Bak kata orang, memang tidak mudah untuk mengubah takdir, apatah lagi jika kita mahu bermula dengan keputusan SPM yang sering dipandang rendah oleh masyarakat. Namun, itulah realiti penuh inspirasi dilalui oleh Zul Hakim Zulhaimi, anak muda dari Malaysia yang baru-baru ini meraih perhatian apabila berjaya menamatkan pengajian dalam dua jurusan di Universiti Purdue, Amerika Syarikat dengan kepujian tinggi.
Menerusi sebuah perkongsian MARA USA di Facebook, Zul Hakim difahamkan baru sahaja bergraduasi dalam dua jurusan sekaligus iaitu Teknologi Kejuruteraan Mekatronik dan Teknologi Kejuruteraan Integrasi Automasi & Sistem.
Apa yang lebih membanggakan, beliau berjaya menamatkan pengajian lebih awal daripada yang dijadualkan, iaitu pada semester di musim bunga tahun ini berbanding musim luruh 2025 seperti yang dirancang oleh pihak MARA.
Dalam pada itu, kisah kejayaan Zul Hakim bukan bermula dengan jalan yang mudah kerana sebelum ini beliau pernah menjadi pelajar aliran sastera dan hanya memperoleh 2A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga menyebabkan banyak permohonan beliau ke universiti awam ditolak.
Ads
“Semua permohonan beliau untuk menyambung pengajian ke universiti awam tidak berjaya, namun Zul Hakim mengambil langkah untuk menyambung pengajian di German-Malaysian Institute (GMI) pada tahun 2018,” menurut perkongsian yang ditulis oleh MARA USA.
Menerusi tekad yang tinggi, Zul Hakim berjaya menamatkan Diploma Kejuruteraan Teknologi Mekatronik dengan keputusan cemerlang pada tahun 2021.
Selain itu, bermodalkan semangat tidak pernah luntur, beliau seterusnya menerima tajaan MARA untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan memilih Universiti Purdue University di Indiana kerana ia antara universiti terbaik dunia dalam bidang kejuruteraan.
Ads
Pada masa yang sama, bagi membuktikan dirinya setanding pelajar terbaik yang lain, beliau aktif menyertai projek berimpak tinggi seperti pembangunan prototaip exoskeleton pintar yang dilengkapi sensor daya dan sudut untuk tujuan pembelajaran dan aplikasi industri.
Selain itu, beliau turut menjadi pembantu pengajar atau ‘teaching Assistant’ bagi kursus Lean Six Sigma, serta mewakili kumpulan dalam Tech Expo Purdue bagi membentangkan hasil inovasi kepada pihak industri dan akademik.
Ads
Untuk pengetahuan, usaha dan dedikasi Zul Hakim sebagai seorang pelajar cemerlang juga terbalas apabila beliau bukan sahaja menamatkan pengajian lebih awal, malah menerima Golden Honor Cord sebagai simbol kecemerlangan akademik tertinggi di universiti berkenaan dan menjadikan kejayaan dirinya adalah bukti keputusan SPM bukan penentu masa depan.
Intihanya, kisah Zul Hakim dapat memberi contoh baik kepada anak muda masa kini bahawa semua orang berhak untuk mempunyai mimpi dan impian besar dan luas. Kejayaan beliau menjadi bukti nyata bahawa permulaan yang sederhana tidak menghalang pencapaian yang lebih baik.
Sumber artikel & foto: Facebook MARA USA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Umum mengetahui bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq telah menubuhkan kan Parti MUDA ataupun nama panjangnya Malaysian United Democratic Alliance pada September 2020. Tujuan utama parti ini dilihat sebagai satu platform yang boleh disertai oleh rakyat pelbagai kaum dengan memberi fokus kepada golongan anak muda.
Menurut Syed Saddiq di dalam laporan Astro Awani pada 25 Ogos 2020, sudah tiba masanya Malaysia memiliki sesebuah gerakan yang terdiri dari anak muda, ia bagi memastikan suara belia tidak dipandang enteng di dalam parlimen mahupun di luar parlimen. Namun sehingga kini parti yang diasaskan oleh ahli parlimen Muar ini masih belum diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malysia.
Disebabkan hal ini, parti tersebut telah melantik bekas Peguam Negara, Tommy Thomas dan bekas Presiden Badan Peguam Malaysia, Ambiga Sreenevasan untuk mengendalikan isu ini sekiranya pendaftaran yang telah dilakukan masih belum selesai.
Dalam satu kenyataan pada Isnin oleh MUDA di laman Instagram parti tersebut, proses pendaftran parti MUDA sebagai sebuah parti politik yang sah telah mula dibuat pada 17 September 2020. Namun sehingga 21 Disember 2020, barisan Penaja MUDA masih belum menerima apa-apa perkembangan terkini berkenaan pendaftaran yang telah dilakukan.
Sebelum ini Perikatan Nasional hanya mengambil masa tiga hari sahaja di bawah kerajaan hari ini manakala pada era kerajaan lama ‘Barisan Nasional’ pendaftaran Parti Pribumi BERSATU Malaysia mengambil masa 30 hari.
Sementara itu di Instagram peribadi, Syed Saddiq berkata, “Di parlimen panggil kami “budak-budak”, tetapi selepas 3 bulan masih takut nak luluskan MUDA yang dikendalikan “Budak-budak”. Kalau betul kami “lemah”, “picisan”, “budak2”, Luluskan MUDA dan biar rakyat tentukan masa depan kami. In 7 days time if MUDA is not registered, we will be represented in court by Former AG Tan Sri Tommy Thomas & Former Bar council President Dato’ Ambiga. Uphold Malaysian Democracy & Federal Constitution by approving MUDA.
***P/S – Semoga segala urusan dipermudahkan dan parti MUDA benar-benar menjadi wadah perubahan dalam gelora ombak politik di Malaysia.
RM2.28 Juta Pampasan! Remaja Alami Kerosakan Otak Kekal Akibat Kecuaian Doktor Semasa Dilahirkan. Kisah ini menjadi tumpuan ramai kerana membabitkan isu kecuaian perubatan yang akhirnya mengubah seluruh perjalanan hidup seorang remaja sejak lahir.
Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan kerajaan membayar lebih RM2.28 juta kepada seorang remaja berusia 15 tahun yang mengalami kerosakan otak kekal selepas dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Mahkamah mendapati doktor gagal mengambil tindakan segera semasa proses kelahiran, sekali gus menyebabkan remaja tersebut menghidap palsi serebrum tahap serius.
Gambar Hiasan HKL
Hakim Akui Hiba, Tapi Keputusan Berdasarkan Undang-Undang
Menurut laporan Berita Harian, Pesuruhjaya Kehakiman, Gan Techiong, dalam penghakimannya pada 6 Mei lalu berkata beliau berasa hiba apabila melihat keadaan plaintif yang hadir ke mahkamah menaiki kereta sorong bayi. Namun katanya, keputusan pampasan tidak boleh dibuat hanya atas dasar simpati, sebaliknya mesti berlandaskan prinsip undang-undang agar adil kepada semua pihak termasuk pembayar cukai.
Doktor Gagal Lakukan Pembedahan Kecemasan
Kes ini difailkan oleh ibu plaintif pada Januari 2023. Mahkamah diberitahu, doktor gagal melakukan pembedahan caesarean kecemasan dalam masa yang disyorkan, menyebabkan bayi tersebut hilang peluang untuk lahir tanpa komplikasi. Kelewatan itu menjadi punca utama remaja tersebut mengalami palsi serebrum yang membuatkan dia tidak mampu mengangkat kepala, memerlukan makanan melalui tiub, dan bergantung sepenuhnya pada penjaga sepanjang hayat.
Pecahan Jumlah Pampasan
Mahkamah menganugerahkan pampasan berjumlah lebih RM2.28 juta dengan pecahan berikut:
RM300,000 – ganti rugi am
RM458,400 – ganti rugi khas
RM51,300 – ganti rugi sebelum perbicaraan
RM1.47 juta – ganti rugi am masa hadapan
Selain itu, kadar faedah lima peratus setahun turut dikenakan terhadap sebahagian jumlah pampasan tersebut.
Isyarat Penting Tentang Hak Pesakit
Walaupun mahkamah menolak tuntutan ganti rugi teruk (aggravated damages), keputusan ini memberi mesej jelas bahawa hak pesakit mesti dilindungi dan setiap kecuaian doktor boleh membawa implikasi besar. Kes ini juga mengingatkan betapa pentingnya tindakan pantas dalam situasi perubatan berisiko tinggi.
Bagi pembaca remaja, kisah ini membuka mata bahawa isu hak pesakit, kecuaian doktor dan tanggungjawab hospital adalah sesuatu yang sangat serius. Sedikit kelewatan atau kelalaian mampu mengubah hidup seseorang selama-lamanya.
Supaya kita tak lagi terkeliru bila berdepan situasi lampu isyarat rosak, berikut adalah panduannya.
Lorong mana dapat keutamaan laluan
1. Sebaik sahaja anda ketahui lampu isyarat di jalan tersebut sedang rosak, anda haruslah memperlahankan pergerakan kenderaan.
2. Beri laluan kepada kenderaan yang mendahului anda semasa memasuki persimpangan.
3. Sekiranya anda dan kenderaan yang lain tiba pada waktu yang sama, berilah laluan kepada kenderaan yang datang daripada sebelah KANAN terlebih dahulu.
4. Pastikan anda tidak berasa teragak-agak dan teruskan pemanduan dengan lebih berhati-hati.
Simpang tanpa lampu isyarat tapi ada isyarat berhenti
Ada juga persimpangan tanpa lampu isyarat tapi ada tanda berhenti I LALUAN.Kereta A perlu memberikan keutamaan laluan kepada kereta B terlebih dahulu.
Di persimpangan ini, pemandu seharusnya:
Berhentikan kenderaan sehingga tiada sebarang lintasan trafik di hadapan atau dari arah kanan.
Berikan laluan kepada kenderaan yang hadir dari arah kanan atau hadapan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.