Kecoh dua minggu lalu apabil salah seorang finalis hero Remaja 2020 iaitu Aniq Suhair dibandingkan dengan ahli kumpulan K-Pop popular, V (Kim Tae-hyung) daripada BTS.
Amboii, sama ke korang? Hehe..
Apapun, peminat remaja 20 tahun kelahiran Kuala Lumpur ini pastinya teruja dengan perkembangan terbarunya.
Walaupun pencarian Hero Remaja 2020 masih belum menutup tirai dengan episod finale yang dijadualkan bersiaran secara langsung pada 16 Julai ini di saluran Astro Ria & Ria HD, Aniq sudah mula menangkap perhatian produksi lakonan.
Terbaru, dia diberikan kepercayaan untuk menyertai sebuah produksi drama tempatan; sekaligus menjadikan peluang ini sebagai projek pertamanya sebagai seorang pelakon.
Ads
“Alhamdulillah, saya sangat teruja apabila mendapat watak untuk drama pertama saya. Walaupun ini boleh dikatakan sebagai debut saya, kepercayaan daripada pihak produksi untuk digandingkan dengan nama-nama besar amat saya hargai,” katanya yang juga baru saja menyelesaikan sebuah penggambaran kempen baharu dengan sebuah label fesyen tempatan.
Tambah Aniq lagi kepada REMAJA, “Tanpa pengalaman, kadang-kadang saya risau juga seandainya watak yang digambarkan oleh mereka itu tidak sampai. Namun saya bertuah kerana team produksi sangat mesra, memberikan tunjuk ajar kepada saya dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu terutamanya di kalangan pelakon berpengalaman. Segala ilmu yang saya terima hasil penyertaan saya dalam Hero Remaja 2020 turut saya gunakan untuk menjayakan watak tersebut.”
Ads
Apabila ditanya mengenai perasaannya bila digandingkan dengan penyanyi ‘Peluang Kedua’, Nabila Razali untuk drama ‘Miss Baju Kebaya Kasut Kanvas’ itu, Aniq tak dapat menyorokkan rasa gugup ketika mula memasuki set penggambaran. Secara pantas, dia membuang perasaan itu apabila Bella yang disifatkannya sebagai friendly mudah bekerjasama dengannya yang masih baru.
“Menerusi drama 40 episod ini, saya memegang watak sebagai Mohd Radzi dan ia bakal ditayangkan di TV3. Saya tak sabar untuk melihat hasilnya,” katanya lagi yang juga teruja menantikan finale Hero Remaja 2020 yang bakal dilangsungkan tak lama lagi.
“Saya tak sabar untuk bersama-sama rakan finalis lain di atas pentas. Nantikan!”
Kehadiran seorang peserta dari Kelantan tiba-tiba menjadi viral apabila tarian ular yang dipersembahkan kepada juri menarik perhatian netizen di media sosial.
Mohamad Imran Che Ibrahim berasal dari Kelantan bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang pelakon. Pernah mengambil kelas lakonan bersama Isma Yusof, Imran hadir dengan satu matlamat iaitu ingin menjadikan Hero Remaja sebagai platform untuk dirinya menempatkan diri dalam bidang seni.
Ingin memberi kelainan di sesi uji bakat, anak muda yang berusia 18 tahun ini menjadikan tarian ular sebagai penarik bagi persembahannya semalam.
"Al-kisahnya keluarga saya memang minat menonton drama Naagin dan satu hari tu, saya terlihat mereka semua terlalu khusyuk menonton. Dari situ saya tertanya-tanya apa yang menarik tentang drama tersebut, dan kemudian saya pun tergerak hati untuk belajar menari ular. Nak tunjukkan kepada mereka yang saya boleh melakukan kelainan," jelas Imran.
Video persembahan Imran menjadi viral di Facebook apabila mendapat lebih kurang 2.3 ribu komen dan 1.7 shares di Facebook. Ada yang memberi komen positif dan tak kurang juga mereka yang memberikan komen negatif.
"Komen-komen yang tidak elok saya ambil untuk jadikan sebagai penguat semangat dan yang positif Alhamdulillah saya ucapkan terima kasih kerana memberikan komen yang baik-baik," sambungnya lagi.
Tak hanya mendapat komen-komen negatif, ada juga yang memuji tahap berani dan keyakinan yang ada dalam diri Imran.
Tidak cepat berputus asa, Imran sekali lagi hadir pada sesi uji bakat hari kedua dan kali ini dia berjaya sampai hingga ke Stage 3 dan dijurikan oleh Awal Ashaari.
Serius kami pun bangga melihat keberanian dan semangat anak muda ini. Dia tidak langsung mengendahkan komen dan pandangan negatif daripada masyarakat.
Kalau korang nak tahu, instagramnya @mranrahim mempunyai lebih daripada 71 ribu followers. Bukan kaleng-kaleng ok!
Apa-apa pun kami mengucapkan terima kasih kerana menyertai sesi uji bakat Hero Remaja tahun ini dan semoga Imran dapat mencapai segala impian dan cita-citanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan semua diberikan kesempatan untuk melakukan ibadah umrah atau haji lebih-lebih lagi sewaktu musim pandemik COVID-19 ini.
Namun, sudah menjadi rezeki finalis Hero Remaja 2017, Safwan Nazri apabila dia berpeluang menunaikan umrah bersama ibu dan rakan-rakannya baru-baru ini.
Safwan pernah berkongsi cerita bahawa sepatutnya dia dan rakan seperjuangan, Harris Annuar akan menunaikan umrah pada dua tahun lepas, namun semuanya tergendala gara-gara pandemik COVID-19.
Alhamdulillah, niat baik anak muda ini akhirnya termakbul apabila dia dan rakan-rakan yang lain mendapat jemputan ke tanah suci Makkah bagi menunaikan umrah. Namun begitu, pemergian mereka ke sana tidak dapat disertai oleh Harris Annuar kerana mempunyai tuntutan kerja yang perlu diselesaikan.
Dalam sebuah hantaran di laman instagramnya juga, Safwan turut berkongsi kapsyen yang menarik perhatian warganet tentang kasih sayang terhadap seorang ibu.
Tidak akan Miskin seorang anak yang mengeluarkan Hartanya untuk membahagiakan Ibunya ❤️
No one will ever love you as much as your mother 🥺
Rata-ratanya memuji sikap Safwan yang menyatuni ibunya dengan baik dan berdoa jika mereka juga diberikan kesempatan untuk membawa ibu mereka ke tanah suci Makkah.
Kami di Remaja juga mendoakan agar segala urusan Safwan Nazri dan kumpulannya di tanah suci Makkah dipermudahkan. Semoga mendapat umrah yang mabrur.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!