Pernah tak korang mengalami situasi di mana bila terima gambar daripada aplikasi Whatsapp, kualitinya tidak memuaskan dan selalu dapat gambar blur?
Ini kerana gambar yang dihantar melalui Whatsapp secara automatic akan di compress jadi lebih kecil. So, kualiti gambar takkan sama dengan gambar asal daripada kamera telefon bimbit.
Saiz gambar asal 1.8 MB menjadi 154 kb bila dihantar dalam aplikasi Whatsapp. Gambar yang low quality macam ni memang la akan jadi blur.
So, apa yang boleh korang buat?
Selain menggunakan Telegram, lebih mudah kalau korang send daripada ‘Document’ dan gambar yang akan dihantar akan menggunakan saiz asal dan high quality.
Ads
Tapi kenapa bila upload di Facebook, gambar masih blur?
Sama seperti Whatsapp, gambar tetap akan di compress dan kualiti gambar menjadi rendah. Kalau masalah di Whatsapp boleh send guna ‘Document’, tapi Facebook masih tidak ada jalan penyelesaian untuk masalah ini.
Cara terbaik yang boleh yang boleh korang buat adalah pergi ke Facebook Setting > Media > Upload Photos In HD On.
Ads
Berikut merupakan step ringkas untuk menghantar gambar melalui ‘Document’. Walau bagaimanapun, cara ini hanyalah untuk pengguna Android. Kalau korang pakai iPhone guna Air Drop je la eh? Hiks!
Kalau korang nak tahu, cara ini bukan saja digunakan untuk menghantar gambar, malah apa-apa dokumen, presentation PDF atau video yang bersaiz besar juga boleh dihantar ke Whatsapp dengan menggunakan kaedah ini.
Tapi make sure data korang banyak untuk menghantar fail yang bersaiz besar macam ni okay? Selamat mencuba gaiss!
Sejak musim PKP ini ramai yang mengeluh apabila barangan yang dibeli secara online sudah berminggu-minggu tidak sampai. Ada pula kes dimana barang yang diterima sudah rosak, terutamanya makanan.
Lebih kurang beberapa hari saja lagi kita akan menyambut Aidilfitri. Mungkin ada yang sudah ‘hilang sabar’ menunggu parcel yang tak kunjung tiba, jadi sekiranya korang beli barangan melalui Shopee, Remaja nak kongsikan cara untuk refund sekiranya seller tetap terus berdegil.
Berikut adalah langkah-langkah yang korang boleh ikut:
1. Salin item Serial Number
2. Masuk ke menu Setting
3. Masuk ke menu Help Centre
4. Pilih menu email
5. Lengkapkan form yang diberikan, beritahu kenapa korang nak refund dan submit
6. Gambar yang last tu contoh Shopee dah refund kepada pembeli
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk korang. Selamat mencuba!
Sebelum ini memang dah dengar ura-ura yang Samsung bakal mengeluarkan telefon pintar lipat dan kini, pengeluar telefon bimbit popular ini akhirnya bakal melancarkan gajet terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy Fold.
Berukuran 7.3 inci infinityflex display membolehkan telefon itu dilipat mengikut saiz poket korang pada ukuran 4.6 inci.
Selain itu, gajet ini juga khabarnya dilengkapi ruang simpanan 512 gigabite, 12 gigabite ram dan processor qualcomm 7nm octa core serta kelajuan internet LTE dan 5G.
Paparan skrin yang besar membolehkan korang untuk melakukan pelbagai kerja dalam satu masa yang sama, menonton YouTube sambil membalas Whatsapp dan juga mencari maklumat di Google.
Perghh, memang canggih la macam ni. Senang kerja korang nanti.
Mesti info yang paling korang nak tahu adalah harga handphone ni kan? Dengan dilengkapi bateri kekuatan 4,380 M-A-H, Galaxy Fold ini katanya akan mula dijual bermula 26 April dengan harga AS $ 1,980 (RM8,000).
Ahhh, biar betul. Kau mampu? Hiks!
Ini pula reaksi netizen di media sosial dengan harga model terbaru Samsung ini
Sabar
Tak mampu, jangan beli
So guys, what say you?
Ok jap, terfikir nak gadai apa pula lepas ni. Haha!
Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg dilaporkan sedang merancang untuk penjenamaan semula syarikat gergasi media sosial itu dalam persidangan Connect yang dilakukan setiap tahun pada 28 Oktober depan.
Menurut laporan The Verge, langkah ini diambil kerana posisi Facebook platform media sosial telah mengaburi anak syarikat yang lain di bawah jenama mereka.
Dengan penjenamaan baharu ini, kesemua syarikat yang berkait dengan Facebook seperti Instagram, WhatsApp, Oculus dan lain-lain akan dikenali sebagai sebuah nama baharu dan berada di bawah satu bumbung.
Walau bagaimanapun, jurucakap Facebook enggan mengulas tentang perkara ini.
Sama-sama kita nantikan pada akhir bulan ini untuk mengikuti perkembangan tentang penjenamaan syarikat gergasi media sosial ini.
Agak-agak korang, nama apa yang bakal menggantikan Facebook nanti?