Menjelang akhir Ramadan pastinya sebahagian dari kita merasa tidak sabar untuk menyambut aidilfitri. Walau di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditambah kurang dari seminggu lagi kedatangan syawal namun rasa teruja itu pastinya ada.
Paling tidak dilupakan pastinya kuih muih yang sudah menjadi tradisi setiap Syawal.
Di sebalik kemeriahan menyambut aidilfitri namun apabila diuji dengan ujian maha hebat sudah pasti kita akan berada dalam kesedihan.
Inilah yang dirasai oleh Azman Awang, 58 apabila dua anaknya menemui ajal serentak selepas kenderaan dipandu anaknya dirempuh sebuah treler ketika dalam perjalanan menghantar kuih raya kepada Tok Wan mereka dalam kejadian semalam.
Harian Metro melaporkan, menurut Azman, jika ikutkan mereka dalam perjalanan menghantar kuih raya kepada tok wan mereka yang tinggal di Besut," kata bapa mangsa, Azman Awang, 58.
Ads
Dua anak Azman iaitu Amirah Faqihah, 18, dan Aishah Asmaa, 14, maut di tempat kejadian manakala Aidil Wajdi, 17, serta Arif Muzammil, 16, parah selepas terbabit dalam kemalangan di persimpangan Kampung Bahagia, di Jertih selepas kereta dinaiki mereka dirempuh treler, 2.50 petang tadi.
Azman berkata, anak keduanya, Amirah Faqihah, sejak beberapa hari lalu tekun menyiapkan beberapa jenis kuih raya untuk diagihkan kepada ahli keluarga termasuk tok wannya.
"Ketika mereka bertolak dari rumah di Kampung Saujana jam 2.30 petang kebetulan saya ada (di rumah) dan Amirah paling teruja nak hantar kuih pada tok wannya.
"Mengikut perancangan asal mereka hanya pergi sekejap tidak bermalam di sana (Besut) kerana mahu pulang terus ke rumah," katanya.
Ads
Katanya, pasangan adik beradik yang terbabit dalam kemalangan itu adalah anak kedua, ketiga, keempat dan kelima daripada sembilan beradik.
"Dua anak saya, Amirah Faqihah dan adiknya Aishah Asmaa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Saujana, esok.
"Sementara dua lagi anak saya Aidil Wajdi dan adiknya, Arif Muzammil yang parah akan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.
Ads
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, kemalangan maut itu membabitkan dua kenderaan antara kereta Perodua Bezza dengan treler jenis Nissan.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu treler berusia 30 tahun dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menghala ke Kuantan tidak sempat mengelak sebelum terlanggar sisi kanan kereta dipandu keluar secara tiba-tiba dari simpang Kampung Bahagia," katanya.
Afandi berkata, pemandu kereta, Amirah Faqihah dan penumpang belakang kanan, Aishah Asmaa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Manakala penumpang hadapan, Aidil Wajdi, dan penumpang belakang kiri, Arif Muzammil parah dan diletakkan di Zon Merah Hospital Daerah Setiu," katanya turut memberitahu, ketika kejadian hujan lebat.
Katanya, kes di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban hari Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif COVID-19 yang tinggi dan semalam, 11,985 lagi kes dengan 199 kematian dicatatkan.
Jumlah kes aktif mencapai 137,587 setakat semalam dan ini sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana keadaan di hospital sekarang. Bukan hanya perlu merawat pesakit COVID-19, ia secara tidak langsung memberi kesan buat pesakit-pesakit lain juga ekoran ketiadaan tempat untuk dimasukkan ke dalam wad.
Oleh yang demikian, menurut Malaysiakini, pesakit bukan COVID-19 di hospital kerajaan di Lembah Klang akan dipindahkan ke hospital swasta serta-merta bagi meningkatkan kapasiti sistem kesihatan awam untuk merawat pesakit wabak itu.
Menurut sepucuk surat kepada Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) Dr Kuljit Singh, arahan kerajaan itu berkuat kuasa semalam.
Kos rawatan pesakit yang dipindahkan ini akan ditanggung kerajaan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Sebarang tuntutan bagi kos rawatan yang melebihi kadar yang ditetapkan dalam garis panduan akan dijelaskan selepas penilaian dan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Kesihatan.
Berikut merupakan garis panduan penyumberluaran bagi pesakit bukan COVID-19 di hospital swasta, kadar siling yang ditetapkan:
• Katil: Wad berkadaran harian yang paling rendah
• Caj pesakit (untuk kes pembedahan): RM45,000
• Caj pesakit (tidak melibatkan pembedahan): RM25,000
• Caj rawatan susulan: RM5,000
Pihak hospital perlu memaklumkan kepada kementerian jika pesakit yang sudah keluar memerlukan rawatan susulan lebih daripada tiga kali. Ia bagaimanapun tidak termasuk rawatan radioterapi.
Hospital swasta juga tidak dibenarkan untuk memindahkan pesakit ke hospital swasta lain tanpa kebenaran kementerian.
Inisiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu kerajaan menyediakan lebih banyak ruang untuk pesakit COVID-19 di kemudahan mereka dan sama-samalah kita terus berdoa agar situasi pandemik ini berakhir dengan segera.
HANA TAJIMA, bukan nama asing yang perlu untuk diperkenalkan lagi.
Dari golongan remaja di universiti sehinggalah ke perempuan muda yang sedang bekerja, stail Hana Tajima sentiasa dapat dilihat pada cara kita menata gaya stail harian.
Memeluk Islam sejak berusia 18 tahun dan lebih 10 tahun mencipta identiti sebagai seorang pereka fesyen dan fesyenista berhijab, tempias stail Hana Tajima turut dapat dirasai di Malaysia..
Hana Tajima juga telah beberapa kali berkolaborasi bersama jenama fesyen dari Jepun, Uniqlo termasuklah untuk koleksi 2021, pasti korang pun ada koleksi daripada Hana untuk dimuatkan ke dalam gerobok masing-masing.
Namun, satu berita yang tidak ‘sedap’ didengari daripada wanita kacukan Jepun dan Amerika Syarikat ini. Hana Tajima mengakui sudah lagi tidak bertudung disebabkan tertekan untuk menjadi Muslimah mengikut perspektif dikehendaki masyarakat. Menurutnya, beliau juga membawa beban tidak dikehendaki kerana ia membuka ruang untuk dirinya terus menerus menjadi mangsa kritikan umum.
Melalui perkongsian video di laman sosial Instagramnya lagi, Hana menyatakan yang dia berasa agak sukar untuk membincangkan hal ini dan beliau sudah memikirkan perkara berkenaan dalam satu tempoh yang agak lama. Tambahnya, sukar untuk mencari keseimbangan di dalam dirinya dan hijab serta bukan mudah untuk terus menutup auratnya semata-mata demi memuaskan hati orang lain.
Menurutnya lagi, dia ingin berubah menjadi seseorang yang lebih menghargai diri dan cuba mengalihkan fokus terhadap pendapat yang mengatakan tudung sebagai kayu pengukur kepada kebaikan. Walaupun Hana suka akan hijabnya dan masih belajar untuk menyukainya, namun ia bukannya sebahagian daripada identiti luarannya lagi dan lebih kepada sebahagian daripada dalam dirinya.
Menyengah ke laman instagramnya, Hana turut berterima-kasih kepada semua kerana memberikan kata-kata semangat dan sokongan buat dirinya.
Hmm…secara jujurnya penulis agak kecewa mendengar perkhabaran dari Hana Tajima ini, tapi tak apalah kita doakan jela yang terbaik untuk Hana Tajima dan moga Allah berikan hidayah kepadanya untuk berhijab dan menjadi ikon hijab kembali…Mudah-mudahan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkongsian seorang siswi Sains Komputer mengenai betapa Google memudahkan kerja-kerja menaip dengan hanya menyebut saja perkataan tersebut menjadi viral di media sosial apabila mendapat lebih 13 k share dan ditonton lebih 300,000 pengguna.
Menurut Maisarah Mohd Pauzi di fb miliknya, bagi mereka yang malas untuk menaip, katanya tak perlu risau kerana apabila menggunakan perisian itu, kita hanya perlu baca sahaja dan GOOGLE DOCS akan menuliskannya untuk kita.
Yeah, senang saja rupanya, sangat berguna untuk student u yang malas nak menaip assigment masing-masingkan.
Bahasa juga boleh dilaras, sama ada mahu Bahasa Melayu atau Inggeris. Semudah petik jarikan, maklumlah kadang kala menaip melambatkan kerja kerana otak berfikir dengan pantas. Jadi bagi yang nak kerja senang dan mudah, boleh cuba perisian ini. Senang rupanya.
Jom ikut seperti disarankan oleh siswi Sains Komputer ini yang juga seorang penulis buku sejarah.
Langkah-langkahnya:
1. Buka Google Docs
2. Di menu, pilih tools
3. Pilih Voice Typing
4. Kemudian, akan muncul satu kotak microphone dengan pilihan bahasa
5. Pilih bahasa Melayu, kalau anda nak guna bahasa Melayu.
6. Akhir sekali, klik simbol microphone dan warnya akan bertukar jadi merah bermaksud rakaman suara bermula.
Bacalah dokumen anda, google akan automatik type untuk anda. Selamat mencuba!
Anda malas nak menaip?Jangan risau, baca saja dan google docs akan tuliskan untuk anda!Haha~Langkah2nya:1. Buka Google Docs. 2. Di menu, pilih tools.3. Pilih Voice Typing4. Kemudian, akan muncul satu kotak microphone dgn pilihan bahasa.5. Pilih bahasa Melayu, kalau anda nak guna bahasa Melayu.6. Akhir sekali, klik simbol microphone dan warnya akan bertukar jadi merah bermaksud rakaman suara bermula. Bacalah dokumen anda, google akan automatik type untuk anda. Selamat mencuba !
Yang bestnya siswi ini turut berkongsi bagaimana untuk mengasingkan gambar dan tulisan seperti ditulis di Fb beliau.
How to extract text from a picture?
1. Open Microsoft OneNote
2. Click “File” then fill in the file name. Click “Create Notebook”
3. In the menus, click ‘Insert‘ then you can choose to insert existing picture or ‘Screen Clipping’.
4. Right click on the picture. Then, choose ‘Copy text from picture”
5. Lastly, right click and paste the copied text from the picture.
This technology is called ‘Optical Character Recognition’.
Suitable for publisher who want to re-publish old books. Just need little editing if the image scanned is in good quality.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehebatan Datuk Misbun Sidek terus diiktiraf apabila beliau menerima tawaran kelab India untuk membimbing bakat muda dalam misi melahirkan pemain nombor satu dunia.