Saban hari bilangan pesakit positif Covid-19 telah meningkat dari semasa ke semasa dan telah mengorbankan banyak nyawa di serata dunia. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kesihatan dalam membendung virus ini, bukan sahaja pihak kesihatan di Malaysia, malah serata dunia sedang berusaha mencari vaksin untuk virus ini.
Seorang saintis beri amaran kemungkinan besar vaksin COVID-19 tidak akan ditemui sampai bila-bila.
Willian Haseltina, seorang penyelidik inovatif untuk projek kanser, HIV/Aids dan genom manusia berpendapat kerajaan tidak boleh mengandaikan vaksin COVID-19 berjaya dikembangkan dalam tempoh masa waktu terdekat.
Menasihati negara-negara yang sedang dalam pertimbangan untuk menamatkan dan meringankan perintah berkurung untuk berhati-hati dengan mengambil langkah pengasingan ketat dan pengesahan jangkitan bagi membendung wabak, Haseltina turut memberi amaran bahawa vaksin yang dikembangkan sebelum ini untuk koronavirus lain telah gagal untuk melindungi selaput lendir di hidung; kawasan virus memasuki badan individu.
Ads
Saintis beri amaran dan menasihati orang ramai untuk menjaga kebersihan diri
Mendesak orang ramai untuk mematuhi arahan pemanduan pemakaian topeng, mencuci tangan, membersihkan permukaan dan menjaga jarak sosial, ini pula pendapat Timbalan Ketua Pegawai perubatan England, Jonathan Van-Tam:
Tak Mudah Untuk Dijumpai
Prinsip vaksin mungkin mudah namun sebenarnya agak kompleks dalam praktik. Vaksin yang ideal boleh melindungi daripada jangkitan, mencegah penyebaran dan dilakukan dengan selamat. Namun ianya tidak boleh dicapai dengan begitu mudah seperti yang ditunjukkan dalam garis masa vaksin.
Ads
Memberi contoh, meskipun sudah 30 tahun para saintis tetap tidak menemui vaksin untuk AIDS. Begitu juga dengan vaksin demam denggi yang hanya diluluskan pada tahun lalu meskipun penyakit tersebut sudah dikenal pasti pada tanun 1943. Vaksin paling cepat dihasilkan adalah untuk penyakit beguk iaitu selama empat tahun.
Dua kematian virus korona sebelum ini iaitu MERS dan SARS juga masih belum ditemui vaksinnya. Sekiranya kedua penyakit ini ada vaksinnya mungkin sedikit mudah untuk para saintis membangunkan vaksin untuk COVID-19, tetapi sekurangnya kedua-dua virus ini sedikit sebanyak membantu dalam penghasilan vaksin untuk COVID-19.
Terdahulu kajian dari Universiti Cambridge di United Kingdom mendapati COVID-19 sudah bermutasi sehingga tiga keturunan dan sudah tersebar ke seluruh dunia.
Dalam satu penemuan selepas melakukan penjujukan 160 genom virus mendapati beberapa penyebaran asal COVID-19 sudah menghasilkan keturunan virus berbeza iaitu varian A, B dan C.
So, teruskan jela normal hidup baru korang tu, stay safe guys di bulan perayaan ini.
Eww! Serius tak boleh brain bagaimana tikus hidup boleh masuk dalam bekas ayam goreng seperti video yang sedang viral dimedia sosial.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi menerusi ciapannya di Twitter telah meminta seorang pengguna Twitter bernama zoeyhanafiah yang memuat naik video kelibat tikus berkeliaran di sebuah restoran tampil memberikan maklumat terperinci.
Rentetan tular video tersebut, KKM telah meminta bantuan perakam video tersebut untuk tampil dan memberi maklumat lanjut agar tindakan tegas boleh diambil ke atas kedai makanan tersebut.
“Mohon bantu kami berikan maklumat. Kami akan ambil tindakan selanjutnya dengan kadar SEGERA,” tulis KKM.
Agak-agak di restoran makanan mana ye ni…hmm…kembang pula tekak penulis.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes positif Covid-19 di Malaysia semakin ‘menganas’ selepas semalam mencatatkan kes baru harian tertinggi iaitu sebanyak 1884 kes.
Semestinya,tenaga barisan frontliner petugas perubatan dan keselamatan antara individu yang terpaksa bekerja lebih keras demi membendung penularan tersebut.
Menerusi satu perkongsian tular di media sosial pagi tadi, seorang petugas kesihatan yang juga pemandu ambulans telah rebah dan meninggal dunia.
#Ipoh Seorang pemandu ambulans di Ipoh tumbang selepas menghantar pesakit Covid-19. Punca kematian dikatakan akibat terlalu letih 😭
Mangsa, Ahmad Zamri Sulaiman, 54 meninggal dunia dipercayai kerana terlampau penat selepas menghantar pesakit Covid-19 ke hospital.
Sumber Gambar : Twitter Viral Perak
Walaubagaimanapun, belum ada sebarang kesahihan berkenaan berita tersebut dan hanya tular di media sosial.
Salam takziah buat keluarga
Rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan twitter sumber dengan menitipkan salam takziah buat ahli keluarga mangsa dan mendoakan roh frontliners tersebut ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber Gambar : Twitter Viral Perak
Al-fatihah (dengan bacaan) dan takziah kami ucapkan buat keluarga arwah.
Jika sebelum ini, penganut Kristian telah dibenarkan untuk mengguna kalimah Allah dalam penerbitan pendidikan agama tersebut selain perkataan Baitullah, Kaabah dan solat selepas Hakim Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan perisytiharan yang dibuat oleh seorang wanita berbangsa Melanau dari Sarawak.
Rentetan daripada itu, isu ini terus menjadi kontroversi terutamanya dikalangan orang Islam di Malaysia.
Terbaru, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible (terjemahan Bahasa Melayu) atau percetakan buku dan tulisan agama Kristian dalam apa-apa bentuk sekalipun tetap dilarang sama sekali penggunaannya di negeri ini.
Sumber : Selangor Royal Office
Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Selangor Royal Office hari ini, Sultan Sharafuddin menegaskan dan mengulangi pendirian baginda bahawa kalimah Allah ialah suatu kalimah suci umat Islam dan hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa yang mempunyai sifat-sifat kesempurnaan.
Baginda sebagai Ketua Agama Islam Selangor bertitah akan tetap mempertahankan kesucian kalimah Allah, kerana ia menjadi tuntutan agama dan tanggungjawab baginda seperti dalam firman Allah S.W.T di dalam ayat 65 surah at-Taubah, yang melarang daripada mempermainkan dan mempersendakan kalimah Allah.
“Beta sentiasa menekankan agar rakyat Beta dapat menghormati kepercayaan dan tidak cuba untuk menyentuh sensitiviti agama masing-masing, yang boleh merosakkan perpaduan kaum di Selangor ini.
“Jika umat Islam boleh menghormati penganut agama lain dengan tidak mencampuri urusan berkaitan agama mereka, maka Beta juga menggesa agar penganut agama selain dari Islam untuk menghormati penganut agama Islam, khususnya dalam penggunaan kalimah Allah yang menjadi pegangan utama umat Islam,” titah baginda.
Rata-rata warganet dan rakyat jelata menyokong keputusan Sultan Selangor dan mendoakan kesejahteraan Tuanku. Apa-apapun harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.
Sumber : Selangor Royal Office
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!