Projek siri televisyen HBO Original Harry Potter pada hari ini mengumumkan barisan pelakon generasi baharu yang bakal memegang watak Harry Potter, Hermione Granger dan Ron Weasley.
Terpilih daripada puluhan ribu kanak-kanak yang hadir ke uji bakat drama bersiri tersebut selama beberapa bulan, mereka terdiri daripada Dominic McLaughlin (Potter), Arabella Stanton (Granger) dan Alastair Stout (Weasley). Terdahulu, watak-watak berkenaan telah dimainkan oleh Daniel Radcliffe, Emma Watson dan Rupert Grint.
Penerbit Eksekutif, Francesca Gardiner dan Penerbit Eksekutif/Pengarah beberapa buah episod, Mark Mylod, berkata, tiga orang pelakon cilik itu terpilih menerusi pengarah uji bakat, Lucy Bevan dan Emily Brockmann dan keseluruhan produksi teruja dengan pemilihan Dominic, Arabella dan Alastair yang akan meneraju legasi baharu jenama Harry Potter di skrin televisyen.
Ads
“Bakat yang dimiliki tiga orang pelakon unik ini adalah amat mengujakan untuk dilihat. Kami tidak sabar untuk peminat Harry Potter dari seluruh dunia untuk menyaksikan ‘keajaiban’ yang akan tercetus hasil gandingan mereka.
“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak yang telah menyertai uji bakat. Kami gembira dapat bertemu dengan lautan bakat-bakat muda di luar sana,” ujar mereka.
Sebagai info, drama bersiri Harry Potter ini diadaptasi semula daripada koleksi bahan bacaan Harry Potter nukilan J.K. Rowling. Menariknya, Rowling turut menggalas tugas sebagai Penerbit Eksekutif bagi drama bersiri ini.
Ads
REMAJA difahamkan, drama bersiri ini akan menemui penonton selama beberapa musim secara eksklusif di HBO Max.
Buat masa ini, tarikh tayangannya masih belum diumumkan tetapi sementara menunggunya, korang masih boleh menonton semula filem-filem Harry Potter kegemaran korang menerusi Max yang boleh diakses menerusi Astro dan Unifi TV serta dalam aplikasi penstriman Max.
Ads
You know we love the original casts! Namun, mungkin sudah masanya untuk kita move dan memberi peluang kepada generasi baharu untuk memastikan jenama Harry Potter terus menemani peminat mudanya.
Ratu Rock ‘n’ Roll, Tina Turner meninggal dunia pada usia 83 tahun di Küsnacht, Zurich, Switzerland, pada Rabu.
Berita duka mengenai pemergian penyanyi popular era 1980-an yang pernah popular di seluruh dunia dengan lagu What’s Love Got To Do With It dan The Best itu diumumkan melalui laman media sosial rasmi miliknya, termasuk di Facebook dan Instagram.
“Dengan dukacitanya kami mengumumkan pemergian Tina Turner. Melalui muzik dan semangatnya terhadap kehidupan, beliau telah memukau berjuta peminat di seluruh dunia dan memberi inspirasi kepada bintang-bintang masa hadapan.
“Hari ini kita mengucapkan selamat tinggal kepada seorang sahabat yang meninggalkan karya terbesarnya kepada kita semua iaitu muziknya. Takziah kepada keluarganya. Tina, kami akan merindui anda,” jelas di media sosial mendiang.
Punca kematian Tina tidak dinyatakan namun difahamkan, beliau sebelum ini mempunyai masalah kesihatan dan tidak lagi aktif dalam bidang muzik selepas tahun 2009.
Sekadar informasi, Tina atau nama sebenarnya Anna Mae Bullock dilahirkan di Brownsville, Tennessee, Amerika Syarikat (AS) pada 26 November 1939.
Kerjaya muziknya bermula pada tahun 1957 bersama kumpulan Kings of Rhythm yang ditubuhkan bekas suaminya, Ike Turner.
Pada 1984, album Private Dancer yang mengandungi lagu hit What’s Love Got To Do With It memenangi Anugerah Grammy bagi kategori Album Terbaik dan lagu itu merupakan yang pertama dan satu-satunya yang menduduki tempat pertama dalam Billboard Hot 100.
Dalam pada itu, White House berkabung atas kehilangan penyanyi tersebut. Setiausaha Akhbar White House, Karine Jean-Pierre berkata pemergian besar kepada komuniti yang menyayanginya dan kepada industri muzik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya ia bukan berita menggembirakan bagi peminat sukan berbasikal. Jika aktiviti riadah ini dianggap sukan menyihatkan badan, nampaknya isu berbasikal di lokasi tidak dibenarkan pasti mengundang pro dan kontra di kalangan peminatnya.
Sesebelum ini, sudah ada beberapa isu yang timbul termasuk rungutan di kalangan pemandu kenderaan bila mana penunggang basikal memasuki lebuhraya sebagai laluan mereka. Dalam keadaan ini memaksa mereka memperlahankan kenderaan kerana khuatir terlangggar sekumpulan penunggang.
Malah timbul juga isu pemasangan nombot plat dan ia pastinya mendapat reaksi negetif dan positif. Terkini, larangan bakal didenda RM1000 dan penjara tiga bulan jika menunggang di di atas jalan tertentu, pasti membuatkan peminat sukan basikal lebih terperanjat.
Laporan Harian Metro, individu yang menunggang basikal di lebuh raya boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 kerana ingkar arahan sekatan serta larangan menggunakan kenderaan di atas jalan tertentu.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi status dimuat naik di Facebook memaklumkan tindakan itu boleh diambil mengikut Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. "Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, kesalahan itu ada dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 termasuk mengabaikan tanda kenderaan yang tidak dibenarkan di lebuh raya.
"Di semua plaza tol ada papan tanda yang memaklumkan larangan berkenaan. Dari segi penguatkuasaan, ada peruntukan undang-undang khusus mengenai perkara itu iaitu Seksyen 79(2) akta sama kerana mengabaikan isyarat lalu lintas.
"Apa yang kami pentingkan adalah keselamatan semua pengguna jalan raya termasuk tahap kesihatan mereka juga yang boleh terjejas dengan bau asap kenderaan di tempat yang sibuk," katanya. Beliau menasihatkan kumpulan berbasikal supaya mengelak menggunakan lebuh raya dan jalan yang sibuk dan tidak sesuai untuk beriadah.
"Langkah yang bijak bagi individu yang menunggang basikal adalah pilih jalan atau laluan di kawasan sesuai bagi mengelakkan insiden tidak diingini," katanya.
Apa kata korang mengenai isu ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ratu gimnastik negara, Farah Ann kini menjadi model Barbie pertama di Malaysia apabila Mattel mengeluarkan edisi khas patung Barbie yang menyerupai dirinya. Patung ini dicipta khas bagi projek ‘Dream Gap’ dengan harapan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk merealisasikan impian mereka dengan tema ‘Anda Boleh Jadi Apa Sahaja, Anda Boleh Jadi Atlet’.
Patung barbie yang berambut hitam dan mengenakan pakaian merah jambu, putih dan emas adalah pakaian yang dipakai oleh Farah Ann ketika Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur dan Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast.
Walau bagaimanapun, patung Barbie yang diberi nama ‘Shero’ itu tidak akan berada dalam pasaran untuk tujuan jualan dan ia adalah yang pertama dan satu-satunya yang dicipta di Malaysia.
Selain Farah Ann, terdapat beberapa atlet Malaysia lain yang turut dipilih menjadi model Barbie dan antaranya termasuk legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David, penerjun Olimpik Leong Mun Yee, jaguh tenpin boling Shahlin Zulkifli dan atlet luncur ais pecut, Anja Chong.
Bertuah Farah Ann dah ada patung Barbie yang menyerupai dirinya. Bukan semua orang dapat peluang ni kan. Tahniah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...