Campaklah satu batu ke lautan industri seni tanah air, nescaya akan melantun ke arah salah seorang bekas finalis pencarian Dewi Remaja.
Begitulah gambaran yang boleh diberikan kepada legasi 40 tahun yang berjaya dikekalkan oleh Majalah Remaja menerusi pencarian Dewi Remaja.
Sejak dipertemukan pada tahun 1985 di mana Majalah Remaja di bawah terbitan Kumpulan Media Karangkraf (kini di bawah Nu Ideaktiv Sdn Bhd) menabalkan juara sulungnya, Tengku Anis Tengku Ismail, Dewi Remaja tidak goyah menghasilkan kemunculan bakat-bakat tanah air yang mewarnai industri lakonan, nyanyian dan pengacaraan tempatan.
Tidak kurang juga, ada dalam kalangan mereka menabur jasa dalam haluan berbeza seperti pendidikan, perniagaan, peragaan, bergelar ‘lady boss’ berjaya dan pelbagai lagi gelaran yang digalas usai menamatkan saingan dalam pencarian Dewi Remaja.
Ternyata, platform ini bukan sekadar lubuk penghasilan anak-anak seni tetapi merupakan titik-tolak yang memberi peluang kepada gadis remaja memperkasakan keyakinan, karisma dan menonjolkan potensi masing-masing.
Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol.Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin.
Obor semangat ‘sisterhood’ yang dipegang selama 40 tahun itu kini bakal diserahkan oleh juara Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin dari Sarawak ke ‘batch’ terbaru apabila pendaftaran pencarian Dewi Remaja 2025 secara rasmi dibuka.
Edisi ke-14 kali ini mempelawa gadis-gadis remaja berwarganegara Malaysia untuk tampil ke hadapan dengan berpersonaliti menarik dan bakat besar yang mereka miliki untuk mendaftarkan diri secara dalam talian.
Ads
Calon peserta perlu mengisi borang pendaftaran dan memuat naik video pengenalan diri berdurasi kurang dua minit secara dalam talian di laman rasmi www.remaja.my/dewi. Setiap calon peserta hendaklah memiliki penampilan dan perwatakan yang menarik serta mampu menyerlah sebagai seorang figura awam.
Menerusi video pengenalan yang dimuat naik bersama borang pendaftaran, peserta perlu menyatakan mengapa mereka layak bergelar juara Dewi Remaja 2025 dan berkongsi pencapaian terbesar setakat ini, sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum, sukan, bakat mahupun kerjaya.
So what are you waiting for girls!
Inilah masa untuk korang menyertai famili besar Dewi Remaja sebaris dengan:
Kecoh dua minggu lalu apabil salah seorang finalis hero Remaja 2020 iaitu Aniq Suhair dibandingkan dengan ahli kumpulan K-Pop popular, V (Kim Tae-hyung) daripada BTS.
Amboii, sama ke korang? Hehe..
Apapun, peminat remaja 20 tahun kelahiran Kuala Lumpur ini pastinya teruja dengan perkembangan terbarunya.
Walaupun pencarian Hero Remaja 2020 masih belum menutup tirai dengan episod finale yang dijadualkan bersiaran secara langsung pada 16 Julai ini di saluran Astro Ria & Ria HD, Aniq sudah mula menangkap perhatian produksi lakonan.
Terbaru, dia diberikan kepercayaan untuk menyertai sebuah produksi drama tempatan; sekaligus menjadikan peluang ini sebagai projek pertamanya sebagai seorang pelakon.
“Alhamdulillah, saya sangat teruja apabila mendapat watak untuk drama pertama saya. Walaupun ini boleh dikatakan sebagai debut saya, kepercayaan daripada pihak produksi untuk digandingkan dengan nama-nama besar amat saya hargai,” katanya yang juga baru saja menyelesaikan sebuah penggambaran kempen baharu dengan sebuah label fesyen tempatan.
Tambah Aniq lagi kepada REMAJA, “Tanpa pengalaman, kadang-kadang saya risau juga seandainya watak yang digambarkan oleh mereka itu tidak sampai. Namun saya bertuah kerana team produksi sangat mesra, memberikan tunjuk ajar kepada saya dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu terutamanya di kalangan pelakon berpengalaman. Segala ilmu yang saya terima hasil penyertaan saya dalam Hero Remaja 2020 turut saya gunakan untuk menjayakan watak tersebut.”
Apabila ditanya mengenai perasaannya bila digandingkan dengan penyanyi ‘Peluang Kedua’, Nabila Razali untuk drama ‘Miss Baju Kebaya Kasut Kanvas’ itu, Aniq tak dapat menyorokkan rasa gugup ketika mula memasuki set penggambaran. Secara pantas, dia membuang perasaan itu apabila Bella yang disifatkannya sebagai friendly mudah bekerjasama dengannya yang masih baru.
“Menerusi drama 40 episod ini, saya memegang watak sebagai Mohd Radzi dan ia bakal ditayangkan di TV3. Saya tak sabar untuk melihat hasilnya,” katanya lagi yang juga teruja menantikan finale Hero Remaja 2020 yang bakal dilangsungkan tak lama lagi.
“Saya tak sabar untuk bersama-sama rakan finalis lain di atas pentas. Nantikan!”
Selain Nabila Razali, drama ‘Miss Baju Kebaya Kasut Kanvas’ ini juga dibintangi Fahrin Ahmad, Rozita Che Wan dan ramai lagi.
Congrats Aniq! Kami ucapkan good luck dan semoga terus maju jaya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu-satunya wakil peserta dari Borneo, Lydia De Sal tidak mahu melepaskan peluang untuk mencuba nasib di tanah Semenanjung buat pertama kalinya.
“Terus terang memang Lydia ambil risiko. Guna gaji sendiri pergi audition, then terpilih sebagai Top 20 dan terbang lagi ke KL berharap dapat masuk Top 12. Syukur Alhamdullilah Lydia akhirnya masih berada di sini,”
“Berada dalam Dewi Remaja ini membolehkan Lydia belajar sesuatu yang baru ini dan Lydia ingin menjadikan pertandingan ini sebagai platform untuk menunjukkan bakat. Mungkin ada yang lihat potensi Lydia dan bolehlah Lydia mencari rezeki di Semenanjung,”
Dalam masa yang sama, Lydia berharap dapat menjadi inspirasi untuk mereka di luar sana supaya lebih percaya pada diri sendiri dan berani mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang baru.
Sering kali mengambil bahagian dalam acara ‘ratu cantik’ di Sabah, gadis ini pastinya bakal memberikan saingan sengit kepada semua peserta Pencarian Dewi Remaja kali ini.
Korang nak tahu dah berapa banyak Lydia menyertai pertandingan di Sabah? Nah, berikut kami senaraikan antara pencapaiannya sejak usia 15 tahun lagi.
Unduk Ngadau 2013-2015, sekitar kampung dari daerah Inanam, Pekan Menggatal, Kota Marudu, Matunggong.
Ratu Mitarab Momogun Runggus peringkat Daerah Matunggong
Mitarab Momogun Runggus peringakat negeri 2017 Top 6
Pageant
Dewi Remaja sabah 2017
Ratu Tahun baru cina Dearah Pitas 2018
Ratu Grand Merdeka Mall 2018
Winner Aura Ambassador DHg event
Dewi Remaja Sabah
Dewi Remaja Sabah adalah pertandingan besar yang pertama Lydia sertai tahun lepas. Disinilah dia menimba pengalaman dan mencari ilmu berguna untuk dibawa dalam setiap pertandingan yang disertainya.
“Dalam pertandingan Dewi Remaja Sabah Lydia masih fresh lagi. Catwalk pun macam robot dan tak pandai juga nak pose kalau ada photoshoot. Pertama kali photoshoot, muka Lydia paling buruk. Lydia rasa sangat down dan terus berfikiran negatif sehingga rasa nak tarik diri,”
“Cuma Lydia kalau dah masuk satu-satu pertandingan, Lydia mesti akan habiskan juga. Waktu ini memang Lydia cuba positifkan diri. Penat memanglah penat sebab Lydia perlu memberikan komitmen selama tiga bulan untuk pertandingan ini,”
“Tapi akhirnya Lydia dapat apa yang dah diusahakan. Bila dinobatkan sebagai pemenang Dewi Remaja Sabah, itulah pengalaman manis dalam hidup kerana Lydia tidak kecewakan keluarga dan penyokong. Bila diumumkan sebagai juara, rasa macam nak lompat daripada pentas pergi peluk Mommy,” jelasnya memberitahu bahawa keluarga dan rakan-rakan antara yang sering memberikan sokongan.
Melihatkan kesungguhan Lydia, kami pasti gadis ini mempunyai semangat yang tinggi dalam setiap perkara yang dia lakukan. Mengakui bahawa pada mulanya dia tidak berapa biasa dengan environment di Semenanjung, namun itu bukan halangan untuk dia meneruskan impiannya itu.
“Mula-mula Lydia tidak berapa biasa sebab mungkin masalah bahasa juga membuatkan ia sukar sedikit. Mereka tak faham apa yang Lydia cakap dan Lydia pun tak faham apa yang mereka cakap. Hehe!Tapi lama-lama dah dapat biasakan diri dan sudah mula faham. Jadi senanglah Lydia bergaul dengan yang lain,” jelasnya mengakhiri perbualan.
Jangan lupa saksikan Pencarian Dewi Remaja 2018/19 yang bakal bersiaran di Astro Ria dan Ria HD bermula 25 November, jam 10.30 malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun gagal melayakkan diri ke pentas final Hero Remaja dan hanya sampai di semi final selepas terkeluar di episod-7, nama finalis Syazani Zainal sememangnya tetap mendapat tempat di hati kebanyakkan netizen sehingga berjaya meraih kemenangan dalam kategori ‘Hero Favorite’ yang ditentukan sepenuhnya daripada undian peminat.
Tidak mendapat sokongan dan restu keluarga pada mulanya, dan gagal dalam sesi uji bakat Hero Remaja 2020, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat anak muda ini dan akhirnya berjaya menjadi Hero Favorite 2021. Dia membuktikan pada semua dia mampu mendapat tempat dihati para peminat dan masyarakat di Malaysia.
“Terima kasih sangat buat semua peminat, rakan-rakan dan keluarga yang mengundi saya kerana tanpa mereka saya tidak akan memenangi gelaran Hero Favorite ini.”
Sepanjang pertandingan dijalankan dia merupakan peserta paling muda di kalangan Top 12 finalis Hero Remaja Edisi 2021. Dikenali ramai di kalangan follower sebagai seorang yang sentiasa murah dengan senyuman dan berjenaka bersama rakan-rakan, Syazani memang layak dianugerahkan gelaran ini.
“Saya rasa sangat bertuah kerana terpilih menyertai Hero Remaja 2021, walaupun pada mulanya keluarga tidak begitu yakin dengan keputusan saya untuk menyertai pertandingan berprestij ini, namun saya tetap berkeras dengan yakin saya mampu lakukannya.
Walaupun tidak sampai ke pentas final sejujurnya saya bersyukur dengan kemampuan saya mampu bertahan hingga ke semi final dan membawa pulang gelaran Hero Favourite di malam final tempoh hari.
Platform yang telah disediakan kepada saya ini akan saya gunakan sebaik mungkin dalam mengembangkan bakat dan nama saya dalam industri seni.” jelas Syazani.
Menjadikan Ji Chang Wook dan Alif Satar sebagai idolanya dalam bidang lakonan, Syazani tidak sabar untuk meneruskan perjalanan diri dan mengumpul pegalaman sebagai anak seni yang bersinar.
Untuk info, Hero Favorite membawa pulang wang bernilai RM1,000, trofi dan juga selimpang.
Congrats Syazani, moga akan terus maju jaya di masa akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!