Berseronok di kawasan pantai sememangnya menjadi pilihan ramai remaja. Bukan saja berasa tenang dengan bunyi ombak yang menghempas pantai, pelbagai aktiviti yang ditawarkan di kawasan pantai di Malaysia menjadi tarikan pelancong bukan hanya dari dalam negara tetapi juga di kalangan pelancong antarabangsa.

What is not to love? Lebih-lebih lagi apabila Malaysia mempunyai banyak kawasan pantai dan laut bertaraf antarabangsa.

Untuk pengetahuan korang, baru-baru ini Desaru Coast, Johor teah diiktiraf sebagai satu-satunya destinasi dari Malaysia yang tersenarai dalam artikel Majalah Time yang berkisarkan 100 buah lokasi terbaik di seluruh dunia pada tahun 2021!

IKLAN

Desaru Coast Tersenarai 100 Tempat Terhebat Dunia Untuk 2021

Desaru Coast Tersenarai 100 Tempat Terhebat Dunia Untuk 2021
Sumber Foto : Tangkap layar laman web Time.

Permata negeri Johor bersebelahan dengan Laut China Selatan ini sememangnya menjadi di antara lokasi utama pengunjung semasa musim percutian untuk merehatkan minda serta meneroka kawasannya yang indah.

Terletak di sepanjang 17km Pantai Desaru dekat tenggara Johor, pengiktirafan Majalah Time itu menjadikan Desaru Coast menjadi salah satu lokasi dalam senarai World’s Greatest Places 2021.

IKLAN
Desaru Coast Tersenarai 100 Tempat Terhebat Dunia Untuk 2021
Sumber Foto : Tangkap layar laman web Time.

Dengan keluasan 3,900 ekar, pelbagai pusat penginapan premium dengan jalan keluar pantai sendiri ada terletak di sini. Ia termasuklah cawangan resort Anantara Desaru Coast Resort and Villas pertama di Malaysia, cawangan One & Only Desaru Coast Resort yang pertama di Asia, The Westin Desaru Coast Resort dan Hard Rock Hotel Desaru Coast.

Desaru Coast Tersenarai 100 Tempat Terhebat Dunia Untuk 2021
One & Only Resort Desaru Coast (Kredit: One & Only Resort)
Desaru Coast Tersenarai 100 Tempat Terhebat Dunia Untuk 2021
Anantara Desaru Coast Resort & Villa (Kredit: Anantara Resort)
Desaru Coast Tersenarai 100 Tempat Terhebat Dunia Untuk 2021
Hard Rock Hotel Desaru Coast (Kredit: Hard Rock Hotel)
Desaru Coast Tersenarai 100 Tempat Terhebat Dunia Untuk 2021
The Westin Desaru Coast Resort (Kredit: Westin Resort)

Seharusnya sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah berbangga apabila kawasan pelancongan seperti di selatan tanah air ini mencuri tumpuan pakar dan media berpengaruh seperti Majalah Time.

IKLAN

Kini apabila negara masih berdepan pandemik, sekiranya rakyat telah diberikan kelonggaran untuk merentas negeri, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi kawasan tepi pantai seperti Desaru Coast ini.

Yang penting sekarang adalah untuk kita memperolehi dua dos suntikan vaksin sebelum boleh ‘berangan’ untuk memasukkan Desaru Coast ke dalam senarai bucket list. Hehe..

Sumber: TIME

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI