Empat tahun lalu, kisah tragis Nur Nabilah Mohd Azahar atau mesra disapa Bella pernah tular di media sosial.
Kaki kanannya terputus akibat terkena kipas bot ketika menjalani latihan menyelam di Dive Division Curacao, Caribbean, ia adalah insiden yang hampir meragut nyawanya dan memadam harapannya ketika itu.
Namun siapa sangka, daripada kisah hitam itu, lahirlah semangat luar biasa yang mengubah arah hidupnya. Hari ini, Bella bukan lagi mangsa keadaan, tetapi seorang graduan Sarjana Pengurusan Pelancongan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan CGPA 3.55.
Dari Kemurungan Ke Kejayaan
“Sepanjang 10 bulan dirawat di wad, saya mengalami kemurungan memikirkan masa depan kerana ketika itu saya baru sahaja menjalani latihan industri di peringkat sarjana muda.
“Namun, dari situlah saya berazam untuk bangkit sebagai pelajar orang kurang upaya (OKU) yang baharu dan berdikari setelah mendapat sokongan pensyarah dan rakan-rakan. Alhamdulillah, saya berjaya menamatkan pengajian dengan pencapaian CGPA 3.55,” jelas Bella.
Ads
Sepanjang pengajian di peringkat sarjana, Bella masih menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM. Walaupun kehidupannya berubah sepenuhnya selepas tragedi itu, dia memilih untuk terus berdiri atas kaki sendiri.
Belajar Berdikari Tanpa Keluarga Di Sisi
“Pada mulanya agak sukar untuk hidup berdikari sebagai pelajar OKU di Inapan Siswa Maybank tanpa ibu bapa di sisi.
Ads
“Namun, urusan saya di kampus banyak dipermudahkan oleh pihak universiti dan rakan-rakan kuliah yang sentiasa membantu,” katanya lagi.
Bella tidak menafikan bahawa perjalanan penyembuhannya penuh air mata dan ujian, tetapi di sebalik semua itu ada kekuatan luar biasa yang dipupuk oleh sokongan keluarga, pensyarah STHEM, rakan-rakan serta pihak universiti.
Kembali Menyelam, Kembali Menemui Diri Sendiri
Kini, selepas pulih daripada kemurungan, Bella kembali menyelam, minat yang suatu ketika dulu hampir meragut nyawanya. Malah, dia juga pernah muncul dalam Majalah 3, beberapa media tempatan, dan menjadi pelakon sokongan dalam sebuah filem.
Ads
Bagi Bella, setiap luka pasti ada hikmahnya. Dia kini berhasrat untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan keupayaannya sebagai OKU serta membantu mereka yang senasib agar terus kuat menempuh kehidupan tanpa rasa kesal.
Pada Majlis Konvokesyen Ke-38 UUM yang berlangsung di Dewan Mu’adzam Shah, Bella menerima ijazah sarjananya daripada Pro-Canselor UUM, Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: UUM News
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa kata cinta hanya tentang rasa? Bagi pasangan muda dari Jerteh, Terengganu, Wan Nur Fitria Wan Ismail, 27, dan Muhammad Amirul Azim Mahusin, 26, cinta mereka terbukti jadi sumber kekuatan hingga berjaya menamatkan pengajian Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) bersama di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Bagi Wan Nur Fitria, yang kini bertugas sebagai guru KAFA di Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak, Besut, keputusan menyambung pelajaran dibuat untuk menambah ilmu serta memperkukuh kemahiran dalam dunia pendidikan.
“Saya mahu jadi guru yang lebih berilmu dan berkesan dalam mendidik pelajar. Tak sangka pula suami turut sama menyambung DPP untuk beri sokongan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Konvokesyen UniSZA di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Gong Badak.
Apa yang menarik, Muhammad Amirul Azim yang sebelum ini merupakan graduan Kejuruteraan Aeroangkasa dari UIAM, pada awalnya hanya ingin menemani isterinya belajar. Tapi, siapa sangka… niat menemani bertukar jadi minat mendalam terhadap dunia pendidikan!
“Awalnya saya cuma nak teman isteri, tapi bila belajar, saya sedar bidang ini sebenarnya dekat dengan hati saya. Lagipun, ibu bapa saya sendiri guru, jadi mereka sangat menyokong keputusan ini,” jelasnya.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2023 ini mengakui pengalaman belajar sekelas memberi banyak kelebihan, dari ulang kaji bersama, saling memberi semangat ketika tugasan mencabar, hinggalah menjadi teman seperjuangan setiap kali rasa letih melanda.
Walaupun bidang pengkhususan berbeza iaitu Pendidikan Islam bagi Wan Nur Fitria dan Matematikbagi Amirul Azim, namun sekitar 80 peratus subjek yang sama membuatkan proses pembelajaran mereka lebih mudah dan menyeronokkan.
“Kami belajar satu meja, siapkan tugasan sama-sama. Kadang-kadang kelas dalam talian pun ikut bersama. Sokongan moral tu sangat penting, terutamanya bila rasa penat,” kata Amirul Azim.
Tak cukup dengan itu, mereka turut berkorban masa dan tenaga, berulang-alik dari Jerteh ke Kuala Nerus seawal jam 5 pagi, dan kadangkala bermalam berhampiran kampus demi tidak terlepas kuliah.
Semua pengorbanan itu akhirnya berbaloi apabila kedua-duanya menamatkan pengajian dengan keputusan cemerlang serta menerima Anugerah Kelas Pertama.
“Ini pengalaman yang tak ternilai. Kami bersyukur dapat menempuh perjalanan ini bersama. Insya-Allah, lepas ini kami mahu terus berbakti sebagai pendidik sepenuh masa,” ujar mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. SUMBER: Metro & FB UniSZA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Barisan kabinet baharu yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi telah menerima pelbagai pandangan daripada rakyat.
Salah satu perlantikan yang menjadi bualan di platform media sosial pada malam ini tentulah perlantikan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 di samping memegang portfolio di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Beliau sekaligus bersama-sama memegang amanah sebagai Timbalan Perdana Menteri bersama Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof yang mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama dari Sawarak untuk menggalas jawatan tersebut.
Tentunya, antara orang pertama yang memberikan respon balas terhadap pengumuman Perdana Menteri tadi adalah Nurulhidayah Binti Ahmad Zahid.
Menerusi hantaran terbarunya, ‘Anak Zahid’ (perhatikan pada bio di Instagram beliau) tersebut menzahirkan rasa syukur di atas perlantikan ini.
“Allahuakbar. Alhamdulillah. Subhanallah!!”
Seperti diketahui ramai, Nurul merupakan antara penyokong tegar yang lantang melaungkan pendirian beliau terhadap bapa tercinta, Ahmad Zahid terutamanya sepanjang proses berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 dan semasa perbicaraan kes mahkamah bapanya.
Apapun pandangan kita sebagai rakyat terhadap perlantikan dua jawatan untuk Ahmad Zahid Hamidi ini, marilah kita berharap agar amanah tersebut digalas dengan penuh cermat dengan mendahulukan kepentingan negara dan rakyatnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjalani diet yang sihat amat penting bagi kita semua. Namun, masih ramai yang berpendapat perkataan “diet” adalah seiringan dengan tidak boleh makan.
Tapi korang salah sebenarnya, diet bukan bermaksud korang kena ‘ikat perut’
Menurut perkongsian saudari Eleeza Natasha melalui page facebook diet suku-suku separuh, beliau berjaya kurangakan hingga 37 kilogram dalam tempoh setahun sahaja. Wow banyak tu...
Yang penting kena konsistan dan jangan hangat-hangat tahi ayam okay!
Sebelum membuat diet SSS (suku-suku separuh) berat berat gadis ini mencecah 99 kilogram. Kini, berat Eleeza turun kepada 62 kilogram dan memberi kesan ketara kepada kehidupannya.
Perkongsian Eleeza dalam group DSSS baru-baru ini telah mendapat lebih 10 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik pada 10 Disember lalu.
“Sebabkan saya nak sangat turunkan berat badan sebab keadaan penyakit asthma saya teruk dulu,lepas tu dulu kalau tiap kali pergi mall setiap 10minit sekali nak kena cari tempat duduk dan jugak nak kena pakai inhaler asthma tu sebabkan kaki cepat lenguh dan sakit..tu yang membuatkn saya nak sangat turunkn berat badan
“lagi satu dulu malu,kalau nak pergi mall nak beli baju sebabkan malu tak de size yang sesuai untuk orang besar macam saya ni..”
Beliau juga elak minuman manis di samping bersenam dan berhenti makan pada 7 atau 8 malam.
Alhamdulillah, hari ni genap 1 tahun buat Diet Dsss. Kiranya,semalam hadiah untuk hari lahir tahun ni kepada diri sendiri sebab berjaya buat tanpa putus asa.
Banyak perubahan yang dapat diri sendiri ni rasa. Tapi ada sikit lagi ni nak kena kejar target lagi, ada lagi 10kg target nak turun.
Berat permulaan : 99kg
Berat semasa : 62kg
Jumlah berat dikurangkan : 37kg
Sebelum ini, Eleeza mendedahkan beliau berjaya menukar saiz pakaian daripada 5XL kepada saiz M dalam tempoh sebelas bulan. Ujarnya, beliau bersyukur kerana sudah tidak perlu malu untuk membeli baju kerana risau tiada saiz.
Lebih kurang ada dua minggu lagi untuk kita menghabiskan sisa-sisa tahun 2020 sebelum bertemu di tahun baru 2021. Masih tidak terlambat lagi kalau korang nak mengamalkan gaya hidup sihat. Tak perlu nak tunggu tahun baru untuk turunkan berat badan kan? Hiks!
Sumber :Eleeza Natasha
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres versatil, Nabila Huda kini membuktikan dirinya bukan sahaja berbakat di layar perak, malah turut berjaya dalam dunia perniagaan makanan.
Rezeki berpihak kepadanya apabila produk...