Rumah merupakan tempat berlindung dari panas dan hujan. Ia satu keperluan asas manusia abad ini. Tak kisahlah rumah bagaimana kita duduki, janji penghuninya bahagia di dalam. Betul tak?
Tapi kenapa sebahagian remaja bosan duduk di rumah sendiri? Kenapa suka lepak di luar dengan kawan-kawan?
Semak, 20 ciri rumah yang tidak dimasuki malaikat. Apa tanda-tandanya?. Mesti korang terkejut kalau tahu faktanya? Bagaimana kita nak pastikan rumah yang dihuni sekarang ini dipenuhi rasa bahagia dan malaikat pun tak segan-segan singgah di rumah kita.
Sedikit info, malaikat adalah ciptaan Allah yang ghaib. Yang tidak mempunyai nafsu dan fkiran. Tidak berbapa dan tidak beribu. Juga tidak beranak. Malaikat hanya mengerjakan apa yang diperintahkan Allah kepada mereka. Malaikat ada banyak tetapi ada 10 wajib diketahui.
Keimanan kepada malaikat termasuk dalam rukun Iman yang kedua. Maka setiap orang Islam yang mengaku muslim harus mengimani keberadaan Malaikat.
Ini ciri-ciri rumah yang malaikat sama sekali tak akan singgah.
Sweet kalau boyfriend hadiah bear tapi malaikat takkan memasuki rumah kalau ada patung di dalamnya – pix giphy
Biasakan kita dengar hal ini di mana malaikat takkan singgah kalau dalam rumah itu ada menyimpan patung-patung seperti teady bear. Banyak kekasih suka nampak sweet menghadiahkan patung ini tapi kalau boleh jangan simpan di dalam rumah (lainlah kalau teady bear itu jadi mainan anak-anak kecil, dipijak-pijak atau dilempar-lempar. Ini tak mengapa).
Gambar potret hidup juga antara sebabnya- pix giphy
Keduanya, di rumah kita suka menggantung gambar manusia hidup yang telah dipotretkan. Memang nampak macam bestkan framekan gambar terima ijazah dan sebagainya tapi malaikat memang takkan memasuki rumah sebegini.
Ketiga, rumah yang penghuninya ada memelihara anjing.
Apa lagi ciri-ciri rumah yang tidak dimasuki malaikat?. Baca seterusnya dengan teliti. Kalau boleh disimpan, dibuang atau sebagainya, terpulanglah bagaimana nak buat.
Ke empat, rumah yang penghuninya suka makan harta anak yatim. Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang diperlakukan (diasuh) dengan baik, dan seburuk-buruk rumah kaum muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk. (HR. Ibnu Majah) “Sesungguhnya orang-orang yang makan harta-harta anak yatim dengan cara penganiayaan, maka apa yang mereka makan di akhirat kelak adalah api neraka dan mereka akan masuk dalam neraka Sa’ir.” (an-Nisa’: 10).
Kelima, rumah orang yang suka makan harta riba. Jauhilah oleh kalian tujuh perkara yang menghancurkan (maksudnya tujuh dosa besar). Mereka (para sahabat) bertanya; ‘Apa saja, wahai Rasulullah?’ Beliau bersabda; ‘Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah, memakan riba, makan harta anak yatim, berpaling dari medan perang, dan menuduh wanita mukminah yang baik-baik berbuat kekejian (zina).” (HR. al-Bukhari dan Muslim).Larangan memakan harta hasil riba juga berlaku bagi orang yang membayar atau memberi riba kepada orang lain, baik secara individu mahupun keuntungan seperti faedah bank, gadaian dan sebagainya.
Ads
Keenam, rumah yang penghuninya tak pernah berselawat dan berzikir. Daripada Jabir berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila seorang masuk ke rumahnya dengan berzikir kepada Allah ketika memasukinya dan ketika makan, syaitan berkata: “Aku tidak makan dan tidak menginap di tempat kamu, dan apabila dia masuk tidak berzikir kepada Allah ketika masuk, maka syaitan mengatakan: “Aku boleh menginap dan apabila tidak berzikir ketika makan, syaitan berkata: “Aku boleh bermalam dan makan malam.” – (Riwayat Muslim).
Ketujuh, penghuni rumah suka bergaduh. Mengeluarkan perkataan caci maki dan bahasa kesat. Nabi saw seperti diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a “dua orang yang saling mencaci bertanggungjawab atas kata-katanya. Maka dosa orang yang mengawalinya itu akan muncul hingga yang dicaci maki melampaui batas dalam membela diri.
Suka menyanyi amat melalaikan-pix giphy
Kelapan, rumah yang penghuninya suka memasang dan mendengar lagu yang melalaikan. Contoh suka berkaraoke, lagu cinta, rock, dangdut dan sebagainya. Hati-hati ya dengan ciri ke lapan ini kerana siaran radio dan tv banyak menjurus kepada kelalaian ini. Ini memang banyak dilakukan konon untuk berseronok tapi tak sangka malaikat pun tak suka singgah.
Kesembilan rumah yang ada loceng. Malaikat rahmat tidak akan mendampingi suatu kaum yang terdiri atas orang-orang yang berteman dengan anjing. Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang artinya) : “Malaikat tidak akan menemani kelompok manusia yang di tengah-tengah mereka terdapat anjing”. [hdis riwayat Muslim]
Imam Nawawi dalam pendapatnya : “Hadis di atas memberikan petunjuk bahawa membawa anjing dan loceng pada perjalanan merupakan perbuatan yang dibenci dan malaikat tidak akan menemani perjalanan mereka.
Ciri 10, rumah yang penghuninya suka minum arak. Walau hanya setitik dan tidak memabukkan, arak tetap haram. “Hai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, berhala dan undian adalah kotor dari perbuatan syaitan. Oleh kerana itu jauhilah dia supaya kamu bahagia. Syaitan hanya bermaksud untuk mendatangkan permusuhan dan kebencian di antara kamu disebabkan khamar (arak) dan judi, serta menghalangi kamu ingat kepada Allah dan sembahyang. Apakah kamu tidak mau berhenti?” (al-Maidah: 90-91).
Ads
Ciri 11, rumah yang dijadikan tempat bermain judi dan menyembah berhala. Hukum bermain judi jelas haram tetapi tetap digemari oleh kebanyakan mereka yang mahu hidup kaya dengan mudah. Semoga kita menjauhi perbuatan ini.
Ciri 12, rumah yang dijadikan tempat bacaan mentera dan perbuatan syirik.
Ciri 13, rumah yang ada bau yang kurang menyenangkan. Contoh melumurkan kunyit di seluruh tubuh, penggunaan colok, orang yang berlumuran minyak wangi khaluq dan sebagainya.
Ciri 14, rumah yang penghuninya hidup boros. “Sesungguhnya Allah meredhai tiga hal bagi kalian dan murka apabila kalian melakukan tiga hal. Allah redha jika kalian menyembah-Nya dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, dan (Allah redha) jika kalian berpegang pada tali Allah seluruhnya dan kalian saling menasihati terhadap para penguasa yang mengatur urusan kalian. Allah murka jika kalian sibuk dengan desas-desus, banyak mengemukakan pertanyaan yang tidak berguna serta membuang-buang harta.” (HR. Muslim)
Malaikat takkan memasuki rumah penghuni berterusan melakukan dosa – pix giphy
Ciri 15, penghuninya melakukan maksiat secara berterusan. Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam” (Hadis riwayat Ibn Majah).
Ciri 16, rumah yang dijadikan tempat melakukan dosa besar seperti pelacuran. Banyak orang mengambil jalan mudah kerana mengejar wang tanpa menyedari diri dan rumah semakin jauh dari rahmat Allah.
Ads
Ciri 17, derhaka kepada ibu bapa. Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan kata-kata nabi yang dinyatakan Bukhari: “Sebesar-besar (daripada) dosa besar adalah menyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu.”.
So guy n girl, jangan lakukan ini langsung kerana bukan saja malaikat tak masuk ke rumah, hidup pun tak akan mendapat rahmat Allah di dunia dan akhirat.
Ciri 18, penghuni rumahnya dalam keadaan berhadas besar@tidak mandi menyucikan diri dari hadas besar. Rasulullah saw bersabda, “Tiga orang yang tidak didekati oleh malaikat (rahmat): orang junub, orang mabuk dan orang yang berlumuran minyak wangi khaluq.” (HR. Al Bazzar; shahih).
Ciri 19, rumah yang penghuninya suka memutuskan silaturahim. Orang yang suka memutuskan silaturahim ini tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Nabi saw: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadis riwayat Muslim).
Ciri 20, rumah yang penghuninya langsung tidak bersolat. “Ulama bersepakat bahawa meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalah dosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar dari dosa membunuh, merampas harta orang lain, berzina, mencuri dan minum minuman keras. Orang yang meninggalkannya akan mendapat hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat.”
Sebagaimana kita mahukan keredhaan Allah di akhirat, kita juga harus memperolehnya di dunia dahulu. Jika ada 20 ciri di atas, segeralah alert ya. Jangan sampai hidup ini sia-sia sahaja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin ramai tidak sedar atau jahil ilmu, di sebalik rasa sedih akibat kematian, terdapat segelintir dari kita melakukan kesilapan bila menguruskan harta si mati.
Ramai salah anggap dengan beranggapan, andai nama mereka diletakkan sebagai penama dan bila berlaku kematian, duit itu menjadi hak mereka sedangkan ia sepatutnya di faraidkan menurut undang-undang Islam. Kalau itulah difikirkan, ternyata kita sudah melakukan KESILAPAN BESAR.
Menurut Perunding Profesional Mewarith, Sfatyma Idris, 25 tahun, masyarakat harus faham, penama adalah orang yang diamanahkan untuk menguruskan harta si mati dan BUKAN pemilik wang si mati.
“Banyak kesilapan berlaku dan tanpa sedar kita sebenarnya TERMAKAN DUIT HARAM” kerana berlaku salah faham atau kejahilan ilmu tentang hal ini,’ katanya ketika dihubungi REMAJA.
Ramai pihak salah faham tentang soal penamaan dengan beranggapan, wang itu milik mereka sebaliknya penama hanya sebagai pemegang amanah sahajaAdik beradik si mati tidak berhak menerima harta faraid ini jika masih mempunyai ayah tapi berbeza jika ayahnya sudah meninggal, baru boleh.
Menurut Sfatyma, jika berlaku kematian pada ANAK BELUM BERKAHWIN dan anak itu bekerja dan mempunyai wang di KWSP, ASB, Tabung Haji dan sebagainya, maka wang itu menjadi MILIK MAK DAN AYAHNYA. Terpulang kepada mak dan ayah untuk membahagikan kepada anak-anak yang lain mengikut budi bicara mereka.
“Namun jika semasa kematian terjadi, si mati tidak mempunyai ayah lagi (sudah meninggal) maka barulah adik beradik si mati mempunyai hak dan bahagian masing-masing dalam harta arwah.
“Ia akan dibahagikan secara faraid di mana bahagian masing-masing akan ditentukan,” katanya.
Bagaimana pun menurut Sfatyma, hukum faraid ini hanya tertakluk kepada harta-harta yang berpenama sahaja seperti KWSP, Tabung Haji, ASB dan sebagainya.
“Kalau si mati itu mendapat wang sagu hati (sebagai contoh kes anggota bomba bujang yang lemas di Puchong), duit khairat kematian dan sebagainya, wang itu tidak perlu difaraid kerana ia memang diberi untuk meringankan beban ahli keluarga sedia ada.
Hukum faraid melibatkan yang sudah berkeluarga berbeza sedikit berbanding si mati masih bujang
Menurut perunding profesional ini lagi, pembahagian harta faraid ini berbeza jika si mati sudah berkahwin.
“Dalam hukum Islam, ada 5 WARIS UTAMA iaitu :
i) Ibu
ii) Bapa
iii) Pasangan (suami atau isteri)
iv) Anak lelaki
v) Anak perempuan
“Jika yang meninggal itu, SUAMI, maka ibu dan ayahnya layak menerima wang tersebut. Begitu juga dengan isteri, anak lelaki dan anak perempuannya.
“Hal yang sama juga berlaku jika yang meninggal itu ISTERI, maka pembahagian itu masih sama iaitu mak dan ayah si mati, suami, anak lelaki dan anak perempuannya.
Bagaimana pun menurut Sfatyma, hukum faraid ini akan berbeza jika AYAH si mati sudah meninggal dunia.
“Jika AYAH MATI, maka nama adik beradik si mati akan masuk dan menerima bahagian faraid ini ,” katanya yang mengakui masyarakat kurang pemahaman dalam isu pembahagian faraid ini.
Jangan bersenang lenang dengan harta si mati tetapi tidak mahu membayar hutangnya.
Bagaimanapun di saat membahagikan wang faraid ini, WAJIB MELANGSAIKAN HUTANG SI MATI terlebih dahulu sebelum semua wang diagihkan.
“Jika si mati mempunyai lebih banyak hutang dan tinggal sifar dalam akaunnya, maka tiada keperluan untuk di faraidkan,” katanya lagi.
Dalam pada itu Sfatyma berkata, awal tahun ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah menukar polisi di mana bagi anak-anak berusia 18 tahun ke bawah, andai nama mereka diletakkan sebagai penama dan belum belum mencapai usia ketika kematian melibatkan ibu atau ayah, maka IBU ATAU AYAH (tertakluk siapa yang meninggal BOLEH mengeluarkan wang tersebut tanpa perlu anak menunggu usia 18 tahun namun wang itu perlu dibahagikan menurut hukum faraid.
“Ini dilakukan selepas banyak kajian dilakukan di mana penambahbaikan dilakukan. Tetapi ia hanya tertakluk kepada mereka yang telah MEMBUAT PENGEMAS KINIAN PENAMA MULAI JANUARI 2018 dan bukan kepada penamaan lama,” katanya lagi.
Jadi dah fahamkan penjelasan mengenai hukum faraid dan siapa yang berhak ini. Ingat ya, PENAMAAN HANYA PEMEGANG AMANAH, BUKAN PEWARIS HARTA SI MATI. Harta wajib dibahagikan menurut hukum faraid.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem muzik animasi Trolls muncul dengan sekuel terbaru, Trolls World Tour yang membariskan selebriti ternama seperti Anna Kendrick, Justin Timberlake, J Balvin, Rachel
Bloom, Flula Borg, Kelly Clarkson, James Corden, Ozzy Osbourne, Anderson Paak, George Clinton, Mary J. Blige sebagai pelakon alih suara.
Diarahkan oleh Walt Dohrn, Sambungan filem “Trolls” ini berkisarkan tentang Queen Poppy dan Branch yang menemui beberapa dunia Trolls yang baharu. Setiap satu daripadanya mempunyai genre muzik yang berbeza. Namun satu ancaman misteri menyebabkan Poppy, Branch dan rakan-rakan mereka perlu menjelajah ke tempat baharu demi menyatukan semua Trolls untuk menentang ancaman tersebut.
Berita baik buat peminat Kpop, Red Velvet juga dikatakan bakal membuat kemunculan dalam filem Trolls World Tour ini.
Filem pertama Trolls mendapat ulasan positif daripada pengkritik dan berjaya mengutip $344 juta di seluruh dunia. Adakah Trolls World Tour sekali lagi mencatat kutipan box office bagi meneruskan kejayaan siri animasi ini? Saksikan filem ini yang bakal ditayangkan bermula 12 Mac 2020 di seluruh pawagam tanah air.
Tapi macam biasa, Remaja nak berikan korang peluang untuk menjadi antara yang pertama menonton Trolls World Tour dengan menyertai peraduan #WayangRemaja untuk mendapatkan sepasang tiket ke tayangan perdana yang akan diadakan pada:
Tarikh: 10 Mac 2020 Masa: 8.30 malam Lokasi: MBO Starling
Korang hanya perlu menjawab soalan mudah di bawah ini dan pemenang akan diumumkan melalui DM di Instagram. Peserta yang menyertai peraduan ini perlulah yang tinggal di sekitar kawasan Lembah Klang bagi memudahkan proses pengambilan tiket.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menurut laporan eksklusif dari Dispatch, Jisoo dan Ahn Bo Hyun telah menjalin hubungan bersama sejak sekurang-kurangnya Mei tahun ini. K
Kedua-duanya dilihat bersama di daerah Yongsan di Seoul, tempat Jisoo tinggal pada Mei, Jun, Julai, dan juga 1 Ogos. Wow…dahlah ketika tarikh-tarikh ini, Jisoo tengah sibuk dengan jelajah dunia BLACKPINK. Pandai penyanyi terkenal ini selit masa untuk berjumpa kekasih hati!
Dispatch turut melaporkan pasangan dua sejoli ini kebanyakannya mengadakan janji temu di pangsapuri Jisoo untuk mengelak dari paparazi.
“Jisoo ialah ahli kumpulan gadis bintang dunia. Tiada pilihan lain kerana tempat adalah terhad,” dedah sumber dalaman.
Meski pelakon Yumi’s Cells tersebut turut sibuk dengan jadual penggambarannya, dia akan memastikan untuk melawat rumah Jisoo apabila dia pulang ke Korea setelah jelajah dunia.
Dia akan muncul ke apartmennya dengan pakaian yang selesa dan turut membawa makanan untuk mereka berdua makan bersama. Awhhh…sweet sangat kekasih Jisoo ini.
“Dek kerana jadualnya sebagai ahli kumpulan terkenal, Jisoo jarang berada di Korea. Maka, Ahn Bo Hyun akan berusaha untuk menyelaraskan jadualnya untuk memastikan mereka dapat bertemu apabila Jisoo berada di Korea,” jelas sumber dalaman.
Kedua-dua agensi iaitu YG Entertainment dan Hyun FN Entertainment turut mengesahkan hubungan Jisoo dan Ahn Bo Hyun dengan kenyataan masing-masing.
“Mereka sedang mengenali satu sama lain dengan niat yang baik. Kami amat menghargai jika anda sentiasa memerhatikan mereka,” jelas YG Entertainment dalam kenyataan mereka.
“Ahn Bo Hyun dan Jisoo sedang dalam peringkat untuk mengenali satu sama lain dengan perasaan yang baik. Kami harap anda melihat mereka dengan mesra,” menurut kenyataan dari FN Entertainment.
Menjenguk ke reaksi para peminat pula, majoriti terkejut dengan berita tersebut kerana sebelum ini tiada sebarang interaksi terjadi di antara dua bintang terkenal ini. Memang plot twist habis!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: DISPATCH
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seleps hampir setahun berkecimpung dalam dunia perniagaan, Scha Alyahya berkongsi cabaran sebenar bagi membangunkan jenama fesyen, ayaaya dari bawah menggunakan dana peribadinya.