Populariti Snapchat mungkin tidak sehebat laman media sosial perkongsian foto atau video lain seperti Instagram di Malaysia. Akan tetapi ia sangat popular di kalangan remaja di Amerika Syarikat dan dikatakan masih kekal nombor satu.
Tampil dengan konsep yang cukup ringkas sehingga Instagram pun cuba mengaplikasikan perkara sama menerusi feature Instagram Stories, Snapchat kini dikatakan menjadi semakin kurang popular.
Dan pada semalam, figura antara influencer laman media sosial paling berpengaruh di dunia iaitu Kylie Jenner telah memuat naik satu tweet di mana dia mempersoalkan tentang populariti Snapchat.
Ads
Menurut tweet yang dikongsikan olehnya kepada lebih 24.5 juta follower-nya, dia mempersoalkan adalah sesiapa selain dirinya masih menggunakan Snapchat.
Berikutan kenyataan tersebut, nilai saham milik Snapchat telahjatuh sebanyak 6.1%, sekaligus telah menyebabkan nilai laman media tersebut susut sebanyak USD1.3 billion dalam pasaran semasa.
Ads
Menurut beberapa pemerhati, ramai pengguna menyatakan rasa kurang selesa dengan rekaan paparan terbaru apps tersebut dan statistik menunjukkan engagement penggunanya semakin menurun sejak ia rekaan baru diperkenalkan.
Susulan daripada kenyataan Kylie Jenner tersebut, syarikat kosmetik menerusi laman media sosial mereka iaitu Maybelline New York turut bertanya kepada follower mereka adakah mereka harus terus setia menggunakan apps perkongsian foto dan video tersebut.
Ads
Walaupun begitu, Kylie Jenner dalam tweet susulannya menyatakan bahawa dia masih sayangkan Snapchat.
Begitlah besarnya pengaruh yang dimiliki oleh Kylie Jenner selaku pemain utama yang menentukan trend semasa terutamanya di laman media sosial.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehadiran usahawan sensasi, Dato Seri Vida (Vida) di acara Anugerah MeleTOP Era (AME) 2021 seperti dijangka menjadi topik perbualan semua penonton dan mereka yang berada di dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Manakan tidak, sejak menjejakkan kaki di karpet merah lagi Vida yang ditemani oleh anaknya, Cik B telah dikerumuni ramai dek busana serba merah jambu terang. Vida memilih rekaan Razman Razmi yang menampilkan struktur ternaik pada bahagian bahu dan aksesori kepala ‘DSV’ pada kepala.
Lebih membuatkan Vida menonjol adalah fesyen ‘bertoncet’ yang bersambungan dengan hijabnya. Amboi Vida, siap melibas-libas lagi ‘ponytail’ semalam ya!
Vida menaiki pentas AME 2021 bersama-sama Catriona Ross untuk menyampaikan dua kategori iaitu Si Cilik MeleTOP (dimenangi oleh Arianna Aubrey & Karl Kareef) dan Couple MeleTOP (dimenangi oleh Emma Maembong & Muhammad Shazli).
Sambil berborak dalam dialek Kelantan, Vida seperti biasa dilihat gemar ‘mengambil alih’ mikrofon yang diberikan hingga sempat untuk menyanyikan single tularnya, Ku Ikhlaskan lagi.
Vida oh Vida, ketidak hadiran Emma dan Shazli semalam telah membuatkan Vida tidak boleh ‘duduk diam’ dan terus mengulas pendapat peribadinya di mikrofon sang pemenang. Akibatnya, penganjur AME 2021 terus memadamkan mikrofon tersebut sebelum Catriona mengiring Vida keluar dari pentas.
Hos Nabil Ahmad sempat pula untuk mengingatkan mana-mana penyampai acara agar tidak melebihi masa yang diberikan dan tidak pula berucap. Hehe..
Apapun, perkara seperti ini kan sudah boleh dijangka daripada Vida ketika program televisyen seperti AME 2021. Memang selayaknya digelar penghibur usahawanita ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berniaga bukanlah perkara yang boleh siap dengan hanya memetik jari. Kita sendiri tahu, agak ramai juga yang kecundang pada permulaan untuk bergelar orang bisnes. Untung rugi dalam kehidupan seorang usahawan atau peniaga memerlukan ketahanan mental yang kuat. ‘Alah bisa, tegal biasa’.
Baru-baru ini, seorang usahawan muda yang juga aktivis belia, Harsha Ravindran, 20, menjadi individu paling muda berada dalam senarai 40 Under 40 Prestige Malaysia tahun ini.
Jadi usahawan pada usia 11 tahun
Harsha Ravindran yang menceburi bidang perniagaan sosial seawal usia 11 tahun. Harsha adalah bukti usia muda bukanlah penghalang untuk menjadi usahawan berjaya asalkan mempunyai persekitaran yang menyokong impian itu.
Harsha Ravindran
“Untuk berjaya di usia muda ini tidak semudah disangka, tetapi saya bersyukur kerana persekitaran saya sangat membantu dan tidak putus asa memberi sokongan serta tunjuk ajar,” katanya.
Senarai tahunan itu mengetengahkan 40 individu berusia bawah 40 tahun, yang mencatat kejayaan, inovatif dan berpengaruh di Malaysia. Harsha, yang juga Naib Presiden Kewangan Kelab Keusahawanan Siswa Wharton, disenaraikan atas usahanya menubuhkan gerakan belia dan perusahaan sosial, Ascendance, ketika beliau hanya berusia 13 tahun.
Gerakan itu ditubuhkan bersama kakaknya, Heerraa serta rakannya, Mathura Kannan dan Sanadtkumar Ganesan.
“Beliau turut menjadi hos rancangannya sendiri, Changing Reality, yang ke udara di radio WQHS di AS, yang mana Harsha menemu bual eksekutif kanan daripada Google, Disney, Tik Tok, Goldman Sachs, CBS dan banyak lagi,” kata Prestige Malaysia dalam satu kenyataan, hari ini.
Biodata:
Nama: Harsha Ravindran
Umur: 19 Tahun
Pendidikan: Pelajar jurusan Sastera Ikhtisas dan Sains, University of Pennsylvania (Ivy League University), Amerika Syarikat (AS).
Asal: Johor Bahru, Johor
Pencapaian lain :
1. Pengasas bersama dan pemangku CEO Ascendance
2. Pengasas StartMyName.com
3. TEDx Speaker (3 times) dan International Conference Speaker
4. Penulis buku The Makings of A Teenage Entrepreneur
5. Penerima anugerah “The Diana Award”
Kakak turut tersenarai
Turut berada dalam senarai 40 Under 40 Prestige Malaysia tahun ini adalah kakaknya, Heerraa, seorang penyanyi dan pencipta lagu, yang menarik perhatian selepas menerima Anugerah ICon di Anugerah Muzik Intercontinental 2022 di Los Angeles, baru-baru ini.
“Selepas memenangi hati juri dalam kalangan eksekutif muzik Hollywood menerusi lagunya, Heerraa turut menerima anugerah di Amerika Utara dalam kategori pop, sekali gus melonjak namanya dalam industri muzik antarabangsa.
“Selain berjaya mengekalkan markah cemerlang dalam pengajian, Heerraa turut berjaya tersenarai sebagai antara penerima Anugerah Dekan Harvard University 2021-2022, selaku mahasiswa Sarjana Muda Sastera Liberal di Harvard,” katanya.
Selain Harsha dan Heerraa, 40 Under 40 Prestige Malaysia 2022, turut menyenaraikan atlet gimrama negara, Izzah Amzan, yang memenangi pingat gangsa pada Sukan Komanwel 2022; CEO dan pengasas Kayman Beauty, Nabella Anuar; pelawak, penulis dan pengarah Cinematic Sdn Bhd, Shamaine Othman serta Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama Kumpulan Brickhouse, Datin Cristine Bong.
Ambil contoh mereka ini sebagai inspirasi untuk korang yang ingin berjaya dalam dunia perniagaan.🙂
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebentar tadi Malaysia telah kehilangan seorang tokoh yang unggul dan amat disegani.
Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Mahmud bin Taib telah dilaporkan meninggal dunia pagi ini. Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 4.28 pagi di Hospital Cardiac Vaskular Sentral Kuala Lumpur.
Tidak dinafikan allahyarham merupakan tokoh yang berpengaruh dan disegani ramai.Beliau terkenal dengan semangat patriotisme dengan cuba menyingkirkan tembok tradisi dan taraf sosial dalam kalangan masyarakat Sarawak.
Ini kami rangulkan 10 fakta menarik tentang figura ini.
1. Berjaya mengurangkan kadar kemiskinan di Sarawak daripada kadar 70 peratus kepada serendah satu digit sahaja.Disebabkan itu, Allahyarham digelar sebagai Bapa Pembangunan dan Pemodenan Sarawak.
2. Memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak (kini dikenali sebagai Premier Sarawak) selama 33 tahun. 16 Mac 1981 hingga 28 Februari 2014.
Datuk Abdul Taib Mahmud mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri untuk penggal ketiga pada 17 April 1987. Foto via Sarawakdotcom
3. Menekankan polisi politik pembangunan yang berpaksikan kesaksamaan bagi mewujudkan pembangunan dan kemakmuran Sarawak agar sebarang perbalahan politik, sama ada dalaman atau luaran diketepikan.
4. Membawa masuk kampus universiti-universiti Barat dan Australia ke Sarawak amat dititikberatkan oleh Abdul Taib. Inisiatif ini bagi merapatkan jurang ketidaksamaan.
5. Memperkenalkan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) yang bertujuan mempelbagaikan ekonomi masa hadapan Sarawak.
6. Dilahirkan di bandar Miri, Sarawak pada 21 Mei 1936 dengan berdarah bangsawan.
Pehin Seri Abdul Taib Mahmud ketika muda. Foto via Sarawakdotcom
7. Cemerlang dalam bidang akademik kerana ditawarkan biasiswa Colombo Plan bagi melanjutkan pelajaran di menara gading dalam jurusan undang-undang di Universiti Adelaide Australia.
8. Menolak pelawaan berkerja sebagai hakim dan menjawat jawatan pendakwa raya di negeri tercinta Sarawak.
9. Melakar sejarah sebagai tokoh termuda dalam kancah politik Sarawak, pada 22 Julai 1963 beliau mengangkat sumpah sebagai seorang menteri.
10. Ketua Menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Sarawak.
Innalillahiwainnailaihirojiun…Semoga roh Tun Pehin Sri Haji Mahmud bin Taib dicucuri rahmat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!