
Kalau pasal tudung, jangan main-main dengan perempuan. Satu hari mood boleh spoil gara-gara tak puas hati.
Lebih sadis lagi bila si lelaki (pasangan) pula yang kena tempiasnya. Tak semena-mena muncung panjang sedepa. Kadang, pelik juga orang lelaki dengan mood perempuan ni.
Tapi, jangan risau bro. Kami nak share kan dekat korang tentang masalah-masalah tudung yang selalunya boleh buat mood perempuan swing.
1. Tudung konyok
Dah iron cantik-cantik, tapi bila nak pakai tiba-tiba dah kedut seribu. Siapa tak hangin kan?
Tudung akan jadi lebih susah nak dibentuk dan yang pastinya dah tak cun la kalau tudung berkedut.
2. Susah nak bentuk
Masalah ni untuk perempuan yang pakai tudung bawal biasanya. Bila awning tudung tak terletak cantik dan berkedut-kedut. Arghhhh stresnya rasa macam nak marah semua orang!

3. Tudung comot
Paling pantang bila makan makanan yang berkuah dan terkena pulak dekat tudung. Lagi-lagi makanan yang berminyat. Eee.. comotnya tak sukaaaaaa!
4. Tudung bau asap
Keluar je dari pasar malam, mula la tudung tu ada bau ayam bakar, roti john atau cempedak goreng. Pernah rasa macam ni?

5. Kain tudung licin
Material licin seperti satin bukan semua orang boleh ‘carry’ tau. Tapi sebab nak nampak cantik, sis tetap cuba. Cuma tu la, bila tudung tu sikit-sikit nak jatuh, susah nak bentuk, hmm boleh bikin mood swing jugak tu.
So, lepas ni kalau tiba-tiba gf/bini korang buat ‘muka’ tu, faham-faham je la mungkin ini punca buat mood mereka tak baik. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ditaja RM13.5 Juta, Harris Alif Umum Bakal Nikahi Intan Ladyana

Rahsia jodoh ternyata terletak di tangan Tuhan.
Jika sebelum ini, ramai yang mempersoalkan perbezaan usia 17 tahun di antara pasangan selebriti, Harris Alif, 21 dan pelakon, Intan Ladyana, 38.
Siapa sangka, kurang setahun setelah saling mengenali hati budi masing-masing, mereka hari ini telah mengumumkan perancangan untuk mengikat tali perkahwinan tak lama lagi.
Menerusi sidang media yang dilakukan di atas talian sebentar tadi, Intan dan Harris telah memberikan pengesahan kepada berita tersebut.
“Kami telah mula mengenali sejak bulan Mac 2020. Jadi hari ini, saya dan Intan ingin mengumumkan tarikh perkahwinan kami berdua. Tarikhnya adalah pada 6 Februari 2021, kira-kira sebulan dari sekarang.
“Kami sebenarnya inginkan tarikh lain, cuma ia telah diambil oleh pihak lain. Jadi kami berbincang dan memilih 6 Februari ini sebagai hari yang bermakna untuk kami berdua,” jelas Harris.

Tambah Intan, mereka telah memperolehi pelbagai jenis tajaan bagi majlis tersebut.
“Kami mendapat tajaan yang besar daripada Ceres iaitu RM13.5 juta nilai barang kemas untuk akad nikah dan malam resepsi. Jadi tidak salahlah untuk kami lakukan sidang media di sini (lokasi penaja) setelah mendapat tajaan sepenuhnya daripada mereka.
“Ada juga tajaan lain dari segi persalinan kami daripada Dato Riffai untuk malam berinai dan akad nikah. Untuk malam resepsi pula, kami akan memakai persalinan Hatta Dolmat dan daripada Khairi Sufi serta KhaiBK untuk acara potong kek. Bagi majlis bertandang pula, kami akan menyarungkan Jimmy Couture dan Epul Sinatra,” katanya.
Menurut Harris, mereka telah melakukan persiapan awal dan kira-kira 90 peratus telahpun siap. Malah, dia berkongsi majlis merisik telahpun dilakukan pada bulan Julai 2020; kira-kira sebulan selepas hari kelahiran Intan.
Tamat Zaman Bujang Usia 22 Tahun
Rasanya, umum mengetahui tentang perbezaan usia 17 tahun yang wujud di antara Harris dan Intan. Lalu, apakah yang menyakinkan Harris untuk menamatkan zaman bujang pada usia semuda 22 tahun ini?
ARTIKEL BERKAITAN: Apa Sebab Utama Lelaki Gemar Memilih Perempuan Lebih Berusia? Nah 5 Penjelasan Mereka – REMAJA
“Jodoh ini datang secara sendiri. Bila saya semakin rapat dengan Intan, saya rasakan chemistry kami kuat. Walaupun pengenalan tak sampai setahun, kita tak boleh nak buat-buat perasaan yang wujud. Jadi yang paling penting bagi saya adalah kepercayaan di antara kami berdua. Orang kata bila dah bersama itu, kita akan tempuhI sampai bila-bila.
“Saya nampak dia seorang yang sempurna dan saya sayangkan dia. Bila saya nampak dia tidaklah sesempurna pada awalnya, ia membuatkan saya lebih sayangkan dia.”

Kata-kata manis tersebut turut dibalas oleh Intan yang berkata, “Started to love you, I realized that I have never loved anyone like this before.”
Untuk pengetahuan, mereka bakal disatukan di sebuah masjid yang terletak di Kuala Lumpur. Manakala tema perkahwinan untuk majlis bersanding nanti juga telah dipilih namun mereka tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan tema tersebut.
*
Jom tonton lagu berjudul Anugerah yang merupakan hadiah istimewa Harris Alif kepada Intan Ladyana.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Enggan Layan Isu Rumah Tangga Orang, Janna Nick Lebih Teruja ‘Renovate’ Rumah Sendiri

Semenjak dua menjak kebelakangan ini, program televisyen realiti berbentuk nyanyian, Famili Duo di saluran TV3 semakin dihimpit dengan kontroversi sewaktu berlangsung DAN di luar set penggambaran.
Program yang dahulunya berorientasikan hiburan kasual untuk seisi keluarga menjelang hari Ahad setiap minggu kini ibarat tersimpang daripada misinya. Saban episod, timbul sahaja berita tidak enak mengenai Famili Duo sehinggakan warganet yang menggemarinya dulu kini jelek dengan drama program yang tidak berkesudahan.
Dari episod teguran kasar oleh juri tetap, Mas Idayu terhadap duo muda, Sissy Iman & Naim Daniel hinggalah ke dakwaan pertelagahab rumah tangga membabitkan peserta Fyna Jebat dan isteri pertama bekas jurulatih bola sepak kebangsaan.. ia seakan tiada noktah!

Nama salah seorang pengacara program Famili Duo, Janna Nick juga tidak terkecuali daripada dipalit dengan kontroversi. Ini setelah Janna dituduh sebagai punca kepada kejadian tarik-menarik rambut antara Fyna dan isteri jurulatih terbabit di sebuah restoran di Shah Alam.
Biarpun diasak dengan spekulasi warganet dan pertuduhan daripada seorang pelakon veteran, Janna, 27 dilihat lebih selesa untuk tidak masuk campur akan hal rumah tangga selebriti lain semalam sewaktu mengacarakan episod separuh akhir Famili Duo.


Sebaliknya, Janna yang menyarungkan gaun ala Ramlah Ram semalam lebih memberi fokus kepada tugasannya sebagai pengacara bersama Sean Lee dan – guess what – menyiapkan renovasi kediamannya!
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Hampir Undurkan Diri Daripada Industri..” Janna Nick Bintang Paling Popular ke-34
REMAJA pernah melaporkan mengenai kemampuan Janna membeli sebuah kediaman tiga tingkat sekitar bulan September tahun lalu. Khabarnya, Janna sedang sibuk menyiapkan proses renovasi kediamannya itu sejak 19 Januari lalu dan ia dijangka siap pada bulan Jun 2023.
Mindset Janna ini bertepatan dengan misinya yang dahulunya pernah berkata, misi utama pembabitannya dalam industri seni adalah untuk menambah pendapatan.
Berkat minat mendalam terhadap dunia seni sejak usia 16 tahun, Janna membuktikan dirinya mampu bertahan dengan segala dugaan dan cabaran sepanjang bergelar anak seni demi mengumpul aset secara bijak.

Kediaman yang digelarnya sebagai ‘Djannahome’ ini memiliki lif peribadi sendiri dan ia adalah bukti kesungguhan bekas pelajar MRSM Pendang ini.
“Tolong doa segala urusan dalam menyiapkan rumah ni dipermudahkan ya. Terlalu banyak impian besar dan kenangan yang nak dicipta dekat rumah ni.
“I’m so excited sampai kalau boleh hari-hari nak pergi tengok rumah.
“Sedihnya, I macam tak cukup bersyukur tau… always put myself down and always doubt with my ownself. You guys, please don’t be too hard on yourself. You’re doing good and you’re enough,” catatnya di akaun Instagram.
InsyaAllah kita semua juga mampu berpeluang seperti Janna Nick untuk memiliki kediaman sendiri yang menyelesakan. Amin!
Selain Janna, antara selebriti muda lain yang telahpun memiliki kediaman peribadi sekaligus memberikan inspirasi kepada remaja lain untuk turut mempunyai impian yang sama termasuklah Naim Daniel, Hael Husaini, Daiyan Trisya dan Masya Masyitah
BACA LAGI: Daiyan Trisha Kongsi Kegembiraan Miliki Rumah ‘Landed’ Mewah Sebelum Usia 30 Tahun – REMAJA
BACA LAGI: “Mak Iti Memang Layak Terima Semua Ini!” Siti Nurhiza Berjaya Miliki Kediaman Pertama Di Dubai
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Throwback: 8 Barang Yang Selalu Hilang Waktu Di Asrama Dulu

Teringat balik waktu zaman persekolahan dulu, lagi-lagi bagi mereka yang menetap di sekolah berasrama. Siapa yang pernah duduk asrama mesti tahu macam mana kehidupan di sana kan?
Isu hilang barang ni memang dah jadi perkara biasa untuk mereka. Biasalah, bila hidup jauh daripada keluarga, nak tak nak kena belajar berdikari. Kalau setakat barang-barang harian yang digunakan di asrama tu dah jadi macam satu lumrah untuk student.
Jom semak beberapa senarai barang yang selalunya hilang waktu tinggal di asrama dulu.
1. Stoking

Nampak macam remeh, tapi tak dinafikan stoking sekolah memang selalu hilang di asrama dulu. Sebab dah penat balik dari kelas, kadang tu main campak-campak je stoking ntah ke mana.
Sudahnya, time hujung minggu kemas dorm, bila ditanya stoking siapa ni? Tak ada seorang yang mengaku. Buang ke tong sampah je la dan terpaksa beli stoking lain pula.
2. Anak tudung

Kalau zaman sekolah dulu, kebanyakan student pakai anak tudung putih yang macam dalam gambar tu. Sekarang ni dah macam-macam design anak tudung ada. Tapi paling rare bila ‘selekop’ putih ni hilang atau tertukar dengan student lain.
Nak main pakai geli pula kalau tersalah ambil. Maknanya hujung bulan balik rumah suruh mak beli yang baru je laa..
3. Brooch

Jangan kata budak asrama, hilang brooch ni memang masalah besar buat rata-rata perempuan berhijab. Sebab kan brooch tu kecil sangat, so mudah la tercicir dan salah letak. Beli 10 pun tak sampai sebulan dah lesap.
4. Hanger

Bila jemur pakaian di ampaian, pantang leka sikit tinggalkan hanger, habis dikebas oleh student lain. Hanger pun antara yang ‘most wanted’ di asrama. Hati-hati gaiss..
5. Pakaian dalam

Siapa kata pakaian dalam tak ada orang nak curi? Nak kata tertukar tu tak mungkin juga sebab saiz bukan sama pun. So, kalau ada masalah hilang pakaian dalam, motifnya masih belum disiasat. Hiks!
6. Sepit baju

Sama seperti hanger, sepit baju juga antara yang selalu sangat ‘disedekahkan’ pada student lain. Bukanlah nak berkira kalau mereka nak guna,tapi confirm la kalau dah bagi pinjam kita tak akan dapat balik penyepit baju tu.
7. T-shirt putih

Ada sesetengah sekolah asrama yang mewajibkan pemakaian t-shirt putih. Jadi, kalau nak jemur tu mesti kena tulis nama siap-siap. Kalau tak, memang hilang la jawabnya. Sedih!
8. Baldi

Balik daripada bilik air, kalau tertinggal baldi dalam toilet, kebarangkalian untuk korang dapatkan semula baldi tu agak tipis. Ya, kadang-kadang orang nak pinjam je tak berniat pun nak curi, tapi tu istilah pinjam tu macam korang terpaksa redha juga la sekirangnya si peminjam tak pulangkan semula.
Macam mana pula dengan pengalaman korang? Barang apa lagi yang selalu hilang selain daripada apa yang kami nyatakan ini.
Ce citer, ce citer..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

