2 Guru Lelaki Nekad Pakai Skirt Sebagai Tanda Solidariti Terhadap Pelajar Dibuli

Share

 

Dua orang guru lelaki di sebuah sekolah tinggi dekat Sepanyol mula memakai skirt ke sekolah sebagai usaha mengekang tindakan membuli di kalangan pelajar lelaki.

Para guru dari Primary Virgen de Sacedon itu dikenali sebagai Manuel Ortega dan Borja Velazquez dan mereka telah mencuri tumpuan media dunia setelah mereka nekad untuk memakai skirt ketika mengajar anak murid masing-asing sepanjang bulan Mei lalu.

Sumber Foto : Twitter Borja Velazquez

Ini berlaku sejurus Manuel Ortega terdengar beberapa pelajarnya mengucap kecaman berbaur perkauman dan homophobic

terhadap seorang pelajar lelaki yang memakai baju bercorak anime ke sekolah.

Perkataan yang digunakan oleh grup pembuli itu dirasakan Ortega amat memedihkan dan mengejutkan beliau.

Justeru, Ortega mengajak rakan sekerja, Borja Velazquez untuk melakukan sesuatu di luar kotak demi memperbetulkan sikap para pelajarnya yang suka membuli. Mereka tidak memarahi mereka. Sebaliknya, dua orang guru itu mencabar cara berpakaian ‘normal’ dengan menyarungkan skirt ke sekolah.

Sumber Foto : Twitter Borja Velazquez

Perbuatan ini adalah untuk mendidik pelajar di sekolah itu bahawa semua orang ada perasaan dan identiti masing-masing. Sepanjang Mei lalu, Ortega dan Velazquez mengajak pelajar untuk berpakaian mengikut kehendak sendiri.

“(Ini adalah) sekolah yang mengajar nilai hormat, diversiti dan bertolak ansur. Sarungkanlah pakaian yang kamu mahukan!” katanya menerusi akaun Twitter-nya. Akaun rasmi sekolah tersebut kemudian membalas ciapan itu dengan menyokong tindakan mereka berdua.

“Pengajaran bukan sekadar menyalurkan ilmu tetapi juga menyemat nilai hormat dan menerima perbezaan di antara kita.”

Kongsi mereka lagi, sejak projek solidariti itu dijalankan, grup pembuli tadi telahpun memohon maaf terhadap pelajar yang pernah mereka sakiti sebelum ini.

Malah, pihak sekolah telah menganjurkan kempen Anti-Buli dalam bentuk sesi khas untuk bercakap tentang perbuatan toksik sesama rakan sebaya dan bagaimana cara terbaik mempertahankan diri daripada ucapan serta perbuatan ganas.

Kesemua usaha ini menjadi topik perbualan yang besar di Sepanyol sehinggakan warganet di sana turut serta dalam kempen #ClothesHaveNoGender atau dalam bahasa Sepanyol, #LaRopaNoTieneGenero.

Dengan adanya pergerakan tanda pagar ini, isu ini terus diperkatakan dan warganet Sepanyol ingin membanteras pemikiran sempit dalam soal berpakaian.

Semakin ramai guru lelaki di seluruh Sepanyol yang menyokong kempen ini dengan memakai skirt.

Di Malaysia, sektor pendidikan negara pada tahun ini juga ‘sedikit goyah’ apabila warganet tempatan menolak isu ‘gurauan lucah’ dalam konteks bilik darjah serta isu ‘pengetua sekolah dipulau’ hanya disebabkan oleh ketegasan beliau.

ARTIKEL BERKAITAN : KPM Ambil Tindakan : Guru ‘Bergurau’ Tentang Rogol Dipindahkan Ke.. – REMAJA

BACA LAGI : Isu Banner ‘Pengetua Mental’ – Bekas Pelajar SMK St Mary Pertahankan Bekas Guru – REMAJA

IKLAN