Tahun baru je, Dataran Merdeka. Dataran Merdeka je teringat ambang tahun baru..
Bukanlah bermakna sambutan ambang tahun baru di Dataran Merdeka itu membosankan. Cuma korang sebenarnya masih mempunyai banyak pilihan lokasi lain.
Antaranya adalah 5 lokasi konsert ambang tahun baru 2020 ini.
Jom tengok.
01
Mutiara Damansara Commercial Centre (MDCC)
Tak familiar dengan MDCC? Sebenarnya ia adalah acara yang dikongsi oleh IPC Shopping Centre. the Curve dan eCurve.
Seperti kebiasaan, mereka akan menganjurkan konsert ambang tahun baru. Kali ini ia melibatkan NAMA (Asia’s Got Talent), Manbai, The Colours, Syafeek Ikhwan dan Geraldine Gan.
Selain itu, menjelang detik 12 tengah malam, korang dapat menyaksikan pertunjukan bunga api terpanjang dan terbesar di sekitar kawasan Damansara.
Ingat, konsert akan bermula pada jam 9.00 malam.
Ads
02
CITTA Mall Ara Damansara
Tak jauh pun daripada Mutiara Damansara..
Tapi mereka juga akan mengadakan konsert ambang 2020 dengan kehadiran beberapa penghibur muda seperti As’ad Motawh, Raja Syahiran, Nana Sheme, Nabila Razali dan Rejuvenate Dance Crew.
Konsert ini turut akan bermula pada jam 9.00 malam di kawasan parkir CITTA Mall.
03
Sunway Velocity Mall
Jika selalunya kita dengan konsert ambang tahun baru diadakan di Sunway Lagoon, kali ni sambutan yang sama akan diadakan di Sunway Velocity Mall juga.
Ads
Ruang legarnya dijangkakan penuh dengan lori food truck dan permainan anjuran mereka seawal 5.30 petang.
Bagi yang ingin menyaksikan persembahan artis kegemaran korang seperti insomniacks, Hael Husaini, Janna Nick dan Danny Koo, ia akan bermula pada jam 10 malam dan bakal berakhir dengan persembahan bunga api.
04
Sunway Lagoon
…Tapi jika korang masih ingin meneruskan tradisi untuk menyambut ambang tahun baru di Surf Beach Sunway Lagoon, by all means jom jumpa di sana!
Ads
Dengan tema Cloudor Festival, festival muzik ini akan menampilkan pelbagai booth dengan hiasan lampu neon. Korang juga dapat menyaksikan persembahan live daripada DJ kegemaran ramapi seperti Hook N Sling, Tori Levett dan Woodland.
Seperti biasa, tiket boleh didapati lebih awal di sini.
05
Sunway City
Tak berapa nak gemar dengan muzik EDM dan Deejay? Jangan risau..
Korang masih boleh enjoy konsert lain berdekatan dengan Sunway Lagoon. Terletak di kawasan terbuka di antara Sunway Pyramid dan Sunway Resort Hotel & Spa, korang akan dihiburkan oleh Midnight Music, Alvin Chong, De Fam dan ramai lagi
*
*
Jadi, konsert mana yang menjadi pilihan korang?
Jika Dataran Merdeka masih menjadi LOKASI WAJIB, tak salah pun untuk korang ke sana. Baca mengenai di bawah.
Hasil sentuhan pengarah muda tersohor, Syafiq Yusof sekali lagi membuahkan hasil cemerlang apabila filem arahan terbarunya, Sheriff pantas meraih kutipan melebihi RM1 juta pada tayangan awal atau sneak preview pada 17 April lalu.
Sheriff sekaligus menguasai tangga teratas dalam carta Top 10 Golden Screen Cinemas (GSC) Malaysia dan mengenepikan beberapa filem antarabangsa yang sedang ditayangkan seperti filem Godzilla X Kong: The New Empire, Winnie The Pooh: Blood And Honey 2, The First Omen dan Badarawuhi Di Desa Penari.
Sheriff yang diterbitkan oleh Skop Productions bersama Astro Shaw juga dijangka akan terus meluncur ke hadapan dengan jumlah kutipan yang lebih tinggi setelah ia memulakan tayangan rasminya semalam di pawagam seluruh negara.
Syafiq, 32 dalam pada itu meluahkan rasa syukurnya apabila Sheriff mendapat sambutan memberangsangkan dan menjangkakan penonton akan mengambil kesempatan musim percutian Aidilfitri pada hujung minggu ini untuk ke pawagam bagi menonton filem tersebut.
“Kami mengharapkan Sheriff mampu menepati cita rasa penonton. Ajak rakan-rakan atau keluarga meluangkan masa bersama dengan menikmati Sheriff yang memaparkan subjek ‘polis tangkap polis’ dari lakonan mantap pelakon-pelakon tanah air,” katanya.
Untuk memeriahkan kehadiran penonton ke pawagam, barisan pelakon Sheriff seperti Shafiq Kyle, Zul Ariffin, Aaron Aziz, Elizabeth Tan dan Azira Shafinaz dijadualkan bakal berada di pawagam-pawagam sekitar Lembah Klang pada 20, 21, 27 dan 28 April ini.
Sebagai info, Sheriff menampilkan watak Nazri, seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa.
Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.
Dalam masa yang sama, Sheriff, seorang anggota daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Genap tujuh hari kelahiran cahaya mata kedua, pelakon jelita, Farah Nabilah tampil berkongsi nama bayi comelnya itu yang selamat dilahirkan, pada tanggal 26 Julai lalu.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon naskhah popular Titian Cinta itu menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya sebentar tadi.
Menerusi kapsyen tersebut, Farah Nabilah dan suami tercintanya Mohammed Amirul Yunus, memilih nama Yusuf Gibran buat bayi keduanya yang baru dilahirkan itu.
“Assalamualaikum. Today is his 7th day. Yusuf Gibran bin Mohamed Amirul, 26 July 2023,” coretnya ringkas.
Pada masa sama, dia sempat menitipkan doa agar Yusuf Gibran bakal menjadi seorang anak yang soleh dan mempunyai adab dan akhlak seperti Nabi Muhammad SAW.
“Terima kasih atas doa semua, semoga Yusuf Gibran menjadi anak yang soleh, anak yang mempunyai adab & akhlak seperti Rasullullah SAW & dilindungi dari segala kejahatan. Amin YRA,” katanya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis menumpang gembira selain menitipkan doa yang baik-baik buat bayi mereka tersebut.
Sekadar informasi, Farah Nabilah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya yang juga seorang juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, pada 20 Disember 2019.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Rakyat Malaysia dinasihatkan menangguhkan perjalanan ke Thailand sempena Aidilfitri akibat krisis bahan api di Thailand, dengan stesen minyak mengehadkan pembelian petrol untuk kenderaan asing.