Tidak ramai orang yang mengetahui mengenai perkahwinan pelakon filem bersiri Harry Potter, Bonnie Wright yang terkenal membawakan karakter Ginny Weasley sekitar tahun 2022.
Lantas, pendedahan Bonnie kepada majalah portal Brides baru-baru ini mengenai perincian majlis perkahwinannya kepada pasangan, Andrew Lococo telah mencuri perhatian ramai pihak.
Bonnie, 32 dan Lococo, 40 mula menjalinkan hubungan istimewa sejak tahun 2018 setelah mereka diperkenalkan oleh rakan masing-masing sebelum menyulam tali pertunangan pada taun 2021.
Tambah istimewa apabila cincin pertunangan yang disarungkan ke jari Bonnie pada waktu itu direka khas oleh ibu bapanya sendiri, Gary Wright dan Sheila Teague yang memiliki syarikat barangan kemas sendiri, Wright & Teague.
Nampaknya, bukan cincin itu sahaja perincian istimewa yang dirancang oleh Bonnie. Dia merupakan seorang gadis yang inginkan kelainan dan sudah pasti, ada sesuatu yang rare mengenai pilihan di majlis perkahwinannya.
Ads
Kata Bonnie kepada Brides, sedari awal hatinya sudah nekad untuk menyarungkan gaun vintaj pada hari bahagianya.
“Sudah ada banyak gaun-gaun cantik di seluruh dunia yang mempunya bermacam-macam karakter dan penceritaan.”
“(Dan) Amat penting untuk kami memaparkan sisi diri kami sebagai pasangan yang cintakan alam sekitar dan penggunaan semula barangan terpakai, berpaksikan kreativiti kami dan mencipta sendiri,” ulasnya yang mendapatkan gaun perkahwinannya yang berusia 100 tahun di salun pengantin vintaj Happy Isles di Los Angeles.
Ads
Of course, Bonnie perlu melakukan beberapa alterasi terhadap gaun berpotongan V neck itu seperti menambah lapisan lining di dalam memandangkan fabrik gaun asal bersifat telus pandang (transparent).
Sementara itu, sepatu tinggi Prada dan aksesori kepalanya pula adalah miliknya sendiri.
Ads
Cantiknya Bonnie! Persis stail yang digayakan oleh karakternya, Ginny Weasley dalam filem Harry Potter.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah banyak isu tentang kahwin muda yang selalu kita baca di media sosial mahu pun media-media elektronik.
Ramai menyokong tindakan kahwin muda sebab katanya tak nak berlakunya maksiat dan lebih baik kahwin saja.
Bermulalah perkongsian indah si pengantin baru tentang kehidupan yang lebih berkat, rezeki makin bertambah dan tanggungjawab digalas bersama-sama pasangan. Oh sweetnya!
Persoalannya, senang ke nak kahwin dan hidup berumah tangga ni?
Nah, setiap orang mempunyai pandangan mereka sendiri. Lain pula bagi Gatdi yang tidak berapa setuju untuk mengajak anak muda berkahwin awal. Dia sendiri berkahwin pada usia 22 tahun dan dia jugalah orang yang paling tak suka untuk perjuangkan kahwin muda.
Nak tahu kenapa? Jom ikut thread twitter ni..
1. Jangan bandingkan diri dengan orang lain
2.Jangan kahwin sebab ikut trend
3. Kahwin ni benda serious
4. Dah sedia mental?
5. Komitmen bertambah
Tapi, baginya kalau dah memang ada peluang dan ruang untuk berkahwin, kahwin je la. Usahalah sebaik mungkin dan Rasulullah sendiri menyuruh untuk berkahwin muda, tapi ada syaratnya.
Syarat untuk kahwin adalah MAMPU. Mampu zahir dan batin.
MAMPU= KEWANGAN
KEWANGAN=DUIT
So, pendapat korang macam mana pula? Tepuk dada, tanya selera! Apa-apa pun semua yang kita lakukan dalam hidup ni ada pros and cons. Paling penting, buatlah keputusan dengan bijak, bukan sekadar hanya mengikut hawa nafsu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Barangkali mungkin kita semua sudah muak dengan istilah ‘cinta buta’. Buat pengetahuan korang semua there’s no such thing as cinta buta. Orang yang ‘buta’ kerana cinta itu wujudlah, bukan sebaliknya.
Mungkin dek kerana puitis sang pujangga sesetengah golongan remaja berfikiran bahawa semua perkara layak dikorbankan demi mengejar cinta. Tapi hakikatnya dalam dunia yang serba mencabar seperti sekarang, ia tidak semudah A,B,C.
Cinta yang kononnya diperjuang kalau lahir hanya berlandaskan kemahuan nafsu dan tanpa pertimbangan adalah sangat merbahaya.
Jadi kali ini REMAJA ingin kongsikan 5 perkara yang tidak patut korang korbankan di atas nama cinta.
Kebahagiaan diri sendiri
Kalau korang perhatikan drama TV sekarang, terlalu banyak kisah tentang hubungan yang merosakkan dipaparkan. Hubungan abusive seorang lelaki terhadap perempuan. Girls, jangan jadi bodoh ya. Jangan ‘hambakan’ diri kepada lelaki yang tidak tahu bagaimana menghormati seorang wanita. Ya, manusia mungkin boleh berubah. Akan tetapi janganlah memperbodohkan diri dengan menjadi setia kepada hubungan yang tidak sihat dan menolak kebahagiaan kamu sendiri.
Kebebasan diri
Kadangkala sesetengah pasangan sifat mengonkong dan clingy mereka mengalahkan orang yang sudah berkahwin! Come on, setiap orang perlukan ruang dan masa untuk lakukan apa-apa sahaja sendirian. Dan korang juga perlu bebas untuk membuat keputusan sendiri. Jangan kerana cinta kamu hanya menjadi pak turut, merelakan apa sahaja si dia buat keputusan walaupun sesetengah perkara dilakukannya korang tak suka. Jangan korbankan kebebasan diri kerana cinta.
Adlah satu perkara normal jika hubungan kamu terutamanya dengan rakan-rakan menjadi sedikit jauh bila sudahb berpasangan. Begitu juga dengan ahli keluarga, pastinya masa korang akan dibahagi-bahagikan antara mereka dan si dia. Tapi awas jika dia mula menunjukkan belang untuk memisahkan korang dengan mereka, berlalulah segera. Jangan kerana cinta korang nak korbankan hubungan antara keluarga dan kawan-kawan yang telah lama terbina.
Identiti diri
Pernah tak dengar orang cakap, “bila dah bercinta terus tak ingat dunia”. Mungkin itulah yang selalu kata-kata yang diberikan kepada orang yang seakan hilang arah tuju bila kemaruk sangat dengan cinta. Malah, mereka ini rela untuk tidak menjadi diri mereka dan mengikut sahaja apa yang pasangannya lakukan. Labih teruk kalau perubahan itu ke arah yang tidak sihat seperti terlibat dengan gejala negatif dan tak bermoral.
Cita-cita
Setiap individu memasang impian masing-masing. Dan sebenarnya hubungan cinta tidak harus dijadikan sebagai alasan untuk korang menguburkan impian tersebut. Seorang pasangan yang baik harus memahami dan menyokong apa jua impian yang dicita-citakan oleh korang. Jika dia tidak serius malah memandang remeh akan cita-cita itu, tinggalkannya segera! Tak perlu korang terus setia dalam hubungan bersama orang yang tidak memahami impian orang lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keharmonian rumah tangga pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin, 33 dan Nur Fazura Sharifuddin, 41 yang hangat dipersoalkan di media sosial beberapa bulan kebelakangan ini terjawab pada Jumaat, 13 September.
Ini setelah Fazura difahamkan memfailkan penceraian terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari dekat Shah Alam, pagi tadi.
Pelakon, Fattah Amin.
Menurut sumber yang mengesahkan perkara tersebut kepada BH Online, Fazura bagaimanapun tidak menghadiri mahkamah.
Sebaliknya, pemilik jenama Tudung Fazura dan Fazbulous itu diwakili oleh peguamnya untuk menguruskan pemfailan tersebut.
“Iya, Fazura sudah failkan perceraian sebelum tengah hari tadi,” kata sumber berkenaan.
Namun, butiran terperinci termasuklah punca penceraian tidak didedahkan untuk pengetahuan khalayak.
Pelakon, Nur Fazura.
Sebagai info, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!