Setiap umat Islam menyimpan impian untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan haji di Kota Makkah jika berkemampuan.
Tabung Haji (TH) merupakan antara inisiatif umat Islam untuk menabung bagi menampung perbelanjaan menunaikan rukun Islam kelima ini.
Ramai diantara kita yang sudah membuka akaun Tabung Haji tetapi masih tertanya-tanya bagaimana dengan jumlah simpanan yang terkumpul. Jika dulu, memang agar sukar untuk menyemak tetapi sekarang semuanya hanya dihujung jari kerana korang boleh lakukan secara online.
Ads
Tabung Haji telah melancarkan perkhidmatan digital mereka yang dikenali sebagai THiJARI. Dengan laman web ini, pemilik TH boleh melakukan urusan-urusan seperti berikut:
• Menyemak akaun
• Mencetak penyata akaun
• Membuat pindahan wang
• Membuat urusan perkhidmatan Haji
• Melakukan urusan Kelab TaHa secara online
Cara mendaftar
1. Layari www.thijari.com.my
Ads
2. Pemilik akaun TH hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH
3. Seterusnya, pemilik akaun perlu memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan. Isikan maklumat peribadi dan selepas selesai, bolehlah mula menggunakan perkhidmatan THiJARI.
Mudah sahaja kan? Selepas ini, korang tidak perlu lagi untuk ke Menara Tabung Haji bagi menguruskan segala perihal berkaitan dengan urusan naik Haji. InsyaAllah, sentiasa pasang niat satu hari nanti mana tahu rezeki kita untuk menunaikan Haji di usia muda kan?
Tiada apa lagi yang cukup menyedihkan jika kita kehilangan orang yang disayangi. Lebih menyedihkan jika kehilangan adik beradik dan kesemuanya meninggal akibat yang sama iaitu otot yang mengecut.
Inilah pengalaman sedih yang dikongsikan oleh seorang sukarelawan baik hati yang banyak membantu golongan remaja dan kanak-kanak sakit sama ada kronik mahu pun tidak. Dua hari lalu melalui laman facebooknya, Puan Natipah Abu berkongsi kisah sedih seorang kakak yang dikenali sebagai Sue yang baru kehilangan adiknya, Muhammad Yusuf Abu Bakar, 20 tahun yang mengikut tiga lagi jejak adik beradiknya meninggal dalam keadaan akibat penyakit yang sama, iaitu pengecutan otot.
Baca perkongsian kisah sedih Puan Natipah Abu yang sangat aktif dalam kerja-kerja sukarelawan dalam mahu pun luar negara dalam misi kemanusiaannya.
Akhirnya…setelah beberapa bulan kesihatannya merosot … hari ini, telah kembali ke Rahmatullah … seorang lagi anak syurga, Muhamad Yusuf bin Abu bakar ( 20 Thn ) jam 11 . 25 td.
Buat Sue yg dikasihi…
Semoga tabah dan redha melepaskan adik yg dijaga dan ditatang sejak kecil. Dgn permergian arwah Yusof .. bermakna Sue telah kehilangan 4 org adik akibat sakit yg sama.
Salam takziah dr kami ……
ULANGSIAR KISAH MEREKA …
ANUGERAH SEBUAH TAKDIR ….
Kak Pah pernah menulis tentang mereka dan pernah melancarkan tabung utk mereka di sini tidak lama dulu .
Ini Yusof ( 20 thn ) dan Azlan ( 15thn ).
Mereka yg ada menerima bantuan bulanan dr JKM ini sudah tidak mampu bercakap dgn lancar lagi. Mereka juga tidak boleh duduk dengan sempurna. Kebanyakan masa … mereka hanya terlantar.
Seperti remaja lain…mereka juga ada naluri takut kehilangan kasih kakak tersayang andainya kakak berumah-tangga kelak . Justeru itu … hingga kini Sue selesa meneruskan hidup di sisi adik-adiknya.
Altatihah untuk arwah Yusuf (berbaju merah) yang meninggal dunia dua hari lalu pada usia 20 tahun
Asalnya….5 orang adik Sue mengidap penyakit yg sama…tetapi 3 telah meninggal dunia. Sekarang…. tinggallah Yusof dan Azlan. Semua mereka yg pada awalnya dilahirkan sihat itu mula jatuh sakit ketika usia masing-masing sekitar 7 – 8 tahun, seorang demi seorang. Bermula dgn ketidak stabilan fizikal….mereka akhirnya terlantar dgn anggota fizikal yg berubah menjadi tidak sempurna. Di percayai sejenis penyakit yg dinamakan pengecutan otot.
Doktor telah menegaskan dari awal lagi……..jangka hayat adik-adiknya ini tidak akan lama akibat sakit yg mereka deritai. Dua org adiknya telah meninggal dunia ketika Sue masih remaja lagi.
Sue budak yang pintar. Ditawarkan ke UTM … dia melangkah dgn azam ingin mengejar kejayaan demi berbakti terhadap ke dua org tua yg terpaksa bergelut dgn 7 org anak OKU (5 OKU fizikal ). Sejak alam remaja seingatnya Sue tidak pernah lelap tidurnya. Dia terpaksa membantu emak menguruskan rumah tangga dan adik-beradik yg seramai 11 org semuanya.
Suatu ketika….Sue pernah menangguhkan pengajiannya akibat masalah tekanan jiwa. Hidup yg susah…abg yg menghidu gam..adik-adik yg sakit….Sue tiada tempat utk mengadu atau berkongsi cerita selain menangis di sejadah.
Badai yg melanda 8 thn lalu tk pernah padam dr ingatannya. Abg yg menghidu gam telah mencurah air panas ke atas tubuh 2 org adik OKUnya ketika ibu dan ayah keluar menjaja sayur di pasar.
Bermula detik itulah …. Sue membuat keputusan utk menjaga ketiga adik OKUnya di kuaters kerajaan tempat dia bekerja dgn dibantu oleh seorang lg adiknya.
Dua tahun lalu….seorang adik yg berada di bawah jagaannya dijemput mengadap Illahi akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Dgn itu menjadikan jumlah yg telah pergi, 3 org.
Kini … tinggallah 2 org lagi di bawah jagaan Sue menjadi belahan jiwanya. Adik-adik inilah dunia Sue, segala-galanya buat Sue.
Hari ini … Sue mengirim khabar bahawa Yusof tidak sihat sudah beberapa hari. Yusof tidak lagi mampu duduk walau sekejap spt dulu kerana tulang belakangnya sakit.
Jadi terpaksalah Yusof makan dan minum dlm keadaan berbaring. Keadaan ini sgt menyedihkan Sue.
Alfatihah untuk arwah Yusuf, semoga syurga buatnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres jelita, Siti Saleha menjadi bualan hangat di kalangan peminat selepas dikatakan bakal berkahwin dengan tunangnya, Joshua Fitton tidak lama lagi.
Khabar angin ini tersebar di media sosial selepas pelakon drama popular 7 Hari Mencintaiku itu memuat naik sebuah video yang menunjukkan dia memakai veil dengan tulisan ‘bride’.
Dalam video tersebut, Siti Saleha dilihat ceria menerima kejutan daripada rakan-rakannya di sebuah penginapan.
Kapsyen yang disertakan bersama emoji pengantin turut menambah spekulasi mengenai persiapan perkahwinannya.
Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan hari bahagia aktres tersebut.
Sekadar info, Siti Saleha telah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Joshua Fitton, yang juga seorang pereka fesyen, selepas hampir dua tahun menjalin hubungan cinta.
Pengumuman tersebut dibuat secara rasmi oleh Siti Saleha ketika menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) pada 8 November lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dekati al-Quran dan Allah tak akan tinggalkan diriMu. Malah sikap suka berkongsi ilmu difahaminya dengan rakan belajar lain merupakan rahsia kejayaan Nurul Iman binti Ahmad Yusof sehingga dirinya dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM 2018 bagi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
dalam satu temubual yang disiarkan di e-warta Majlis Amanah Rakyat baru ini, amalan membaca 1 Juz Al-Quran sehari merupakan rahsia kejayaan yang dikongsikannya. Bekas pPelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kepala Batas ini telah menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik MRSM 2018 dengan pencapaian cemerlang semua A dengan 10A+ dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dalam satu majlis yang dianjurkan MARA semalam.
Nurul Iman mendapat 10 A+ dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM 2018 bagi MRSM
Nurul Iman, 19, turut berkongsi sedikit rahsia kejayaan 10A+ selepas menerima anugerah tersebut di Hotel The Pearl, Kuala Lumpur.
Katanya, “Pertama sekali saya bersyukur kepada Allah kerana telah memberi saya rezeki di luar jangkaan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya serta guru-guru MRSM yang sentiasa memberi sokongan penuh ketika membuat persiapan untuk menghadapi SPM”
Beliau turut menyatakan bahawa amalan membaca 1 juz Al-Quran sehari adalah salah satu elemen penting dalam persediaannya sebelum peperiksaan SPM.
Ujarnya, “Apa yang boleh saya kongsikan disebalik kejayaan saya ini ialah amalan membaca 1 juz Al-Quran sehari ketika bulan peperiksaan SPM yang semakin hampir. Menjaga solat lima waktu dengan mengejarkan solat di awal waktu adalah perkara harus kita jaga untuk mendapat kekuatan.”
“Surah kegemaran saya ialah Surah Al-Waqiah dan Surah Al-Mulk. Saya akan membaca surah al-Waqiah setiap pagi selepas waktu subuh dan surah al-Mulk sebelum tidur,” katanya lagi.
Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa dirinya sendiri rajin bertanya kepada guru-guru di dalam kelas apablia tidak memahami sesuatu perkara yang diajarkan.
Tambahnya lagi, “kita juga perlu rajin mengajar dan berkongsi ilmu kepada rakan-rakan kerana ianya merupakan satu proses untuk mengukuhkan lagi tahap pemahaman ilmu”
Kini, Nurul Iman telah melanjutkan pengajian di Kolej MARA Banting dalam bidang International Bacalaueratel selama 2 tahun. Beliau berharap agar dapat pergi ke tahap yang lebih jauh dan berjaya di masa yang akan datang.
Beliau telah menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Azhar Bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.