apapun yang penting bukannya cantik material ataupun nilainya, tetapi keselesaan dan keberkesanan face mask tersebut melindungi nyawa kita. Betul tak?
Baru-baru ini, seorang pelajar tempatan, Puteri Irdina Sofea Jazlan Ariff membanggakan negara apabila berjaya menamatkan pengajian di The University of Edinburgh, Scotland dengan Kepujian Kelas Pertama dalam jurusan MEng (Hons) Electronics and Electrical Engineering.
Menerusi sebuah perkongsian di Facebook, MARA Sponsorship Division juga sempat memaklumkan bahawa Puteri Irdina turut menerima tawaran kerja sebagai Analog Design Engineer di Analog Devices Inc iaitu sebuah syarikat multinasional semikonduktor berpengaruh yang berpangkalan di Scotland.
“Analog Devices Inc adalah antara syarikat multinasional (semikonduktor) yang terkemuka dan mempunyai lebih 20 cawangan di seluruh dunia”
“Tahniah Puteri Irdina Sofea atas kejayaan yang membanggakan. Semoga terus menjadi inspirasi buat semua pelajar tajaan MARA dan anak-anak Malaysia di perantauan. Teruskan melakar kejayaan,” tulis perkongsian itu.
Puteri Irdina berdiri paling kiri bersama rakan-rakan
Dalam pada itu, kejayaan ini bukan sahaja mengangkat nama gadis muda berkenaan dalam kalangan pelajar cemerlang, malah menjadi bukti bahawa anak Malaysia mampu bersaing di peringkat global jika diberi peluang dan usaha tanpa henti.
Sepanjang empat tahun berada di bumi Scotland, Puteri Irdina tidak hanya fokus pada akademik. Beliau juga aktif menyertai pelbagai aktiviti serta projek berimpak tinggi yang melatihnya menjadi seorang profesional serba boleh.
Antara pencapaian luar biasa beliau termasuk menjuarai pertandingan Formula Student UK (kategori Driverless/AI) bersama pasukan Electrical Department, University of Edinburgh serta meraih Best Solution Award daripada Huawei menerusi kursus Embedded Mobile and Wireless System.
Bukan itu sahaja, Puteri Irdina turut terbabit dalam projek tenaga boleh diperbaharui Westrigg Wind Farm yang memfokus kepada pembangunan turbin angin dan sistem janakuasa, satu pengalaman berharga dalam dunia kejuruteraan moden.
Apa yang lebih menarik, perjalanan akademik Puteri Irdina bermula sejak tahun 2015 di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang sebelum meneruskan pengajian di Kolej MARA Seremban pada 2020. Kini, kisahnya menjadi inspirasi buat ramai pelajar Malaysia yang berimpian menjejak kaki ke universiti terkemuka dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Roti bakar di kopitiam memang no 1 dan tak ada tandingannya.
Jika ikut perkongsian Ziera Xiera ini roti bakar yang dihasilkan memang sebijik rupa dan rasanya macam dari kopitiam. Nak buat pun mudah 3 bahan saja, tapi syaratnya kena bakar guna ketuhar.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khabar baik buat peminat Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet Berapi keluaran pempengaruh terkenal, Khairul Aming. Kedua produk itu kini telah menerima pengiktirafan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Ia diumumkan sendiri oleh Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman (32) menerusi sebuah video di media sosial miliknya.
Menurutnya, pemilikan sijil halal berkenaan membuka peluang kepada syarikatnya untuk memasarkan produk ke pasaran luar dengan lebih meluas.
Kredit: Khairul Aming
“Hari ini kita nak umumkan yang kita dah dapat sijil halal Jakim untuk produk jenama Khairul Aming iaitu Dendeng Nyet Berapi dan juga Sambal Nyet Berapi”
“Sebenarnya, tahun ini kita letak sasaran nak dapatkan sijil halal untuk kilang Khairul Aming di Kota Bharu, Kelantan. Hari ini, Alhamdulillah kita dah dapat sijil halal itu daripada Jakim,” jelasnya menerusi video yang dikongsi di kesemua platform media sosial.
Khairul Aming merupakan pempengaruh media sosial dan beliau mula dikenali kerana kebolehan memasak serta menghasilkan kandungan dengan berkongsi resepi masakan menarik dan mudah diikuti.
Kredit: Khairul Aming
Beliau merupakan salah seorang personaliti media sosial yang sangat berjaya di Malaysia, bukan sahaja dalam bidang masakan tetapi juga dalam dunia keusahawanan.
Dalam pada itu, Khairul Aming memaklumkan, selain daripada sijil halal, produk keluarannya juga sudah mendapat kelulusan Skim Pensijilan MeSTI Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ujarnya, dengan hanya satu kilang dibangunkan di Kota Bharu, kini beliau sudah memiliki seramai 100 pekerja hasil kerja keras yang bermula daripada bawah.
“Seterusnya, inshaAllah kita akan cuba mohon untuk dapatkan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) pula untuk kilang kita di Kelantan,” katanya.
“Jadi, dengan adanya (sijil) halal ini, sekarang kita dah boleh mulakan langkah baharu untuk kembangkan lagi kita punya produk ke pasaran yang lebih besar,” tambahnya lagi.
“Diharapkan, kita boleh kembangkan lagi industri e-dagang dan juga pengilangan makanan di Kota Bharu,” ujarnya.
Sementara itu, menurut Khairul Aming, kini beliau sedang fokus untuk menghasilkan produk ketiga yang dijangka dilancarkan pada tahun depan.
Katanya, jenama Khairul Aming itu sudah memasuki usia lima tahun dan beliau menghargai semua pelanggan yang sentiasa menyokong dan membeli produknya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!