Bulan Ogos tampil dengan kejutan ‘plot twist’ apabila Jisoo BLACKPINK dan pelakon terkenal Ahn Bo Hyun disahkan menjalinkan hubungan.

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat Obsesi Anak Muda Kini, Harga Tumbler Blackpink Melonjak Naik ‘Kaw Kaw’ Dalam Pasaran!

‘Plot Twist Habis…..” – Jisoo BLACKPINK Rasmi Bercinta Dengan Pelakon Terkenal, Ahn Bo Hyun!

Menurut laporan eksklusif dari Dispatch, Jisoo dan Ahn Bo Hyun telah menjalin hubungan bersama sejak sekurang-kurangnya Mei tahun ini. K

Kedua-duanya dilihat bersama di daerah Yongsan di Seoul, tempat Jisoo tinggal pada Mei, Jun, Julai, dan juga 1 Ogos. Wow…dahlah ketika tarikh-tarikh ini, Jisoo tengah sibuk dengan jelajah dunia BLACKPINK. Pandai penyanyi terkenal ini selit masa untuk berjumpa kekasih hati!

‘Plot Twist Habis…..” – Jisoo BLACKPINK Rasmi Bercinta Dengan Pelakon Terkenal, Ahn Bo Hyun!

Dispatch turut melaporkan pasangan dua sejoli ini kebanyakannya mengadakan janji temu di pangsapuri Jisoo untuk mengelak dari paparazi.

IKLAN

“Jisoo ialah ahli kumpulan gadis bintang dunia. Tiada pilihan lain kerana tempat adalah terhad,” dedah sumber dalaman.

Meski pelakon Yumi’s Cells tersebut turut sibuk dengan jadual penggambarannya, dia akan memastikan untuk melawat rumah Jisoo apabila dia pulang ke Korea setelah jelajah dunia.

‘Plot Twist Habis…..” – Jisoo BLACKPINK Rasmi Bercinta Dengan Pelakon Terkenal, Ahn Bo Hyun!

Dia akan muncul ke apartmennya dengan pakaian yang selesa dan turut membawa makanan untuk mereka berdua makan bersama. Awhhh…sweet sangat kekasih Jisoo ini.

“Dek kerana jadualnya sebagai ahli kumpulan terkenal, Jisoo jarang berada di Korea. Maka, Ahn Bo Hyun akan berusaha untuk menyelaraskan jadualnya untuk memastikan mereka dapat bertemu apabila Jisoo berada di Korea,” jelas sumber dalaman.

IKLAN

‘Plot Twist Habis…..” – Jisoo BLACKPINK Rasmi Bercinta Dengan Pelakon Terkenal, Ahn Bo Hyun!

Kedua-dua agensi iaitu YG Entertainment dan Hyun FN Entertainment turut mengesahkan hubungan Jisoo dan Ahn Bo Hyun dengan kenyataan masing-masing.

“Mereka sedang mengenali satu sama lain dengan niat yang baik. Kami amat menghargai jika anda sentiasa memerhatikan mereka,” jelas YG Entertainment dalam kenyataan mereka.

“Ahn Bo Hyun dan Jisoo sedang dalam peringkat untuk mengenali satu sama lain dengan perasaan yang baik. Kami harap anda melihat mereka dengan mesra,” menurut kenyataan dari FN Entertainment.

IKLAN

Menjenguk ke reaksi para peminat pula, majoriti terkejut dengan berita tersebut kerana sebelum ini tiada sebarang interaksi terjadi di antara dua bintang terkenal ini. Memang plot twist habis!

BACA LAGI: Aksi Cium Sesama Jenis, Bawa Botol Arak.. Slot Konsert The 1975 Di Sepang Penuh Drama Hingga Terpaksa Dihentikan

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

KREDIT FOTO: DISPATCH

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI