Masuk je tahun baru, macam-macam azam yang selalunya kita dengar daripada kawan-kawan, family dan orang terdekat. Selain nak kurus yang dah jadi azam klise setiap tahun, ramai juga berazam untuk menabung tahun ini.
Bila dah ada simpanan sikit, mudahlah untuk korang nak plan pergi bercuti, atau paling tidak pun, duit yang disimpan tu boleh digunakan pada waktu-waktu kecemasan.
Ramai yang mengeluh dengan gaji yang tak seberapa macam mana mereka nak menabung?
Nah, kali ni kami nak kongsikan tip simpan duit cara sempoi yang telah dikongsi oleh Safura Planner di laman Facebooknya.
Bolehlah korang start menabung hari ini!
Ads
Tip simpanan
RM1 – Setiap hari masuk dalam tabung. Total setahun genapkan RM400
RM5 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total genapkan setahun RM500
Ads
RM10 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total setahun genapkan RM500
RM20 – Simpan setiap bulan 2 keping. Total setahun genapkan RM500
RM50 – Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember) Total setahun RM300
Ads
RM100 – Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November) Total setahun RM600
Total keseluruhan duit simpanan yang korang boleh dapat dalam setahun adalah RM3,300. Bolehlah daripada tak ada kan?
Rasanya cara simpanan ni boleh dipraktikkan kerana ia tidak memerlukan jumlah yang banyak sekali gus. Cuma korang perlulah berdisiplin untuk merealisasikan niat menyimpan ni. Hiks!
Kalau tak dapat simpan banyak, boleh ikut kemampuan korang. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya rasa bila buat siaran langsung, orang boleh tahu di mana lokasi kita berada. Kita juga kena bijak berkongsi aktiviti di media sosial.
“Kalau keluar beli barang dapur atau isi minyak, saya memang buat sendiri tapi pada waktu siang. Selain, saya jarang buat siaran langsung dan kongsi keadaan persekitaran rumah,” tuturnya.
Pelakon drama popular 7 Hari Mencintaiku itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama siri terbaru Viu, The Secret.
Mengulas situasi semasa dan kes jenayah pada masa ini, pelakon berdarah kacukan itu memaklumkan, setiap individu terutama kaum wanita perlu peka dengan keadaan sekeliling dan tidak mudah leka.
Katanya, penting untuk setiap individu lebih berhati-hati apabila berada di luar dan tidak berdiam diri sekiranya menjadi mangsa jenayah.
“Sedih apabila baca berita semasa berkaitan jenayah bunuh dan rogol yang dilaporkan kebelakangan ini. Apa yang boleh saya sarankan kita perlu sentiasa beringat bila berada di luar rumah. Elakkan kalau tahu tempat yang dituju tidak selamat.
“Walaupun pun saya sendiri ada seni mempertahankan diri Muay Thai, bila keluar saya akan ditemani pengurus atau kawan-kawan.
“Apa yang penting, sekiranya menjadi mangsa jenayah, laporkan, tidak kiralah anda perempuan atau lelaki. Jangan mendiamkan diri kerana ia boleh menjejaskan kesihatan mental,” katanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kata Remy, sebelum mendirikan rumah tangga lagi, dia sudah mempunyai angan untuk memberi nama anaknya yang mempunyai unsur kemelayuan.
“Masa bujang lagi, saya ada terfikir kalau anak lelaki, saya mahu letak nama ada unsur Melayu.
“Saya dah bincang dengan Ezza dan dia pun setuju,” katanya.
Pada masa sama, pelakon berusia 41 tahun itu turut memberitahu bahawa dia ada beberapa nama lain yang turut menjadi pilihan untuk anaknya sebelum memilih Tuah Alam.
“Selain daripada Tuah Alam, kami ada letak Tuah Arjuna, Tuah Alexander. Kenapa Alexander? Sebab saya ada terbaca buku Alexander.
“Tapi akhirnya kami memilih Tuah Alam. Nak ada nama ‘mix’ juga pada mulanya, tapi tidak boleh sebab bukan jiwa,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Remy dan Ezza melangsungkan perkahwinan pada tanggal 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalin cinta.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap ibu bapa menginginkan yang terbaik buat pendidikan anak-anak. Namun, tidak semua mampu untuk menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Pelajar di Malaysia bertuah kerana diberi kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sedikit sebanyak ia dapat membantu meringankan beban ibu bapa dalam menanggung segala kos pembelajaran.
Walau bagaimanapun, bagi keluarga yang berkemampuan, menghantar anak-anak sambung belajar ke luar negara mungkin tiada halangan buat mereka.
Buat korang yang inginkan informasi tentang kolej termahal dunia, berikut REMAJA senaraikan 10 kolej termahal yang boleh anda pertimbangkan untuk melanjutkan pelajaran.
10. Bard College
Walaupun berada di tempat kesepuluh, kos tuisyen bagi kolej ini tidak jauh beza dengan kolej yang mendapat tempat pertama dalam senarai ini. Setahun pengajian di Bard College, New York ini boleh menelan belanja kira-kira $57,500 (RM254,725).
9. University of Chicago
Universiti ini mencatat sejarah sebagai sebuah institusi yang hebat dalam pengajian tinggi. Ditubuhkan pada tahun 1889, pelajar-pelajar dari seluruh dunia turut mendaftar di kolej ini. Kos pengajian di antara $57,500 dan $58,000 (RM254,725 dan RM256,940) setiap tahun.
8. Drexel University
Universiti yang berpangkalan di Philadelphia ini digambarkan sebagai “universiti penyelidikan swasta” yang mengenakan kos pembelajaran kira-kira $58,000 (RM256,940) setahun.
7. Dartmouth College
Kolej ini terletak di New Hampshire dan menelan kos yuran tahunan sebanyak $58,000 (RM256,940).
6. Claremont McKenna College
Satu lagi institusi yang berpangkalan di California juga menawarkan kos pengajian yang lebih kurang sama dengan keempat-empat kolej sebelum ini, $58,000 (RM256,940) setahun.
5. Wesleyan University
Tidak jauh dari bandar New York, Wesleyan University digambarkan sebagai “kolej seni liberal swasta” yang ditubuhkan pada tahun 1831 dan menetapkan kira-kira $58,000(RM256,940) setahun untuk korang melanjutkan pelajaran di sini.
4. Columbia University
Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1754 sebagai King College oleh piagam diraja King George II dari England. ia merupakan institusi tertua pengajian tinggi di New York dan kelima tertua di Amerika Syarikat. Untuk melanjutkan pelajaran di universiti ini, korang akan dikenakan kos pengajian kira-kira $59,000 (RM261,370) setahun.
3. Harvey Mudd College
Dibuka pada September 1957, kolej ini merupakan pilihan terkemuka bagi pelajar di serata dunia untuk melanjutkan pelajaran. Kolej yang menawarkan pengajian sains ini menerima beberapa penganugerahan terbaik dalam bidang pendidikan. Secara purata, yuran tahunan yang dikenakan adalah $59,000 (RM261,370) setahun.
2. New York University
Bandar New York dilihat sebagai satu destinasi bagi mereka yang sanggup membayar dengan jumlah wang yang banyak hanya semata-mata untuk mendapatkan segulung ijazah. Universiti ini terletak di Greenwich Village dan pelajar perlu membayar kira-kira $60,000 (RM 265,800) setahun untuk melanjutkan pelajaran disana.
1. Sarah Lawrence College
Nama kolej ini mungkin tidak se gah Harvard, Yale atau Oxford, tetapi berdasarkan kos pengajian mereka, harganya boleh tahan juga. Universiti yang terletak di Yonkes, New York ini menawarkan pengajian dengan kadar yuran tahunan kira-kira $61,000 (RM270,230) setahun.
Rasa-rasanya selepas melihat senarai ini, ada tak mana-mana kolej yang sesuai dengan budget korang? Hehe.
Tak perlu risau, di mana pun anda melanjutkan pelajaran, yang penting adalah kerja keras dan usaha untuk menjadi pelajar terbaik. Kolej-kolej yang mahal dan bertaraf dunia ini.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.