Akhirnya, Malaysia sedang bergerak ke arah yang lebih positif dengan peralihan ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di lima buah negeri bermula esok. Nampaknya, usaha untuk memperkenalkan arahan yang lebih ketat di seluruh negara sejak 1 Jun lalu mula menampakkan hasil.
Kuantan, Pahang.Perlis.
Lima buah negeri tersebut ialah Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Ia setelah kelima-limanya mencapai tiga nilai ambang yang pernah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Malah, Perlis juga dikatakan sebenarnya telah mengecapi Fasa Keempat!
Nilai yang dimaksudkan termasuklah (1) jumlah kes di bawah paras 2,000 bagi seluruh negara, (2) mencatatkan liputan vaksin lengkap melebihi 10 peratus dan (3) mempunyai kapasiti katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada tahap sekurang-kurangnya sederhana hingga mencukupi.
Lalu, kerajaan telah bersetuju untuk secara perlahan membenarkan lima buah negeri ini beralih ke Fasa Kedua PPN dan tidak menunggu sehingga keseluruhan negara mecapai ketiga-tiga nilai ambang itu. And we are proud of these states!
Ads
Kuala Terengganu, Terengganu.Pantai Cahaya Bulan, Kelantan.
Jika korang masih ingat, Kelantan pernah berdepan kontroversi disebabkan jumlah penerima suntikan dos vaksin yang paling ramai tidak hadir ke temujanji masing-masing. Kini, kadar vaksinasi di negeri tersebut mencatatkan 11.5 peratus iaitu yang keempat tertinggi selepas Perlis (23.5 peratus), Pahang (12.1 peratus) dan Perak (11.8 peratus).
Tinjauan REMAJA ke arah respon warganet rata-rata menunjukkan reaksi balas yang positif. Sekurang-kurangnya, keputusan ini adalah adil bagi negeri yang tidak terkesan teruk dengan kes harian COVID-19.
*
Jadi apakah di antara perubahan yang bakal berlaku di kelima-lima buah negeri ini?
Ads
Antaranya termasuklah kebenaran beberapa buah stor untuk kembali beroperasi termasuklah kedai buku dan alat tulis, kedai komputer, kedai telekomunikasi, pusat mencuci kenderaan dan kedai gunting rambut serta salun.
Ipoh, Perak.
Begitupun, pergerakan merentas di antara daerah dan negeri masih tidak dibenarkan kecuali melibatkan guru sekolah dan pelajar yang sedang mengikuti kelas persediaan peperiksaan utama. Operasi pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu juga masih tidak dibenarkan.
Dan bagi yang tertanya-tanya mengenai aktiviti keagamaan, ia kini tertakluk kepada SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri.
NAMUN, rakyat di negeri-negeri Fasa Kedua ini tidak seharusnya lalai atau ‘suka sangat’ dengan sedikit kebebasan yang diberikan ini; pesan Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri dan Menteri Kanan Kewangan, Tengku Zafrul.
Ini kerana tidak mustahil untuk jumlah kes meningkat semula sekiranya rakyat tidak berjaga-jaga dengan penjagaan SOP yang ditetapkan dan mereka boleh kembali diletakkan di bawah status Fasa Pertama sekiranya jumlah kes harian mencanak naik.
Bagi kita yang berada di negeri-negeri lain, janganlah merasa ‘down’ apabila negeri kalian masih berada di Fasa Pertama.
Mengikut perkongsian mereka berdua, empat lagi buah negeri kini hampir mencatatkan paras sederhana di ICU dan sedang ke arah mencapai kadar vaksinasi 10 peratus. Empat negeri yang dimaksudkan ialah Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah.
So guys, jangan merasa down. Jadikan perkembangan positif ini sebagai pemangkin dan motivasi untuk kita semua terutamanya di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur cuba melandaikan jumlah kes COVID-19 dan seterusnya mencapai Fasa Kedua PPN.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr. Amalina Che Bakri meraih perhatian apabila berjaya menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD), sekaligus menambah satu lagi pencapaian membanggakan dalam perjalanan akademik dan profesionalnya di United Kingdom.
Menerusi beberapa foto yang dimuat naik beliau di Instagram, Dr. Amalina berkongsi momen istimewa sempena majlis graduasinya yang berlangsung dalam suasana penuh bermakna. Namun, apa yang lebih menyentuh hati orang ramai adalah sepucuk surat terbuka yang ditujukan kepada dua anak perempuannya, Arabella dan Aurora.
Dalam perkongsian tersebut, beliau mengimbau pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi sepanjang melengkapkan pengajian dan kerjayanya sebagai doktor. Antaranya termasuk syif ‘on-call’ yang panjang, latihan klinikal, proses penulisan tesis serta komitmen akademik yang menuntut banyak masa dan pengorbanan.
Pada masa sama, Dr. Amalina turut meluahkan perasaan seorang ibu yang berdepan rasa bersalah apabila terpaksa berjauhan daripada anak-anak demi mengejar tanggungjawab profesional dan pendidikan. Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa setiap pengorbanan itu dilakukan atas dasar kasih sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap keluarga.
Malah, beliau berharap kedua-dua puterinya akan memahami bahawa segala usaha yang dilakukan bukanlah kerana ingin mengutamakan kerjaya semata-mata, sebaliknya demi memberikan contoh terbaik kepada mereka tentang nilai ketabahan dan kesungguhan dalam mengejar impian.
“Kamu mampu mencapai perkara-perkara yang luar biasa,” katanya sambil mengingatkan bahawa keberanian untuk bermimpi besar adalah kunci untuk mencipta kejayaan pada masa hadapan.
Dalam pada itu, beliau juga berharap suatu hari nanti anak-anaknya akan berasa bangga dengan perjalanan hidup yang dilaluinya, bukan kerana dirinya sempurna tetapi kerana sentiasa berusaha memberikan yang terbaik.
Untuk info, Dr. Amalina sebelum ini dikenali selepas mencipta sejarah apabila memperoleh keputusan 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekaligus menjadikannya antara pelajar paling cemerlang dalam sejarah pendidikan negara.
Melalui kejayaan tersebut, ia membuka peluang buat beliau menerima Biasiswa Kijang Emas daripada Bank Negara Malaysia sebelum melanjutkan pengajian ke United Kingdom. Selain itu, Dr. Amalina juga turut mengharumkan nama Malaysia apabila disenaraikan sebagai salah seorang daripada 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik di seluruh United Kingdom.
Pencapaian terbaharunya di peringkat PhD sekali lagi membuktikan bahawa usaha berterusan dan dedikasi tinggi mampu membawa seseorang ke tahap yang lebih cemerlang, sekaligus menjadi inspirasi kepada generasi muda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemandu kenderaan Perodua Bezza, Kimi yang merupakan salah seorang mangsa insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini telahpun kongsikan sesuatu yang berjaya menarik perhatian netizen.
Kimi, 26 yang turut dikenali menerusi akaun TikTok @hayyi_kimi telah memuat naik rakaman kamera papan pemuka (dashboard cam) berdurasi 1 minit 18 saat yang memaparkan kejadian mencemaskan pada 7 Mei itu.
Jelas, keretanya remuk dek pokok tumbang besar akibat angin kencang dan hujan lebat kira-kira jam 2.19 petang. Namun dirinya terselamat dan hanya mengalami kecederaan.
Kimi kemudiannya dilaporkan diserah kepada paramedik untuk rawatan lanjut.
Menerusi perkongsian klip itu juga, Kimi telahpun menjawab salah satu persoalan netizen mengenai keperibadiannya dan apakah amalan yang selalu dipraktikkan sehingga Allah SWT melindunginya daripada diapa-apakan dalam kejadian tersebut.
“Macam mana kereta teruk tapi tuan badan biasa sahaja. Macam tak logik. Anggota Polis pun siap tanya apa amalan Cik?
“Bagi menjawab pertanyaan. Sebenarnya tiada apa-apa amalan khas yang diamalkan oleh saya. Cuma saya lazimkan baca selawat paling kurang 1k (1000 kali) sehari dan hampir 3 tahun saya amalkan. Itu sahaja.
“Banyak juga perkara dimudahkan sepanjang beramal selawat. Sahabat boleh cuba amalkan dan lihatkan sendiri dengan izinNya. Memang ajaib,” katanya.
Sambil itu, Kimi turut berkongsikan potongan ayat suci Surah al-Talaq (3) yang bermaksud:
Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).
Dalam pada itu, Kimi turut memohon agar orang ramai mendoakan agar urusannya dipermudahkan Allah untuk menghadiahkannya dengan kereta baharu memandangkan beliau baru sahaja mendirikan rumah tangga selama sebulan dan memerlukan kenderaan untuk urusan harian serta mencari rezeki.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berkuat kuasa 1 Januari 2022, gaji minimum baharu untuk pekerja Gred G di AEON Co (M) Bhd dan Aeon BiG (M) Sdn Bhd (AEON Malaysia) telahpun dinaikkan dari RM1,200 kepada RM1,500 sebulan.
Jumlah tersebut merujuk kepada gaji pokok dan tidak termasuk elaun atau insentif lain yang ditawarkan oleh syarikat tersebut kepada pekerja mereka.
AEON bertindak untuk menaikkan gaji minimum tersebut lebih awal dari taikh yang disyorkan kerajaan iaitu pada tahun 2022 demi kebajikan pekerjanya dan ia telahpun disambut baik oleh Kementerian Sumber Manusia, dalam laporan semalam.
Selari dengan inisiatif kelestarian AEON Sayap Bagimu dengan misi untuk memberikan peluang, dorongan dan sokongan kepada 13,000 orang pekerja di cawangan AEON seluruh negara, kenaikan ini diharap dapat meringankan kos kehidupan terutamanya bagi yang baru memulakan alam pekerjaan mereka.
Dalam skop yang lebih luas, kenaikkan gaji minimum ini akan menyediakan persekitaran pekerjaan yang lebih baik dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi kerana lebih ramai pihak kini mempunyai kuasa pembeli.
Kali terakhir gaji minimum dinaikkan oleh syarikat tersebut adalah pada 1 Februari 2020 dari RM1,100 ke RM1,200 sebulan.
Apa pendapat korang, ngam tak gaji minimum di AEON sekarang?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nurhidayah Damanhoori mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM. Kenali perjalanan dan inspirasi kejayaannya.